Seperti yang diduga..memang hanyut..lepas zohor lah jalan balik..solat dulu jamak ngan qasar sekali..pastu dah xde apa lagi yang nak dirisaukan. Tambahan pula semasa aku keluar dari bilik hotel, aku dapati jalan basah. Maknanya tadi masa aku lena hujan dah turun..kira ok lah tuh..Dapat rest sambil menunggu hujan reda. So lepas bersedia, aku turun ke jalanan semula. Kali nih tujuan aku adalah Taman Alam Mayang. Untuk ke Alam Mayang, aku kena naik bas yang berbeza dia route, so tempat menunggu pon berbeza. Kalau tunggu kat tempat aku tunggu pagi tadi, aku kena transit bas sama ada sekali atau dua kali. Aku pon tak pasti.
Dari hotel aku jalan kaki ke bus stop..ni bukan kaleng2 punya bas stop..dekat 2 km jugak jalan kaki nya..offline maps punya kerja..belum sampai bas stop ada sebijik bas lalu..adui..x sempat..so duduk la aku kat bas stop tu sorang2..setengah jam kemudian baru la muncul makcik2 yang baru abis kerja lepak bersama..dekat sejam sejak aku sampai kat bas stop barulah bas muncul. Kali ni aku silap percaturan..( salahkan offline maps lagi) sebab dia salah bg no bas..(aku yg salah baca..baca x abis) Kalo dari hotel lebih kurang 9-10 km jaraknya ke Alam Mayang..cuaca panas tp langit gelap..so nak bejalan kaki? Idok le..naya pak Karim weh..kenapa percaturannya silap? Bas ni x lalu direct ke Alam Mayang tapi berenti kat simpang je..jalan kaki..no problem tapi jalan yang aku nak kena lalu tu jalan kampung..maknanya jalan kecik dan keter banyak broo..konduktor bas tu dah bagitau tadi tp aku berlagak somping (nak cover mcm org local)..so menghadap la aku jalan kaki dalam jalan kampung yg sesak tu sejauh 1.8 km..
Akhirnya sampai jugak aku kat destinasi yang ingin dituju dengan susah payah. Bayaran masuk ke Taman Alam Mayang nih adalah rp20k bersamaan dengan RM6 termasuk bayaran parkir kalo tak silap aku. Tapi aku yang jalan kaki nih nak parkir apa kebendanya. Masa aku datang tuh, ramai orang kat sini. Ada sebijik bas tayarnya termasuk dalam longkang, so depa stuck la kat sana tak leh nak balik. Kat sini nampaknya awal pagi dan tengahari cam ada event kat sana. Masa aku sampai diorang macam dah kemas-kemas nak balik. Kedai-kedai ngan gerai jualan pun macam dah xde. Yang tinggal pun macam tak berapa menarik untuk diperhatikan langsung. Taman Alam Mayang ni agak besar jugak dan menarik jugak bagi aku..kalau korang datang berkeluarga sebab ada aktiviti ja yang nak dibuat. Kalo korang buat piknik ke memang seronok sebab ada pemandangan tasik yang menarik.
Ada gak selain dari event kat cafe terdapat ceramah nak sembelih korban masa aku datang tu. Tp pandangan jujur personal untuk solo traveler macam aku..er..tak menarik sangat la..taman nih dibahagi kepada beberapa bahagian, Setiap bahagian tuh macam ada tema tersendiri yang mana boleh kata diciplak dari beberapa bahagian dari tempat-tempat menarik di Indonesia yang lain..diorang buat beberapa patung yang boleh korang berselfie dan tasik..lain dari itu takde apa sangat pun..dia macam taman riadah kat korang punya housing..lebih kurang macam tu la anggapan aku.
Taman ni memang besar, bagi aku masih lagi kalo nak bawak berjalan tapi kebanyakan pengunjung adalah orang lokal setidak-tidaknya ada kenderaan sendiri maka diorang memang ronda kawasan Taman Alam Mayang nih dengan naik kenderaan diorang sendiri. Sebabnya aku je yang jalan kaki keliling taman nih. Berpeluh tuh ada la sikit tapi x dapat nak bezakan peluh ke air ujan yang mencurah2 masa aku berjalan ke sini tadi. Taman nih secara jujurnya aku tak abis round pon sebabnya ada banyak persimpangan yang mana korang harus pilih nak kemana. Dan setiap persimpangan tuh kalo nak ke persimpangan lain, perjalanan nya bagi aku agak jauh la jugak..atau tak..aku x sure sebab aku tak lalu pun. Aku agak je la. Ala..kira boleh la ye..
