Wednesday 22 August 2018

Kesimpulan Trip dan Perihal Perbelanjaan di Myanmar

Aku tak berapa berminat nak komen mengenai ketegangan politik di Myanmar, penghapusan ethnik dan lain-lain lagi. Aku cuba sedaya upaya untuk buat konklusi berdasarkan sepanjang pengalaman aku mengembara di bumi Myanmar. Kadang-kadang apa yang dilaporkan di media massa tuh tak mencerminkan keadaan sebenar yang terjadi dan hanyalah bahan untuk menyebarkan propaganda ataupun melakukan hasil jualan seperti surat kabar dan lain-lain lagi. Namun begitu apa kejadian atau perkara yang tidak baik aku amatlah tidak menyokong dan membantah dengan sekeras-kerasnya. (macamlah ada orang peduli dengan pendapat aku)




Sepanjang 8 hari perjalanan aku di Myanmar, aku telah mengunjungi beberapa tempat yang mostly adalah terkenal dengan perlancongan seperti Inle lake, Mandalay, Bagan dan tidak lupa juga ibu negara Yangon. Asalnya main plan adalah ke Bagan dan Yangon saja namun dah terlajak sampai aku try push cara travel aku meskipun nampak agak cramp dan hethic. Untuk mengembara ke Myanmar, beberapa perkara perlu diambil kira. Antaranya adalah:



Keselamatan

Walaupun Myanmar adalah salah satu negara bergolak, namun hanya tempat-tempat tertentu sahaja yang terkena tempiasnya. Kalau nak ke kawasan bergolak, spesial visa diperlukan dan tourist visa tidak termaktub dalam kawasan yang telah diwarta bergolak itu. Nasihat aku, kalau boleh janganlah ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Nanti disebabkan nak viral di fesbuk, duduk pulak dalam jail korang jugak yang susah. Kalau nak pergi juga make sure pergi dengan pertubuhan atau persatuan yang sah dan niatkan untuk membantu golongan-golongan yang tidak bernasib baik tu. Kawasan lain yakni lebih kepada tempat perlancongan didapati agak aman. Sepanjang aku berpeleseran tak kira masa, ada pagi, siang, malam dan subuh, so far aku masih dalam keadaan selamat dan tidak begitu membahayakan kecuali cuaca. (yang nih korang kena check betul-betul sebelum berkunjung ke Myanmar..jadikan pengalaman aku sebagai teladan) Selain itu, keselamatan di jalan raya juga amatlah perlu diberi perhatian. Sebagai contoh; kalau naik e-bike atau basikal menyusuri bandar atau pekan sila semak lampu kenderaan serta brek terutama sesiapa yang nak mengembara pada waktu malam.



Makanan

Kalau di Yangon tidaklah begitu susah untuk mendapatkan makanan halal bagi yang mencari tetapi kalau di bandar-bandar lain atau pekan yang lebih kecil lain pula ceritanya. Aku tak pasti apakah makanan istimewa bagi orang Myanmar sebab selain dari fine dining, apa yang aku makan adalah makanan rakyat marhaen di sana. Makanan bagi rakyat marhaen tak banyak berbeza dari makanan negara-negara serantau dan nasi semestinya makanan ruji rakyat Myanmar. So nak kata rindu tak makan nasi seminggu dua tuh boleh cakap tipu lah. Cuma yang aku nampak sup sayur pahit (macam sup pucuk ubi je) yang kalau tak silap aku dipanggil khow suey nih macam sup tradisional diorang.

Selain dari makanan halal yang agak sukar diperolehi di bandar atau pekan-pekan kecil, option yang ada adalah vegetarian food. Tapi sebelum duduk di kedai-kedai vege nih sila semak dulu menu sebelum buat order sebab aku ada experience dimana restoran vege tapi ada hidangan daging dalam menu...so sila berhati-hati. Kebanyakkan makanan fine dining adalah terdiri dari restoran-restoran india manakala kedai-kedai marhaen pula menawarkan makanan tempatan. Nak mudah mendapatkan makanan halal, cari masjid dan selalunya ada kedai-kedai makan berdekatan. Kalau takde, boleh tanya kariah masjid tapi ada kemungkinan tak berapa berkesan sebab penggunaan bahasa Inggeris di Myanmar tidaklah begitu meluas.




Penginapan

Sepanjang tempat-tempat tourist memang banyak menawarkan hotel-hotel atau guest house dengan kadar yang berbeza mengikut kemewahan. Kalau di Yangon, kadar bayaran hotelnya agak mahal meskipun hotel berkenaan adalah hotel budget. Begitu juga kat tempat-tempat tourist attraction seperti di Bagan di mana kalau tengokkan keadaan bilik dengan amount yang dibayar boleh dikatakan agak tidak berbaloi jika dibandingkan dengan negara-negara lain di seluruh asia tenggara. (kecuali Singapura). Kebanyakkan hotel budget adalah sederhana mewah dan boleh la untuk didiami (bagi sesiapa yang tak kisah sangat pasal kebersihan). Sebelum booking boleh semak review yang diberikan oleh pengunjung terdahulu disamping semak harga yang bersesuaian dengan budget korang.





