Tuesday 14 August 2018

Myanmar : Yangon Part 3 (last)

Pada asalnya waktu malam aku bercadang nak tengok tv sambil makan roti canai yang dibungkus. Last-last baru makan sekeping tv yang tengok aku. Menjelang subuh roti canai tuh dah jadi keras dan kuah kari dah jadi kuah kari sejuk sebab kena aircond sepanjang malam. Tu lah..tamak lagi. Hari ini hari free and easy aku...takde sebarang rancangan spesifik nak kemana-mana just tunggu check out hotel dan berpeleseran sementara menunggu flight aku malam nanti. Selain dari tengok tv (takde apa yang menarik nak tengok pun) aktiviti pagi aku adalah breakfast yang disediakan secara percuma. Entah kenapa, mungkin aku terlewat tapi bila time breakfast menu utama iaitu nasik goreng dah habis kena lanyak ngan geng-geng mat saleh. Terpaksalah makan roti dengan jem tapi no issue pun disitu sebenarnya cuma pengajaran, kalau nak full breakfast kat hotel or guest house kenalah awal sikit. Lesson learnt.



Setelah siap berkemas-kemas, dalam jam 11 pagi aku kemas beg dan check out dari hotel. Apa agenda hari ini? Entah..Aku pun tak pasti dan aku teruskan berpeleseran di downtown Yangon dan kalau boleh nak cari sedikit cenderahati untuk dibawa pulang. Masa masih awal lagi jadi aku amik keputusan untuk ke Maha Bandula park yang berada tak jauh sangat dari kedudukan hotel aku. Takde sebarang aktiviti menarik pun di sini, ianya lebih kurang macam padang dataran merdeka kalau kat KL. Di tengah Maha Bandula park nih ada independence monument dan ada kolam buatan dan park nih dikelilingi oleh bangunan historic seperti Sule pagoda, Yangon city hall dan juga high court Yangon. Kalau nak lepak-lepak memerhatikan keadaan persekitaran dan aktiviti harian penduduk tempatan, ini adalah salah satu tempat yang menarik. Tapi time hari kerja macam takde berapa ramai orang kat sini, semua cam sibuk bekerja dan menjalankan aktiviti harian masing-masing.







Next stop adalah solat Zohor dan Asar di masjid yang berdekatan. Masjid yang terletak di sebelah Sule Pagoda nih ada dua seperti yang aku dah bagitau dalam post sebelum ini. Aku mengambil keputusan untuk ke Masjid Jamek Bengali Sunni sebabnya ada perkataan sunni pada masjid tuh dan di Yangon nih ada juga masjid syiah (so far aku tak berapa minat nak masuk dan solat di dalamnya). Baru je aku bukak kasut di hadapan pintu masjid, salah seorang jemaah (aku rasa ajk masjid nih) meminta aku membawa kasut aku ke dalam, takut anjing katanya dan aku disambut mesra oleh brader tuh. Dia tunjukkan aku di mana nak simpan kasut sambil memimpin tangan aku dan menunjukkan arah tempat wuduk. Alhamdulillah..mesra sungguh masyarakat kat sini.



Memandangkan waktu telah menjelang petang dan terdapat lagi 5 jam sebelum kapal terbang membawa aku ke Kuala Lumpur, jesteru itu adalah wajar jika aku sempat mengisi perut kali terakhir di Myanmar bagi perjalanan kali ini. Aku membuka maps bagi melihat dan mencari tempat makanan yang sesuai dan aku memilih Restoran Nilar briyani bagi mengisi perut. Restoran ini mendapat rating yang agak tinggi dalam trip advisor. (Yang tu paling hampir pun kat tempat aku berada)Setelah berjalan beberapa lama aku pun tak pasti, berjaya juga aku temui Nilar Briyani nih. Restorannya boleh tahan ramai orang jugak. Cara order sama macam di fast food iaitu order dari menu yang terpampang di kaunter dan bayar, amik tempat duduk, nanti diorang hantar makanan. Harga boleh tahan lah..aku rasa cam agak murah.





OK..baru aku tahu kenapa harganya agak murah; lagi murah dari nasik briyani yang boleh didapati di Kuala Lumpur. Sebabnya adalah portion nya agak kecik dan sangat simple. Ada nasik (of coz lah...nama pun nasik briyani) yang dalamnya ada ayam serta sup sayur yang aku rasa nak pitam bila memakannya. Rasanya?; biasa-biasa aja. Boleh la makan tapi kalau diberi peluang kedua, rasanya aku takkan repeat kut. Personally bagi aku, takde la wow sangat macam di describe dalam internet. Tapi selera masing-masing kan? Bagi orang-orang yang macam aku nih, yang makan sehari sekali atau dua kali dan perlukan tenaga yang banyak untuk berjalan kaki seharian macam petani memang kurang sesuai lah. Patutlah orang Myanmar kurus-kurus tapi orang Myanmar di Malaysia makan nasiknya tinggi cam karung guni dah aku nampak. Pelik.





