Tuesday 2 June 2020

10 Tahun Bali : Part 4 (Last)

Hari keempat aku di Bali dan hari ini aku kena pulangkan motor aku dalam jam 3 petang memandangkan aku hanya sewa motor sampai hari nih sahaja. So aku kena settlekan semua destinasi aku agak-agak menjelang tengahari. So perjalanan hari nih tak boleh jauh-jauh dan aku bercadang nak ronda sekitar Kuta dan Kuta selatan sahaja selagi sempat. Dan aktiviti last sebelum pulang motor adalah cari sedikit souvenir untuk orang kampung. Aktiviti pagi macam biasa, breakfast tidak sihat di bilik dan seterusnya memulakan perjalanan.


Aku pun tak pasti kenapa aku hari nih ikut jalan lain untuk ke Uluwatu. Aku ke Denpasar terlebih dahulu barulah detour dan yang menariknya aku termasuk ke highway Mandara (nih bukan Madara Naruto ye) toll road yang mana jalan nih dibina di atas laut. Dah naik je kat jalan nih memang takde dah jalan untuk aku u-turn sebabnya kat highway nih motor kena ikut jalan motor. Sampai je kat plaza tol, sekali kena bayar pakai kad lah...macam touch n go kat Malaysia. 



Menggelupur jap aku kat pintu tol tuh sebab takde kad Flazz (kad pre-paid untuk bayar tol). Dalam aku dok menggelupur tuh, tetiba datang sorang polis ke arah aku. Abislah aku dok dalam lokap dan tak balik Malaysia kali nih. (drama lebih sikit tapi cuak jugak sebenarnya) Sekali polis tuh keluarkan sesuatu dari porch bag dia dan tanya aku nak beli kad Flazz ke tak? Hahaha..kus semangat..nasib baik tapi rabak gak la poket aku. Dari boleh guna jalan free, dah kena bayar tol lak. Duit tol tak banyak..belen duit dalam kad tuh yang bazir tak tau nak buat apa.



Uluwatu

Memang jarang orang ke Pura Uluwatu pada waktu pagi, mostly orang ke sini pada waktu sunset sebab kat sini terkenal dengan tarian kecak disamping sunsetnya yang sangat marvelous. So semalam aku dah terlepas sunset, jadi aku bercadang untuk ke Uluwatu pada waktu pagi. Orang cakap (aku lah yang cakap tu) kalau tak dapat sunset, kita cuba sunrise lak. Namun begitu masa aku sampai di sini takdelah sunrise sangat sebabnya temple nih pun ada masa buka dan tutupnya, so aku ikut saja lah masa yang telah ditetapkan tuh.


Aku sampai memang ngam-ngam waktu dia bukak kepada orang ramai sebabnya aku adalah pengunjung yang pertama sampai kat situ. Maknanya tak sia-sialah aku sesat masuk highway tadi. Masa aku masuk pekerja pembersihan masih lagi sedang menyapu-nyapu halaman temple nih tapi monyet-monyet kat sana macam biasa dah start kerja lebih awal lagi. Tiket macam biasa, aku dapat harga warga domestik.



By the way, aku pun tak pasti kenapa aku nak jugak  ke Uluwatu temple nih. Di antara kemungkinannya adalah aku nak recap semula perjalanan aku 10 tahun yang lampau dan aku nak menghabiskan masa terluang sepanjang hari nih meskipun banyak lagi pilihan tempat yang aku tak pernah pergi lagi. Entah lah...



Personally, secara jujur aku lagi suka datang pagi-pagi macam nih sebab orang tak ramai (aku sorang je masa aku sampai) dan aku boleh amik gambar sesuka hati aku. Bagi sesiapa yang sukakan suasana happening dengan mat atau minah saleh memang tak digalakkan untuk datang pagi lah. Cuma kekurangannya melawat Uluwatu temple nih pada waktu pagi adalah takde aktiviti cam kecak atau lain-lain seperti sunset.


Datang waktu pagi dan berseorangan di sini, maknanya keseluruhan temple dan pemandangan nih adalah milik korang dan bebas untuk korang berpeleseran dan posing ikut korang suka. Tapi kadang-kadang cam pelik la jugak sebab takde orang kan? Terasa cam melawat masa lock down...kan? Setiap orang ada dia punya preference sendiri..so ikut pada masing-masing lah..





