Monday 2 November 2020

15 tahun tsunami Aceh : Part 3

Hari nih hari last aku kat Sabang...Antara sebabnya aku dah booking hotel kat banda Aceh, satu lagi esok flight aku ke Malaysia...so kalau esok baru nak gerak ke banda Aceh..alamatnya memang tinggal la flight aku andaikata ada problem dengan feri dari Sabang. So plan aku hari nih adalah keluar dari hotel awal pagi, ronda-ronda mana-mana tempat yang patut dan balik semula ke hotel dalam jam 11 pagi untuk kemas-kemas barang dan check out dari hotel.



Benteng Jepang

Kat Pulau Weh nih ada banyak (kalau tak silap aku) benteng Jepang tapi aku amik keputusan untuk pergi yang dekat-dekat je ngan hotel aku yakni bersebelahan dengan pantai Anoi Itam. So dapat melawat dua-dua tempat sekaligus. Benteng Jepang Anoi Itam adalah salah satu peninggalan kubu pemerhati dari era zaman penaklukan Jepun di asia Tenggara dulu sekitar tahun 1942-1945 dan masih wujud sehingga kini. Meriam (tak tahu la original zaman Jepun ke tak) masih lagi ada tapi keadaan benteng (bangunan) nih agak uzur dan buruk ditambah lagi dengan valdalisme yang ada kat sana.





Pantai Anoi Itam

Pantai Anoi Itam nih agak femes jugak untuk dilawati kalau berada dekat-dekat Sabang nih. Anoi Itam bermaksud Anoi = pasir , Itam = hitam...dan kalau di translate bermaksud "Pantai pasir hitam" dan kat sini memang pasir dia hitam. Orang kata pantai nih cantik banget tapi personally bagi aku ianya biasa-biasa je. Mungkin aku tak ronda habis tempat nih tapi kalau datang sunrise (kena time sunrise cantik, kalau tak kira nasib la). Bagi aku ianya hanyalah just another beach.



Danau Aneuk Laot

Sepatutnya aku singgah di Danau Aneuk Laot nih semalam sebabnya dalam sesat beberapa kali nak ke tempat lain tapi masih berlegar-legar area danau nih. Cumanya tak jumpa tempat masuk je. Jadi memandangkan hari akhir di Pulau Weh nih aku dah kehabisan idea nak kemana lagi (tak mau pergi tempat jauh-jauh) dan masih ada sedikit masa dari bajet aku, so aku amik keputusan untuk ke Danau Aneuk Laot.


Setelah mengikut saja peta yang ditunjukkan dalam google maps, akhirnya aku sampai juga di Danau Aneuk Laot. Aku park motor aku kat tepi jalan dekat dengan satu pondok wakaf dan selain dari aku, ada seorang brader tengah buat kerja kontrak buat pavement pejalan kaki kat sana dan 3 ekor kambing yang tengah lepak kat wakaf tadi. Sambil-sambil menghisap rokok, aku menunggu 3 ekor kambing tadi untuk beredar supaya aku boleh hijack pot lepak mereka tuh.




Aku dapati tempat nih tidak ada orang, ianya terbiar memandangkan kawasan persekitaran dipenuhi dengan semak samun yang tidak dipotong, papan tanda kawasan juga dah usang. Tempat ini kalau ikutkan agak menarik di mana ada sebuah tasik di tengah-tengah pulau Weh nih. Tapi dengan keadaan jalan yang tidak diselenggara membuatkan aku mengambil keputusan untuk tidak menuju ke tebing tasik. Takut-takut jalan licin, ular atau binatang bisa menjenguk di celah-celah. So aku amik keputusan untuk kembali ke hotel semula..Baju yang basuh kat sinki semalam tuh ada kat jemuran lagi. Nak kena angkat n packing beg.



Dah kemas-kemas baju, aku check out dari bilik. Walaupun ramai orang nak check in bilik time tuh, proses check out aku tuh still berjalan lancar (kena tunggu la kejap). Cumanya time tuh xde karen so berkicap jugak lah aku kat lobi hotel yang open air tuh. Usai check out aku teruskan ke pelabuhan Balohan untuk dapatkan tiket feri ke banda Aceh. Sampai di pelabuhan cepat-cepat aku ke kaunter tiket menuju ke banda Aceh. 


Kali nih aku nak test pulak naik feri cepat. Biarpun harga lebih mahal tapi lebih jimat masa. Untuk beli tiket feri nih banyak jugak birokrasinya...sama macam beli tiket ke Sabang aritu..Nak kena bagi passport, ngan kena ada alamat di Aceh. Lebih kurang macam imigresen lah..aku pun tak pasti apa sebabnya.


