Wednesday 14 March 2018

Perjalanan singkat ke Hatyai Part 2

Awal pagi aku ke pasar pagi pulak mencari breakfast selepas settlekan convert duit RM ke Thai baht. Kat Hatyai kurang diorang amik RM kecuali tempat2 tertentu je yang biasanya tempat2 shopping yang biasanya aku malas dan jarang2 pergi. Awal money changer ni bukak. Pukul 7 lagi aku dah menukar duit. Lepas ke pasar aku sambung makan di bilik. Sambil2 tu check jadual train ke Hatyai. 7.40 pagi aku check first train gerak kul 8.20 pagi dan Yang seterusnya tengahari. 


Punya la kelam kabut dengan beg baru nak kemas kul 8 pagi aku dah berlari ke stesen. Sampai stesen pulak train master cakap dia takde duit tukar. Aku bagi 100 baht tiket harga 70 baht. Awal pagi dia cakap takde duit kecik 30 baht untuk baki duit tambang aku. So aku keluarkan duit siling mana yang ada dan kira depan dia. Tak cukup 5 baht (60 Sen)" go change money" dia cakap. So berlari pulak aku ke pekan beli air botol utk pecahkan duit. Dalam hati dah kena tinggal ketapi pulak pagi ni. Setelah tukar duit kat kedai serbaneka (terpaksa beli air) aku berlari2 anak ke tren station semula. Settle je urusan beli tiket mamat tren master tu cakap...train delay 1 hour. So tak ke korang rasa nak lempang je mamat tu. So melangut la aku menunggu sejam tu. Sampai je train (selepas sejam) naik saja tren dah penuh dengan penumpang yang naik dari Malaysia. 





Oh no..so berdirilah aku kat tepi toilet dan disapa oleh seorang brader tabligh. So sambung la tarbiah semalam oleh brader yang baru aku jumpa ni. Selain dari dia tarbiah aku dia jugak bagi tips2 travel kat Hatyai like a local. Kat mana nak shopping paling murah dan kat nama nak dapatkan hotel yang super cheap budget... RM 16 semalam. Tapi aku tanak bgtau korang sebab ianya tidur open hall dengan dibagi toto dan bantal setiap sorang satu. Nak backpackers inilah baru backpackers, kata Rangga. Lagipun aku dah ada hotel feberet aku kat Hatyai. Selesa dan convenience disamping murah. Dalam sejam lebih perjalanan kami semua sampai di destinasi dan membawa hala diri masing2. Brader tabligh tadi sempat bagi lokasi masjid lagi utk solat. Maklumlah hari tu hari jumaat. 







So sampai di hatyai aku terus ke hotel feberet aku Louise guesthouse yang terletak dalam shopping mall bersebelahan dengan train station. So tak payah amik teksi nak kemana2. Tapi untuk korang yang gemarkan hotel berbintang2 hotel ni memang tak sesuai sebabnya hotelnya agak koboi dan bilik aku ada kipas angin je. Aircon pun xde tapi sesuai dengan harganya. Dulu masa aku duduk sini harganya 400 baht tapi sekarang bilik yang sama harganya 300 baht sahaja.




Kul 11 camtu aku dah boleh check in dan lepas mandi aku keluar semula ke masjid utk solat jumaat. Masjid yg direkomen tu boleh tahan juga kalau menapak di tengah panas lebih kurang 3km jugak lah. Sempat aku sampai sebelum khutbah bermula. Khutbah disampaikan dlm Bahasa Siam dan sepatah haram aku tak paham tapi aku layankan je. Di jalan dekat masjid tu banyak kedai berjual makanan dan semuanya Muslim.(brader tadi tu dah bagitau..sebab tu aku jalan kaki ke masjid ni walaupun agak jauh.) Tengok menu rasa kurang memberangsangkan so aku off sbb aku plan nak ke floating market petang ni. So aku berjalan kaki balik ke hotel utk tukar pakaian dan nap kejap sementara tunggu panas reda sikit. Dalam bilik aku ada Google jarak dari hotel ke floating market. Dalam 6km jugaklah...masih walkable kalau cuaca ok. So aku ambil keputusan untuk jalan kaki ke sana. 





Dalam jam 4 ptg aku start jalan walaupun bahang masih ada lagi selepas hujan sekejap tadi tp aku nak tengok life masyarakat di hatyai. Ok jugak berjalan walaupun basah kuyup jugak ketiak. Perjalanan ambil masa lebih kurang sejam lebih jugak. Dalam perjalanan hampir semua orang dok perhatikan aku sebab aku sorang je yang berjalan kaki sepanjang perjalanan. Tak kisah lah apa pandangan orang, janji aku sampai ke destinasi tanpa menyusahkan orang lain.








Floating market ni antara top spot jugak la di Hatyai ni. Cuma masalah dia, hujung minggu je dia bukak. Apa yang aku perhatikan disini ramai rakyat Malaysia dari penduduk Thai mengunjungi tempat ini. Meriah jugak la dengan pelbagai hidangan yang bagi aku viral dengan hiasan mcm air kelapa yg dihidang dalam buluh dan lain2 lagi. Di sini banyak pilihan makanan sampai rambang mata dibuanya. Last2 aku beli nugget sotong pedas dengan air feberet aku kat Siam, teh ais. Usai makan nugget, aku kembali semula ke hotel, dengan menapak lagi...

Bersambung...



2 comments:

  1. dasyat bosskur menapak..awat x naik grab jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..sebenarnya byk cara nak ke floating market..boleh naik grab, boleh naik tuktuk ngan motorsai..teksi pun boleh..tapi aku suka berjalan..boleh tengok tempat ngan gelagat org lokal..

      Delete