Saturday 13 June 2020

Kesimpulan dan budget perbelanjaan di Bali

Kesimpulan 



Trip solo aku kali nih bagi aku boleh lah..Banyak tempat yang aku berjaya recap semula dan ada jugak tempat-tempat baru yang berjaya aku eksplore. Cuma niat asal aku tuh yang tak berjaya dilakukan iaitu ronda satu pulau Bali. Ini kerana aku dah book hotel siap-siap dan rasa sayang nak book hotel lain. Perancangan zaman dulu kala ialah sewa motor dan menginap je di tiap perhentian yang aku berjaya sampai. So kalau aku semak-semak, sempatla pusing satu pulau; yang mana aku tak buat pun.Sembang je lebih...





Bali bagi aku tak banyak yang berubah. Masih lagi sesak macam dahulu kala bahkan sesengah tempat tuh fully crowded. Pandangan personal aku, pantai-pantai di Bali nih kebanyakkan nya adalah biasa-biasa sahaja (maybe sebab aku dah ke Maldives kut.), dan antara sebab utama aku kembali ke Bali adalah sebab arkitektur dan lanscape nya serta kebudayaan yang unik (bagi aku unik lah) disamping harga tiket yang masih lagi mampu beli.


Hotel.


Hotel atau penginapan di Bali agak tidak menjadi masalah bagi sesiapa yang nak melawat ke sana. Terdapat banyak pilihan untuk korang bergantung kepada bajet dan keselesaan yang korang perlukan. Bali menawarkan penginapan dari dormitory backpack sehingga lah villa di pergunungan. Perkara ini macam di tempat-tempat lain jugak, biasanya you got what you pay. Lagi banyak yang korang keluarkan wang dari poket korang, lebih tinggilah fasilities dan kelas yang korang akan dapat.




Trip kali nih hotel yang aku book adalah bernilai lebih kurang RM25-30 semalam. Murah? Boleh dapat murah lagi  kalau korang book hostel atau dorm tapi aku nak private room dengan attached bathroom untuk kemudahan personal time dan pelbagai aktiviti lain seperti solat dan lain-lain dan dengan bajet yang macam tuh memang dapatlah bilik yang  takde aircond dan tv. So apa yang cuba aku sampaikan kat sini adalah kemudahan hotel atau penginapan di Bali agak affordable dan agak murah bagi tempat yang penuh dengan pelancong akibat dari persaingan. So terdapat banyak pilihan dan yang paling menguntungkan dari persaingan ini adalah pengguna / pelancong yakni kita semua. Yahuu..







Makanan


Yang ini pula dari dulu sampailah sekarang memberikan beberapa masalah bagi aku tapi masalahnya bukanlah masalah berat sangat. Bagi yang mencari makanan halal seperti aku kena hati-hati sedikit kerna di Bali masyarakat majoritinya adalah terdiri dari penduduk yang beragama Hindu dan salah satu makanan istimewa diorang adalah yang diperbuat dari khinzir atau nama lain nya adalah babi yang mana tidak halal bagi masyarakat beragama Islam macam aku.



Wajah tidak nampak beza, kadang-kadang pelayan wanita memakai penutup kepala (macam tudung) tapi makanan belum tentu halal ye..sebaiknya sebelum korang order makanan atau masuk ke premis-premis makanan tertentu, first sekali cari dulu logo atau copy sijil halal yang ada dipamerkan di dalam menu atau di mana-mana area kedai dan secondly, semak dulu menu sama ada terdapat hidangan yang meragukan. Kalau kedua-duanya lulus bolehlah korang makan tanpa was-was. Yang lain tuh korang berserah je lah pada yang maha kuasa.



Dan bagi yang tidak memerlukan makanan halal...you are free to go to eat what ever you want..cuma kalau nak dibandingkan makanan di pelusuk Indonesia yang lain (tak banyak tempat aku dah jelajah..Pulau Jawa, Sumatera, Borneo dan beberapa pulau) harga makanan di Bali agak tinggi dari di tempat lain. Tapi ianya adalah expected sebab ia adalah tourism spot yang terkenal di dunia.



