Tuesday 24 July 2018

Myanmar : Yangon Part 2

Dapat je katil terus aku tak sedarkan diri. Dapat jugak la power nap barang sejam. Usai solat asar aku kembali mengendong daypack aku ke jalanan. Meskipun cuaca masih panas namun aku hadapkan jugak. Sebabnya destinasi yang aku nak pergi nih boleh tahan jugak jauhnya berjalan kaki.



Perjalanan dimulakan dengan menuju ke Kandawgyi lake yang terletak kira-kira 4km dari hotel aku. Tujuan asal untuk melawat Shwedagon temple, iaitu temple paling femes di Yangon. Sepanjang perjalanan aku melalui pusat komersil yang terdiri dari kedai-kedai dan diantaranya aku dapati terdapat beberapa kedai yang menjual makanan halal dan tak kurang juga terdapat 1 atau 2 buah masjid yang terletak di tepi jalan.



Lebih kurang sejam berjalan aku tiba di Kandawgyi lake. Ini adalah sebuah tasik buatan yang besar, antara 2 terbesar di Yangon. Tasik ni secara visualnya aku nampak merupakan sebahagian dari Kandawgyi park yang menjadi tempat lepak rakyat tempatan dan juga pelancong asing. Tapi masa aku datang kat sini, laluan kayu sepanjang tasik dah uzur dan sedang dalam pembaikan dan agak berbahaya kalau tak berhati-hati. Walaupun laluan kayu tu agak uzur namun tak menghalang beberapa couple mamadu asmara di bawah pokok dan kawasan-kawasan hijau di park ini.





Nun diseberang tasik tersergam Karaweik Palace, satu senibina yang bagi aku agak unik. Karaweik palace ni merupakan satu ruang serbaguna yang lebih kepada restaurant dan function hall. Kalau nak merasa makan disini, pakej lunch dan dinner ada disediakan disamping persembahan kebudayaan. Bayarannya kalau tak silap aku adalah 30usd untuk dewasa. Makanan tak pasti halal ke tak tapi bagi sesiapa yang berkemampuan boleh la cuba. Pengembara cam aku ni, memang tidaklah.





Shwedagon pagoda terletak tidak begitu jauh dari Kandawgyi park so aku teruskan perjalanan memandangkan matahari dah semakin menjelang kepenghujungnya. Keadaan trafik waktu petang amatlah sibuk tambahan pula kenderaan dipandu dengan laju membuatkan aku agak sukar nak melintas jalan. Aku rasa boleh je melintas macam di Vietnam tapi aku tak mahu menjadi mayat di tepi jalan so terpaksalah aku detour mencari jejantas untuk melintas. Boleh tahan jauh jugak la aku detour.





Aku tak pasti aku masuk ikut pintu mana tapi kawasan pagoda nih boleh tahan mewah. Nak masuk ke perkarangan pagoda kena bukak kasut dan keadaan lantai tidaklah begitu bersih. Untuk ke pagoda siap ada escalator dan terdapat 2 check point security checking dimana beg dan badan kena melalui metal detector macam di airport. Maklumlah, Myanmar negara yang agak bergolak disamping Shwedagon pagoda nih tempat yang agak sacred bagi penganut Buddha.




Bagi memasuki kawasan pagoda, bayaran masuk yang dikenakan adalah 10k kyat atau 8usd bagi tourist. Memandangkan aku merupakan 'rakyat local' jadi aku dikecualikan dari bayaran. Dah diorang tak mintak so aku tak bayar lah. Tapi korang jangan ikut ye. Kawasan Shwedagon pagoda nih agak besar dan terdapat ramai pengunjung semasa aku datang, pengunjung local datang bersembahyang manakala yang luar negara datang untuk menyaksikan kehebatan senibina pagoda ini. Kubahnya dibina dari emas (tak pasti tulen ke cat je) tapi memang nampak keemasan.




Aku tak tunggu sampai malam walaupun suasana malam lebih menarik dengan lampu-lampu bergemerlipan (pagoda tutup jam 10 malam) disebabkan aku nak ke masjid untuk solat Maghrib dan Isya. Aku ambil jalan yang lain sebab dalam maps aku tak menunjukkan ada masjid yang berdekatan dengan kedai makan. Sebenarnya aku rasa ada cuma mungkin tak dinyatakan dalam peta. Sedar-sedar aku dah berjalan ke downtown semula.



