Sunday 15 September 2019

Padang dan Bukit Tinggi : Episod Akhir

Maaf banyak kerja kebelakangan nih so masa tak berapa nak ada utk menulis...ok sambung balik

Akhirnya setelah berada di Padang dan Bukit Tinggi selama 4 hari, (termasuk hari ini) tibalah masa untuk kami berangkat pulang ke tanah air tercinta. Banyak pengalaman dan pemandangan yang kami dapati di sini selain dari hasil borongan yang berbondong-bondong dibawa pulang. Flight kami waktu petang, so masa sementara menunggu boarding time takkan di sia-siakan dengan duduk di hotel sahaja.


Udah sampei ke destinasi.

Seperti hari-hari yang lalu, kami terlebih dahulu makan breakfast di hotel dengan makanan buffet yang bagi aku ok walaupun menunya sama setiap hari. Free breakfast lagi mau komplen ka? Selepas breakfast kami masing-masing membawa turun kesemua beg dan ready untuk check out. Proses check out mengambil masa yang agak lama jugak sebab nak uruskan beg dan juga kebetulan hari tuh ada ramai jugak penghuni yang check out sekali.



Jambatan untuk ke batu Malin Kundang.

Sebaik sahaja kami selesai check out dan segala bagasi telah selamat disimpan di dalam coaster, kami memulakan perjalanan menuju ke destinasi pertama iaitu Pantai Air Manis. Jarak destinasi yang ingin kami tuju sebenarnya tidaklah jauh dari hotel penginapan iaitu kira-kira 10-15 km sahaja tetapi masa yang diambil dalam 30 minit juga disebabkan kesesakkan lalu lintas dan juga jalan yang berbukit-bukit.



Suasana di Pantai Air Manis (sebelah patung batu)

Akhirnya setelah menempuh perjalanan berbukit bukau dan jalan yang bersimpang siur, kami tiba di Pantai Air Manis. Pantai Air Manis nih adalah salah satu wisata yang terkenal di daerah Padang. Ianya terkenal kerana terdapatnya batu-batuan menyerupai orang sedang sujud yang konon nya adalah kisah lagenda Malin Kundang. Kisah Malin Kundang ini sama sahaja dengan kisah dongeng rakyat Malaysia iaitu si Tanggang, seorang anak miskin yang pergi merantau mencari rezeki dan kemudian pulang berlabuh di kampungnya sendiri. Menderhaka kepada ibunya dengan tidak mengaku bahawa yang datang menjenguknya itu adalah ibunya kerana malu pada isterinya, seorang wanita kaya lalu disumpah menjadi batu.


Antara souvenir yang boleh didapati di sini...tak sure tempat lain ada jual atau tak..


Tiba di pantai Air Manis, kami dibawa ke tempat batu Malin Kundang berada iaitu kira-kira dalam 100-200 meter dari coaster kami berlabuh. Tempat ini tidak seperti yang aku bayangkan. Sepanjang perjalanan terdapat banyak kedai-kedai menjual cenderamata atau barangan lebih kurang sahaja dengan Pasar Atas di Bukit Padang. Cuma harga nya lebih kurang atau lebih sedikit dari yang terdapat di Pasar Atas. Bahkan di sekeliling batu Malin Kundang dan bahteranya juga terdapat warung-warung dan penunggu yang sedang melepak di sana. Penunggu yang aku maksudkan adalah orang-orang tempatan yang juga merupakan jurugambar profesional yang bertugas mengambil gambar pengunjung yang datang di situ. Menurut kelendan coaster / pembantu supir, kami tidak dibenarkan mengambil gambar di sana kecuali melalui jurugambar profesional yang terdapat di situ. Tapi aku buat tak reti je dan mengambil beberapa keping gambar dan seterusnya beredar dari situ.





Gambar di atas nih diambil oleh aku walaupun ada tukang tangkap gambar berbayar di sekitar.

Aku balik je ke arah coaster tengok-tengok family aku dah masing-masing menyewa ATV yang memang ada di tepi laut. Aku jugak ada di offer utk atv tersebut tapi malas la aku nak amik. So aku hanya berada di tepi pantai menjadi official family photographer sepanjang diorang menikmati pemandangan pantai dengan ATV. Selesai menaiki ATV (sebenarnya sebab dah time kena pulangkan baik ATV tuh) kami lepak-lepak lagi kat salah satu warung yang berdekatan dengan coaster sambil-sambil minum kopi. Asalnya minum kopi, pastu mi pop, pastu air botol dan last skali pakej ngan aiskrim connetto skali.