Antara makanan yang terkenal di Bali adalah : (satu pun aku tak makan)

1) Ayam bertutu
2) Babi guling
3) Sate lilit
4) Sate plecing
5) Tum ayam

dan lain-lain lagi.


                        


Tips membawa motor di Bali

Salah perkara penting dalam penyewaan motorsikal adalah kat mana tempat korang amik motor tuh sebab sewa motor di Bali korang kena tinggalkan pasport korang kat kedai motor yang korang sewa tuh. Aku tak pasti sama ada ada ke tak kedai sewa motor yang boleh amik fotokopi pasport sahaja tapi kalau tak silap aku diorang akan amik yang original sebagai langkah keselamatan untuk diorang dari penyewa rosakkan motor dan lari camtuh je.


Trafik di Bali terutama sekali di Kuta, Legian dan tak lupa juga di sepanjang Denpasar memang sesak dan havoc terutama sekali di Kuta pada waktu malam. Disetengah tempat trafiknya busy sampai motor nak mencelah di tengah-tengah kereta pun tak boleh. So kat sini antara skil dalam bidang permotoran yang amat diperlukan adalah memanjat susur pejalan kaki dan kaki lima apabila diperlukan dan turun semula ke jalan raya bila ada kesempatan. Namun begitu janganlah pulak korang menyusahkan dan mendatangkan bahaya kepada pejalan kaki. Mudah cerita, buat bila takde orang di kaki lima. (tapi time ada orang pun aku buat je. Asalkan ko rasa selamat dan pejalan kaki rasa selamat jugak, rasanya takde masalah kot..2 way mutual understanding)






Menunggang di Bali sebenarnya simple je. Kalau di KL menunggang OK so takde masalah kalau di Bali sebabnya pemandu kereta dan penunggang motor kat KL  jauh lebih merbahaya, lebih laju dan lebih beremosi lebih-lebih lagi terdapatnya pemandu mabuk yang dok viral sekarang nih. Cuba korang buat salah di KL, memang kena hon la, middle finger tuh perkara biasa dan silap-silap kena himpit dan ada yang ajak bergaduh.


Kalau di Bali korang kena banyak ikut common sense je sebabnya kat sana kebanyakkan kenderaan nya tak bawak secara laju dan lebih bertoleransi walaupun keadaan trafik agak melelong dan bersimpang siur. Just follow the flow je..jangan terlampau rapat dan kena fokus. 10 tahun dulu ada sekali kami tereksiden langgar motor depan. Nasib perlanggaran kecik je dan takde apa yang rosak...dan yang kena langgar tuh pun awek omputeh..so anggap kira 0-0 je lah.


Menunggang di negara orang prinsip utamanya adalah mudah sahaja iaitu untuk menjaga keselamatan diri sendiri dan orang lain serta sentiasa berhati-hati dan berwaspada. Nak masuk simpang dan nak tukar lorong sila lah bagi signal dan elakkan main henpon masa bawak motor. Dan yang penting...jangan menonggang sambil menunggang. Jangan lupa jugak amik travel insurans sebelum keluar negara. Ini agak penting.







Transportation

Ada bermacam pengangkutan bagi menghubungkan tempat-tempat di Bali. Antaranya yang biasa local je yang tahu seperti bemo (angkutan kota) yang jarang digunakan oleh pelancong sebab agak leceh dan tak begitu fleksible. Korang tau ke bemo tuh apa? Ianya bas kecik serupa coaster yang boleh didapati di terminal bas seperti di Denpasar (ada beberapa terminal) dan Batubulan. Tambangnya murah tapi ikut apa yang orang bagitau kalo foreigner kena bayar lebih dari biasa.


Tourist shuttle bus biasanya digunakan oleh sesiapa berkapasiti besar yang mengambil tour di Bali. Tourist bus nih memang agak banyak dan yang penting korang releks je dalam bas tu untuk ke destinasi. 


Korang jugak boleh sewa kereta di Bali dan kalau berkongsi full kenderaan maybe bajet korang boleh jadi lagi murah dari sewa motor atau amik teksi. Barang-barang atau bagasi pun boleh slot in banyak sikit andaikata korang shopping sakan di Bali la.






