Thursday 17 October 2019

Menyusur kota Pontianak


Dalam senarai whishlist aku, kalau yang dekat-dekat nih salah satu nya aku nak habiskan ronda keseluruhan kepulauan Borneo. Tapi aku takde la desperate sangat untuk mencapai impian tersebut dan kebetulan masa aku risik-risik website AirAsia dan dapat satu tiket murah, tanpa berpikir panjang, terus aku book. Destinasi tujuan aku adalah ke Pontianak, Kalimantan Barat.



Waktu pagi lagi dah terpacak di KLIA 2

Secara jujurnya, aku pun tak tahu apa nak aspect dengan kota Pontianak nih. Dapat tiket murah, so aku just pegi je. Aku ada baca beberapa blog lain mengenai tempat-tempat menarik yang terdapat di sini tapi tempat-tempatnya tidaklah menarik macam India, mahupun Sri Lanka tapi sepanjang pembacaan aku ianya lebih kurang dengan Brunei. Tapi sebelum pergi baik jangan judge terlebih dahulu.




Udah sampei

Perjalanan dari KLIA 2 ke Supadio International airport mengambil masa kira-kira 1 jam 50 minit. Yang aku suka kat Pontianak airport ni adalah orang yang tiba ramai tapi sekali tiba hanyalah satu flight je, so urusan imigresen adalah agak cepat. Tapi yang paling aku benci bila tiba kat sini adalah masa korang nak keluar tuh ada anjing scanner untuk tengok sama ada korang bawak dadah atau tak. Kiranya korang berjalan dalam barisan pastu berhenti kat depan jalan nak keluar tuh dan anjing tuh cium korang satu-satu...tak kena pun tapi cuak gak bila german shepperd datang kat ko.





                         I love Pontianak dari Supadio International airport.

Dari airport aku tidak terus ambil teksi untuk ke bandar. Aku terlebih dahulu ke kaunter pertanyaan yang terdapat di tengah airport untuk bertanyakan public transport selain teksi yang ada di sana. Malangnya kat airport tuh tak terdapat bas untuk ke kota Pontianak. Jalan besar pun tak kelihatan dari airport, maknanya kalau ada pun bas tambang, jarak untuk ke bas stand nya tak dapat dipastikan. Untuk mengelakkan dari di sapa oleh brader-brader teksi, aku segera keluar dari airport tanpa planning...redah je dulu kang baru pikir camner.




Berjalan kaki keluar dari airport aku di tahan oleh seorang brader yang sedang duduk-duduk di situ. Dia offer untuk hantar aku ke bandar dengan menaiki motor dia. (of coz lah dengan bayaran.)Lepas settle urusan nego pasal harga (sebenarnya aku tak nego banyak pun), kami pun bergerak menuju ke hotel. Secara jujurnya aku tak pasti berapa harga tambang teksi dari airport ke bandar tapi aku assume naik motor lagi murah la. Jarak dari airport ke hotel yang telah aku book kira-kira dalam 15km so agak tidak logik kalau aku nak jalan kaki dari airport. Kalau nak jalan kaki maybe 3 jam baru sampai. 


Aku menginap di Ibis Pontianak City Centre yang aku book melalui Agoda dan dapat harga best price iaitu dalam RM70 untuk satu malam untuk standard double room. Bagi aku murah banyak la tuh atau orang kata affordable sebab Ibis nih kira hotel OK-Ok la bagi aku yang selalunya dok di hotel-hotel bajet a.k.a hotel ayam.



Hotel yang aku duduk sepanjang berada di Pontianak.


Sampai-sampai je aku di hotel, aku kena tunggu sekejap (sebenarnya takde la sekejap) sebab bilik aku masih belum ready. Aku tiba awal sikit dari check in time so ada guest yang baru check out dan bilik sedang di kemas. Lebih kurang setengah jam kemudian, aku dapat jugak kunci dan masuk ke bilik untuk urusan-urusan yang berkenaan. Usai sahaja urusan, baru je aku nak turun di jalanan, hujan turun dengan selebat-lebatnya menyebabkan aku terpaksa duduk lebih lama di bilik hotel. Hujan turun lebat tapi tak berpanjangan. Namun begitu aku masih stay di bilik sementara waktu takut-takut hujan tadi tuh tak abis turun lagi.



