Sunday 14 February 2021

Mengembara ke negeri Laskar Pelangi : Part 1

Betul-betul sebelum Malaysia menutup pintu sempadan nya untuk keluar dan memulakan PKP, sempat jugak aku meloloskan diri menaiki flight terbang mengembara. Destinasinya dekat sahaja iaitu negara saudara serantau iaitu seperti biasa...Indonesia. Tempat yang nak dituju nih takde la dalam whishlist aku tapi kebetulan destinasi nih agak baru dibuka oleh Airasia dan aku dapat tiket yang agak murah..so why not meluangkan masa untuk melihat keindahan alam di Belitung.

Belitung nih sebenarnya takde la destinasi terkenal tapi filem Laskar Pelangi yang ditayangkan pada 2008 yang sebahagian besar penggambaran dilakukan di Belitung telah secara tak langsung membuka mata dunia kepada pulau yang terdapat di Indonesia ini. Perjalanan menaiki kapal terbang mengambil masa dalam 1jam 40 minit menaiki Airasia tapi korang akan sampai selepas 40 minit sahaja waktu Belitung. Ini disebabkan waktu di Belitung lewat 1 jam dari Malaysia. Maknanya..kalau di Kuala Lumpur jam 2 petang..waktu di Belitung adalah jam 1 tengahari. 


Bahagian kesihatan Indonesia cawangan Belitung dah bersiap sedia sebaik sahaja kapal terbang turun ke landasan. Kami para penumpang diberikan borang untuk diisi yang menyatakan keadaan kesihatan semasa kami. Aku yang masa tuh ada sedikit selsema, agak risau gak kut kut kena hantar balik. Lepas ditanya lebih kurang dan diusha secara ringkas, aku dibenarkan meneruskan perjalanan menuju ke kaunter imigresen. Dari sampai tadi agak lama gak beratur disebabkan kaunter ketibaan agak kecik dan kami berbaris hanya satu lorong je.


Lepas dari imigresen, aku cuba aktifkan umobile roaming aku tapi tak berhasil..aku dah setkan dari Malaysia lagi tapi line yang dicari tuh tak ada..haram tul. OK..biar aku terangkan lebih detail sikit..aku activate line roaming Umobile dari Malaysia and dia ada partnership dengan telco dari Indonesia. Malangnya telco dari Indnesia tuh tak cover lak kat area Belitung nih. So tak dapek lah aku nak roaming..Umobile..what du yu espek?  Nak beli simcard kat airport nampak cam xde so nasib baik ada free wifi kat dalam airport yang membolehkan aku watsep brader sewa motor yang dah awal-awal aku book dari Malaysia. Line wifi yang ada memang sempat untuk aku contact brader sewa motor tu untuk jumpa dan pikap motor kat mana je..kalau tak jumpa nasib la..tapi sebelum naik flight tadi brader tuh ada mintak aku selfie seketul supaya dia boleh cam aku bila tiba nanti. Kalau perlukan motor di Belitung boleh check out kat web nih 

https://sewa-motor-belitung.business.site/

Recomended dan senang nak deal..boleh hantar ke airport dan hotel..aku takde dapat apa-apa komisyen pun, just nak bantu sapa-sapa perlukan transport kat sana nanti.
 

Ada beberapa pilihan motor yang boleh disewa. Yang paling biasa-biasa adalah honda vario..Aku dah bawak masa kat Bali aritu so kali nih aku request Yamaha Nmax (yang paling mahal) sebabnya nak cuba-cuba tgk performance dia dan juga kali nih ride aku cam agak jauh jugak (takde la jauh..biasa aku ride kurang-kurang ratus-ratus kilometer gak)...so aku pilihla motor yang agak selesa dan laju sket. Harga sewanya of coz lah lebih lagi; iaitu lebih kurang lebih separuh dari motor biasa-biasa. Settle amik motor, maka tujuan aku seterusnya adalah Tanjung Pandan. Tanjung Pandan nih adalah bandar utama kat Belitung nih. Lagi pun ianya bandar paling dekat ngan airport, so aku pilih untuk menginap di situ.