Naik teksi pun OK gak tapi nasihat aku untuk ke tempat-tempat yang tidak begitu jauh la. Tapi kalau korang punya bajet berpuluh atau beratus juta rupiah untuk trip di Bali, silakan. Aku cuma nyatakan pandangan aku sebagai seorang pengembara yang tak punyai bajet yang besar je. Memang betul trip kali nih aku tak naik langsung teksi tapi trip yang terdahulu kami naik teksi dari airport ke hotel dan hotel ke airport. Tambangnya boleh tahan jugak, itu pun sebab naik blue bird yang guna meter dan nasib baik kongsi-kongsi so takde la mahal mana. Tips untuk naik teksi adalah korang siapkan duit kecik. 

Uber, Grab atau Gojek. Aku tak pasti sama ada diorang nih ada lagi atau tak sebab dengar ceritanya dah kena ban tapi aku dengar cerita je la sebab nampak ramai je diorang di jalan raya. Cuma beberapa tempat yang aku pergi ternampak signboard yang nyatakan uber, grab dan gojek tidak dibenarkan beroperasi di sana. Cuba korang check balik.



Sewa motor adalah modus operandi aku sepanjang di Bali. (selain dari jalan kaki) Ia bukanlah option yang terbaik tapi macam aku yang travel dengan bajet yang agak limited memang tak dapat nak buat apa la. Lagipun sama cam sewa kereta, bebas nak kemana, parking senang, minyak murah meskipun travel solo dan senang nak u turn kalau sesat diperjalanan. Tapi macam yang aku cakap..kalau tak biasa agak merbahaya lah.


Kalau korang nak ke pulau lain yang berdekatan , nak ke tanah jawa atau nak ke Lombok dari Bali pula, bot atau feri amatlah bermanafaat. Tak pernah naik so tak boleh nak komen.


Keselamatan

Bali adalah tourist attraction yang worldwide dan kalau korang tanya orang puteh, rata-rata kenal dengan Bali dan ianya setanding dengan Phuket di Thailand. Jadi mostly aku boleh katakan yang Bali nih agak selamat untuk dikunjungi. Namun begitu, ada juga kes-kes luar jangka seperti peristiwa pengeboman di Kuta, Bali pada tahun 2002 yang mengakibatkan lebih 200 orang terbunuh. Ianya memanglah satu kejadian yang tak dapat diduga so ianya boleh dikatakan perkara luar jangka dan anggap je ianya .




Selain dari itu ada jugak kes-kes kecik macam dadah, kecurian, rasuah (nih perkara biasa..kadang-kadang takde lesen tapi naik motor) dan juga pergaduhan. Biasanya pergaduhan nih banyak berlaku bila sama-sama mabuk dan terjadilah perselisihan faham. Benda-benda nih sebenarnya korang boleh elakkan dengan guna common sense korang lah. Biasanya antara penyebab keselamatan seseorang terancam adalah disebabkan kebodohan diorang masing-masing. Contohnya harituh ada couple pelancong Russia rakam video mencebok guna holly water di temple...kan dah kena kecam...nasib la kena kecam..kalau kena tikam?

Satu lagi contoh, dah pekena mushroom pastu gi buat hal ngan orang lain, kalau kena tangkap memang mendapatlah korang. Aku adalah seorang yang amat menentang bagi pelancong yang buat hal kat negara orang tapi bak kata ustaz fesbuk..kubur lain-lain...terserah lah..


Entrance Fee dan Perbelanjaan Lain

Sebagai seorang yang travel dengan duit yang tak berapa banyak, bajet dan perbelanjaan aku perlu dijaga dengan ketat. Setiap sen perlu dikira dengan teliti bagi menjamin duit cukup untuk keseluruhan perjalanan. Ini disebabkan pelajaran dari apa yang terjadi masa aku travel trip transjava dalam 2009 ke 2010 dulu yang mana aku ngan member aku hari terakhir ada duit ngam-ngam je untuk tambang teksi ke airport (itupun dah kongsi).