Aku sampai di tengah bandar Yangon agak lewat iaitu selepas tamat waktu Maghrib namun begitu pintu masjid masih terbuka dan terdapat beberapa orang jemaah sedang membaca Al-Quran didalamnya. Meskipun berada di celah-celah kedai namun masjid nih nampaknya tenang saja. Takde nampak macam diancam seperti dalam media-media sosial. Takpelah. Aku teruskan urusan di dalam masjid dan kemudiannya beransur mencari makanan untuk malam ini. Rasanya seharian aku x menjamah sebarang makanan. (Rasanya setiap hari dalam perjalanan di Myanmar pun lebih kurang kecuali dimana penginapan yang menyediakan sarapan pagi percuma..haha)



Aku teruskan perjalanan, kali ini mencari makan malam aku dambakan. Terdapat beberapa kedai makanan halal yang aku simpan dalam map telefon aku. Ada yang aku cari tak jumpa dan yang jumpa pulak tak menepati selera aku. Bukan selera sebenarnya tapi lebih kepada kebersihan. Esok nak balik KL, kang cirit birit sepanjang perjalanan apa cerita. Dalam perjalanan tu sempat aku lalu kat Sule. Kebetulan time tuh azan Isya berkumandang dan apa yang aku rasa kagum azan tetap berkumandang dengan kuat dari 2 masjid yang terletak bersebelahan walaupun ketika itu Sule pagoda masih memperdengarkan mentera yang terpancar dari corong speaker. Bukan nak kata, tapi kalau kat negara kita kejadian nih mesti dah buat ramai yang berdemo dijalanan atau pelbagai kecaman dan sindiran di muka buku. Masyarakat kita nih..ahh..lupakan saja.



Dalam 20 ke 30 minit kemudian aku jumpa jugak kedai yang aku rasa sesuai lalu aku masuk ke dalamnya dan duduk meminta menu. Pelayan kedai tunjukkan menu yang terpampang kat dinding dengan semuanya tulisan Myanmar. Sekali pelayan ngan tuan punya kedai tuh tak tahu pulak cakap omputeh. Aku dah kompius dah kat sana bila tuan punya kedai panggil seorang mamat yang sedang bersihkan dapur untuk bercakap dengan aku. 'Ya bang..nak makan apa?' Aku yang dah seminggu tak cakap bahasa Malaysia rasa macam terjumpa orang kampung kat Myanmar.



Sedetik kemudian aku dah berada berhampiran dapur, memilih lauk untuk santapan. Makan malam hari ini agak mewah jugak, ada daging masak kicap, sayur dan lain-lain lagi. Cuma ada satu je kekurangan, bila aku nak mitak teh ais..brader tu cakap 'kat sini tak buat bang.' Sambil kerja aku sempat jugak sembang-sembang ngan brader tu. Katanya dia duduk Malaysia dalam 7 tahun. Kerjanya kat pasar borong Selayang dan dah setahun balik ke Myanmar. Bila ditanya dia cakap..'tengoklah tahun depan dia nak lari balik Malaysia.' Dia ada bagitau aku yang ramai jugak orang Malaysia terutama dari kedutaan datang makan kat kedai tu tiap minggu. Tak mau potong suasana, aku takde la tanya pasal isu Rohingya kat brader tu.



Perut yang lapar telah kenyang diisi namun perasaan tamak masih menghantui diri. Aku suruh brader tadi bungkuskan 3 keping roti canai untuk bekalan aku malam tu dan juga sebagai hidangan makan pagi keesokkan harinya walaupun hotel ada sediakan breakfast. Tak cukup lagi aku tambah kari ayam bagi melengkapkan hidangan roti aku tuh. (Ada ke patut roti canai bungkus dia bagi gula sebagai pencicah). Badan dah letih, perut dah kenyang, aku bayar harga makanan dan beransur pulang ke hotel yang terletak kira-kira 3 km dari situ...



Bersambung...

4 comments:

  1. sik baik boleh ckp BM semula heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..ramai yg boleh cakap BM, cuma jumpa sebahagian kecik je

      Delete
  2. Org perempuan boleh masuk masjid di myanmar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya boleh sebab ada gak nampak org pempuan kat sekitar masjid...tapi dalam masjid tak nampak pulak ruang untuk muslimah..so aku tak berapa pasti la...

      Delete