Azam tahun baru aku adalah nak rajinkan diri tulis blog, lagi-lagi trip yang lama terbengkalai. Semoga berjaya la hendaknya..OK..kita sambung balik mana yang tertinggal...
Bangun pagi lepas selesaikan apa yang patut, aku g breakfast dulu kat kedai mamak yang berhampiran. Kena breakfast dulu, kang tak tau lagi bila lagi nak dapat makanan. Jalan kaki je sebab kat blakang hotel je kedai nya. Takde yang spesel pun..kedai mamak biashe biashe je. Settle breakfast, kemas2 beg aku gerak ke Puteri Harbour dalam jam 9.30 pagi. Awek tiket feri semalam dah sound kena ada kat balai pelepasan sebelum 10.30. Ye la..nak cop pasport bagai lagi kan.
Satu lagi kenapa aku amik feri kat Puteri Harbor ni adalah sebabnya ko boleh park motor kat depan pintu masuk tu. Maka agak selamat la sikit dengan adanya cctv dan security yang jaga tempat tu. Kira boleh la melancong dengan tenang hati. Jadi dipendekkan cerita, setelah menunggu dekat sejam (feri delay) maka kami penumpang-penumpang pun masuk la ke feri yang sudah sedia untuk bertolak. Proses cop pasport pun mudah je sebabnya xde orang sangat pun nak ke Batam ni rasanya.
Dalam feri tak ramai orang..kosong je. Ada la dalam 20-30 orang penumpang. Aku rasa antara kemungkinan besar sebabnya aku melawan arus..orang pergi jumaat or sabtu, aku pegi hari Ahad. Jadi orang dah balik aku baru nak datang tapi itu plan asal aku supaya tak terperangkap dalam kesesakan. Satu lagi ini bulan lepas raya, tambahan pulak aku pegi tengah-tengah bulan yang orang belum gaji. Ujung bulan sok bila dah asyuk ramai la yang buat trip healing. Healing dari apa, aku pun tak tahu.
Sebenarnya jarak antara puteri harbour dengan Batam dalam 50km plus minus lebih kurang (aku tengok gugel) tapi ambil masa dalam 2 jam. Maybe sebab kelajuan feri atau nak kena divert dari Singapore. So far aku ok je..feri x de orang..aircond sejuk n dapat air mineral ngan roti. Kiranya aku xde complain la walaupun bagi aku tiket feri nya agak mahal sikit.
Akhirnya kurang dari sejam aku sampai kat hotel yang aku book dari Agada semalam. Hotelnya duk kat pesisir bandar betul2 bersebelahan ngan Diamond City Mall. Tak sebelah pun dekat-dekat la..dalam 1-2 blok. Lokasi hotel aku ni dok dalam deretan rumah kedai yang separa kosong (kena tinggal). Tapi hotel bawah Rm 50 semalam siap breakfast kira ok la..lagipun aku nak tido je.
Proses check mudah je..aku tunjuk booking Agoda terus dia bagi kunci dengan penyambut tetamu tunjukkan bilik ko. Kat Malaysia jangan harap la macam ni kecuali hotel bintang lima harga 3-4 ratus. Tu beza servis hotel kat negara jiran kita berbanding kat tempat sendiri tapi kita takde rasa nak improve apa-apa pun.
Bagi aku bilik yang aku book nih kira Ok2 la. Takde la mewah dan bersih sangat pun tapi ada aircond dan tv. Bilik air pun ada, cuma satu je yang aku rasa kurang adalah bilik nya takde tingkap. Ye la..dah amik bilik paling murah dekat hotel murah tak boleh la nak komplen bagai nak rak. Dah check in aku lupa mintak wifi password so aku nak turun balik ke reception tapi disebabkan lif tu lambat so aku naik tangga untuk jenguk masaj kat tingkat 4.(satu floor atas dari bilik aku)
Tempat masat nya ni elok..macam exclusive la jugak dengan sofa tempat lepak depan kaunter. So dengan curious aku pun tanya la berapa harga utk masaj 1 jam. So cewek kaunter tu terangkan la kat aku yang untuk bilik vip 285k sejam setengah siap ada sauna dan utk bilik vvip harganya 385k 2 jam siap bathtub utk mandi. Awek tukang urut boleh pilih kat katelog dalam Ipad.
