Thursday 17 December 2020

15 tahun tsunami Acheh : Part akhir

Hari ni hari terakhir aku di Aceh dan flight aku pada waktu petang, jadi aku masih ada masa dalam beberapa jam untuk berpeleseran. Ya..kebanyakkan orang mungkin akan menghabiskan hari terakhir mereka lepak di hotel dan juga mengemas-ngemas barangan untuk dibawa pulang tapi personally bagi aku, ianya merugikan masa aku kat sana tambahan pula aku tak sempat nak ronda habis banda Aceh pada hari pertama aku sampai hari tuh. So SOP aku adalah seperti semalam yakni keluar pagi dan pulang semula ke hotel dalam jam 11 pagi untuk proses check out.

Lepas matahari terbit aku pun mulai keluar di jalanan. Tujuan hari nih aku pun tak pasti sangat tapi antara tempat nak dituju adalah kapal yang terdampar akibat ditolak dari laut ke daratan masa tsunami hari tuh dan selain dari itu aku ikut sahaja gerak kaki melangkah. Dari hotel aku bergerak menuju ke stesen bas di Masjid Baitulrahman. Perjalanan waktu pagi agak ok, walaupun matahari baru nak naik tapi cuaca masih lagi sejuk suam-suam kuku.


Sampai di stesen bas...aku lepak dulu sementara mengira jarak dari masjid menuju ke lokasi yang hendak dituju iaitu Apung 1. Kalau berjalan kaki tak begitu jauh, sekitar 2-3 km sahaja tapi entah kenapa hari nih aku malas sikit nak berjalan. Satu lagi muzium kapal (Apung 1) tuh bukak kul 9 pagi..jadi kalau aku sampai pun masih lagi awal, aku terpaksa tunggu dalam 2 jam sehingga pintu bukak baru lah aku boleh masuk.  


Jadi sementara nak menghabiskan masa, aku buat sesuatu diluar kotak yaitu aku naik je bas tanpa ada destinasi yang aku dah set dan berhenti je kat mana aku suka atau kalau ada attraction yang aku nampak di tepi jalan. So aku buat rule yang mana bas yang sampai dulu, itu yang aku naik. Tak sampai 5 minit perjalanan aku, dari tingkap bas aku ternampak muzium Aceh di tepi jalan...OK..tapi aku tak berenti kat situ. Aku teruskan lagi perjalanan..masih terlalu awal untuk turun. Untuk makluman korang, muzium Aceh nih bukan muzium Tsunami tau..


Tak berapa jauh dari Muzium Aceh, aku ternampak ada satu bangunan / arca yang agak lain dari yang lain dari tingkap bas. Oh ya...itu satu bangunan atau arca yang aku tak tahu nak describe yang bernama Gunongan. Aku ada la nampak dalam attraction places kat dalam Google tapi takde la sebarang plan nak ke sini disebabkan hari nih hari perjalanan pulang aku ke Malaysia dan aku agak kesuntukan masa mengenang hotel nak kena check out kul 12 tengahari dan aku tak abis packing barang lagi.

Nampak je tempat yang aku nak pergi tuh, aku dah decide yang aku nak turun , tapi masalahnya aku macam tak nampak ada loceng kat dalam bas tuh. So aku duduk diam kat seat aku dengan harapan ada orang nak turun. Dalam 2 stop lepas tuh, baru lah ada makcik 2 orang nak turun pergi pasar dengan bawak bakul sayur. Aku pun apa lagi..tumpang sekaki lah.


Gunongan Historical Park (Kompleks Taman Sari Gunongan)

Dari hentian bas di pasar Seutui (baca : Setoi), aku berjalan kaki semula ke tempat yang aku nampak di tepi jalan tadi. Sebenarnya agak sukar jugak nak menjejak tempat-tempat menarik dengan menaiki bas. Maksud aku, kalo kita duduk di tempat yang betul dalam bas kira bernasib baik lah. Andaikata site menarik tuh berada di seberang tempat duduk kita dalam bas tuh, maknanya terlepas la.. Jadi kali nih aku bernasib baik sebab duduk di tempat yang betul dan ternampak kompleks Taman Sari Gunongan yang berada sebelah kiri aku.