Pengangkutan

Pengangkutan utama menghubungkan bandar-bandar sekitar Myanmar mostly adalah dengan menggunakan bas. Keretapi jugak ada tapi ada sesetengah bandar tak termasuk dalam jaringan perjalanannya. Kalau berkemampuan boleh naik kapal terbang dan ianya amatlah menjimatkan masa.
Perjalanan merentas bandar-bandar di Myanmar mengambil masa yang agak panjang, meskipun jalan raya yang menghubungkan antara bandar boleh dikatakan agak baik (tidak seperti Laos dan Kemboja) namun perjalanan agak panjang sebab jalannya tidak seluas di Malaysia ataupun Singapura. So better ready dengan unexpected punya travel timing. Takut-takut jadi macam aku masa nak ke Inle; terpaksa berhenti di simpang jalan waktu subuh. Check betul-betul waktu dan tempoh perjalanan sebelum book apa-apa transpotation.

Pengangkutan lain (dalam bandar) korang boleh gunakan teksi (tambang agak mahal, kalau share OK), basikal dan juga e-bike(di Bagan). Keadaan trafik ikut bandar; kalau di Yangon lebih baik naik teksi atau berjalan kaki tapi di Mandalay boleh naik basikal sebab trafik tidaklah begitu sibuk. Satu lagi, sesetengah pekan korang boleh naik motorsikal bersama rakyat tempatan(macam uber atau grab). Aku tak pasti sangat tentang motorsikal nih kecuali sekali je aku naik masa nak ke Inle.




Tips

OK..ada beberapa benda yang aku perlu ingatkan sesiapa yang hendak ke Myanmar berdasarkan pengalaman aku. Antara benda yang paling penting untuk diambil perhatian adalah cuaca. Kena ingat yang Myanmar berada di utara Asean dan cuacanya agak terpengaruh dengan musim sejuk dari utara. Apa yang aku alami sepanjang perjalanan perlu diambil sebagai sempadan dimana masa aku mengembara di sana, keadaan cuaca yang sedang berubah dari musim sejuk kepada musim panas menjadikan julat suhu siang dan malam berbeza dengan kadar yang besar. Maknanya siang panas terik manakala malam pula suhu sejuk dalam 14-20 darjah celcius. Selain dari itu, terdapat musim panas dan musim hujan yang mungkin akan mempengaruhi perjalanan korang nanti.



Yang kedua, elakkan dari cubaan scam oleh local. Walaupun aku cakap penduduk tempatan nih baik-baik belaka namun tak semuanya sempurna. Antara scam-scam yang berkemungkinan adalah macam yang aku kena, iaitu jualan poskad di Bagan, ada juga percubaan menyewakan basikal dan e-bike dengan kadar harga yang mahal, disamping kadar bayaran teksi yang agak bukan-bukan. Setakat korang booking teksi tapi dia amik penumpang lain dengan bayaran yang tidak kurang tuh perkara biasa. So apa-apa sila check terlebih dahulu. Melalui bacaan aku, ada juga scam entrance fee di Bagan dimana korang kena bayaran lebih dari sepatutnya. Yang nih aku tak kena sebab aku memang tak bayar entrance fee sepanjang perjalanan. Sebelum menuju ke sesuatu tempat, make sure korang tahu berapa harga yang perlu dibayar bagi memasuki sesuatu kawasan.



Jaga-jaga juga dengan nelayan yang buat acrobatic show kat tengah-tengah Inle lake. Biasanya diorang akan pau sesapa yang berada dalam bot. Kalau nak bagi derma, bagilah tapi kalau rasa tak nak bagi boleh mintak boatman skip. Boatman di Inle akan cuba bawak korang ke kedai-kedai / perusahaan tempatan yang harganya agak tak masuk akal. Contohnya, aku beli cigar kat Inle dan aku dapati harganya sama je dengan yang jual kat airport. Yang jual kat airport kualitinya lagi baik dari yang buat kat rumah kat Inle tuh. Kalau harga di airport sama dengan apa yang korang beli kat sana, maknanya korang boleh dapat lagi murah kat tempat-tempat lain. Aku rasa itu je yang aku mampu terfikir saat nih...