ATV session...aku tak pasti sampah nih mucul time air surut saja ataupun setiap masa.


Penduduk tetap pantai Air Manis.



Jambatan Siti Nurbaya (Satu kisah femes bagi masyarakat di Sumatera khususnya)

Perjalanan kami kemudiannya menghala ke lapangan terbang. Walaupun masih awal tapi kami kena bersiap sedia untuk mengatur bagasi dan perihal imigresen supaya takde apa-apa yang tidak diingini terjadi nanti. Kami berhenti sebentar di pantai yang terdapat di tengah kota Padang untuk mengambil gambar kenang-kenangan. Disamping mengambil gambar sendiri , ruanya ada jugak fotografer prosional gak kat sini. Diorang amik gambar kami dan bergegas print kat kedai mereka di seberang jalan dan jual kat kami sebelum coaster bergerak. Aku tak ingat berapa harganya (sebab bukan aku yang bayar). Selesai urusan, kami bergerak semula ke airport tapi menuju ke kedai makan bagi urusan lunch sebelum check in.




Signboard jarak pelbagai negara yang ada di pantai nih.




Aku tak tahu nama sebenar pantai nih tapi kat sini ada signboard Padang. Lokasi utk amik gambar.




Masjid Raya Sumatera Barat, masjid yang terbesar di Sumatera barat dan no. 2 di pulau Sumatera. 




Shopping dulu sebelum balik.

Dalam perjalanan sempat lagi kami berhenti di sebuah kedai menjual barangan cenderahati. Ini shopping kami yang last kat Padang (kecuali kang kalau ada lagi yang berkenan dihati di airport nanti). Kedai yang kami singgah nih adalah kedai menjual barang-barang (macam gift shop) berupa cenderahati berupa kain-kain (kain lagi), tshirt dan barangan kecik macam key chain dan dompet-dompet kecik. Kualiti barangannya tidaklah begitu tinggi tapi kami beli juga beberapa barangan memandangkan key chain untuk orang-orang yang tak dapat ikut belum lagi dibeli.



Kedai kami shopping sebelum berangkat pulang. 

Akhirnya coaster membawa kami ke sebuah kedai makan berhampiran airport iaitu Pondok Ikan Bakar Khatib Sulaiman. Rasanya kami pernah singgah kat salah satu cawangan pondok ikan bakar nih pada malam sebelum-sebelum ini kalau tak silap aku. Orang Padang mesti suka dengan pondok ikan bakar macam nih. Makanannya lebih kurang je macam sebelum-sebelum nih dan tak ada apa yang special. Maybe dah terlebih dos makanan bakar-bakar.





Ini restoran yang kami pernah singgah tapi cawangan lain.




Bakar mas jangan tak bakar. 

Akhirnya selepas makan kami dihantar menuju ke bandara (airport). Selepas ucapakan selamat tinggal pada pak supir dan pembantunya, kami terus ke kaunter check in. Nasib baik la datang awal sebab nak check in dengan barang yang berbondong-bondong memang amik masa yang agak lama jugak. Airport Padang nih kecik je..tak banyak kedai kat dalam tuh untuk berpeleseran dan selepas menunggu lebih kurang 3 jam di airport, akhirnya kami bertolak pulang. 



Tamat

3 comments:

  1. Salam.. boleh minta no supir tu tak.. nak pergi padang bulan 1 nnt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..sori bebanyak sbb aku xde no kontek supir nih..sbb adik aku yg uruskan semuanya...tapi boleh je cari kat grup backpackers di fb dan banyak kat instagram..sori..

      Delete
  2. Salam..izin promot kat laman ni,kami sinar alam wisata tour and travel di padang bukittingggi indon,bila tuan/puan nak merancang melancong kat padang bukittinggi kami menyediakan perkhidmatan pakej percutian dan sewa pelbagai kereta dengan harga jimat dan berbaloi.
    Wassap +6285356000747
    Emel sinaralamwisata1409@gmail.com
    Website www.sinaralamwisata.com

    ReplyDelete