Monday 14 September 2020

15 tahun tsunami aceh part 2

Pagi di Sabang. Aku keluar dari hotel tak begitu lewat dan takde la awal sangat. Sebenarnya aku dah bangun awal dan aku lepak kat beranda sambil menikmati pemandangan sunrise yang tak berapa nak sunrise. Sebelum keluar aku amik sedikit masa nak ronda-ronda area hotel aku nih. Ianya terletak betul-betul tepi laut tapi tak boleh jugak nak mandi sebab kat situ takde pantai, cuma ada cliff yang berbatu-batu yang bagi aku agak bahaya lah jugak.


Lupa lak nak bagitau. Untuk makluman korang semua, sebenarnya nama pulau nih adalah Pulau Weh dan Sabang tuh adalah nama main town kat pulau nih. Yang lain-lain tuh adalah pekan kecik atau kampung-kampung kat pulau nih. Dia macam Denpasar la kalau kat Bali dan Mataram kalau kat Lombok. Dia punya perumpamaan nya macam tuh lah. Pulau Weh bagi aku tak berapa besar sangat tapi sebabkan ianya tak begitu membangun dan masih banyak hutan serta jalannya kecik so jarak antara satu tempat ke tempat yang lain tuh rasanya macam jauh sangat.



Sudah berjalan-jalan di kawasan hotel aku, tibalah masanya untuk berpeleseran di jalanan. Destinasi pertama yang aku pergi adalah Pantai Sumur Tiga yang mana dekat je dengan hotel aku. Sebelum tu aku carik dulu kudap-kudapan bagi menggantikan breakfast aku hari nih kat kedai-kedai runcit yang terdapat di tepi jalan.


Lepas melepak di Pantai Sumur 3, aku teruskan perjalanan ke pekan Sabang. Kalau semalam aku berada di Sabang nih pada waktu malam so tak berapa nampak keadaan atau suasana sebenar pekan nih. Waktu siang baru lah nampak macamana keadaan trafik dan bangunan-bangunan yang terdapat kat sini. Secara peribadi boleh la aku cakap pekan Sabang nih kecik je tapi OK jugak lah fasilitinya; ada masjid, kedai makan dan kedai runcit kalau korang nak dapatkan apa-apa yang basic. Kalo nak cari butik coach atau gucci ternyata ini bukanlah tempatnya.


Dekat Pekan Sabang nih ada beberapa buah pantai yang terletak dekat-dekat dengan satu sama lain. Kebanyakkannya bagi aku biasa-biasa sahaja. Boleh mandi tapi pantai dan airnya boleh kata so-so sahaja. Suasana pagi di Sabang terutama sekali pantai-pantainya sangat sunyi. Boleh kata aku sorang je yang ada kat sana mungkin sebab waktu pagi ataupun masa tuh orang lain sibuk untuk pergi ke tempat kerja masing-masing.




Dari pantai-pantai aku ke area Sabang Fair. Tempat nih pun sama, takde orang dan sunyi sepi. Kat tepi bangunan-bangunan yang macam kompleks sukan atau taman rekreasi nih ada beberapa kedai makan atau food court tapi tak bukak lagi. Maybe malam baru bukak kut cuma apa yang timbul dalam benak aku, orang-orang Sabang atau Pulau Weh nih tak breakfast ke? Nasib baik aku dah mencekik roti dari Malaysia disulam dengan teh botol pagi tadi. Kalau tak mesti kebuluran aku hari nih. Tambahan pulak perjalanan yang aku nak cover hari nih boleh tahan jauh jugak.







Aku tak mau ceritakan satu persatu atau setiap detik perjalanan aku...tapi aku ceritakan mana-mana tempat yang korang boleh pergi kalau kebetulan korang nak ke sini.

Gunung Berapi Jaboi

Kalau di Pulau Weh, selain dari pantai-pantai yang terdapat di sekeliling pulau, ini adalah bagi aku satu tempat yang menarik untuk dilawati. Sebab apa? Sebab nak melawat gunung berapi agak jarang-jarang boleh aku buat, lagi-lagi kalau kat Malaysia.


Walaupun namanya gunung berapi, tapi jangan expect macam citer omputeh yang lava keluar meleleh-leleh kejar the rock sambil dinasour lari bergelimpangan dan akhirnya mati terjatuh dalam gaung. Ini tak camtu. Kalau kat Jaboi nih dia lebih kepada gunung berapi yang aktif tapi ianya lebih kepada wap sulfur yang terbias ke udara sekeliling. 