Pantai Pandawa

Aku tak pasti camana aku leh ke Pantai Pandawa nih sebabnya ianya xde dalam list aku. (Hari nih adalah hari semuanya tak pasti bagi aku) Aku sedang berpeleseran turun dari Uluwatu dan ternampak signboard beberapa buah pantai dan aku redah je mana-mana yang ada.(yang papan tandanya kaler lain..kaler perlancongan..warna apa aku dah tak ingat)  Serius...ada beberapa pantai tuh agak sunyi jugak sebab terpaksa meniti jalan kecik (macam naik motor di jalan sehala) dan semak samun yang last sekali membawa aku ke Pantai Pandawa.


Apakah yang menariknya dengan Pantai Pandawa ini? Sebenarnya terus terang aku katakan pantainya memang biasa-biasa sahaja bahkan takdelah cantik dengan masa aku sampai tuh orang tak berapa ramai. Mungkin masa aku sampai nih cuaca tengah nak rembang kut. Takkan lah korang nak mandi pantai tengah-tengahari kut.


Tapi tempat nih agak chill la jugak...dia bukan totally untuk tourist attraction sangat (foreign...tapi aku tak pasti masa-masa lain seperti sunset atau sunrise) tapi kawasannya agak luas dan ada agak banyak jugak kedai atau warung (dekat parking)...kat tengah pantai ada tugu entah apa entah, ada kedai-kedai dan ada rumah-rumah orang..Terdapat jugak pondok-pondok atau gazebo untuk korang lepak di tepi jalan kalau korang nak.



Pantai Pandawa nih diapit oleh kawasan bukit-bukau yang nampak cam batu granit (kalau tak silap aku la) yang mana disebabkan sebahagian darinya adalah dari rock quarry, so bukitnya tuh nampak elok dipotong sama, sekata dan kemas dipandang.(aku tak tau nak describe camner.) Di bahagian jalan menuju ke pantai, dinding bukit tuh telah dikorek dan diletakkan patung-patung dari kepercayaan agama Hindu. So part nih la bagi aku yang menarik di pantai Pandawa nih. View dari jalan menuju ke pantai nya tuh...






Garuda Wisnu Kencana (GWK) Cultural Park

Tempat nih Ok. Semalam masa perjalanan aku ke Uluwatu, dalam pada masa aku stuck dalam trafik yang banyak tuh sempat jugak aku detour masuk ke tempat nih sekejap. Tak masuk dalam sebabnya pada masa tuh dah petang dan aku rasa tak berbaloi untuk bayar tiket yang agak mahal dan tak dapat enjoy apa yang ada di dalam tuh dengan semaksima yang mungkin.


10 tahun dulu, theme / culture park nih kalau tak silap aku masih lagi dalam pembinaan sebab bangunan yang besar berbentuk dewa burung / garuda tuh masih lagi dalam konstruksyen. So lepas 10 tahun kemudian aku berpeluang melawat tempat nih kebetulan dalam perjalanan ke tempat yang aku nak tuju.



Agak banyak jugak aktiviti atau pemandangan menarik yang dapat dilakukan di sini. Pertama sekali kat sini ada satu bangunan besar yang ada patung garuda wisnu kencana yang sangatlah besar di atasnya. Bangunan nih korang boleh masuk, dan didalamnya ada galeri mengenai pembinaan GWK cultural park dibina. Korang jugak boleh naik ke bahagian atas (patung garuda) tapi kena bayaran lain lah yang mana aku tak naik.


Kat amphitheater terdapat banyak persembahan tradisional bukan sahaja masyarakat Hindu Bali tetapi juga Indonesia sebahagiannya. Persembahan ini adalah percuma tapi ada jadual masa yang telah ditetapkan. Kebanyakkan persembahan ini silih berganti setelah persembahan terdahulu tamat. Maknanya sekali korang masuk amphitheater nih, korang boleh tengok 3-4 persembahan selagi korang mampu lah. Antara persembahan yang ada di sini adalah Balinese dance, Barongan keris dance, Garuda wisnu ballet dan Nusantara dance. Bagi aku ianya mungkin tak sama dengan kalau korang menyaksikan persembahan nih dekat tempat yang famous dengan persembahan ini berlangsung, tapi bagi aku ianya good bargain la dapat tengok semua persembahan dalam satu tempat.



