Thursday 22 March 2018

Perjalanan Singkat ke Hatyai part 3

Seperti yang aku terangkan yang post ini just bercerita tentang perjalanan aku ke Hatyai dengan menaiki train yang tengah dok viral skang nih. So takde sangat tempat-tempat menarik yang aku lawati cuma nak check sama ada budget keseluruhan trip adakah seperti yang diwar-warkan. Kalau nak ke tempat-tempat best di Hatyai dan Songkhla boleh rujuk post aku tahun 2015 kat link nih..


OK..sambung balik. Perjalanan pulang ke hotel lebih selesa dari datang tadi disebabkan cuaca yang dah reda dan menjelang malam. Meskipun baru awal malam, kedai dah mula nak tutup...tapi gerai2 jual makanan makin banyak yang buka. Sepanjang perjalanan aku nampak banyak gerai2 muslim, jadi soal makanan halal di hatyai memang takde masalah langsung.



Usai solat Maghrib dan Isya aku keluar semula untuk mencarik makan malam. Jam baru menunjukkan lebih kurang jam 9 malam tapi bandar Hatyai dah sunyi. Kalau di KL maybe kita semua masih lagi stuck kat traffik jam tapi kat sini kedai-kedai dah mulai tutup. Antara kedai-kedai yang biasa aku pegi semuanya tutup. Last-last nampak satu kedai lagi yang bukak. Kat kedai tuh dah rasa dok jalan TAR, semuanya melayu cam lepak kat warung kampung. Aku pun sama la tapi aku dok sorang-sorang so mesti diorang ingat orang Siam.



Malam tu yang aku nampak kedai Rohana je yang bukak so belasah je la..malas nak menapak jauh-jauh kang kena kidnap haru lak family aku nak bayar juta-juta wang tebusan. Sambil order sempat jugak aku borak-borak ngan makcik Rohana (aku rasa lah sebab nampak cam dia tokey je..kalau tokey takkan nak letak kedai nama orang lain kan?) Dia tanya kat Malaysia ada cuti apa? Sebab dia kata ramai gila orang Malaysia datang Hatyai hari ni. Aku pun jawap lah..sebenarnya takde cuti apa..Maybe orang Malaysia zaman loni dah kaya so melancong je seantero dunia. Aku lepak kedai tu sampai tinggal aku sorang je so aku pun beredar la balik ke hotel sebab dah penat dan rasa mengantuk.



Keesokkan harinya, bangun pagi fikiran aku berbelah bagi sama ada nak stay lagi satu hari di Hatyai atau meneruskan perjalanan ke tempat-tempat lain ataupun pulang ke tanahair. Bila mengenangkan dah seminggu di perantauan dan teringat baju-baju yang bertimbun tak basuh dan mengenangkan kalau balik hari Ahad maka akan berebut-rebut nak balik dengan rakyat-rakyat Malaysia yang lain, maka aku menekadkan hati untuk balik hari tuh jugak. Nak balik naik bas jam 6 pagi lebih kedai jual tiket tak bukak lagi. So takde choice lain so aku tekad nak naik train semula. Tiket macam biasa 70 baht tapi kali ni masa nak beli penjual tiket mintak pasport aku. Tak pasti sama ada ianya prosedur atau dia cakap Siam, aku balas balik cakap Penang. Sebelum naik train sempat juga la aku membungkus teh ais barang secawan untuk bekalan di dalam train. Sekali tak masuk train station lagi dah habes...







Kali ini sepanjang perjalanan train dari Hatyai ke Padang Besar kosong. Kalau nak baring 2 seat pun takde masalah. Agak lega jugak lah buat keputusan balik awal. Keretapi memang betul-betul sampai kat Padang Besar Malaysia. Turun dari keretapi tibalah masa untuk urusan imigresen. Di komplex keretapi Padang Besar ni memang ada pejabat imigresen Thailand dan juga Malaysia dalam 1 bumbung. Maknanya lepas je cop pasport kat imigresen Thailand...jalan dalam 20 meter dah sampai imigresen Malaysia. Imigresen Malaysia memang lebih canggih la..Takdenye nak cop2 ni. Semuanya pakai biometrik je. Senang dan lebih cepat serta mudah. Keluar je pejabat imigresen..tu dia..berbondong-bondong orang nak naik first train ke Hatyai tu. Hari Sabtu hujung minggu lah katakan. Rasanya memang full house dah train pagi ni. Sekali lagi memang nasib baik la balik awal. Kalau balik hari Ahad rasanya memang berdiri lagi la sepanjang perjalanan.