Sepanjang perjalanan dari airport menuju ke Tanjung Pandan memaparkan suasana kampung lebih kurang kat Malaysia je kecuali kat Malaysia keadaan trafiknya lebih sibuk dan agak havoc . Perjalanan lebih kurang 13 km mostly hutan dan kampung mulai berubah lebih kurang beberapa km nak sampai bandar barulah trafik menjadi agak sibuk dan kedai-kedai mulai kelihatan. Untuk ke hotel aku terpaksa beberapa kali berhenti dan bertanya dengan orang sepanjang jalan sebabkan aku lupa nak setkan destinasi hotel masa kat airport tadi. Lepas aku check in masuk hotel dan selesaikan perkara-perkara yang tertunggak, aku pun keluar semula. Asalnya nak cari simcard, tanya kat receptionist...dia cakap kedai jual simcard dah tutup so aku download google offline maps siap-siap dan setkan mana-mana tempat yang aku nak pergi. So dah boleh lupakan lah pasal simcard...benda boleh jimat..kita kasi jimat lah.


Destinasi pertama aku adalah Danau Kaolin yang terletak tak begitu jauh dari Tanjung Pandan. Apa yang menarik kat sini? Sebenarnya takde apa-apa yang menarik kecuali ia merupakan sebuah danau atau tasik atau bekas lombong yang airnya berwarna biru. Viewnya memang superb pada pandangan aku sebabnya ianya adalah satu tasik yang terbiar ditepi jalan..takde sebarang pintu gerbang what so ever, takde orang collect duit parking..cuma ada signboard dan kawasan lapang untuk korang amik gambar. Worth a ride walaupun ada gak aku tersalah masuk simpang sebab gps yang tak berapa accurate. (takde data memang camtuh)


OK.selesai Danau Kaolin, destinasi aku yang seterusnya adalah sunset di Pantai Tanjung Tinggi atau di Tanjung Kelayang. Tapi hari masih lagi terang..kalau lepak di pantai pun kurang-kurang 2-3 jam lagi so free and easy..kalau terjumpa mana-mana tempat menarik sepanjang perjalanan nanti aku singgah lah. Dalam perjalanan berpeleseran tanpa arah tujuan yang nyata, aku ternampak ada satu signboard bertulis Tirta Merundang. Namanya cam power so aku pun masuk ke simpang menuju ke tempat tersebut. 


Masuk je ada guard house dimana bayaran masuk dan parking mulai dikenakan. Masuk dan parking, kawasan Tirta Merundang nih memang cantik. Banyak pokok-pokok yang tinggi-tinggi dan ramai jugak pengunjung semasa aku tiba dengan kenderaan terutama sekali motor di parkir. Masuk-masuk terdapat kawasan minum-minum yang agak besar ruangnya. Sekali Tirta Merundang nih adalah open swimming pool la. Aku ingatkan taman ke apa. Takkan la aku nak mandi swimming pool kut dengan pakaian sehelai sepinggang je. So aku beli teh botol sambil menikmati pemandangan persekitaran. Jangan harap la ada awek mat saleh separuh bogel bahkan yang berbikini pun takde. So lepas settle teh botol dan beberapa batang rokok, aku pun beredar dari tempat nih.


Dalam tak berapa lama aku ride, ada satu lagi port macam menarik perhatian aku iaitu Bukit Peramun geosite. Dalam 1km jugak kedalam dari jalan besar sebelum sampai ke pintu masuk. 1st parkir motor kena bayar, 2nd kalau nak masuk pun kena bayar. Ada sikit hiking yang tidak begitu teruk dan kalau ikut gambar (kat banner dekat dengan pondok tiket masuk) nampak macam menarik tempat nih. So aku tanya penjaga area tuh, berapa lama masa untuk sampai ke puncak dan turun. Dia cakap naik dalam 45 minit dan turun dalam 30 minit. So aku kira-kira waktu perjalanan dan juga waktu bukit nih tutup (kul 5.00 ptg) dan juga bayaran yang dikenakan...so aku pun beredar dari tempat tuh..hehe..takpe..kalau ada rejeki kita datang balik.


