Saturday 25 May 2019

Maldives : Episod 4

Sesudah memulangkan snorkel dan fins, waktu ketika itu dah menunjukkan jam 3 lebih. Aku naik ke bilik untuk settlekan apa yang patut. Dah settle segala urusan aku keluar semula dan pusing sekali lagi Maafushi island ni. Memang layback habis kat pulau nih sampai aku pun tak tahu nak buat apa dah. Lepak bilik sampai kejung  kebosanan, aku turun ke lobi tgk pakej apa yang ada untuk hari esok, tapi takde yang berkenan di hati. Nak repeat pakej whale shark macam malas lak, nak ke resort mewah sambil berlagak2 mcm duduk kat sana lak bukan aku style so aku pusing Island dgn goggles aku tengoklah kalau ada mood nak mandi manda dan kamera disandang di bahu. (macam biasa)



Pakej yang korang boleh cuba bila di Maafushi or Maldives.

Kesekian kali aku tawaf pulau ini dan cuba untuk meneliti kehidupan penduduk local di sini. Pemerhatian aku dapati yang kaum lelaki biasanya keluar bekerja dan bila balik diorang akan lepak di kedai-kedai kopi atau restoran. Maknanya lepas penat bekerja diorang akan santai-santai lepak ngan kengkawan sampai lah waktu maghrib. Manakala kaum perempuan pula sepanjang pemerhatian aku, kebanyakkannya adalah suri rumah tangga yang menjadi minister of housing dan child care. Biasa aku nampak diorang nih waktu pagi bawak anak-anak mandi manda di laut dan menyapu sampah di halaman rumah. So tak hairan lah kenapa keseluruhan pulau ni sangatlah bersih meskipun takde alam flora atau lori sampah dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya di sini. Sebenarnya kalau kita nih pembersih dan rajin, tak payah tukang angkut sampah pun rumah kita kekal bersih. (mutiara kata hari ini)


Maafushi time sunset; kat bikini beach..

Kalau bagi sesiapa yang pernah datang ke Maafushi, sama ada korang perasan atau tak sebenarnya terdapat sebuah penjara yang terletak di bahagian hujung pulau yang agak terkenal di gugusan kepulauan di Maldives ini. Tapi walaupun ada penjara tapi pulau nih tetap tenang seperti biasa di samping di bahagian tepi penjara tuh ada gelanggang hoki (kalau tak silap aku) yang masa aku lalu tuh dipenuhi oleh awek-awek tempatan.


Yup..ada penjara di tepi rumah-rumah orang dan juga villa.

Hari ni aku target nak makan dinner buffet kat hotel yang aku dah recce semalam. Kali ni tak boleh tidak sebab harga buffet lagi murah dari harga yang aku bayar kat hotel semalam. Lagipun boleh belasah sebanyak mana makanan yang ada dan boleh juga cuba macam-macam jenis makanan yang ada di sana. Aku cuba lambatkan untuk dinner supaya lagi lewat aku makan lagi lambat la aku lapar balik. So usai isya aku keluar untuk dinner. Rupa-rupanya buffet dinner kat hotel tu habis awal. Aku tiba lagi setengah jam buffet dinner nak tutup, tapi aku tetap teruskan sebab alang-alang dah sampai. Lauk pauk pun ada yang dah habis dan diorang dah tak top-up dah. Takpe lah...Yang dah habis tu kira takde rezeki lah. Menu kat hotel ni takde la banyak macam buffet ramadhan kat hotel mewah di Malaysia. Adalah dalam 10-15 hidangan yang tersedia termasuk desert dan buah-buahan. Sebenarnya ada satu lagi hotel yang sediakan dinner buffet nih dan boleh je kalau aku nak ke hotel satu lagi tuh, tapi takut yang sana pun dah nak tutup aku teruskan je makan di sini. Takut-takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Meskipun ada beberapa lauk dah habis dan tak ditambah, tapi beberapa kali jugak aku tambah tak termasuk air lagi. Kiranya dinner buffet malam ini agak berbaloi-baloi la jugak.