OK. Untuk pengetahuan kita bersama, sebenarnya banyak je restoran-restoran yang aku check halal dalam google yang boleh didapati kat negara kita dan aku rasa (yang nih aku betul-betul rasa / tak gugel) restoran nih pemilikan nya adalah datang dari Malaysia. Sebagai contohnya ada je Marry Brown, Chicken Rice Shop dan Old Town white coffee serta ada beberapa restoran yang menjamu makanan Malaysia macam Malaysia Kitchen, Rasa Lasa (macam dah tutup), Foodfare Fusion Kitchen, Asia Point Sea View restoran dan kalau teringin makanan Indonesia pula ada D'penyetz dan lain-lain lagi. Cuma bagi yang Muslim, status kehalalannya korang kena pastikan sendirilah. Bagi aku, aku lebih prefer makanan tempatan rakyat marhaen tapi ikut pilihan masing-masing lah.



Next stop adalah Bogyoke market yang berada dekat je dengan Nilar Briyani; adalah dalam beberapa ratus meter saja dan menjadi destinasi akhir aku di Yangon sebelum mencari teksi untuk ke lapangan terbang. Tujuan utama adalah untuk mendapatkan beberapa ole-ole untuk dibawa pulang ke tanah air. Bogyoke market ini merupakan deretan kedai-kedai yang menjual produk tempatan. Kalau di Malaysia macam central market lah. Jenuh juga aku mencari souvenir yang sesuai tapi memang takde yang berkenan. Sebabnya kat sini aku nampak barangan yang dijual seperti barangan local macam baju-baju kelawar, baju-baju budak, coli, spender dan juga barangan untuk pelancong lebih kepada barang-barangan yang bagi aku mahal-mahal dan tidak ada keperluan bagi aku seperti barangan emas, gelang, cincin dan macam-macam, lukisan-lukisan art dan juga potret dan juga barangan cenderahati yang high-end. Oh..ada juga key chain yang biasa-biasa dan kraf-kraf bahagian bawah dalam hall main bazar lebih kurang macam kat Padang Besar or Ben Thant market kat Saigon jugak.






Tak puas di Bogyoke market, aku ke Junction city di seberang jalan memandangkan ada 2-3 jam lagi sebelum boarding. Duit Kyat pun ada berkepuk (dalam RM100) lagi so aku gi hunting kut-kut ada baju or seluar yang boleh buat baju kerja yang murah-murah yang boleh dibeli macam biasa aku buat kat Korea ngan Jepun dulu. Junction city nih merupakan satu shopping mall yang besar macam Pavilion kat KL dan barangannya pun agak standard2 dan off coz lah harganya pun tak begitu berbaloi untuk dibeli. So cuci mata sajalah. Dalam kul 4 petang aku pun cari teksi untuk ke airport dan bayaran yang dikenakan adalah 10k kyat. 



Sampai di lapangan terbang aku terus masuk ke dalam untuk dokumen check dan juga pemeriksaan keselamatan. Di pintu masuk, selepas beg di scan aku ditahan oleh pegawai polis airport. Aku ditanya dalam bahasa Myanmar yang aku tak paham so dia pun cakap omputeh, "Are you from Laos?" No..I'm from Malaysia..Sambil tersenyum dia cakap yang aku macam orang tempatan sebab pakai kain pelikat kat airport..Haha..lawak jugak. Dah jadi tradisi orang Myanmar dan kadang-kadang orang Laos yang berkain pelikat (orang tempatan panggil Logyi atau sebutannya longji) merata-rata. Dalam hati aku cakap "Bang. Kat Malaysia pun ada jugak tapi kami bawak gi mesjid je". So masuk dalam departure hall sambil menunggu flight, dengan duit belen kyat tuh dapat juga aku segelas Gongcha ice blended (first time seumur hidup aku try minuman nih...mahal lak tuh) sambil celebrate tamatnya perjalanan 8 hari yang berliku di bumi Myanmar ini. (8 hari je pun nak celebrate)

Tamat.

4 comments:

  1. fuhhh dasat tu...8 hari yg mencabar... tp sedikit sbyk sy dpt gambaran ringkas kt sana nnt... terima kasih berkongsi...nnt ada apa2 yg nk ditanya sy akan terjah ruang komen blog ni ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saja..sebenarnya masa nak travel tuh seram jugak lepas dengar cerita macam-macam..tapi bila kat sana dah rasa cam local

      Delete
  2. nak tanya mmg totally safe ke kalau perempuan yang travel berdua? mcm awak juga, duk tgk berita macam2 psl myanmar lagi2 yg muslim... kalau yg bertudung tu mmg ok jelah ke sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak cakap total safe tuh tak boleh jugak sebab kita nih hanya merancang. So far kalau nak tahu yang kat Yangon tuh ramai je muslim..yang wanita bukan saja bertudung tapi mostly berjubah lagi..yang lelaki berjanggut siap berkopiah tak kira masa. Cuma tengok jugak kemana korang pergi..

      kalau Yangon tak kisah sangat. Kalau bandar-bandar kecik lain tuh kena study dulu lah..kawasan bergolak is totally a no-no..so far aku travel solo ok je dan bagi aku orang sana baik je ngan aku..maybe sebab rupa aku pun dah macam org Myanmar

      Delete