Friday 20 July 2018

Myanmar : Yangon Part 1

Asalnya aku bercadang nak cuba untuk naik train dari Bagan ke Yangon. Ada 2 sebab...pertama ianya ambil masa yang lebih panjang so aku sampai Yangon lebih kurang jam 8 pagi dan kedua ia sampai di central station yang terletak di area downtown. So tak payah aku amik teksi dari bus station ke town lagi. Tapi rancangan tetap rancangan kalau implimentasi nya tak dilakukan. Aku tetap juga naik bas dari Bagan ke Yangon. Mungkin sebab mudah, pikap dari hotel ke stesen bas, dalam bas tidur dan sampai nanti baru pikir apa yang akan dilakukan seterusnya. Haha...aku kalau mengembara ni memang buat je apa yang aku suka dan kesudahannya benda yang sama jugak terjadi..sampai awal dari jadual dan terperangkap kat stesen bas. padan muka sendiri.



Jam 5 pagi aku di Aung Mingalar bus station, semua penumpang dah pergi termasuk tourist omputeh ngan sorang mamat indon yang naik sekali ngan aku dalam bas. Maka tinggallah aku berseorangan di stesen bas tadi. Apa yang lebih best kali ni diorang tak bukak pintu opis bas. So duduk la aku kat luar opis bas tu menahan rasa nak kencing...harap2 tak kena batu karang dah le. Mujur cuaca kat Yangon tak sesejuk kat tempat2 lain yang aku pegi sebelum ni. Suhu nya kira chill2 gitu. Dari suasana sunyi sepi pada asalnya, stesen bas tu dah jadi makin meriah tambahan kedatangan sami2 muda yang mintak sumbangan menjelang dinihari. (Macam alms ceremony kat Luang Prabang). Muncul je matahari, aku gendong beg dan tanya teksi driver berapa harga nak ke Sule pagoda. Kenapa ke Sule? Sebab hotel yang aku book hanya boleh check in lepas tengahari. So sementara menunggu masa nak masuk hotel aku berpeleseran dulu kat bandaraya Yangon ni. Lagipun dari Sule ke hotel akan lalu train station dan boleh la aku naik circular train yang orang selalu naik tu. Takkan pagi2 nak gi tengok wayang kut. Kan??



Teksi yang telah aku persetujui tambangnya tadi nampaknya tak gerak-gerak walaupun aku dah berada kira-kira 5 minit di dalamnya. Pemandu teksi masih bersembang-sembang tetiba dia bawak seorang mat saleh naik sekali teksi yang dah aku kompom tadi. Mat saleh tuh nak pergi ke airport sambil dia bertanya aku kemana hala tuju. Maknanya pemandu teksi tuh buat double charge pada kami berdua disamping tambang aku tak kurang sedikit pun. Lantak kau lah labu...aku pun bukannya kejar masa pun. Tapi dalam hati angin la jugak sebab kena con.



Perjalanan yang diambil kira-kira sejam lebih sebab kena hantar mat saleh tuh dulu ke airport dan seterusnya hantar aku ke Sule Pagoda. Sampai saja di lokasi yang aku nak tuju, aku bayar pemandu teksi amaun yang telah dijanjikan dan kemudiannya berpeleseran ke destinasi berdekatan. Antara tempat yang aku pergi adalah Sule pagoda dan kawasan sekitarnya. Sekejap je aku berpeleseran di kawasan tersebut, seterusnya aku teruskan perjalanan menuju ke Yangon station.



So sampai ke Yangon station, kira-kira 2 km dari tempat aku turun tadi aku terus tanya staff train station tu mana kaunter nak beli tiket. Lepas dia tunjuk terus aku ke kaunter dan beli tiket. Mamat tu cakap tak lama lagi train sampai, dalam jam 840 pagi kalau tak silap aku. Sampai jam 840 lebih kurang aku tanya lagi mamat tu. Dia cakap train delay. 

Lebih kurang setengah jam kemudiannya aku tanya lagi mamat tu mana trainnya? Dia cakap...(translation) la...tadi train dah sampai..apesal ko tak naik? Skang dah blah..ko tunggu train lain.. eh..punya la banyak train kat sini..mana aku tau nak naik yang mana satu? Kang silap naik diorang bawak aku jadi buruh keretapi maut kang macamana... Mamat tu kata wait here..Dalam 10 minit kemudian dia tarik tangan aku (mcm yang abangla slalu buat Tu) train already here..rupanya ada sorang lagi mamat Russia senasib ngan aku. Mamat yang kerja jual tiket keretapi tarik tangan aku dan mamat Russia tuh sambil bawak kami ke keretapi yang akan bergerak tak lama lagi. Last-last pegangan tangan terlepas dan mamat2 tuh dah kemana hala tah..Aku pun naik ke dalam coach keretapi dan mula mencari tempat duduk.