Menu buffet malam nih. Pinggan pertama dari pinggan-pinggan yang seterusnya.

Aku bangun pagi mcm biasa tapi hari ni aku keluar lewat sikit dari biasa. Dalam sejam dua selepas breakfast baru aku keluar. Tujuan utamanya adalah untuk mencari sedikit cenderahati untuk dibawa pulang ke tanahair nanti. Aku target nak check out hotel hari ini dan cabut dari Maafushi cuma belum tahu nak kemana. Aku malas nak fikir lagi so aku pun keluar dari hotel dan menuju ke kedai cenderahati yang terletak berdekatan dengan bikini beach. Kedai cenderahati tu adalah kedai yang aku nampak paling besar tapi harga barang-barang yang dijual agak di luar dari kemampuan aku. Tambahan pula kualiti barang-barang tidak setimpal dengan harga yang ditawarkan. So aku amik keputusan untuk tak membeli kat kedai tu dan teruskan perjalanan.



Souvenir shop paling besar di Maafushi. Aku amik gambar nih time malam sebelum.

Sedang aku berjalan-jalan memerhatikan souvenir kat kedai-kedai lain, tetiba ada seorang mamat Bangla tegur aku dalam Bahasa melayu. Dia cakap dia boleh bagi harga special kat aku. So aku sempat sembang-sembang dengan mamat Bangla tu. Dia cakap dia belajar Bahasa dari pelancong Malaysia yang datang kat Maafushi. Dahsyat puak-puak ni. Dengar-dengar dan prektis camtu je dah terel. Walaupun aku agak teruja dengan offer mamat tuh tapi aku jalan dulu ke kedai-kedai yang berhampiran untuk tengok sama ada kedai lain dapat beat offer yang dia bagi. Dua tiga kedai jugak aku ushar, so far harga kedai mamat Bangla cakap melayu tu jugak paling murah,so aku pun beli la kat kedai mamat Bangla cakap melayu tu. Banyak jugak aku habis walaupun harga dah offer. Dekat ratus jugak la.



Jetty Maafushi...kecik tapi functional..yang nih jetty tourist; ada satu lagi jetty untuk nelayan.

Settle urusan jual beli, aku ke jeti untuk mencari tiket feri untuk ke Male. Kat mana nak carik? Kat depan jeti Maafushi tuh ada 2-3 kedai yang buat diving courses atau trip, kat sana lah tempatnya. Cadangan asalnya nak cari public feri tapi ushar-ushar macam takde. Orang kata satu hari ada dua kali je publik feri ke Male dari Maafushi nih tapi tak pasti jam berapa. Bila ditanya orang local pun diorang pun sama ada tak tahu atau macam tak tahu. So aku takde choice lain kecuali amik speed boat. Lagipun aku macam nak cuba naik speed boat pulak dan bandingkan dari segi keselesaan. (Harga of course lah mahal) So aku beli jugak tiket ke Male yang dijangka bertolak pada jam 2 petang. Dah beli tiket aku kembali semula ke hotel untuk pack beg dan yang penting sekali nak booking hotel untuk penginapan aku malam ni.


Selesai pack baju dan booking hotel yang paling murah di Hulhumale (lagi) aku pun check out dari hotel. Memandangkan waktu masih awal (check out time dalam jam 11 pagi) aku sempat sembang-sembang dengan manager hotel. Dalam sembang-sembang tu dia sempat jugak offer aku harga bilik kat situ untuk aku stay semalam lagi. Dia siap cakap yang dia boleh cancelkan atau tukarkan tiket speed boat aku supaya aku stay di hotel tuh satu hari lagi tapi memandangkan aku pun tak tahu nak buat apa lagi di Maafushi, dan disebabkan aku juga dah book hotel di Hulhumale, aku terpaksa tolak offer dia tuh. Lagipun offer dia tak berapa cost effective untuk aku. (harga bilik di Hulhumale lebih murah dari offer dia..but nice to try)



Dah sangkut dengan budaya orang Maldives yang suka lepak di cafe...