Dapat saja tiket feri, aku segera watsep brader sewa motor untuk pulang motor dia. Yang bestnya dia siap cakap kunci motor tuh bagi kat tukang masak kat warung hujung area pelabuhan tuh. Katanya kawan dia..takut aku bagi kunci kat salah orang..aku cakap aku tunggu dia dekat warung yang dia cakap tuh. So dalam menunggu tuh sempat lah aku order lunch untuk hari ini..Jauh lagi perjalanan nak ke banda Aceh lagipun sementara tunggu brader motor dan juga feri, takkan nak lepak-lepak percuma kat warung..kan? Mi indomie sup (kari) yang aku order tuh takde lah best sangat..kira boleh la makan tapi apa yang aku risaukan ais kat teh o ais aku tuh macam amik dari guni baja yang biasa di pakai di Malaysia je...Harap-harap tak tercirit birit dalam feri nanti..


Settle semua benda, aku pun menunggu lah feri untuk jalan di tempat menunggu yang telah disediakan. Jeti feri laju nih masih dalam pembinaan, so keadaan dalam tuh agak tak berapa nak elok sangat. Aircond pun macam xde..kalau ada pun x berasa..kipas ye ada. Menunggu lebih kurang 1/2 jam akhirnya feri pun sudah siap sedia untuk bergerak. So apa lagi..gerak lah..banda Aceh udah menunggu..walaupun aku pun tak berapa pasti nak buat apa kat sana petang nih.




Perjalanan dari Balohan ke Ulee Lheue dengan menggunakan feri laju mengambil masa dalam 45 minit kalau tak silap aku berbanding 2 jam 30 minit kalau menaiki feri lambat. Feri laju nih memang banyak kelebihan dia..ada designated seat, aircond dan tv 42" depan seat aku yang most of the time dia pasang lagu dangdut dalam feri tuh. So kalau korang nak selesa dan cepat, silalah naik feri laju tapi kalau nak murah dan experience ala-ala local dan backpackers style boleh try kapal lambat. Aku nak kejar masa so aku amik feri laju...lagipun tambangnya takde la mahal mana..80k rupiah je..



Aku keluar je dari terminal, bas baru je gerak meninggalkan terminal. Jadi aku terpaksa untuk menunggu bas yang lain ke Banda Aceh. Masalah aku nih adalah aku takleh duduk diam sangat so aku jalan kaki menuju keluar dari terminal dan bercadang untuk menahan je bas yang lalu semasa aku sedang berjalan nanti. Ini disebabkan sementara tunggu bas yang akan aku tahan dijalanan nanti, dapatlah aku tengok kawasan persekitaran yang berdekatan.


Aku tak pasti keputusan aku untuk jalan kaki sambil melihat pemandangan nih betul ke tak. Sebabnya dalam masa aku berjalan tuh, 2-3 kali bas lalu melepasi aku..aku cuba jugak untuk tahan tapi bas tuh tak berhenti. Mungkin bas hanya berhenti di bas stand sahaja..mungkin la..so aku kena carik bas stand yang terdekat dengan aku. 


Aku berjalan kaki sampailah ke satu area seberang jambatan yang mana ianya terdapat satu tempat  nak cakap kampung ke pekan ke tak tau la tapi kat sana baru la ada penempatan dan di hadapan sebuah food court ke atau jeti ikan (aku tak pasti) yang terletak di tepi laut akhirnya ada jugak sebuah bas stand yang jadi tempat aku menunggu bas untuk ke bandar.


View kawasan sekitar Uleeleue ni bagi aku menampakkan keadaan perkampungan nelayan yang not bad la view nya..Kat jambatan ada ramai orang tengah mengail dan suasana boleh tahan jugak sibuk dengan aktiviti masing-masing. Kat area aku tunggu bas tuh terdapat banyak jugak sampan-sampan dan bot memancing tengah parking. 

Lama jugak aku tunggu bas kat bas stop nih tapi bas tak muncul-muncul dan dalam kepala aku ada jugak terlintas nak jalan kaki ke bandar tapi cuaca masih lagi panas..so aku tunggu dulu cuaca reda sket. Ada jugak hamba Allah yang berhenti kat bas stop tuh dan ajak aku naik motor ngan dia tapi aku rasa malas nak nyusahkan orang so aku pun tolak pelawaan dia tuh.