Selain dari itu korang jugak boleh menyaksikan wayang kartun Garuda Cilik kat Garuda Cinema yang terletak berhampiran dengan amphitheater tadi. Ceritanya boleh la menarik (tak pasti ianya mitos sebenar atau rekaan sahaja) dan lawak, tapi animasinya tak boleh la nak lawan upin ipin, boboboi ataupun ejen Ali. Jauh ketinggalan...syabas Malaysia..



Selain dari persembahan-persembahan tadi, sebenarnya ada banyak lagi persembahan yang ada kat sini tapi jadual persembahan tuh yang tak kena dengan waktu yang aku ada. Antara persembahan tuh ada yang dijadualkan waktu tengahari dan petang. Bahkan tarian kecak jugak ada dipersembahkan di sini waktu senja cuma aku rasa tak leh la nak lawan ngan yang diadakan kat Uluwatu tapi macam yang aku cakap tadi lah...kalau korang dari jenis yang tak kisah..why bother? kan...



Masa yang paling elok kalau korang dapat habiskan masa seharian kat sini..banyak benda yang boleh korang nikmati disamping lanskapnya jugak menarik ditambah pula dengan terdapatnya beberapa ukiran patung yang besar-besar dan taman-taman yang memukau pandangan untuk korang abadikan di dalam fesbuk atau instagram. Membazir masa? Meh aku bagi tips. Sebenarnya tiket yang korang bayar tuh memang cover untuk masuk seharian. Masa aku nak blah dari tempat nih..tukang check tiket tuh tanya aku sama ada aku nak masuk balik ataupun tak? Aku jawap tak le sebab aku nak kena pulangkan motor sewa aku tuh. Maknanya korang boleh je keluar dulu lepak-lepak tempat lain dan datang balik ikut kesesuaian masa korang nanti. Tapi baik korang kompomkan dulu sebelum cabut.



Bagi aku GWK nih berbaloi untuk dilawati meskipun bayaran masuknya tuh boleh dikatakan mahal la bagi aku, seorang pengembara dengan bajet yang ciput nih. Tapi still aku cakap berbaloi untuk dilawati..

Aku berjaya settlekan semua route yang dirancang mahupun tak dirancang menjelang jam 1 tengahari. Sebelum pulangkan motor, aku ada satu destinasi lagi untuk dituju iaitu Krisna Ole-Ole untuk melihat apa yang boleh aku beli untuk saudara mara dan sahabat handai di tanahair.



Krishna nih adalah salah satu tempat pujaan hati kalau ke Bali. Sebenarnya banyak je kedai cenderamata di tepi jalan sepanjang di Kuta tapi kalau ikut pengalaman aku 10 tahun yang lalu, harganya tak menentu (maknanya mahal lah tuh) sebab banyak permintaan terutama sekali dari pelancong tempatan dan juga luar negara. Kalau nak dapatkan harga yang lebih berpatutan, maknanya kena tawar lah.



Meskipun begitu, apa yang dijual di Krisna nih adalah bagi aku adalah standard je barang-barangnya. Harganya pun fixed price so memang dah tak boleh kurang dah. Kalau nak carik barang-barang rare kena pergi art market atau kedai-kedai yang terdapat sepanjang jalan di Kuta. Macam contohnya, 10 tahun dulu salah seorang member aku bawak balik sebuah bongo (gendang yang P Ramlee ada sebut dalam movie Pendekar Bujang Lapok) ke Malaysia. Masa tuh Airasia belum lagi strict kan perintah 7 kg untuk berat beg dalam kabin.




So aku mendapatkan beberapa keping fridge magnet dan juga lain-lain barang yang tak rare sangat sebab magnets tuh pun dah makan boleh tahan jugak dari budget aku. So bagi aku yang nak beli barang-barang cliche, memang inilah tempatnya. Aku takde plan nak beli barang-barang pelik pun meskipun buat diri sendiri.