Dalam jam 12 tengahari, aku dah tercongok di jeti menunggu speed boat untuk tiba. Acah je, speed boat punya timing dah ada, aku dok lepak kat cafe / restoran depan jeti tuh. Plan asalnya nak minum-minum sambil sedut wifi, last-last aku tewas juga dan order sekali makan walaupun aku dah makan pagi tadi. Oklah tuh..check wallet ada lagi duit yang boleh digunakan, baki beli souvenir tadi. Makanan yang aku order biasa-biasa je iaitu nasik goreng, papadom dengan air coke, cukup untuk isi perut sebelum berangkat dan kemudiannya berpeleseran di Hulhumale nanti. Lebih kurang sejam aku lepak akhirnya masa untuk berangkat telah tiba. So aku ke jeti untuk melaporkan diri pada staff boat dan kami pun berangkat pergi. Memang berbeza sangat pace speed boat kalau nak dibandingkan dengan local ferry ditambah pulak dengan naik speed boat nih, angin dia memang masyuk...maknanya perjalanan amat menyegarkan kalau banding bersesak dan berpanas dalam local ferry. Cuma korang kena ready lah ongkosnya yang lebih.





Jetty speed boat depan airport Hulhumale.

Setelah mengharungi perjalanan kira-kira 30-45 minit aku sampai semula di jetty speed boat yang terletak di hadapan airport di Hulhumale. (Diorang singgah Male dulu turunkan penumpang) Ada beberapa perkara yang aku perlu lakukan kat sini yang menentukan sama ada aku nak ke Male atau stay di Hulhumale sahaja hari ini. Pertama, aku nak check sama ada di airport terdapat tempat untuk simpan luggage dan berapa harganya. Aku berlegar masuk ke airport dan alhamdulillah memang terdapat tempat simpan luggage dan harganya berpatutan. So hari ini aku akan stay sahaja di Hulhumale dan keesokkan hari baru lah aku ke Male selepas simpan beg aku di airport. Kedua, aku nak cari dimana jetty local ke Male yang terletak di area airport nih. Jadi keesokkan harinya aku akan letak bagasi aku di sini dan naik feri local ke Male. Rupa-rupanya jetty local bagi ke Male terletak di bangunan lain, iaitu bangunan bersebelahan sahaja dengan bangunan airport nih.


Bangunan airport Male...

OK. Settle semua persoalan aku, sekali lagi masa untuk berangkat ke pekan dengan menaiki bas. Kali ni barulah aku tahu kedudukan bas stand sebenar. (Masa aku sampai dulu aku main tahan je bas kat tepi jalan di airport tuh) Perjalanan macam biasa, slow and steady sebab hari ni takde apa yang nak dikejarkan pun. Turun sahaja dari bas, aku terus menuju ke hotel yang telah aku tempah pagi tadi. Secara visual dalam kepala aku dah boleh agak di mana kedudukan hotel itu sebabnya ia terletak 1 blok lebih jauh dari hotel yang aku duduk hari pertama sampai di Maldives tempoh hari. 

Aku sampai tepat waktu untuk check in, tapi bilik aku masih lagi belum siap untuk diduduki. Banyak drama kat kaunter sebab ada geng mat salleh dok travel ramai-ramai dan ada yang tak bayar bilik lagi. Jadi duduk la aku kat kaki lima depan hotel tuh sambil menyedut wifi dari hotel dan juga rokok di jari. So dalam setengah jam, akhirnya berjaya juga aku check in hotel, aku park beg dan uruskan hal-hal yang perlu dilakukan sebelum menunggu matahari sedikit reda sebelum berjalan-jalan menyusuri Hulhumale. Bilik hotel yang aku book nih tidak mewah dan tak rasa cam bilik hotel langsung tapi lebih kepada macam bilik aku kat rumah. (cuma bilik rumah aku lebih bersepah la) Biliknya biasa-biasa je tapi pemandangan yang boleh dilihat dari balcony adalah marvelous. (Balcony sharing)



Pemandangan dari balcony sharing aku. Menghadap laut beb..