Satu lagi, kalau ada budak mintak korang belikan air coke macam contohnya kat Bagan, ada orang kata budak tuh tak minum pun air tuh, tapi diorang akan jual balik air coke tuh kat kedai berdekatan dan dapatkan duit. Aku terkena jugak tapi aku tak kisah langsung sebab memang niat nak bagi kat budak-budak tuh. Kesian diorang..duit nak sekolah bukannya ada pun.



Secara keseluruhannya, aku boleh simpulkan yang negara Myanmar ini adalah sebuah negara yang indah dan unik dari sudut yang berbeza. Budayanya unik, masyarakatnya boleh dikatakan baik-baik (ada segelintir jugak yang cam haram) Penduduknya walaupun miskin (ada juga yang berkereta mewah) tapi hampir semua yang aku jumpa memberikan kerjasama yang diluar jangkaan aku. Apa yang perlu korang paham adalah, negara Myanmar ini agak baru dalam bidang perlancongan dari negara-negara lain jadi infra yang disediakan itu masih lagi tidak mencukupi bagi menampung sekiranya terjadi kebanjiran pelancong. Jesteru itu disesetengah tempat, nak dapatkan makanan atau penginapan agak terhad menyebabkan harganya tidaklah begitu kompetetif berbanding dengan kualiti yang sepatutnya kita dapat. Satu lagi kebolehan berbahasa Inggeris penduduk tempatan yang tidak terlibat dalam sektor perlancongan agak terbatas menyukarkan lagi perjalanan. Apa kata korang cuba mengembara ke tempat nih dan nilai sendiri berdasarkan pengalaman. Adios..

Berikut adalah overall budget aku sepanjang di Myanmar. (Ground sahaja tidak termasuk tiket kapal terbang dan visa)

Budget Myanmar 
1st day 
Hotel Yangon usd18 
Teksi dari airport USD 10 
Makan malam - tak ada 
SIM card 11500 kyat 500 kyat kena pau 
Overall 1st day USD 28 + 12000 kyat 


2nd day 

Makan pagi - percuma 
Makan tghari - tak ada 
Teksi dari hotel ke bus station 10000kyat 
Tiket bas ke inle lake 15000 kyat 
Hotel inle lake USD 13 
Beli air 1000kyat 
Motor ride ke nyaungshwe 10000 kyat 
Overall day 2 USD 13+ 26000 kyat 


3rd day 

Makan pagi percuma 
Makan tengahari - takde 
Tiket bas ke Mandalay 15000 kyat 
Inle lake boat 18000 kyat 
sedekah kat boatman 2000kyat 
Kena pau ngan fisherman 2000 kyat 
Beli keychain 3000 kyat 
Beli cigar 17000 kyat 
Overall day 3 57000kyat 


4th day 

Hotel di Mandalay usd17 
Tiket bas ke Bagan 9000 kyat 
Makan malam 11000 kyat 
Air tin 500 kyat 
Overall day 4 USD 17 + 20500 kyat 


5th day 

Hotel di Bagan USD 20 
Makan tengahari - takde 
makan malam - 2800 kyat 
Sewa basikal plus e bike - 9000 kyat
Tiket bas ke Yangon 18500 kyat 
Beli air tengok sunset 1000 kyat 
Overall day 5 USD 20 + 31 300 kyat 


6th day 

Poskad 5000 kyat 
Tiket masuk Bagan-cheating 
Minum kat sunset 1000 
Belikan budak coke 1000 
Makan malam 2800 kyat 
Overall day 6 - 9800 kyat 


7th day 

Teksi dari bus station 10000 kyat
Hotel Yangon USD 16 
Circular train 200 kyat 
Makan tengahari-takde 
Pagoda-x bayar 
Makan malam -4500 kyat 
Beli air - 400 kyat 
Overall day 7 - 15 100 kyat + USD 16


8th day 

Makan pagi-percuma 
Shopping-tak shopping 
Makan tghari-3900kyat 
Teksi ke airport 10000 kyat 
Gong cha chocolate ice blended airport 4400 kyat 
Overall day 8 - 18 300 kyat


Perbelanjaan keseluruhan 190 000kyat + USD 94 (semasa aku pergi tukaran USD 1 = RM 4.30)



= RM 510 + RM 404.20

RM 914.20




2 comments:

  1. Tq untuk post ni! Sangat detail and berguna, cadang nak solo next year bulan 3 or 4. Tapi saya bertudung, agak-agak bahaya tak? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. taklah...cuma kena elakkan benda-benda mengundang bahaya cam jalan malam-malam, lalu kat lorong-lorong gelap dan lain-lain lagi. Tgk juga mana tempat nak pergi nanti..so far takde masalah langsung bagi aku..kalau kat Yangon pulak ramai je yang pakai tudung, malahan diorang siap berjubah dan berpurdah lagi bagi wanita muslim..Insya Allah semuanya OK

      Delete