Kawasan nih ada beberapa level. Aku cuma sampai ke level 2 sahaja, itupun simple trekking je...lompat-lompat batu besar yang diliputi dengan sulfur dan juga menyusuri hutan yang separuh mati (bunyi cam dramatik) selama 10 minit. Mostly apa yang korang boleh nampak dekat sini adalah muka bumi yang mati akibat dari wap sulfur yang keluar dari muka bumi. Takde pemandangan macam dalam filem, takde lava gunung berapi tapi personally ianya masih menarik bagi aku; sesuai untuk dijadikan cover band black metal.



Kilometer Nol Indonesia

Untuk makluman korang semua, kepada yang tak tahu lagi la..Pulau Weh nih adalah bahagian paling barat di Indonesia dan Kilometer Nol ini adalah titik paling barat di Pulau Weh. Jesteru itu, lokasi Kilometer Nol ini adalah terletak di bahagian paling barat di Indonesia.(paham kan?) Apa yang menarik kat sini ya..Kat sini ada satu menara yang agak tinggi la jugak sebagai satu mercu tanda tempat nih.


Menara nih boleh dipanjat untuk tengok view sekitar tempat nih. Selain dari itu, kat sini jugak ada cenuram yang agak tinggi dari laut dan ada beberapa kedai makan yang boleh korang lepak-lepak yang mana menghadap ke laut. Sempat jugak aku makan mi sedap dengan view yang menarik mata memandang.( Btw...makcik kedai makan tuh belanja aku pisgor..pisang goreng) Kalau ke Pulau Weh, ini satu spot yang wajib korang pergi...kalau tak orang akan cakap ko tak sampai lagi ke Sabang pulak.



Pantai Iboih

Selain dari Sabang, Pantai Iboih (sebut - Iboh) adalah pilihan tempat penginapan bagi pelancong yang datang ke Pulau Weh. Ekceli aku tak berapa pasti ada tempat lain ke nak menginap. Asalnya aku agak berbelah bagi dan amik masa yang agak panjang dalam 10 minit untuk amik keputusan sama ada nak menginap di Iboih atau di Sabang. Apa yang membuatkan aku tak jadikan Iboih sebagai tempat penginapan aku adalah satu : sebab dia jauh dari pelabuhan dan no 2 dia sunyi...ada orang cakap..sunyi giler..dah la aku travel solo.


Tapi korang jangan jadikan alasan sunyi untuk tak melawat ke sini. Masa aku sampai kat Pantai Iboih nih memang tempat nih agak sunyi sepi. Ada beberapa kedai runcit + kedai makan yang takde orang dan pantainya hanya ada bot-bot yang berlabuh saja. Takde orang mandi atau berkubang dan takde awek-awek mat saleh berjemuran macam ikan masin. Walaupun sunyi sepi..sepanjang aku kat sini, pantai nih bagi aku adalah salah satu pantai yang paling bersih dan airnya adalah yang paling jernih pernah aku tengok...selain dari di Kudat, Sipadan, dan beberapa tempat lagi di Maldives..


Gua Sarang

Ini bukannya Saranghae tapi salah satu tempat wisata yang terletak di antara Kilometer Nol dengan Gunung berapi Jaboi. (Lebih kurang lah sebab aku dah tak berapa ingat.)



Apakah yang ada di Gua Sarang nih yang menjadikan ianya salah satu tempat wisata yang spesial di Sabang nih? Aku pun tak berapa pasti sebabnya aku tak sampai pun ke gua yang dimaksudkan tuh. Lokasi Gua Sarang nih terletak dalam 30-50 meter menuruni tangga dari pondok tiket yang berada tak jauh dari jalan besar. Dah turun tangga tuh korang akan jumpa pondok yang aku nampak macam cafe tapi masa aku datang tuh memang takde sesiapa kat sana cuma aku nampak beberapa poster yang menunjukkan aktiviti macam bermula dekat-dekat petang atau sunset. View sebelum turun tangga dan dari pondok tuh agak menarik gak, takde pantai cuma batu-batu besar di tepi laut dengan air laut yang membiru di beberapa kawasan. 



Gua Sarang yang disebut-sebut sebenarnya terletak tak jauh dari pondok yang aku cakap tuh tapi kena menapak kat pantai batu-batu tuh dan kalau air pasang, korang dinasihatkan untuk naik sampan ke gua tuh. So, aku pun tak tau macamana rupanya gua Sarang nih.