Bilik aku kat Hulhumale. Ada freezer kecik yang syok tuh..boleh simpan air.

Mengapa Hulhumale dan bukannya Male. Antara sebabnya adalah aku nak tinggalkan the best for last. (Konon-kononnya lah) Memandangkan flight aku malam esok, maka ada beberapa jam terakhir di Maldives untuk menyusur ke bandar Male sebelum bertolak pulang. Lagipun kalau korang pernah ke Maldives, Male dan Hulhumale adalah dua bandar yang terletak dalam satu pulau dan kedua bandar nih memang amat berbeza sekali. Aku memilih untuk tinggal di Hulhumale walaupun hari pertama dan kedua semasa sampai tempoh hari aku dah berada di sini. Ianya adalah satu tempat yang bagi aku agak tenang jika berbanding dengan Male. Lagipun esok aku ada sela masa yang panjang dari check out hotel sampailah boarding time kira-kira 7-8 malam ke Kuala Lumpur. Aku bercadang untuk meneroka Male (walaupun aku dah berjalan separuh Male masa cari jetty local feri haritu) dan selesai sahaja berpeleseran di Male nanti, aku terus sahaja amik bagasi dan terus masuk ke airport. Tu plannya yang aku sempat fikirkan masa dalam speed boat tadi.



Salah satu kedai makan yang terdapat dalam building di depan Centro mall. Nama mamak tapi nampak cam fast food. Tak pasti lah sebab tak masuk pun.

Lepas asar, dalam jam 4 petang aku start keluar dari hotel untuk berpeleseran di Hulhumale. Dari hotel aku berjalan-jalan tanpa tujuan. Aku melawat macam-macam tempat di sini, rata-ratanya untuk melihat kehidupan rakyat Maldives yang marhaen. Melalui pemerhatian, apa yang aku dapati Hulhumale ini merupakan penempatan yang agak teratur. Hampir kesemua yang tinggal di Hulhumale ini tinggal di apartment yang nampaknya lebih kurang sama je pattern nya seperti yang terdapat di Singapura. Mungkin apartment nih dibina oleh kerajaan, aku pun tak pasti tapi kalau nak dilihat, keluasan dan rekabentuknya seakan-akan sama. Aku melawat pasar kering dan berjalan kemana sahaja kaki melangkah. Kehidupan di sini nampaknya sederhana, ramai yang menunggang motorsikal dari yang berkereta tapi jalan raya tetap sibuk cuma kalau bandingkan dengan Male memang kepadatannya jauh lebih kurang.



Suasana di pasar kering di Hulhumale. Barangan yang dijual kebanyakkannya adalah buah-buahan dan sayuran.

Waktu berjalan-jalan aku terjumpa sebuah shopping mall di tengah-tengah pekan / bandar Hulhumale yang dikenali dengan nama Centro mall. (kat Malaysia kalau tak silap aku ada gak Centro mall nih) Shopping mall di Maldives nih beza dengan Malaysia memang macam langit dengan bumi. Jangankan KLCC, Midvalley ataupun One utama, Giant pun lagi happening dari Centro mall Hulhumale nih. Sunyi dan lengang, kalau tak silap aku, ada beberapa kedai yang terdapat kat shopping mall yang ada 4 ke 5 tingkat tuh tuh dan ada satu kedai baju kat tingkat 1 dan yang paling menarik ada Manhattan Fish Market kat tingkat paling atas dan korang boleh tengok view Hulhumale dari sana. Kalau kaki shopping sejati di Malaysia memang akan kemurungan kalau hidup di Maldives dalam tempoh jangkamasa yang panjang. Mane idok nye..pasaraya kat Gerik nu lagi besor..



Panggung wayang yang terdapat di Maldives.




Shopping mall paling hip kat Hulhumale.

