Friday, 13 December 2024

Mengembara di Pekan Baru : Part 1

 Akhirnya...aku ada masa jugak untuk sambung tulis blog ni..korang tau sbb apa? Sebabnya ni dah hari ke 4 aku admit kat hospital sebab serangan kuman dalam paru-paru..bak kata orang jawa, bahasa mudah, nama penyakitnya..bronco pneumonia..

Ok..kita sambung citer..Pekan Baru ni satu tempat yang jadi pilihan destinasi perjalanan aku seterusnya. Alkisah nya, arwah mak aku semasa hidupnya ada beberapa kali ke Pekan Baru nih. Favourite bagi arwah ngan adik bongsu aku dulu..Ada sekali tu, diorang baru je balik dari Pekan Baru and terus beli tiket dan pergi balik hari next weekends nya tuh..Kann..Masa tu aku x tanya apa yang ada kat sana tp bagi aku ni mesti ada kena mengena ngan shopping ni.

Jadi of course la jadi satu kewajiban bagi aku untuk kesana. Bukan lah nak shopping sangat sebab shopping bukanlah satu hobi atau kegemaran bagi aku. Namun tak salah kalau amik peluang untuk melihat apa yang ada kat sana dan juga menikmati makanan dan juga sosio budaya ditambah pulak kalau ada tempat-tempat menarik yang boleh dijadikan rekemendasi untuk sesiapa saja yang membaca blog nih. Tapi yang paling penting bagi aku adalah..harga tiketnya mampu milik selepas berakhirnya era covid nih.

Maka, selepas berbulan-bulan aku dah beli tiket, akhirnya sampai juga masa nya untuk aku berangkat ke sana. Macam biasa, flight aku amik tak awal sangat tapi still dalam area-area pagi supaya day one nanti aku boleh berpeleseran menyusuri bandar atau kawasan-kawasan tertentu. Itu pun kalau larat. Perjalanan dari Kl ke Pekan Baru mengambil masa dalam sejam je sebabnya Pekan Baru nih berasa dekat je iaitu di kepulauan Sumatera. Ok..selepas mengharungi perjalanan menaiki belon, aku sampai di bandara dalam kul 9 ke 10 pagi waktu Indonesia..Korang jangan lupa yang waktu di Indonesia nih lewat sejam dari waktu di tanah air kita.



Urusan imigresen tak begitu payah disebabkan flight aku nih satu2 nya flight yang mendarat di bandara ketika itu. Meskipun penumpangnya ramai, tapi perjalanan mengecop pasport didapati lancar disebabkan kaunter yang buka oleh imigresen agak banyak. Tambahan pula ada kaunter untuk warga Indonesia dan ada kaunter untuk pendatang asing macam aku nih. Ok. Selesai acara mengecop, sekarang nih aku perlu pikir camana nak ke hotel dari airport nih. Memandangkan hotel aku dah book di tengah bandar Pekan Baru nih dan jam masih lagi awal untuk aku check in. Maka ada beberapa choice untuk aku ke Pekan. Antara nya ada lah teksi, tapi tuh la,..sampai awal sangat lak kang. So aku ambil keputusan untuk berjalan kaki ke bandar. Tak jauh pon..kira-kira 9-10km je dari airport. Dalam dua jam slow pace dah boleh leh sampai. Sempat lagi nak solat Jumaat kat masjid yang berdekatan dengan hotel.



So keputusannya adalah jalan kaki lah ke hotel. Aku ada sedikit rasa yang perjalanan aku dari bandara (bandar udara a.k.a airport) ni macam akan berakhir tragedi, tapi aku cuba dulu semampu yang mungkin. Cuma aku pin kan hotel aku masa aku kat airport and try jalan semampu ke sana. Kalo tak mampu, always ada cara kedua iaitu ojek atau teksi. Perjalanan dari airport ke hotel kalo ikut maps takde la jauh sangat tapi semuanya bergantung pada cuaca sebenarnya. Kalo cuaca yang paling best adalah cuaca yang redup2 dan angin yang sepoi2 bahasa..kalo angin kuat sket pon elok. Tapi kalau panas terik or hujan lebat maka naya lah pak Karim..tp aku suka ja jalan2 kat tempat orang nih. Kau akan dapat pengalaman yang lebih lagi dari orang lain..jalan pon kau boleh tau. Berpeluh sket2 tuh alah biasalah adat perantau.

