Friday 6 December 2013

Kembara Solo ke Siem Reap Part 1


Udah lama gue ngidam untuk melawat site2 UNESCO terutama sekali yang berada di Asia Tenggara sebab sudah pastila ongkosnya x banyak nak dilaburkan. Antara tempat2 yang aku dah jelajah hanyalah yang ada kat Malaysia seperti Melaka, Penang dan Gunung Kinabalu.

So trip kali ni aku plan nak ke Angkor Watt. (Just sebut je sebelum tu xpasti apa actual location Angkor Watt nih...) Kebetulan pulak kali nih memang xde sapa yang nak folo so aku berjaya buat first solo trip aku. Ke bumi Cambodia.

Untuk ke Cambodia (Siem Reap) nih aku terpaksa buat research bagai untuk survive (survive la sangat) di bumi orang lain berseorangan. Tiket dan accommodation aku book dari Airasiago so dapat la trip 4 hari 3 malam , tiket flight skali ngan hotel dengan harga kurang dari RM600.Selalunya backpackers or traveler slalunya ke Phnom Penh dan terus naik ke Siem Reap ikut jalan darat tp sebab kekangan masa dan fulus aku terus ke Siem Reap je. Lagipun misi aku untuk tgk Angkor Watt (just saying). 

Welcome to Siem Reap

Okeh. Perjalanan bermula pukul 6 pagi aku dah terpacak kat LCCT memandangkan flight berlepas jam 9.00 pagi.(Bukan apa..stay all night takut terlepas kapal memang nangis ah). Perjalanan kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Siem Reap mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jalan pukul 9 sampai pukul 10 pagi. (Jam sana cepat sejam ya...sila betulkan jam henpon mahal anda)

Ayuh mengecop pasport.Visa x diperlukan bagi negara2 ASEAN.

Sampai di airport lepas beratur cop pasport  kat sana ada money changer, tempat beli simcard dan lain2 servis macam airport2 lain. Cuma apa yang aku suka pasal Siem Reap International Airport ni sebab dia lengang. Boleh kata lengang giler. 1 flight sampai itu je la org yang ada kat situ.
Kalau nak ke bandar Siem Reap ada beberapa pilihan transport iaitu teksi, tuktuk atau pon motosikal. Aku amik motosikal sebab harganya murah yakni 2 USD je. (Semasa perjalanan ini dibuat 1 usd bersamaan RM3.02) Yg ni amik melalui airport punya register driver ye bukan harom punya. Ekceli aku pernah deal dengan hotel tempat aku stay nih supaya pick up aku di airport bila sampai (ada termasuk dalam pakej) tp haram...dah tunggu dekat 1/2 jam tinggal aku sorang je rakyat asing yg tinggal kat airport tuh. So aku naik motor ke Old Market Street dimana tempat hotel aku booking. Lanskap perjalanan dari airport ke Old Street Market x ubah macam kat Vietnam gak dan ada sikit2 mcm kat kawasan kg kat Malaysia. Old Market Street dengan airport x jauh mana lebih kurang 15 hingga 20 minit perjalananan menaiki motor.

 Antara dua darjat.Naik moto ngan naik tuk tuk.

Sampai di hotel try utk check in dulu sebab malas nak keluar dengan beg yg membusung. Sepatutnya check in start pukul 2 petang tp sebab diorang x amik aku dan sedih melihat muka kesian aku so diorang bagi aku check in awal. Aku punya plan untuk ke Angkor Watt dan temple2 lain start esok so hari nih free n easy la. Terpesona dengan aircond bilik aku terlelap sampai la petang.Tu pun sebab ada bunyi-bunyian notify dari facebook suruh aku g tengok sunset kat Angkor Watt.
 Jesteru itu aku pun bergegas la nak carik tuktuk.tp teringat bila baca blog2 lain banyak yg rekemen naik beskal, aku pun nak cuba juga org cakap 'a must' kat Siem Reap nih.

Jadi aku pun pegi kedai yang sewa beskal tu.Kedai sewa beskal ni memang byk kat Old Market Street nih. Dari basikal makcik tua pegi market sampaila basikal ala2 Le Tua De Langkawi. Harga basic adalah 2 usd dan semakin canggih basikal itu semakin mahal lah sewanya.

Pandangan Old Market Street pada waktu pagi.

