Friday 2 March 2018

Perjalanan singkat ke Hatyai Part 1

Sebelum korang baca lebih lanjut, post ini tidak memaparkan tempat-tempat hipster yang perlu dilawati atau makanan-makanan viral yang perlu diambil gambar, cuma pengalaman aku cross border dan perbelanjaan yang diperlukan. Harap maklum.



Nak dijadikan cerita aku ada kerja di Penang dan kebetulan sebelum tu aku ada terbaca banyak share dalam group Facebook mengenai perjalanan ke Hatyai menaiki tren. Sebelum ini aku ke Hatyai menaiki motor sahaja. Jadi aku rasa adalah sesuai utk aku cuba juga mengikut apa yang diorang share dalam group Facebook tu. Kali ini aku punya budget berdasarkan penjimatan semasa kerja outstation, misalnya pemilihan hotel yang lebih ekonomik, dan penjimatan dari segi makanan. So aku berjaya jugak melakukan penjimatan dalam RM 200 sepanjang 4 hari outstation. Nak dijadikan cerita aku berjaya jugak pulun kerja dan siap 1 hari lebih awal dari dijadualkan.






So settle je kerja dalam jam 3.30 ptg tu aku mintak member aku utk hantar aku ke tren station di Tasek Gelugor. Disana aku amik tren direct ke Padang besar. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam 30 minit. Naik2 sahaja aku duduk disebelah seorang brader tabligh (sebenarnya dia yang panggil aku duduk kat sebelah dia. Kebetulan ada seat kosong. Ok jugak la kena tarbiah aku sepanjang perjalanan. Betul..ini bukan sindiran tapi biasa asik buat benda lagha sekali sekala kena tarbiah apa salahnya. Lepas dari Arau je brader tu turun dan hanya tinggal beberapa orang je dalam tren. Menjelang ke destinasi terakhir tu dah mcm takde orang dalam tren dan bila turun aku nampak stesen keretapi tak havoc mcm yang diperkatakan. Aku pulak tak tahu yang sebenarnya korang kena tukar tren di stesen yang sama di Padang besar Malaysia.


So aku dengan segala bongoknya berjalan kaki keluar dari station dan berjalan kaki ke border yang terletak tak jauh. (Sebenarnya dari tren station dah nampak border Malaysia ni) Berjalan kaki aku dan ada 2-3 orang Siam mengecop passport. Mcm biasala RM 2 utk proses mengisi white slip dan RM 2 lagi utk imigresen mengecop passport. Sapa kata tak payah bayar dah?



Sebenarnya kebanyakkan tempat di hatyai aku dah lawati cuma trip Kali ini just nak penuhi rasa travel yang agak lama jugak aku tak buat (Lebih kurang 2 minggu) sebab sebelum  new year aku ada buat short ride merentas sempadan tapi trip tu cuma nak mengisi masa lapang sebab dah lama X naik motor kapcai aku lebih dari 500km sehala. OK. So dalam trip ke Hatyai kali ini aku just nak relek2 dan cuba perhatikan kehidupan rakyat marhaen tanpa banyak pergi ke tempat viral untuk berselfie.

Selesai sahaja merentas sempadan Malaysia kini aku berjalan kaki pula ke sempadan Siam pulak. Jaraknya tak jauh dalam 500m -1km je tapi kalau cuaca panas terik mcm hari tu perjalanan dekat pun rasa jauh. Sedang aku berjalan dalam 100 meter ada satu brader naik Hilux berhenti kat aku. "Meh naik weh..X payah pitih" kata dia dengan loghat patani nya. Bagai mengantuk disorong bantal aku pun naik sampai ke border satu lagi. Nak turun je aku dgr dia cakap sesuatu..aku igt dia mintak duit rupanya dia suh doakan dia je. 






Selesai di border aku menapak lagi dan kali ni takde sapa yg nak tumpangkan aku. Tak kisah pun sebab memang niat aku nak berjalan kaki. Ntah berapa kilo aku berjalan..rasanya tak kurang 2-3 km menuju ke pekan Padang Besar belah Siam pulak. Aku merancang nak tidur sana malam ni. Kalau ke Hatyai pun mati kutu gak tak tau nak buat apa. So dalam byk2 hotel (takde la byk pun dalam tak sampai 10 yang aku berjaya kesan) aku memilih untuk stay kat Hotel The Room. 






Nama hotel ni agak hipster sket xkan nak lepak kwang seng motel kut (takde nama hotel Tu..just sebut je) masa aku sampai kat tren station Padang besar Siam (sbb nak tgk jadual tiket esok) tren last dari Malaysia ke Hatyai baru saja berlepas. Satu hari ada 3 tren saja dari Padang besar ke Hatyai. Tapi jgn risau. Kalau xde train boleh je naik van walaupun aku tak tau kat mana nak amik van tu. Menjelang malam ada satu pasar malam kat salah satu jalan utama kat pekan tu. Kat sini memandangkan ianya sempadan Malaysia Siam so ramai je org Islam yang menghuni di sini mcm di sempadan sempadan yang lain. 



Makanan halal langsung tak menjadi masalah asalkan korang yakin sudahlah. Logo halal jakim memang takde la. Masa aku beli makanan (nasik kuning ayam goreng) terkejut beruk makcik tu tengok aku. Rasanya jarang2 kut org Malaysia yang menginap di Padang besar ni sebab danok berada dalam 20km je dari sini. Org laki Malaysia biasa prefer danok...lebih hiburannya. 





So makan malam aku simple je tapi makcik tu bagi nasik tambah byk giler siap tanya lagi..yang ni nak?ni makan tak? Secara free of charge. 40 baht je siap kuah sambal Thai. Kalo datang sini kat tengah pasar tu aku tengok ada satu kedai air yg kalo kat Malaysia memang dah viral dah. Aku order satu cha yen chocolate gelas besar yang harganya 50 baht. Kira murah sebab chocolate dia je suku cup. Aktiviti malam biasa la..tidur awal sbb dari pagi sampai petang dok kerja pastu sambung pulak travel sampai ke malam. Lagipun Padang besar ni takde hiburan sgt..karok ada la..dah tua2 ni malas lak nak berhibur sakan. Lagipun rumah kata pergi, kubur kata mari.


bersambung...

4 comments:

  1. seronoknya pergi sana
    saya last pergi masa sekolah menengah tak silap
    heheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana? Padang besar ke Hatyai?..bolehlah...tempatnya takde la spesel sgt tapi experience lepak tempat org tu yg menarik...

      Delete
  2. Replies
    1. Rasanya bolehlah...cuma feeling tu xdpt kat Malaysia

      Delete