Sepanjang perjalanan aku ke hotel cuaca awalnya panas terik manakala adakala masanya hujan rintik-rintik. Hujan tak lebat maka aku teruskan perjalanan jugak manakala kalo rasa basah beg aku berhenti berteduh kat mana-mana tempat aka bus stop..tapi yang jadi masalah bila lepas hujan, dia punya bahang kat jalan tuh memang la x dapat nak kata..Baik tak hujan lagi..Namun begitu, apa yang menariknya adalah aku melalui jalan besar maka ko akan dihidangkan dengan banyak pemandangan kedai-kedai dan bangunan-bangunan kerajaan dan ikonik di Pekan Baru. Tapi agak lunyai jugak lah perjalanan 10 km dalam cuaca tak menentu nih. Peluh berjurai x dapat nak tahan lagi. Baju yang aku pakai nih memang kira burn lah..xleh pakai lagi dalam trip nih kecuali kalo sembur nyan perfume separuh botol or satgi gi rendam dalam sinki dan jemur.

Antara tempat-tempat yang menarik untuk dilawati semasa aku berjalan kaki menuju ke hotel adalah Anjung Seni Idrus Tintin dan juga perpustakaan Soeman HS (ada satu bangunan yang agak modern architecture nya kat tepi jalan). Gi library? nak buat apa? Aku sempat la singgah kat Anjung Seni Idrus Tintin nih..tapi masa melawat untuk aku hari Jumaat tuh agak terhad. Masa aku sampai, ada dalam 15-30 minit je masa melawat yang tinggal sebelum pejabat tuh tutup sebab nak solat Jumaat. Lagipun aku agak mengejar waktu untuk sampai ke hotel ngam-ngam sebelum solat. Maka dengan itu, aku teruskan juga perjalanan tanpa singgah kat mana-mana tempat menarik nih.

Sampai-sampai aku kat hotel, orang ramai dah selesai solat Jumaat. So aku punya tujuan nak cuba-cuba solat kat Masjid An Nur nampaknya menemui kegagalan. Kita hanya merancang namun Dia yang menentukan. Ramai jugak jemaah kat sini, sama dengan solat Jumaat kat Malaysia gak. Kereta motor sama je bersimpang siur. Walaupon aku sampai agak lewat la jugak, lebih kurang hampir jam 2, tapi bilik aku masih la belum siap untuk dihuni. Kan..aku dah agak benda-benda macam nih akan terjadi so sebab tuh aku jalan kaki dari airport. Aku letak beg dan lepak isap rokok dulu kat luar sementara menunggu bilik siap dikemas. Maknanya sama ada staff x cukup orang atau penghuni sebelum aku check out lambat. Tak lama menunggu, dalam 2-3 batang rokok aku dah dipanggil untuk check in. Macam biasa, lepas check in aku uruskan semua perkara terlebih dahulu...solat, mandi manda bahkan sempat amik sejam dua nap sementara menunggu cuaca sikit redup dan sejuk.

Dalam jam 3 lebih sikit nak ke pukul 4 aku keluar semula ke jalanan. Tujuan utama aku adalah nak ke arah Sungai Siak. Lagi dekat berbanding arah tujuan yang lain iaitu radius dalam sekitar 3-5 km ja. Almaklum lah td dah jalan lebih kurang 10km dan aku rasa masih lagi capek dengan perjalanan tadi tuh. Lagi pun aku nak balik semula sebelum maghrib sebab nak solat berjemaah kat Masjid An Nur.