Aku terkebil2 nak memikirkan ni paket happy ending ke apa kebenda ni siap bathtub bagai. Dengan lembut aku cakap lain kali la sebabnya aku baru sampai dan nak keluar tapi dalam kepala otak aku..aku datang ni bawak sejuta rupiah je..xkan nak makan daun2 dijalanan nanti. Memang saja aku bawak sejuta je utk elakkan aku dari terpengaruh dengan aktiviti2 kemaksiatan.
Hari dah petang dan aku dah ketar-ketar kelaparan. Mana tak nya..last makan roti dalam feri..pastu jalan kaki dari jeti ke hotel pastu berpeleseran pulak dari hotel ke Nagoya. Jalan punya jalan tu sementara gi Alphamart beli air, aku jumpa satu kedai jual nasik ayam ni. Ni nasik ayam yang ada kat jeti tadi tu. Maybe ni salah satu branch dia kut.
Kenapa aku tertarik ngan kedai ni sebab aku tengok menu dia murah. Sedap tak sedap kita try test tengok. So aku amik paket dia yang ada skali air teh o beng. 18k je chor..and nasik ayam dia sedap beb..portion kecik (dah harga 15k..air lagi 3k) tp cukup la..ada nasik, ayam, sambal ngan sup.. tapi yang kompom nya rasanya memang sedap gila sebab aku lapar nak mampuih..kalo korang try rasa tak sedap jangan marah aku..bagi aku makan ngan air harga lebih kurang lima ringgit setengah mana nak dapat.
So lepas makan aku teruskan perjalanan ke Nagoya Hill mall. Takde apa nak buat pun..kalo tido di hotel pun x dapat apa jugak. Kat area ni ada macam-macam la..karok ada, masat ada dan lain-lain hiburan la..kira ok bagi yang nak berhibur. Yang traveller bajet sengkek ni ko makan nasik ayam lima ringgit je le.
Nagoya Hill mall ni bagi aku biashe-biashe saja macam mall kat Malaya gak tapi tujuan aku yang utama pegi mall ni selain dari tengok-tengok, aku jugak nak mencari sehelai baju batik buat santai-santai. Last beli baju batik masa kat Pontianak dulu..tu pun dah lusuh. Cari punya carik, tak dapat la harga yang aku berkenan (bajet ciput). Ada yang elok mahal lak..yg ada diskaun paten buat alas kaki je. So aku batalkan la hasrat murni aku dan balik semula ke hotel.
Balik hotel rehat-rehat dulu tengok tv, malam aku keluar lagi mencari makan malam. Aku gi area warung-warung tepi jalan (atas lagi dari tempat sewa motor tu) sbb nampak cam banyak pilihan. Lgpun aku nak ke indomart or alphamart mana yg jumpa utk topap kudapan dalam bilik. Kalo lapar tengah malam leh cekik apa yang patut.
Ada lebih 10 warung kat area tepi jalan tuh tapi aku cari warung yang ada goreng-gorengan. Bakso ke nasik ayam geprek ke ayam penyet ke aku elakkan sebabnya nak merasa juga masakan panas area Batam nih. 2-3 kedai aku pergi tapi pelayan tak amik pot walaupun aku dah duduk dalam 5 minit, so aku pun pindah-pindah kedai dan akhirnya aku dapat jugak layanan dari salah satu kedai kat sana. Kat menu nya banyak jugak jenis makanan yang ada.
Walaupun byk pilihan, aku cuma order nasi goreng seafood dengan teh obeng je. Sesuai dengan bajet yang ada. Nasi gorengnya nak dikira sedap, sedap la jugak tapi lagi sedap aku masak kat umah tapi sotongnya memang fresh. Macamana aku tau fresh ke tak? Sotong tu agak kenyal tapi x rasa cam kunyah getah sekerap. Settle semua urusan termasuk beli kudap-kudapan, aku balik semula ke hotel. Capek banget ni. Semoga esok ada sinar di Batam.
Bersambung..
No comments:
Post a Comment