Dah datang, masa balik pun tak kurang dari pancaroba jugak. Lama jugak menunggu bas untuk balik, walaupun tak selama nak datang tadi. Kali nih aku ikut jalan lain, disebabkan tak mau jalan kaki melalui kampung dan taman rumah orang nak ke jalan yang sana. Seperti jangkaan aku, kali nih memang kena transit. Transit pun transit lah. Hujan mula turun berjurai-jurai walaupun tak lama tapi cukup la buatkan aku basah sikit2.
Aku rasa apa yg buatkan aku lambat dalam perjalanan kali ini adalah sebab aku guna publik transport. Menunggu bas je lebih kurang purata 30 minit ke 1 jam. Perjalanan bas kira ok je..at least dari aku jalan kaki, memang boleh pitam. Tambang pun murah je..satu trip rp 4k tak kira jarak. Tapi jangan konfiden sgt bila naik bas..mcm bas yang aku naik dari Alam Mayang ni, dia tak direct ke tempat aku tuju..so kena transit naik bas lain. Cuma yang bagusnya, tiket penjalanan tadi tu boleh sambung balik. Xyah bayar lain cuma masa tu la..tunggu lagi 30 minit transit..adeh..
I'm done for today. Dah tak mampu lagi nak berpeleseran. Sebab capek dan juga perjalanan yang lama dan hari yang kian menjelang malam. Tapi tak boleh nak salahkan sesapa sebabnya aku sendiri yang pilih jalan perjalanan aku nih. Aku sampai ke hotel matahari ada sikit lagi sebelum menjelang waktu maghrib. Sempat la aku mandi manda membersihkan diri sebelum g solat berjemaah, kali nih tak ke Masjid An Nur dah tapi masjid yang ada kat sebelah hotel aku je. Saja-ja tukar angin orang kata.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1cJ-FKj7UbS7oJPqPWk2TeLPDx_zPz0QtMypWal4QOqn2av0GLBzaVa3VPJLP1OLwXUuKBrTsdxOF6jYOyXfeMXH_Rr7p-XbNejgwGcUkbB5uQB41PaiQvmnSqcCQ3qo1DckQiAW1rGEzpvJJlr7nnR8Lq6e7-B6I5LhSKXe-e6_ANcD_RmWNsQfiEnNc/w360-h640/IMG_20240608_191537.jpg)
Selesai solat kat masjid, opkos la kita gi mencekik. Malas aku nak g kedai jauh-jauh dan viral. Cukup lah sekadar yang berhampiran dan dekat-dekat je..Janji kenyang perut dan dapat bertahan sampai pagi esok. So aku ke kedai ayam geprek kat depan hotel aku. Dok sana dalam 5 monit tengok2 tak dapat layanan dari tokey kedai dengan pembantu dia. Padahal orang lain yang datang terkemudian dari aku depa layan baik punya, siap dapat order dan dah settle pun makanan nya. Aku air pun tak mintak order. So, aku pun blah je dari kedai tuh dan pindah ke kedai lain pulak. Kali nih kedainya agak mewah la jugak kira-kira dalam 200meter dari hotel penginapan aku. Okla tuh. Orang kata reachable area. Tapi sama jugak perkara yang terjadi kat aku tadi, jadi kat sini jugak. Tak dapat layanan, xde orang amik order pun. Padahal customernya ada la dalam 2-3 orang je. Weh..kecewa betul aku ngan Pekan Baru nih.
Fedup ngan layanan 2 kedai nih..aku amik keputusan nak beli makanan je kat Alphamart..jajan pon jajan lah..lapar giler kut..last makan berfes pagi tadi. So menapak la aku ke Alpha mart semalam..tak dekat..dekat 1 km la jugak..Dalam perjalanan pulang aku ternampak ada satu benda yang menarik perhatian aku diantara kedai-kedai kecil yang terdapat di pesisir jalan. Roti bakar Bandung..xpernah lagi aku cuba roti yang aritu viral kat Malaysia nih. So tengok harga bersesuaian dengan aku, aku pun order satu. Agak lama jugak brader nih masak tapi xpe la..sebabnya aku pon dah xde apa yang nak dibuat malam nih. Settle beli roti, aku pun balik ke hotel dengan segera. Wei..lapar gile terus aku mencekik roti bakar kat bilik. Walaupun lapar tahap ketar lutut namun begitu aku x dapat nak abiskan roti bakar Bandung yang aku makan nih..sebabnya, manis ya amat..xpasti kat Malaysia pun macam nih ke tak..