Selain dari apa yang aku detailkan kat atas, sebenarnya banyak lagi tempat yang aku sempat singgah sepanjang hari kat Sabang nih. Ada lagi beberapa tempat yang sengaja aku tinggalkan untuk esok hari..mostly yang dekat-dekat dengan hotel je. Antara tempat lain yang aku singgah tapi aku tak tulis secara detail adalah:


Taman 1 ♥ Sabang 

Ini satu tempat wajib untuk pergi just untuk mengambil gambar dengan berlatar belakang kan batu tanda I ♥ Sabang yang hipster. Tamannya kecik dan biasa-biasa saja, penariknya batu tanda tu je.



Viewpoint Balohan Hill

Kat Pulau Weh nih ada banyak jugak (lebih dari 2) viewpoint untuk tengok view sekeliling pulau. Tak dapat tengok keseluruhan pulau tapi view yang disajikan tak jugak mengecewakan. Cuma waktu matahari rembang, mood nya agak biasa-biasa. Rasanya kalau dapat sunset kat sini mungkin viewnya marbeles. 


Dan banyak lagi...pantai-pantai je dah lebih kurang 10, tapi bagi aku biasa-biasa je..so tak rekemen lah nak ke sana. Viewpoint pun ada satu lagi dekat pekan Sabang yang bagi aku menarik la jugak..terletak atas bukit berhadapan dengan pejabat-pejabat kerajaan.


Dari pagi sampai ke petang berpeleseran, aku balik sekejap ke hotel. Settlekan solat dan baring-baring jap merehatkan badan sebab hari dok mendung macam nak hujan...sedar-sedar je dah tertidur.

Petang tadi cuaca agak mendung dan lepas aku bangun dari turbo nap (takde istilah ni pun agaknya) hujan turun agak renyai. Aku macam malas nak keluar tapi akhirnya cuaca nampak macam dah ok. Agak syukur jugak sebab hujan so boleh lah tengok sunset walaupun nampak macam impossible. Boleh la dari takde. So aku bertolak dari hotel ke port sunset view di Sabang Fair. Nama je sunset view tapi sebenarnya duduk-duduk di tepi laut sambil-sambil minum teh botol.



Sunset di Sabang fair agak meriah la bagi aku. Kat sini di tepi jalan kat benteng tepi laut memang agak banyak gerai dan juga food motor (dia cam food truck tapi pakai motor) yang menjual macam-macam makanan. (Macam-macam ada lebih-lebih lagi yang bakar-bakar...ikan bakar, cumi dan lain-lain lagi) Tapi kali ni aku datang nak tengok sunset je dulu. Kang lepas maghrib kat bilik hotel aku datang balik untuk mencari makanan. 


Nak gerak pergi makan tetiba karen takde. Beberapa minit lepas duduk dalam kegelapan tuh tetiba pintu bilik aku diketuk. Rupa-rupanya brader receptionist. Dia datang untuk terangkan kat aku kenapa blackout kat area hotel tuh. Berdasarkan infomasi dari brader tuh, rupanya salah satu transformer kat Pulau Sabang ni rosak. So seluruh pulau kena catuan letrik. Setiap kampung kena catuan selama 3 jam so diorang gilir-gilir kena catu sampai la esok pagi. Patutla semalam gelap gulita je pekan Sabang.


Memandangkan bilik dah gelap gelita, aku pun lekas-lekas keluar bagi tujuan mencari sesuap nasi, nasik goreng ke mee goreng ke..apa-apa yang boleh mengenyangkan lah. Dalam keadaan tiada lampu jalan, aku terpaksa bawak motor perlahan-lahan. Takut-takut ada ternakan yang duduk di jalanan bahkan kalau ada orang lagi lah bahaya. So aku sampai kat deretan kedai makan kat tepi laut. Lama jugak aku tunggu-tunggu orang nak amik order tapi cam tak dilayan je. Aku jenguk-jenguk dari kedai ke kedai melihat menu yang ditampal tapi masih takde sapa yang tanya pasal makan dan minum. Lagipun kat area tuh ramai orang so maybe diorang busy. So nak tak nak aku pergi balik ke kedai semalam. Service OK, makan harganya boleh lah dan boleh isap rokok dalam kedai. Habis makan, mata pun dah mengantuk..aku pun balik hotel dan tidur...ZZzz


Bersambung...

No comments:

Post a Comment