Ini adalah keadaan bilik aku di Pontianak. Overall ianya adalah good bargain. (bagi aku lah)


Dah konfiden dengan keadaan cuaca yang cerah, aku segera keluar sebab perjalanan agak jauh juga hari ini. Destinasi pertama hari ini adalah Taman Ahmad Yani yang terletak dekat ngan hotel aku...dalam 1 km. Berdekatan dengan taman ini terdapatnya satu tugu yang dinamakan Tugu Buluh Runcing. Mula-mula aku ingatkan tugu buluh runcing ni dibina bagi mengingati peristiwa ganyang Malaysia yang berlaku pada tahun 1963-1966 tapi rupanya bukan. Kalau ikut kenyataan yang di baca di Taman Ahmad Yani (dan of coz google), tugu ini dibina bagi mengenang perjuangan 11 orang tokoh nasionalis Kalimantan yang menentang Hindia Belanda. Tugu ini kalau ikutkan bukan berada di dalam Taman Ahmad Yani tapi ianya berada di dalam round about di jalan besar depan Taman Ahmad Yani dan trafiknya memang susah kalau korang nak menyeberang, so aku tengok dari seberang jalan je lah.



Tugu buluh runcing yang terdapat di tengah round about.

Taman Ahmad Yani ini adalah satu taman yang namanya diambil dari Jeneral Ahmad Yani iaitu seorang komander tentera Indonesia suatu masa dahulu. Taman nih terletak di hadapan Politeknik Negeri Pontianak dan pada pandangan aku ianya adalah satu taman yang biasa-biasa aje tapi banyak info pasal sejarah-sejarah Pontianak, tokoh-tokoh dan tempat menarik di sekitar Pontianak. Boleh la..kalau nak selfie-selfie masuk fesbuk kira nampak rare lah jugak.




Dekat pintu masuk ke taman dari arah belakang...




Tak pasti chess set nih boleh main ke tak...

Selepas settle Taman Ahmad Yani, destinasi seterusnya adalah ke bandar. Target utama adalah untuk ke Taman Alun Kapuas sebelum matahari terbenam. Jarak yang perlu dilalui adalah lebih kurang 5km ke 6km tak termasuk detour. Sepanjang perjalanan dapat jugak aku lihat secara lebih dekat keadaan dan sosio ekonomi Kota Pontianak nih. Kalau nak dikatakan kota Pontianak nih agak mundur pun tak jugak sebab kalau korang tengok pada keadaan trafiknya memang tak kurang dari Damansara cuma kat kota nih bangunannya terdiri dari bangunan lama dan kedai-kedainya agak old skool dan takde menara-menara pencakar langit macam menara PNB atau menara 100 tingkat. Macam pekan Ipoh pun boleh dikatakan jugak.



Bahagian hadapan bangunan utama muzium




Antara bangunan yang terdapat dalam perkarangan muzium...rasanya ini rumah tradisi melayu...rasanya lah



Tak tahu bangunan apa nih...rasanya cam office..sebelah bangunan utama.

Walaupun target aku destinasi seterusnya adalah Taman Alun Kapuas, tapi dalam perjalanan sempat lagi aku detour dari destinasi menuju ke muzium Pontianak yang kebetulan terdapat dalam perjalanan. Tak jauh dari hotel aku, dalam 100 meter je lebih kurang. So aku pun masuk la untuk melihat apa yang terdapat dalam muzium nih. Malang bagi aku sebabnya time aku datang tuh, kaunter untuk beli tiket masuk di dapati tutup. Tak pasti diorang tutup sebab keluar lunch atau memang hari tuh tutup. Jadi aku hanya dapat berpeleseran di bahagian luar muzium sahaja dan bagi aku dengan hanya berpeleseran di luar pun dah dapat banyak info.