Memandangkan penat yang melampau, perut yang kenyang dan mata yang mengantuk maka..apa lagi..tidur lah..
Bersambung lagi...
Ahh..tipu je..kali nih aku nak settlekan perjalanan dalam post yang nih sebabnya xde apa yang menarik bagi aku nak diceritakan perjalanan esok hari. Esok hari merupakan hari flight aku ke Malaysia dan dah xde apa destinasi aku nak cover lagi sepanjang hari aku kat Pekan Baru nih. Memandangkan flight aku dalam sekitar kul 6 petang, maka aku santai-santai sepanjang hari. Nak kemas barang pun macam xde apa yang nak dikemas, al maklumlah barangan xde apa sangat pun yang aku bawak dan yang aku beli.
Hari ni hari free and easy aku..Hari dimulai pukul 2 pagi dimana perut memulas nak ke jamban..cherry berry aku..tak tau apa yang salah makan hari ni..yg aku pasti pagi semalam aku breakfast buffet dan malam ni aku makan roti bakar je. Ntah2 kena santet ngan tokey kedai makan semalam..hehe..gurau je..org2 Indonesia baik-belaka..Harap2 x berpanjangan lah..dalam toilet aku sempat check email sambil disulam dgn siram pokok shopee aku..satu email ni tajuk dia resheduling your pekanbaru flight..hadoi..pagi-pagi lagi dah mendapat lah..katanya setengah jam tp aku bukan percaya sgt ngan Airasia ni..nanti kita tengok berapa lama terkena..
Hari ni aku dah decide xde kemana-mana tempat lawatan sebab malas nak berpeluh-peluh, kecuali nak ke Pekanbaru mall. Aritu pegi tak abis ronda dan memandangkan duit banyak lagi yang belen..so why not gi usha-usha apa yang patut. Kut-kut ada yang berkenan. Apa-apa pun kita mulakan hari dengan mencekik breakfast hotel arini. Satgi xtau lagi kul bape pulak nak makan. Makanannya lebih kurang semalam je cuma aku cuba lah mana-mana menu yang semalam aku x try lagi. Oklah..xde apa yang nak di komplen.
Aku dah ronda semalam mall Pekan Baru nih..Mall nya biasa-biasa je..takde apa yang menarik pun.Sebab semalam dah beli, hari ni mood dia mcm x sampai..tengok barang-barang biasa je dan harganya macam agak mahal dari matahari dan pilihannya boleh kata takde pilihan langsung pun. x elok baju nya..
X sempat reda aku dah berjalan masuk ke airport tapi takde la selebat masa aku sampai tadi. Cuma nak kata betul-betul berhenti tak jugak. Masih ada sisa-sisa rintik lagi. Sebabnya dah tak lama lagi nak boarding. Dari bus stop aku melepak nak sampai ke dalam tuh kira-kira tak kurang 20-setengah jam. Bergantung pada keadaan cuaca. Kang tengah-tengah jalan kang tetiba hujan lebat. Naya gue beb. Akhirnya lepas menapak aku tak pasti berapa lama, sampai jugak aku kat bandara.
Tengok jam macam masih ada masa lagi. So duit pon masih banyak yang tersisa, maka cadang-cadangnya nak makan sesuatu sebelum balik. Lagipun lapar gak beb. Last makan bekpes tadi, so memang cam dah kira boleh dah makan tengahari nih. Asalnya plan aku nak makan kepci sebab kat malaysia haram makan kfc..kalo netizen nampak diorang bgtau yg anjing tgh beli peluru utk bunuh org palestin. Walhal dah check xde kaitan pun..kikiki .netizen ni bukan semua bijak pun.
Tengah- tengah check menu, aku tengok rupanya kena self order n pakai kad. Kad aku xpernah activate utk oversea pun so aku ke kaunter tp kosong. So aku saspek betul la tu. So tukar plan..Aku turun bawah gi A&W..(kat sini diorang panggil awe..) Lama giler aku x makan A&W ni..dekat 4-5 taun gak..ada menu ayam korea dgn curly fries & rutbeer..kira pakej terbaik la tu..Oklah..dah sejam setengah aku menaip ni..peramugari pun dah panggil tu..see u next time..next destination kitaaa keeee...
Ntah lah..aku tengah down gila nih..
No comments:
Post a Comment