 

Kemudian aku naik ke atas ke kaunter untuk tanya train yang available ke KL hari tu. Cadangnya nak naik ETS, direct ke KL tapi kat akak kaunter tuh cakap ETS fully booked. Yang paling awal pun hari Selasa baru ada tiket. Tu diaa..Laris..So komuter la jawapnya..Komuter pun sampai Butterworth je..ada la train sampai ke Taiping tapi nak kena tukar train bagai.So aku rancang sampai Butterworth amik bas pulak ke KL.

 


So sementara tunggu komuter sempat jugak lah aku berjalan-jalan di Kompleks bebas cukai Padang Besar. Takde apa yang menarik untuk di shoppingkan pun cuma aku nak jalan-jalan sambil mengisi masa yang terluang. Sambil-sambil pekena air kelapa pun best jugak. Mostly itu je perjalanan aku kali ini...takde apa yang menarik sangat pun bagi aku cuma kalau ada masa dan belanja lebih mungkin boleh repeat lagi tapi kali ini boleh teruskan perjalanan lebih jauh lagi.






Kesimpulan.

Sebenarnya Hatyai memang satu tempat yang kira bagi aku OK la untuk travel bergantung pada apa yang korang nak carik. Kalau nak cari laut memang takde la jawapnya, gunung pun takde..hutan-hutan atau taman negara pun..macam tak berapa nak ada. 

Tapi kalau nak shopping or makan, bagi aku ini tempat yang betul. Makanan takde la viral sangat tapi kira boleh la..pandangan aku kira sama je ngan yang korang boleh dapat kat sempadan-sempadan Malaysia-Thailand yang lain, cuma kepelbagaiannya tu lebih. Shopping mall memang agak meriah di Hatyai ni (trip kali ni aku tak pergi tawaf shopping mall tapi trip dulu2 ada la jugak) dan bandar ini memang tak sunyi dengan rakyat Malaysia. So kalau  berada di Hatyai (tempat-tempat or kedai-kedai makan viral) rasa macam tengah lepak kat resoran kat Damansara.

Mostly trip ini aku cuba budgetkan sebudget yang mungkin sebab kalau tengok dari perbelanjaan kat bawah, aku banyak berjalan kaki so kena tambah allocation untuk transport lebih sikit kalau ke Hatyai nanti.

Apa yang aku dapati sebenarnya kalau travel secara solo perbelanjaan agak kurang efisyen bukan sahaja di trip Hatyai ni tapi di mana-mana trip aku sebelum ini. Ini disebabkan berdasarkan perbelanjaan yang aku buat bagi trip kali ini kalau ada orang kata dia travel ke Hatyai dengan berbekal RM 50 siap hotel, transportation, makan minum dan lain-lain, ko luku je kepala dia. Menipu..mesti ada perbelanjaan-perbelanjaan yang di silentkan. (Takpun kontrakter payung...ahaa..jangan makan rasuah..) Aku kadang-kadang angin jugak sebab apa..takut under budget. Bagi aku kalau sharing pengalaman kena jujur lah sebab kadang-kadang ianya dijadikan panduan atau asas bagi traveller lain.


Berikut adalah perbelanjaan aku sepanjang di Padang Besar dan Hatyai beserta tiket perjalanan pulang ke rumah:


Padang Besa (Thailand)



Train tasek gelugor rm10.40

Beli air 20 tb







Cha yen 25 tb
Cha yen 20  tb (floating market)
Makan 20 tb (floating market)
Makan malam rohana 95 tb 


Padang Besar (Malaysia)

Train hatyai-padang besar 70 tb
Train Padang Besar - Butterworth rm11.40
Air kelapa Padang besar rm2
Tiket bas Butterworth-kl rm38

2 comments:

  1. Hi semua. Saya nak pergi Hatyai bulan 12 ni (6-9 Dec 2019) by bus. Ikut trip #AkuTravel agency. RM299/pax termasuk transport, hotel & travel insurance. Kalau berminat boleh contact sye 018-9581995(najwa) or najwaakutravel@gmail.com.

    ReplyDelete