Akhirnya sampai jugak walaupun henpon xde data...

Aku sempat tiba di Taman Alun Kapuas sebelum sunset. Keadaan di tepi sungai Kapuas nampaknya agak ramai pengunjung taman tersebut. Agak menarik dengan banyak gerai di persisir sungai dan ada beberapa badut dan penghibur berupa patung-patung transformer bagi pengunjung mengambil gambar. Apa yang menarik perhatian aku adalah kapal sunset cruise yang berlabuh di tepi sungai Kapuas. Kalau kena dengan bajet apa salahnya. So aku pun berjumpa dengan person incharge yang berada di tepi kapal cruise tersebut untuk bertanya berkenaan harga atau pakej menaiki cruise menyusuri Sungai Kapuas. Tak menjawap soalan aku, brader tuh suruh aku masuk ke cruise untuk cop tempat dulu.



Bot untuk sunset cruise...

Dalam 20-30 minit jugak kami di dalam cruise tu menunggu sehingga tempat-tempat kosong dipenuhi dengan penumpang. Akhirnya bot berjalan juga setelah tiada lagi orang berminat nak dan matahari kian terbenam. Apa gunanya naik sunset cruise kalau sun dah set sebelum boat berjalan kan? Keseluruhan perjalanan amik masa dalam 30-40 minit jugak, menyusuri sungai Kapuas dan pusing kembali selepas melepasi salah satu jambatan yang menghubungkan bandar Pontianak ke tanah seberang sungai. Apa yang boleh dilihat dalam tour nih selain dari sunset yang ditakdirkan tidak begitu menarik hari ini?



Pemandangan Sungai Kapuas...

Perlahan-lahan bot bergerak meninggalkan Taman Alun Kapuas. Dari bot ni boleh nampak kehidupan masyarakat di sekitar sungai kapuas yang panjang ini. Kalau korang nak tahu, sungai rajang yang menjadi kebanggaan masyarakat Sarawak adalah sungai terpanjang di Malaysia manakala sungai kapuas adalah sungai terpanjang di Indonesia dengan kepanjangannya adalah lebih kurang 2 kali ganda dari sungai rajang dan melebihi 1100 km. Dahsyat tak dahsyat la. Rata-rata penduduk di sepanjang sungai ini adalah nelayan kalau dilihat dari cruise yang aku lalui ini sebabnya banyak bot-bot nelayan kelihatan mudik ke tebing menjelang maghrib.




Walkway untuk ke Taman Ahmad Yani...


4 hari aku berada di Pontianak, aku agak menyesal sebab habiskan hampir semua lokasi-lokasi yang sepatutnya dikunjungi pada hari pertama di sana. So hari seterusnya agak buntu aku mencari apa nak dibuat di sini.  Hari kedua tetiba satu benda yang gamble terlintas dalam fikiran aku. Aku nak sewa motor dan pergi ke Singkawang. Memang nekad dah aku tapi yang penting adalah mana nak cari motor sebab Pontianak ke Singkawang jaraknya dalam 100km jugak lah.

 Plan nya adalah sewa motor - pergi Singkawang - bermalam kat sana- esok balik Pontianak - jalan-jalan Pontianak dan habiskan lokasi-lokasi yang tinggal-hantar motor-balik ke airport naik ojek. So hari ke 2 aku tak melawat mana-mana, check internet dan dapatkan beberapa lokasi sewa motor.



Rumah panjang yang aku lawati

Dalam perjalanan tuh sempat jugaklah aku ke Rumah Adat Radakng Betang yang berada dalam perjalanan aku mencari kedai sewa motor. Rumah adat ini kalau di Sarawak dikenali jugak dengan nama rumah panjang masyarakat dayak dan kalau nak diikutkan masyarakat dayak di Indonesia lebih kurang sama banyak dengan yang terdapat di Malaysia (Sabah Sarawak - sumber wiki). Hari ini aku tak bernasib baik lagi sebabnya masa aku datang ke sini, keadaan rumah panjang ini nampaknya tidak terurus dan terdapat kerja pembinaan / baik pulih sedang dijalankan so sekali lagi aku tak dapat masuk ke dalam rumah panjang ini.