Antara tempat-tempat menarik yang perlu dilawati adalah macam Rumah Tok Kadi, Pasar Bawah dan entah mana-mana la kaki melangkah. Cuaca masih panas dan aku pon dah lapar. Kaki melangkah makin lemah tp masa takleh nak sia-siakan. So aku jalan la jugak. Aku last-last sampai kat Pasar Bawah je. Malangnya Pasar Bawah nih masa aku datang tengah renovate. So diorang buat temporary punya kedai or gerai-gerai sama macam uptown kat Malaysia. Aku datang agak lewat jugak la..Banyak kedai dah tutup or memang xpernah bukak langsung. Kat sana banyaknya jual mcm toto, karpet dan juga baju-baju lebih kepada baju budak-budak. Baju batik yang aku carik pulak x jumpa yang elok dan harga berpatutan. Xpe..nanti cari lain.

Destinasi seterusnya aku nak ke Rumah Tok Kadi..bukan nak menikah tapi nak amik gambar je..nak buat apa nak gi umah dia..tp time nih aku kena pilih..nak g Rumah Tok Kadi atau nak g jemaah kat Masjid An Nur memandangkan masa rasanya cam x sempat untuk pergi dua dua tempat. Memandangkan Rumah Tok Kadi pun dah tutup masa tuh..aku ambik keputusan nak ke masjid je la. Lagipun cuaca panas elok, maka sunset ari nih macam ok.


So aku pun jalan kaki balik ke hotel..on the way balik tuh, perut dah xleh bertahan. So dekat-dekat dengan kedai-kedai berhampiran hotel, aku singgah jap makan lunch + tea dan mungkin dinner sekali. Petang nih aku pilih nak makan murtabak ayam kat salah satu kedai yang ada dalam deretan kedai kat Jalan Jenderal Sudirman (Bukan Sudirman Haji Arshad ya...nih nama jalan besar yg terpaling happening). Murtabaknya? Rasa xde beza sangat dengan yang ada kat Malaysia..cuma ada banyak kobis selain dari ayam. Okla..yg penting xde cheese cam yang org kita gilakan.

Lepas makan aku terus gi bilik, tukar selipar dan terus ke masjid. Masih ada beberapa detik lagi sebelum masuk waktu, maka aku dok lepak luar sambil ambil a few shot pemandangan persekitaran. Sedang-sedang aku tengah amik gambar tuh, aku didatangi oleh seorang mamat. Dia macam cari peluang nak sembang ngan aku. Lepas tuh dia ajar aku macamana nak amik gambar masjid tuh dengan betul dan angle yang bersesuaian. Aku macam syak ada sesuatu tapi aku still layan je brader nih. Kemudiannya dia start bukak cerita yang dia pernah kerja kat Johor dan balik semula kat Pekan Baru lepas mak mertua dia kena sakit mcm cancer ke apa tah.Maka bermula la citer sedih brader nih, memang macam-macam kesengsaraan yang dia alami..tp aku macam selalu sangat terkena dengan orang..so aku tunggu je time dia start mintak duit ke macamana. Last2 menjelang azan, dia pon mintak duit seperti yang aku dok predict. Aku x pasti nak caya atau tak citer dia tapi macam dia dok target aku dari asalnya. Boleh nak bagi generously tapi aku memilih untuk bagi sikit je memandangkan aku baru je sampai kat Pekan Baru dan masih ada lagi 2 hari kat sini.

Usai je azan, aku pon terus amik wudhu dan join jemaah di ruangan sembahyang. Solat maghrib nya sama ja..3 rakaat tapi kat sini jemaahnya lebih senyap. Maksudnya diorang xde sebarang interuptsi dengan imam. Aminnya kuat tapi lepas tuh senyap sunyi..xde jemaah baca alfatihah kuat bagi telinga sendiri dan telinga jiran-jiran dengar macam di Mlaysia. Di sini semuanya sirr je..Lepas settle solat maghrib dan isya, aku keluar semula amik a few photo bahagian luar masjid semasa waktu malam. Memandangkan aku kenyang lagi tapi rasa nak kena ada kudap2 gak dalam bilik. Destinasi aku terakhir hari ini adalah indomart yang takde la jauh, dalam lingkungan 1 km radius je dari hotel aku. Selesai je urusan membeli kudapan, aku balik ke hotel dan lena untuk memulakan hari baru keesokkan hari nya.

Bersambung..


No comments:

Post a Comment