Gunongan ini dibina oleh Sultan Iskandar Muda (of coz la bukan dia yang buat..rakyat jelata la) semasa pemerintahan dia sekitar kurun ke 17. Masa tu kerajaan Aceh nih boleh tahan jugak la gedebe nak meluaskan pengaruh diorang di sekitar asia tenggara. So dalam ekspidisi tersebut, Johor dan Pahang telah berjaya ditakluki dan Sultan Aceh pada masa itu telah bawak balik puteri dari negeri Pahang (nama puteri Pahang tapi katanya asal dari Johor..aku pun pening so aku belasah je apa yang aku tulis kat atas nih..korang jangan percaya sangat apa yang aku tulis tapi nak kecam..kecam sikit-sikit dah la) dan kahwin dengannya.


Arakiannya, setelah sekian lama permaisuri raja berada diperantauan, maka rindulah hatinya akan kampung halamannya. Lalu permaisuri memberitahu akan raja akan perkara yang demikian dan berhasrat untuk kembali ke tanah airnya nun jauh diseberang laut. Lalu kekandanya sang raja pun membina sebuah taman dan juga bangunan berbentuk gunung ganang yang mana seperti yang terdapat di tanah air tuan permaisuri. (Nih tuan permaisuri mesti rindu kat gunung Tahan nih) Maka dengan adanya bangunan / arca Gunongan ini maka terubatlah rindu tuan permaisuri kepada kampung halamannya di Pahang.


OK..been there, done that..masanya untuk aku ke destinasi seterusnya iaitu Muzium Aceh. So aku berjalan lagi dalam 1 km ke muzium. Namun pagi yang cerah tak semestinya memberikan perjalanan yang lancar. Setibanya aku di muzium, masih ada 1 jam lagi sebelum pintu muzium bukak officially. Jadi setelah berfikir sekejap, aku ambil keputusan untuk skip muzium Aceh dan terus ke Apung 1.


Dalam perjalanan ke muzium Aceh, bersebelahan dengan Gunongan tadi terletaknya satu taman iaitu Taman Putroe Phang. Aku tak pasti sama ada Taman Putroe Phang nih dulu nya adalah sebahagian dari kompleks Gunongan atau tak sebab nya kalau ikut pembacaan yang aku buat, kompleks Gunongan ini terdapat taman sekali dan taman yang ada di Kompleks Gunongan dan Kandang tuh cam kecik benar je..tapi abaikan je sebab ianya bukan perkara penting sangat pun.



PLTD Apung 1



Perjalanan yang aku plan hari nih adalah untuk melawat satu monumen kapal yang terletak tak jauh dari banda Aceh iaitu Apung 1. Apung 1 ini asalnya merupakan sebuah kapal generator yang berfungsi untuk membekalkan tenaga elektrik untuk rakyat Banda Aceh dan kawasan sewaktu dengan nya.



Kapal nih bagi aku memang besar...untuk dijadikan transformer tapi aku bukan dari bidang elektrical atau mekanikal atau perkapalan, so aku takleh nak komen apa-apa. Keseluruhannya bahagian dalam kapal nih ada ruang 2 tingkat bangunan yang dijadikan sebagai galeri, dan area dalam nih boleh tahan besar jugak. Agak- agaknya lebih kurang macam dewan serbaguna di kampung-kampung. Kat dalam nih ada macam-macam bentuk info berkenaan dengan tsunami yang melanda Aceh lebih kurang 15 tahun yang lampau. Ada yang berbentuk infographik bergambar, audio, video dan pameran multimedia (audio dan video la nih) yang macam-macam lagi.




PLTD Apung 1 nih luasnya dalam 1900 meter persegi dan panjangnya kira-kira 63 meter (sumber wiki). Berat kapal transformer ini lebih kurang 2600 tan...kalau nak tau camaner berat nya kapal nih...1 tan bersamaan 1000kg..so beratnya adalah 2.6 juta kg..Kapal ni sebelum tsunami berada dekat-dekat dengan pelabuhan Ule Lhue..so semasa tsunami, kapal nih telah dihanyutkan setinggi 9 meter sejauh 2-3 km sehingga ke penempatan sekarang.




Dah settle tengok-tengok apa yang ada dalam kapal transformer tuh, aku merancang untuk kembali ke hotel. Maklumlah..perjalanan dari Apung 1 menuju ke hotel ambil masa boleh tahan jugak lah tapi aku berhenti sebentar kat luar kompaun Apung 1 nih. Kedai-kedai dah mulai bukak. Ada kedai minum (kiosk) dan juga beberapa kedai cenderahati. Setelah belek-belek kedai cenderahati yang ada kat sana, aku pun beli beberapa (dalam 20-30 pax jugak) buah fridge magnet dan keychair untuk orang di kampung halaman. Cenderahati yang dijual di sini just biasa-biasa yang kita boleh didapati di pasar-pasar tapi itu je yang sesuai dengan budget yang aku ada, so beli je lah.



