Sunday 7 January 2024

Trip Solo Batam : Part 1 (prologue)

Lama tak travel ya..itu lah..secara kebetulan aku ada satu event kerja yang aku dipaksa join tapi aku memang malas dan tak mau pegi event tu. Untuk mengelakkan aku dari pergi jadi aku kena buat reason yang kukuh supaya dapat la aku lari.. setakat demam ke family isu ke memang tak jalan. So aku decide cakap yang aku gi obesi masa event tuh berlangsung. Luckily HR terima alasan aku tuh walaupun diorang xde mintak proof tiket flight ke or hotel book ke (sebab memang x ada) tapi nak tak nak aku kena gak pegi obesi bagi mewujudkan alibi. Jadi obesi mana yang aku nak pegi nih?

Idea nya nak overland je la memandangkan x sempat nak book flight (of kos la sebab mahal gila) untuk tarikh yang sepatutnya. Bagi aku ada 2 lokasi pilihan, sama ada ke utara atau selatan. Dok pikir-pikir, aku teringat yang aku ada member kat Johor yang dah lama x jumpa..ada la last jumpa masa kat U dulu..so aku nekad yang aku akan ke selatan. Naik apa nak ke sana? Ride motor la..jimat dan mudah nak uturn tengah jalan disamping parking pun mudah dan percuma.


Member aku tuh duduk kat Kulai. Aku dah watsep nak jumpa dia masa aku kat Seremban lagi. Kat persimpangan Simpang Rengam baru dia reply and dia cakap siang dia ada urusan yang perlu nak settlekan, so nak lepak malam je boleh. Jadi aku terpaksalah berpeleseran dulu sementara menunggu waktu malam. Padahal aku dah exit highway nak ke Kulai. So tanpa berfikir aku divert perjalanan aku dari tol Simpang Renggam masuk menuju ke Pontian. Tujuannya adalah ke Terminal Feri Kukup untuk usha tiket yang mana destinasi aku pun x pasti sama ada ke Batam atau Tanjung Balai Karimun. Kita pergi tengok2 dulu neh pastu baru decide. 


Hari ni cuaca panas giler ah..dari pagi naik motor berapa kali dah berenti. Isi minyak, lepak tepi isap rokok tapi makan je belum lagi. Boleh pitam woo cuaca panas macam nih..cuma aku tak berani nak makan tengahari yang proper sebabnya takut ngantuk masa bawak motor nanti. Setelah entah berapa lama, akhirnya sampai gak destinasi pertama aku dalam trip kali ini iaitu Kukup. Kenapa aku gi sini adalah no 1, aku nak tengok jeti Kukup..nak tengok feri apa yang ada nak ke Batam or Tanjung Balai (ah..dah bagitau kat atas tadi kan..saja je nak ulang...sayaaa ulaaannggg..). No. 2, alang-alang dah sampai, aku ingat nak singgah jap kat Tanjung Piai (Taman Negara). Tempat tak pernah sampai..bak kata pepatah orang Botafogo, dah alang-alang je..


Sampai kat Kukup aku pun cuba untuk masuk dalam Terminal Feri tapi kena tahan ngan guard yang duduk kat meja depan pintu masuk. Dia cakap kat aku yang terminal nih hanya untuk penumpang feri je maknanya yang ada tiket or yang nak beli tiket je boleh masuk. So aku tanya la dia..kalau nak tengok2 tiket ngan jadual feri macamana? So dia pun bagi la aku pamplet yang ada jadual dan harga tiket feri. Rupanya kat sini hanya ada feri ke Karimun je..Batam takde..Dia cakap kalau nak ke Batam naik kat Tg. Puteri atau Stulang. Oh..mcm tu rupanya..Aku cakap terima kasih dan gi cari tempat nak berfikir jap..


Perut dah tak boleh bertahan lagi nih. Kalau dibiarkan mau pitam. So aku pun berenti kat warung tepi jalan nih. Kalo untuk pengetahuan korang yang tak pernah sampai kat sini, Kukup nih lebih kurang macam perkampungan nelayan yang majoritinya terdiri dari bangsa cina. So pekannya nak kata maju tuh lebih kurang pekan Beruas tapi ada la benda pelik-pelik yang korang boleh nampak kat sini. Antara pemandangan yang tak selalu ada adalah macam sebahagian motor cup kat sini ada bumbung mcm di Tailen..dan ada tren yang ditarik pakai motor untuk bawak penumpang dari parking ke jeti Kukup..tak jauh pun tapi kalau ada boleh la test..tp x tau ini book under tour mana.


Menu tengahari aku hari nih murtabak sama air teh o ais..makan ringan-ringan je memandangkan hari nak kata tengahari sangat x jugak..dalam kul 11 lebih..Lagipun aku tak perasan ada kedai makan yang jual nasik campur kat area tuh. So layan kan je la..Murtabaknya not the best yang aku pernah makan tapi boleh la dan yang penting dapat isi perut yang tengah lapar. Harga pun boleh dikira berpatutan jugak.


So next destination adalah aku singgah ke Taman Negara Tg. Piai..Dalam 20 km je dari Jeti Kukup dan alang2 dah sampai..lagipun aku tak pernah pergi tempat paling selatan tanah air nih. Perjalanan tak jauh dan ambil masa dalam 30-40 minit berdasarkan ngan kelajuan santai2 dari aku. Tak rushing sangat dan secara kasarnya aku dah ada overall plan untuk hari nih, maka ada la sedikit masa untuk diluang secara bersantai-santai. 