Walaupun pasaraya atau mall di Hulhumale nih tak lah besar atau sebesar di Malaysia, tapi sebenarnya bagi yang mencari kehidupan sederhana di sini memang terbaik. Lupakan segala brand Versace atau Calvin Klien, dan pakai apa sahaja yang takde brand terjual di mana-mana kedai di seluruh bandar. Nak bergaya sakan pun nak ke mana tuh. Kat Hulhumale nih ada juga terdapat panggung wayang walaupun terletak agak hujung dan hanya menawarkan 2-3 tayangan sehari tapi ok lah dari takde kan? Kehidupan kat sini nampaknya macam ok dan sederhana; ramai yang menaiki motorsikal tak berhelmet tapi jangan pada enteng pada orang-orang di Maldives nih. Walaupun diorang naik motor tak pakai helmet, tapi di telinga masing-masing ada terselit airpods. (Tak pasti original ke tak)




Suasana pantai di depan hotel aku.

Jadi aku pusing Hulhumale sampai ke penghujung pulau; yang mana masih lagi dalam proses pembinaan. Dah takde lagi tempat nak dituju, aku kembali semula ke hotel tapi kali ini dengan mengikuti jalan pantai dan akhirnya aku stuck di tepi pantai betul-betul di hadapan hotel aku. Memandangkan ianya publik beach, maka memang ramai la orang melepak lebih-lebih lagi di hari minggu dengan cuaca yang agak baik. Kebetulan ada wedding hari tuh dan majlisnya diorang buat di tepi pantai. Rasanya kenduri je kut sebab tak nampak pulak acara ijab kabulnya kat situ, tapi suasana still meriah dengan tetamu ditambah pula dengan pengunjung-pengunjung yang lain. Aku lepak mengambil gambar sampai bosan dan kemudiannya balik ke hotel untuk berehat. Benda boleh tengok dari balcony hotel, nak buat apa lepak pantai.



Suasana pantai di Hulhumale sewaktu hari minggu.




Antara kedai yang terletak berhampiran hujung pulau.

Waktu malam di Hulhumale nampaknya sangat sibuk hari ini. (Malam minggu) Berpusu-pusu orang di jalanan; itu tak termasuk lagi dengan kenderaan di jalan raya. Tak sesibuk di Male tapi boleh tahan juga lah. Kebetulan pulak terdapat pasar malam kat tengah-tengah Hulhumale. Ramai juga orang yang berkunjung kat situ. Rata-rata pelbagai jenis barangan yang dijual, lebih kepada barangan keperluan harian di rumah dan juga pakaian. (Ikan emas ngan ikan laga pun ada jual kat sini) Tujuan aku di sini asalnya nak carik cafe yang tayangkan bola kat skrin besar, last-last tersangkut kat pasar malam nih. Aku berharap-harap kat pasar malam nih ada jual street food atau makanan tradisi Maldives (dapat apam balik Maldives pun cukup lah.) tapi tak kesampaian sebab takde makanan dijual di sini.



Antara barangan yang dijual di pasar malam di Hulhumale.

Kecewa dengan pasar malam dan jugak cafe bola, aku kembali ke hotel dan mencari-cari restoran yang terdapat di tepi laut di hadapan hotel penginapan aku. Tujuannya adalah untuk makan malam disamping boleh menyedut wifi dari hotel. Dapat jugak makan sambil membaca posting-posting berbaur politik dari tanah air atau yang sibuk mengecam artis. Makan malam nih agak mewah sikit dari biasa, dua hidangan dengan air koko kola menjadi pilihan untuk last dinner di Maldives. (Duit ada sikit lagi) Makan malam memang sedap tambahan pulak perut dah kelaparan tapi kebetulan aku sakit gigi malam tuh membantutkan sikit selera. Melepak malam-malam di tepi laut memang agak menarik kecuali nyamuk.
Kuang asam punya nyamuk...



Makanan mewah aku di Maldives. Nasik goreng seafood, onion rings dan air mineral sejuk..nyaman sik boleh madah weh..


Bersambung...


No comments:

Post a Comment