Yangon train station nih walaupun merupakan stesen keretapi yang antara terbesar kat Myanmar, tapi fasiliti nya memang koboi. Kalau bandingkan dengan KL sentral memang macam langit ngan bumi. Bahkan kalau dibandingkat dengan stesen keretapi Ipoh masa zaman 90an dulu pun, stesen Ipoh menang lagi.

Entah beberapa minit kemudian keretapi mulai bergerak dari relnya. Dalam jam 9 lebih cuaca masih lagi nyaman dan penumpang tidak begitu ramai serta masih banyak lagi tempat duduk yang kosong. Circular train ini merupakan salah satu cara efektif bagi penduduk tempatan untuk kemana-mana disamping publik transport lain. Kalau tak mengejar masa, ia merupakan satu cara paling murah dan berkesan. Circular train ini mengambil masa dalam lebih kurang 3 jam perjalanan bagi melengkapkan satu pusingan mengelilingi sebahagian besar bandaraya Yangon. 


Kalau berminat nak melihat kehidupan sebenar rakyat Myanmar di Yangon boleh la naik circular train ini. Semakin jauh perjalanan semakin ramai orang menaiki keretapi ini. Pada awalnya, kurang penumpang namun begitu selepas setengah perjalanan sampai berdiri-diri orang dalam gerabak. Dengan sayur-sayurannya, buah-buahan nasib baik takde binatang ternakang dalam tuh..jap..oh..ada juga yang bawak ayam hidup.



Mula-mula memang seronok naik circular train ni sebab cuaca masih sejuk. Lama-kelamaan makin bosan dan menguji kesabaran jugak sebabnya cuaca semakin panas berbahang disamping penumpang semakin ramai. Satu circuit kembali ke Yangon train station mengambil masa dalam 2jam setengah ke 3 jam jugak. Untuk makluman korang, circular train ini tidak berpenghawa dingin dan hanya ada kipas dan tingkap dibuka sepanjang perjalanan. Walaupun di akhir trip ni badan dah mula berlengas namun secara keseluruhannya perjalanan circular train ni memang amat berbaloi bagi sesiapa yang berminat nak mengetahui camner kehidupan sebenar rakyat marhaen di ibu kota Yangon.



Selesai circular train dah tiba waktu untuk check in hotel. Aku teruskan berjalan menuju ke hotel yang telah aku book dalam bas malam tadi. Dalam setengah jam aku dah sampai ke address yang aku dah pinkan di henpon tapi puas aku mencari sign board hotel tapi tak ketemu. Aku pusing sekali lagi jalan tu sebab berkemungkinan GPS aku pening sikit tapi masih menunjukkan lokasi yang sama. 


Lastly aku give up dan tanya pada seorang awek Myanmar yang sedang bekerja menjahit di salah sebuah kedai berhampiran tempat tu. Memandangkan dia macam tak paham apa yang aku cakap meskipun aku dah cakap slang american english, aku tunjukkan hotel booking pada awek tuh. Barulah dia paham dan terangkan kat aku yang hotel aku tuh berada di tingkat 6, jadi memang lah tak nampak signboard hotel. Aku angguk paham tapi dia ingat aku tak paham terus dia meluru kat aku, pegang tangan aku dan bawak aku ke depan hotel sambil cakap sesuatu pada pak guard yang sedang mengawal lif kat situ dan suruh pak guard tuh bawak aku ke atas.

Aku kemudiannya naik lif tuh dan check in kat kaunter hotel. Memandangkan bilik aku masih tak siap lagi, so aku pun tunggu la di korridor depan bilik-bilik hotel sambil menyedut asap rokok. 15 minit kemudian bilik aku dah siap sedia so aku masuk la dan berehat sebentar. Plan petang nih, lepas zohor atau asar, aku nak melilau di bandar Yangon dan target aku malam ni; mencari makanan halal.

Bersambung...


2 comments:

  1. hahahah boleh tarik tangan mcm tu je ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..tak kenal maka tak cinta..selain dari macam2 cerita buruk pasal Myanmar, aku sendiri tak sangka yang diorang sebenarnya friendly

      Delete