Rumah panjang dalam baikpulih...tangga naik ke atas pun tak selamat..

So nak tak nak aku pun meneruskan perjalanan bagi menyelesaikan misi aku. Satu kedai dah tutup manakala lagi satu yang berada kat rumah orang pun dah tak buat dah sewa motor. Jadi dengan segala kekecewaan berjalan lah aku pulang ke hotel. Berbelas kilometer jugaklah aku berjalan.

Memandangkan aku dah berada kat bandar, sempatlah aku masuk shopping mall yang ada kat situ. Rasanya ekonomi agak gawat sebab shopping mall kat tengah bandar pun macam nak bungkus. Tak banyak kedai yang bukak.


 

Ayani Megamall yang terletak dekat ngan hotel aku.




St. Joseph Cathedral Church..salah satu church yang mempunyai nilai senibina yang tinggi di Pontianak

Sempat jugak aku ke pusat ole-ole yang terletak depan church utk beli souvenir bagi kawan-kawan opis. Harganya tak murah dari apa yang biasa di Indonesia tapi aku rasa takde pilihan lain so aku beli jugak la. Kat sini ada macam-macam jugak barangan souvenir yang dijual seperti kain-kain dan juga makanan tapi seperti biasa fridge magnet juga menjadi pujaan hati aku. (sebab itu yang paling murah)



Pusat oleh-oleh khas Pontianak...di Jalan Patimura




Hari-hari berikutnya tak banyak yang aku lakukan kat Kota Pontianak ni melainkan rutin jalan kaki dari hotel ke bandar sambil mencari makanan dan lepak di Ayani mall yang tak jauh dari hotel aku. Dapat jugaklah sehelai baju batik buat ole-oleh utk diri sendiri. Hari ni Jumaat so aku ke Masjid Raya yang terletak kira-kira 2km dari hotel utk tunaikan solat Jumaat sebelum berpeleseran di Bandar semula. Masjidnya memang ramai orang sampai penuh. Ianya mungkin kebiasaan  Di sini. Walaupun Kalimantan adalah tanah masyarakat dayak tapi penduduk Islam tak kurang ramainya jugak. Antara benda yang paling menarik dibuat pada Hari ke-3 di Kota Pontianak adalah buffet dinner kat hotel aku. Bayar 80k dan korang boleh makan apa saja yang ada (takde la byk choice sgt pun) sambil melepak tengok live band kat situ.


Masjid Raya Mujahiddin, Pontianak..



Solat Jumaat di Masjid Raya..dah abis solat...jemaah menag ramai sampai penuh masjid..

Hari ke-4 takde apa yang menarik untuk dilakukan. Aku lepak-lepak kat hotel sementara menunggu utk ke airport. Aku amik service taxi dari hotel je memandangkan harganya cam agak berpatutan. Sekali check list tuh, rupanya ada provide tour Pontianak dan harganya cam murah kalau dibandingkan ngan peluh diperah sepanjang perjalanan. Haram tul..kalau tau takyah aku menapak. Sambil-sambil dalam perjalanan ke airport, sembang-sembang ngan brader teksi tu sekali dia cakap...kalau nak motor ke Singkawang boleh je pinjam motor dia..tak payah bayar...isi minyak je...aduh..tepuk dahi betul.. kadang2 jadi backpacker sangat pun takde la menguntungkan sangat..

Tamat

2 comments:

  1. macam menarik je kota pontianak ni ... sebab macam rare tak ramai org pergi kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak rare jugak sbb rata-rata org tanya aku sebab apa datang ke Pontianak

      Delete