Dalam perjalanan pulang aku singgah sebentar kat Monumen Aceh Thanks To The World yang mana monumen ini dibina bertujuan untuk mengucapkan terima kasih kepada negara-negara yang menghulurkan bantuan kepada Aceh semasa dan selepas bencana tsunami melanda. Malaysia? Tentulah ada sebab kita sedara Indonesia yang paling rapat. Kutuk mengutuk, kata mengata memang lumrah dan terjadi setiap hari tapi kalau ada bencana terjadi kita tetap saling tolong menolong antara satu sama lain. Yang kata mengata nih kebanyakkannya budak-budak bangang yang baru nak up dan tak pernah keluar dari tempat sendiri. Sorilah kalau ada sesiapa yang terasa.





Check out dari hotel, aku membawa semua bagasi aku menuju ke stesen bas yang terletak di Masjid Baitulrahman. Masa ada lagi lebih kurang 4 jam dari flight aku ke KL, so pada pandangan aku tiada masalah dari segi masa memandangkan airport Aceh bukanlah satu airport yang sibuk untuk urusan imigrasi. So sempat juga aku ke kedai menjual barang makanan (lagi) untuk menambah stok ole-ole memandangkan masih ada ruang kosong dalam beg aku. 


Setelah beberapa lama aku pun tak pasti, akhirnya bas menuju ke airport tiba juga. Ramai juga orang menuju ke arah yang sama (bukan ke airport la tapi) tapi bas tak juga penuh. Tambangnya masih lagi percuma tapi melalui pembacaan aku, sepatutnya bayaran yang dikenakan adalah sekitar 15-20k rupiah per orang tapi aku tak pasti sama ada aku nih persis orang tempatan ataupun masa tuh tambang tak payah bayar..aku pun tak pasti. Kalo korang nanti naik bas kena bayar tambang, jangan salahkan aku plak.

Kebetulan aku naik bas ketika budak sekolah baru je menamatkan sesi pagi persekolahan mereka. So bas yang separa penuh tadi memang full dengan penumpang yang mana budak sekolah memenuhi ruang bas lebih kurang 70 peratus. Budak-budak macam biasa lah, dah main kat sekolah..dalam bas pun sambung main lagi..aku ushaaa je budak-budak nih..Semakin hampir menuju ke airport, seorang demi sorang turun ke destinasi masing-masing dan akhirnya tinggal aku ngan sorang brader disamping pemandu dan konduktor bas je ketika menuju ke airport.


Tiba di airport masa masih ada lebih kurang 2 jam lagi so aku pekena simple lunch dulu di warung (cafe) yang terdapat dekat Indomart bersebelahan dengan airport...memandangkan aku tak book apa-apa dalam flight nanti. Menunya simple je..murtabak jawa dengan teh susu..Kat cafe nih menggunakan kaedah yang sama macam sesetengah tempat di Malaysia iaitu...order dulu..amik bil..bayar kat centralize kaunter dan pulangkan balik resit pada kedai yang kita order..


Makanan kira OK-OK je..murtabaknya telur ngan sayur tapi kuahnya dia bagi cili bawang dengan sos cili dalam paket kecil..so biasa-biasa saja lah. Sambil-sambil makan, melayan hujan yang tak begitu lebat dan menghirup asap rokok sebelum kembali semula ke balai berlepas. Keadaan dalam airport tak berapa sibuk so tak perlu rushing sangat nak mengejar urusan imigresen. Urusan imigresen pun mudah je tapi sekali sampai kat ruangan menunggu flight delay la pulak..haih..


Tamat.

Oh..lupa nak nak bagitau yang 26 Disember ni genaplah 16 tahun tragedi tsunami Aceh dan kawasan-kawasan yang terlibat. Sama-sama kita mengambil iktibar atas kejadian yang berlaku..OK.Done dakwah..

2 comments:

  1. boss kalau jalan kaki sorang2 tepi jalan time travel takde orang kacau ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far aku jalan kaki dari pagi sampai malam xde orang kacau..ada kemungkinan aku macam local kut...cuma kena hati2 dengan traffic..

      Delete