Selepas berapa lama perjalanan aku pun tak ingat, akhirnya aku sampai jugak ke pantai. Ya...ada beberapa pantai yang menarik di bahagian utara pulau Belitung dan pantai yang first aku pergi adalah Pantai Laskar Pelangi. Pantai ini adalah tempat diorang shoot satu dari adegan dalam filem Laskar Pelangi. Sekitar pantai terdapat batu-batu yang dijadikan tempat lepak-lepak. Ada jugak batu-batu besar yang terdapat kat tebing yang lebih tinggi tapi aku tak naik sebab agak ramai orang kat sana.


Kat pantai ni aku cuma lepak sambil mengambil beberapa keping gambar perahu nelayan yang tersadai akibat dari air surut. Lepak chill-chill kemudiannya aku berpindah ke pantai lain iaitu Pantai Tanjung Tinggi. Keadaan di pantai Tanjung Tinggi nih jugak sama..terdapat batu-batu besar di sekitar pantai. Air laut tidaklah jernih sejernih air di Sabang, boleh dikatakan lebih kurang je macam di Morib. Takde sebarang aktiviti laut (banana boat ke, snorkeling ke) kecuali melepak dan mandi manda so dalam beberapa lama melepak, aku ke pantai seterusnya.



Pantai seterusnya adalah pantai Tanjung Kelayang. Ini just another pantai tapi orang ramai sikit dan juga ada beberapa infrastruktur binaan manusia seperti dewan dan juga taman permainan kanak-kanak. Kalau kat Malaysia lebih kurang Teluk Batik la. Aku kesini bukan saja-saja nak melepak tapi nak tengok-tengok tempat sebab kabarnya kalau nak ke Pulau Lengkuas (yang ada rumah api tuh), bot nya amik di sini. Tengok punya tengok nampaknya macam takde sebarang tour agent ataupun kedai menjual tiket bot, aku jalan lagi sampailah ke warung-warung yang terletak di tepi laut.(Bawak motor sampai jalan mati dan masuk ke jalan tanah merah) Nampaknya tak ada jugak so nak tak nak aku terpaksa lah balik ke hotel memandangkan matahari akan terbenam tak lama lagi dan jarak dari Tanjung Kelayang ke Tanjung Pandan lebih kurang 20km la jugak. Takpe..esok lusa kan ada lagi.


Aku macam rasa aku dah cover banyak tempat lak 1st day aku sampai kat Belitung ni. Patutnya aku chill-chill dan releks-releks je..Sebabnya takut esok lusa dah tak tahu dan gi mana lak nanti. So selepas selasai maghrib dan isya, aku keluar mencari makanan. Malas nak naik motor, aku jalan kaki je kat area Satam square. Kat sana banyak je kedai-kedai makan yang boleh dilepaki sambil-sambil menyaksikan suasana kat area tuh. Aku berhenti makan di salah satu kedai yang berada di depan bulatan Satam Square disebabkan menu-menunya aku tengok agak pelik sedikit. Menu makan malam aku adalah mi dakwat sotong..aku tau kat Malaysia pun ada je jual tapi aku tak pernah cuba lagi. Tambahan pula harga makanan nih kira tak berapa mahal sangat kalau nak banding dengan tempat lain so aku pun cuba lah. Rasanya boleh la tapi takde la nak membuatkan aku nak repeat lagi semasa di Belitung nih.


Berjalan kaki balik di hotel, terdapat beberapa buah gerai sepanjang tepi jalan menuju ke hotel. Aku singgah di salah satu gerai tolak yang menjual takoyaki untuk kudapan malam disamping sarapan esok pagi. Settle beli makanan, aku lepak sebentar di lobi sambil menikmati takoyaki dan juga merancang perjalanan esok harinya. Wifi di lobi lagi kuat dan laju so aktiviti surf internet lebih pantas lagi. Lebih kurang setengah jam lepas tuh..aku pun masuk bilik dan tidur. Tidur awal sikit sebab esok perjalanan yang lagi jauh akan menanti.



bersambung...


No comments:

Post a Comment