Akhirnya lepas menunggu lebih dari 30 minit (sebenarnya bas ada tapi dia park seberang jalan sebelum buat u-turn menuju ke bandar) bas tiba juga. Aku pun naik bas percuma nih dan menuju ke Masjid Baitulrahman. Aku berhenti di pasar Atjeh, beberapa stop sebelum sampai di masjid disebabkan terdapatnya pesanan dari Malaya. Pasar Atjeh nih kalau tak silap aku terdiri dari 3 tingkat bangunan dan masa aku berada kat sana, ianya tidak lah sibuk. Barangkali hari dah petang dan tinggal beberapa jam lagi nak maghrib. Aku just menjenguk di pintu masuk dan berjalan di bahagian bawah sahaja pasar nih dan aku dapati kebanyakkan hasil jualan adalah dari barangan keperluan harian termasuklah baju-baju dan juga jajan-jajan seperti serbuk kopi dalam pek dan juga biskut dan juga kerepek. Nampak apa yang aku cari takde di sini maka aku pun beredar menuju ke hotel.




Berjalan kaki dari Pasar Atjeh menuju ke hotel mengambil masa dalam 20-30 minit. Kebetulan dalam feri dari Sabang tadi, kawan aku ada pesan kopi ungrind untuk aku bawak pulang ke Malaysia. Udah nak mencari kopi la pulak..pastu kopinya bukan sebarang kopi yang ada di tepi jalan..kopinya mau yang ungrind, maksudnya biji kopi yang fresh gitu. Nak grind sendiri kat umah katanya..Aku pun tak paham orang pencinta kopi sejati nih. 


Waktu malam aku pergi ke Masjid Baitulrahman untuk solat Maghrib sekali jamak ngan Isya. Bukan apa..nak tengok suasana di masjid dan kawasan persekitarannya pada waktu malam pula. Tengah-tengah beratur belakang imam time qomat tuh, aku nampak kelibat orang sedang mengesot untuk memenuhi saf. Brader nih takde kedua belah kaki tapi still jugak datang untuk berjemaah walaupun aku tak tahu dari mana dia datang. Dari pintu masuk yang agak jauh tuh dia mengesot menggunakan tangan terus masuk ke dalam saf yang mulai dipenuhi jemaah. Kita nih yang lengkap semuanya (tak semua...sebilangan kecil je) dok sebuk lalai dengan dunia..Ok..done dakwah..usai urusan aku kembali semula ke hotel.



Mie Razali

Aku check google...antara makanan yang wajid try di banda Aceh adalah Mie Razali..er..maksud aku wajib try tapi dalam distance yang boleh sampai dengan jalan kaki dari hotel aku. Ramai yang cakap kedai Mie Razali nih adalah kedai mie Aceh antara yang paling sedap kat banda Aceh nih. Orang kata la...so kena la pergi try. Lepas balik dari Masjid Baitulrahman, aku singgah hotel jap untuk tukar baju dan terus gerak ke destinasi tujuan. Jarak dari hotel ke kedai mi dalam lebih kurang 2-3 km saja so kalau jalan kaki ambil masa lebih kurang 30-40 minit la..ala..bukan masuk marathon pun kan?



Untuk makluman korang, Mie Razali nih terletak di daerah Peunayong. Menurut receiptionis aku cakap, Peunayong nih adalah daerah wisata kuliner. Maknanya kat area nih ada banyak jenis makanan untuk korang try. Bila aku sampai kedai macam ramai orang..nampak cam penuh tapi aku masuk gak dan akhirnya dapat gak duduk kat meja paling belakang dekat ngan toilet kalau tak silap aku. Suasana dalam kedai makan kalau kat Aceh nih lebih kurang zaman 90 an kalau kat Malaysia. Kat dalam kedai nih memang selamba je orang isap rokok..bukan sahaja yang tengah makan..mamat yang tengah goreng mee pun ada rokok yang hidup untuk dihisap, parking kat bawah kuali.


Bagi aku memang berbaloi berjalan kaki untuk makan di sini. Mee Aceh nya memang sedap dan waktu menunggu jugak tak begitu lama meskipun kedai penuh dengan orang. Rasanya pada pandangan aku lebih kurang Mee Mamu Penang..Lebih kurang la...tapi harga jangan cerita la...2-3 kali lagi murah Mi Razali nih. So settle makan dan bayar..aku berjalan kaki semula ke hotel. Pada pandangan aku, mie Razali ni memang worth berjalan kaki beberapa kilometer, cuma aku berharap ada kedai yang masih bukak kat area hotel nanti sebabnya aku yakin yang time aku sampai hotel nanti, aku akan lapar balik.

Bersambung...


No comments:

Post a Comment