Kalau di Bali, selain dari makan minum, tempat tinggal, transportation dan minyak (kalau ada), ada beberapa benda lagi yang korang perlu ambil perhatian iaitu perbelanjaan lain. Antara perbelanjaan lain yang bagi aku agak tinggi adalah entrance fee atau bayaran masuk bagi sesuatu wisata (tempat perlancongan). Kebanyakkan tempat perlancongan di Bali ada bayaran masuk yang dikenakan. Bayaran masuk yang dikenakan berbeza-beza. Biasanya tempat-tempat yang viral atau femes, bayaran masuknya lebih mahal.


Bagi aku bayaran masuk ke tempat-tempat pelancongan nih sebenarnya tak mahal mana pun. Takdela semahal bayaran masuk ke Angkor Wat ataupun Taj Mahal. Kalau tak silap yang paling mahal dalam 100-125k rupiah yakni bersamaan dalam RM30-45, tapi kalau sehari korang pergi dalam 5-6 tempat kena dalam ratus jugak tuh. Itu sehari..kalau 3-4 hari. Biasanya kebanyakkan tempat yang aku pergi, aku dikenakan harga local yang mana biasanya separuh lebih murah dari harga pelancong asing tapi kalau diorang tanya aku, tak pernah lagi aku tipu cakap aku rakyat Indonesia tapi kalau diorang tak tanya memang aku tak cakap la aku dari Malaysia. Simple as that.

Perbelanjaan lain jugak adalah macam nak guna tandas tapi yang bagi aku takde isu sebab bayarannya ciput je walaupun tak semua tempat ada toilet percuma. Biasanya kedai-kedai makan ada bayaran yang dikenakan untuk korang dan biasanya takde orang jaga pun tapi tak pernah la aku tak bayar macam yang diorang tulis kat tepi toilet tuh.

Selain dari itu, kalau korang naik motor biasanya korang akan dikenakan cas parkir kenderaan. Cas parking nih tak mahal mana pun, paling tinggi rasanya dalam 5k rupiah dan biasanya 2-3k sahaja dan adakalanya ikut seikhlas hati. So takde isu sangat pun. Di bawah ini aku break down perbelanjaan aku sepanjang di Bali termasuk massage (yang nih yang betul punya, takde hanky panky) untuk dijadikan panduan korang kalau ke Bali. Semoga bermanafaat. 




Perbelanjaan Bali

Flight plus hotel Rm 388.32
Sim card Rm20

Day one
Airport ke hotel-jln kaki
Beli air 36k
Sewa motor 150k utk 3 Hari
Parking kat legian 2k
Makan malam mekdi 53.5k
Overall 241.5k RM70.30

Day 2 (total perjalanan Dalam 300km)
Minyak dlm RM 12
Isi minyak 18k
Tiket masuk goa gajah 50k
Tiket tegallalang 10k 
Beli air 6k
Tirta empul 50k
Gunung kawi sebatu 20k
Toilet mount batur 5k
Minyak 20k
Kudapan 40k
Minyak 29k
Makan malam 40k
Massage 104k
Overall 392k RM115

Day 3 (total km Dalam 250km)
Beli air 15.5k +6k
Parking Pantai Batu Bolong 2k
Tiket masuk tanah lot plus parking 23k (harga lokal..harga foreigner 63k)
Tiket masuk jatiluwih 0 (foreigner 40k)
Isi minyak 18k
Tiket parking ulu beratan 3k
Lunch 16k+air 6k
Card flass aka tol 40k
Minyak 20k
Overall 149.5k RM 43.70

Day 4 (total perjalanan dalam 70 km)
Beli air 9k + 11k
Parking uluwatu 1k
Tiket masuk uluwatu 20k
Tiket masuk plus parkir pantai pandawa 10k
Parkir GWK 5k
Karcis masuk GWK 125k
Lunch 30k
Souvenir 102k
Dinner 35k
Minum 10k (harga bule 25k)
Overall 358k RM 104.65

Day 5
Breakfast aka kudapan  + rokok 49.5k
Lunch 30k
Beli air 5k
Infaq 12k
Air kelapa (airport) 40k
Overall 136.5k RM 40

Grand total 
RM 373.65 (ground) + RM 408.32 
RM 781.97


No comments:

Post a Comment