Jadi aku pun sewa satu basikal ala2 makcik ke pasar dengan bayaran 1 usd disebabkan time aku sewa tuh dah lebih kurang pukul 5 petang. Angkor Watt terletak kira2 10km dari Old Market Street. Sebelum memulakan perjalanan sebaik2nya korang check dulu jalan apa yang perlu diambil sebab kalau tersilap jalan alamatnya tgk bintang je la. Sebagai tips, sekiranya korang beli tiket selepas pukul 5 or 5.30 petang, korang punya tiket tu akan start pada keesokkan harinya. Ini bermakna sunset korang pada hari ini adalah percuma...yahuu... Jangan yahuu sangat.10km cycling tu bukanya kacang sangat tp jgn risau, time beli tiket tu diorang akan bagi satu map yg complete mengenai kedudukan kompleks Angkor nih. Jangan lupa bawak air. Cadangan pegi beli tiket petang tuh pastu pegi tengok sunset dan balik utk dinner. At least itu yang aku buat.


 Kayuhan juara. Arah trafik sebelah kanan ye. Malaysia sebelah kiri.

Keadaan di Siem Reap adalah boleh dikatakan sangat panas dan berdebu. Kalo x silap aku time tuh aku check lebih kurang dalam 38 degree celcius.(ekceli lebih kurang Malaysia gak...cuma korang xde la naik beskal or jalan kaki kat KL) Berbasikal di Siem Reap adalah satu aktiviti yang fun. Seriously. Kebetulan pulak time tuh petang dan budak2 sekolah dan org2 pejabat baru balik ke rumah masing2. Bayangkan menunggang basikal bersama2 budak2 sekolah dan misi2 yang baru balik kerja di hospital, macam rasa hidup dalam zaman sarip dol pulak.

Kadar bayaran masuk ke kompleks Angkor Wat nih adalah seperti berikut:
Pass 1 hari       : 20 usd  - boleh guna dalam tempoh seminggu
Pass 3 hari       : 40 usd  - boleh guna dalam tempoh sebulan
Pass 1 minggu : 60 usd  - yang ni x pasti

Ambil gambo sunset dulu sebelum sampai simpang ke Angkor Wat.

Yup. Benar apa yg dikata dalam blog2 traveller2 lain. Setiap jalan masuk tiada penjaga maknanya masuk percuma bagi melihat sunset. Cuma malang pada aku sunset hari tuh x menarik sebab cuaca mendung nak ujan. Arak hitam berarak lesu menutupi bumi Siem Reap. (Macam lirik lagu daaa)

First impression untuk Angkor Wat adalah...marvelous, hebat, mamamia...Disebabkan x bawak swimming trunk dan takut lenjun kena ujan aku pun gerak balik ke hotel. Xsempat masuk pun. Baru sampai pintu gerbang je.

Jalan masuk ke Angkor Wat.

Perjalanan balik aku cuba ikut jalan lain dan rupanya ada jalan short cut ke Old Market Street. Mula2 agak risau kut2 terlajak sampai ke Laos tp lepas jumpa sekolah ngan hospital yang aku lalu tadi lega sket ah. Sampai kat hotel lebih kurang maghrib. Sambil2 membersihkan badan dan melakukan apa yg sepatutnya dilakukan aku check balik peta yang dibagi bersama2 ketika beli tiket. Rupa2nya kompleks Angkor nih lebih kurang 50 km square luasnya. Jadi hari keesokan pasti satu travel yang sangat memenatkan. Jadi makan dulu dan tido dengan kadar segera. (Bab makan2 nnti story kat satu post lain)


Jalan balik ikut shortcut (xde la shortcut sgt)

6 comments:

  1. fuh..brape jam kayuh basikal dr hotel ke angkor wat tu?

    ReplyDelete
  2. tgk pace sebenarnye...aku buat aritu lebih kurang sejam plus singgah beli tiket dulu...termasuk sesat2 sket...

    ReplyDelete
  3. Uhh...1 jam? Berpeluh juga la...gerenti turun 2 kg...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikutkan x sampai 10km pun dari old market ke angkor tp mengenangkan sesat jalan plus kena berenti beli tiket dulu kira 1 jam la masa keseluruhannya...

      Delete
  4. view point nak tengok sunset dengan sunrise sama ke?

    ReplyDelete
  5. biasanya org akan pegi viewpoint sunrise di angkor watt sebab matahari terbit di belakang angkor...so view pagi di angkor watt lebih menarik...manakala utk sunset ada beberapa tempat...phnom bakeng adalah salah satu darinya...

    ReplyDelete