Aku boleh katakan taman negara nih sesuai untuk dilawati seisi keluarga tapi..cuaca yang panas gila nih agak jadi kekangan terutama sekali bagi aktiviti yang banyak guna fizikal. Kat sini korang boleh tengok sempadan antara 3 negara iaitu Malaysia, Singapura ngan Indonesia..tapi banyak aktiviti ni korang kena jalan kaki melalui walkway kayu yang takde bumbung. Kalau korang nak ke titik paling selatan tanah air, korang kena berjalan dalam 5km sehala melalui walkway kayu yang aku cakap tadi la. 




Aku sempat ke viewpoint 3 negara tu je..yang nak ke titik paling selatan tuh aku tak pergi..give up sebab peluh dah berjurai-jurai dalam baju. Lagipun aku kena jimat masa sebab aktiviti aku yang seterusnya iaitu nak cari tiket ke Batam dan cari hotel yang disewa plus nak rehat-rehat sebelum keluar semula malam kang..



Lepas meninjau taman negara, aku pun blah dari situ. Sempat la aku singgah beli kopi ais kat kedai tepi jalan ni. Kopi Tenggek nama dia. Nampak mcm kedai ootd gak dan ramai jugak customer nya so aku order la kopi ais bungkus satu. Kena gak la dalam RM 4.50 untuk segelas kopi besar and rasanya not bad tapi still xleh celen kopi arabica 7e Tailen.




Setelah berhempas pulas mengharungi kepanasan akhirnya sampai jugak aku kat jeti Puteri Harbour. Tanpa banyak soal aku gi kaunter untuk recce tiket ke Batam. Nekad la gi Batam..kalau nak ke Tanjung Balai lain kali la..lagi pun diorang cakap xde apa yang menarik kat Tanjung Balai ni selain dari para lelaki yang sukakan hiburan. Lepas covid ni ada 1 je boat operator dari Puteri Harbour ke Batam, iaitu Puteri Anggerani so memang takde choice lah..harga tiket kalo personally tak begitu marhaen bagi aku iaitu RM 190 untuk pergi balik..tp dah sampai takkan x pergi. Ada 2 lagi tempat ko nak berlepas ke Batam dari Johor ni iaitu dari Stulang ataupun Pasir Gudang dan harganya lagi murah. Tapi nak ke sana tu yang aku malas nak menghadapi jem lagipun aku kan nak jumpa member aku malam kang so the best amik tiket kat sini dan stay area sini gak.

So aku amik jugak la tiket tu. Awek yang jaga ticket booth tu cakap kena ada esok kurang2 30 minit ke sejam awal untuk boarding time..cop paspot la tuh. Awek kaunter tiket ni x friendly sangat la sebab aku tanya macam-macam (tanya pasal feri Batam dan lain-lain lagi..bukannya nak ngorat) haram dia xmau jawap..macamana tourism Malaysia nak berkembang. Patut frontliner mcm ni kena hantar gi kursus mcmana nak handle customer.

So settle tiket aku pun gerak dari Puteri Harbour mencari hotel2 berdekatan. Nak dekat tu memang banyak..nak berpatutan tu yang susah. Ada banyak hoyel..dok legoland pun boleh tapi kalo kena dua tiga ratus semalam abis duit aku dok hotel kat Johor je. So cari punya cari terjumpa la aku kat satu hotel area shop lot kat Gelang Patah ni. Aku dah lunyai abis dan nak kan air cond dan katil untuk beristirehat je ni..so aku pun ok jela...



Haram betul hotel ni..mahal la..dok kat rumah kedai je dan parking motor pun guna parking majlis kat hujung kedai. Nasib baik hotelnya selesa la jugak. Selesa dengan harga RM130 semalam. Aku jarang dok hotel-hotel mahal nih (mahal tapi budget) tapi bila tengok kedudukan, kira aku redha je la.. Malas nak mencari hotel lain sebab kat area nih banyak penjaja bukak payung kat tepi-tepi jalan punca aku amik gak hotel nih. Satu lagi dekat ngan jeti pelepasan ke Batam esok hari tambahan pulak dekat dengan highway nak gi Kulai.

Dapat la mandi, solat dan lelap barang sejam, aku bangun balik sebab perut lapar. Berjalan aku kat area depan shoplot tu yang mana parking keter diorang bukak gerai..dapat la kuih2 ngan air untuk alas perut sebelum keluar malam kang.

Memandangkan tiket feri dah confirm so aku bukak la agoda, booking.com dan lain-lain lagi supaya aku dapat tengok mana-mana penginapan yang bersesuaian dengan aku kat Batam nanti. Targetnya yang paling berbaloi. Akhirnya lepas teliti aku pun book la hotel kat town (aku pun x tau town mana satu) yang dekat dengan attraction bagai dan mudah untuk makan. Sebenarnya aku balun je mana yang murah.

Lepas maghrib, aku pun bertolak ke Kulai. Ini adalah salah satu sebab kenapa aku dok cari hotel area Gelang Patah nih..sebabnya ia berada kat tengah-tengah..nak ke Puteri Harbor pun tak jauh..n dekat nak exit highway nak ke Kulai. Perjalanan ke Kulai ambik masa dalam 45 minit ke sejam termasuk silap jalan dan sesat. Lama x turun Johor nih, trafik lain macam punya sesak, meskipun aku duduk mengaji kat sini dulu tapi ni dah next level dah even kat Kulai. Nasib aku tak amik feri kat Stulang tadi.

Aku lepak ngan member aku dalam 2-3 jam jugak la..kalo aku x ke Batam esok tengahari mau sambung sampai ke pagi. Lagipun warung yang kami lepas tu dah kemas2 tandanya dia nak tutup la tuh..So lepas bersalam-salaman macam di Aidilfitri aku pun balik la ke hotel..badan masih lagi lunyai ni..tido pun dah lewat..harap2 ada la sinar di hari esokk...

Bersambung...

No comments:

Post a Comment