So lepas settle souvenir aku pun balik ke hotel dan serahkan kunci motor pada reception dan amik balik pasport aku. Selepas melepak tak berapa lama di dalam bilik, waktu petang aku berjalan-jalan di Kuta, pergi ke Zero ground memorial (memorial berbentuk tugu mengingati kejadian bom di Bali), pergi ke shopping mall untuk window shopping (sebelah mekdi Bali) dan akhir sekali melepak di Pantai Kuta . Pantai Kuta nih adalah salah satu pantai yang paling femes di Bali. Of cause lah kalau antara paling femes maknanya memang ramai orang lah yang melepak kat pantai nih.




Waktu malam aku berjalan lagi ke pekan Kuta untuk mencari makanan dan terdapat beberapa kedai halal tapi ada beberapa kedai tak bukak so takde choice sangat aku masuk je ke satu kedai masakan Padang. Sambil-sambil order, aku tengok tv. Nampaknya kedai nih tak berapa nak ada orang. Kebanyakkan yang datang cuma bungkus je makanan diorang dan aku sorang je yang dine-in kat sana. Makanannya kira Ok la dan harganya jugak boleh tahan. Tak murah dan tak mahal sangat.



Malam terakhir aku di Bali aku sempat lepak kat bar yang berada betul-betul depan hotel aku. Bukannya apa...dah berapa malam brader bar tuh ajak aku makan dan lepak-lepak di tempat dia tuh tapi aku dok asik bagi alasan..esok baru lepak. So malam terakhir nih aku pun lepak la sana walaupun waktu aku lepak tuh takde orang (biasa ramai mat saleh) sambil menonton tv. Asalnya nak juga aku makan kudap-kudapan macam burger ke french fries ke tapi bila tengok menu ada makanan berupa babi so aku minum je teh o ais yang berharga 20k (RM 6). Usai lepak-lepak (sebab nyamuk banyak gila) aku pun bergerak ke kamar. Bila bayar waiter tuh cuma mintak aku 10k rupiah je. Aku tanya la dia tak silap kira ke sebab dalam menu tuh tulis 20k. Dia pun cakap dalam menu tuh harga untuk bule (mat saleh)..harga lokal lain..cun.


Bangun pagi macam biasa tapi hari ini hari bermalas-malasan. Flight aku petang nih dan aku dah takde transport untuk berjalan-jalan. So hari nih memang aku duduk di hotel sahaja sambil mengemas bagasi sebelum check out. Dalam jam 12 tengahari aku check out dari hotel dan bergerak menuju ke airport. Aku ada terfikir nak naik teksi ke airport tapi kalau naik teksi, aku akan sampai awal di airport dan kena habiskan masa dalam 5 jam di airport dan tak tahu apa nak buat. So solution dia yang dapat aku fikir adalah berjalan kaki ke airport...Sekurang-kurangnya dapat jugak menghabiskan masa dalam sejam dua.



Cuaca hari nih memang panas tak leh nak cakap la. Baju pun dah basah dan perut pun lapar. Dalam 1 km sebelum sampai di airport aku singgah dulu makan kat sebuah warung di tepi jalan. Satu sebab nak rehatkan badan. Satu lagi, kang dah sampai airport kena hadapla makanan harga airport. Sebelum order aku tengok menu terlebih dahulu. Kang dah order kang baru nampak segala macam menu yang tak boleh makan baru la menyesal. Syukur ada logo halal dan makanannya boleh tahan sedap, sambil-sambil buang masa sebelum sampai di airport.


Masa ada lagi so aku pun singgah terlebih dahulu solat di masjid yang berada betul-betul di luar pagar airport. Jamak siap-siap nanti takyah gaduh kalut kat airport. Airport macam biasa lah ramai terutama sekali di area domestik. Aku sempat la tawaf dulu airport Bali nih sebelum check in. Tapi aku check in awal sebab takut penumpang ramai la pulak kang nak cop pasport. Urusan nak balik nih kurang sikit masalah sebab aku masuk awal untuk urusan imigresen. Duduk dalam macam biasalah...habiskan data dengan seberapa yang dapat..OK..we'll meet again Bali, walaupun aku tak sure nak repeat lagi ke tak Bali nih...orang terlampau ramai..tak berkenan aku..




Tamat.

No comments:

Post a Comment