Saturday 22 July 2017

Journey to the north : Phnom Penh

Tahun lepas aku dapat tiket murah semasa Airasia sale 0 fare (setiap kali pun ceritanya begitu juga..). Base fare yang aku carik adalah dari Hanoi ke Kuala Lumpur. Biasanya tiket yang aku survey berharga lebih kurang 400++ sehala..dan kali ini aku berjaya dapatkan dalam 200++ sahaja, maka ianya adalah sesuatu yang aku rasa sangat berbaloi. (Ini bukan macam cerita-cerita dalam fesbuk..Bagaimana nak melancong ke xxx dengan menggunakan RM seringgit sahaja..tu kebanyakkannya fantasi maka jadilah cerita yang viral sekarang ni mengapa pelancong Malaysia antara yang dibenci host AirBnb) Setelah berjaya book tiket balik dari Hanoi maka barulah aku fikirkan dari mana hendak aku mulakan perjalanan kali ini.

Untuk menjimatkan lagi perjalanan (tiket KUL-Han dalam RM200++) aku mengambil keputusan untuk memulakan perjalanan dengan destinasi yang tambangnya lebih murah. Ya..betul tekaan korang..walaupun murah sesuatu destinasi itu, perjalanannya mengambil masa lebih panjang dan budget untuk ground pula adalah sangat tinggi, namun begitu setelah agak lama tak mengembara (lebih kurang 4-5 bulan)aku rasa tak ada salahnya untuk spend lebih sedikit asalkan dapat pengalaman yang lebih luas. 

Disebabkan aku pernah ke Saigon a.k.a. Ho Chi Minh, maka aku mulakan perjalanan dari Phnom Penh yang tak pernah aku jejaki disamping dapat pengalaman untuk cross border melalui jalan darat. (Biasa naikmotor cross Siam je) Sebab lain adalah kerana harga tiketnya RM69 sehala.



Terdapat berbagai cara untuk ke bandar Phnom Penh dari airport. Diantara pengangkutan yang biasa digunakan adalah teksi, tuk tuk atau motorsikal(macam tuktuk). Namun begitu bagi pengembara yang mempunyai bajet yang terhad dan masa yang agak terluang ianya bukanlah sebuah option yang baik. Salah satu dari sebabnya terdapat banyak scam (misalnya seperti yang aku kena di Siem Riep dulu) dan juga perbezaan harga yang terlampau jauh.


Perjalanan dari airport ke pusat bandar aku menggunakan pengangkutan paling murah iaitu bas tambang. Kali ini aku ada baca sikit-sikit blog dan trip advisor dan akhirnya ambil keputusan untuk menaiki bas dan tambangnya adalah 1500 riel bersamaan RM 1.80. Apa yang disadvantagenya menaiki bas ini adalah masa yang diambil agak panjang dan perlu ikut route bas tersebut iaitu kira-kira 20 stop sebelum sampai ke hujung destinasi. Kalau tiada apa-apa yang dikejar boleh gunakan option ini jadi boleh juga sambil-sambil tour city centre secara percuma. Bak kata orang sambil menyelam sambil minum air.



Tonle Sap river, Phnom Penh

Aku hanya mempunyai lebih kurang 3 jam sahaja (aku dah buat perkiraan untuk tiba di Saigon) untuk berjalan-jalan di Phnom Penh sebelum aku bertolak ke next destinasi iaitu Ho Chi Minh dengan menaiki bas ekspress. Ketika aku sedang bermanggu-manggu di stesen bas (sebenarnya bas berhenti saja di tepi sungai...tapi disebabkan bas yang banyak, aku panggil je tempat tu stesen bas. Lokasi dekat dengan pasar) Plan asal aku adalah untuk tidak merayau-rayau jauh di Phnom Penh (disebabkan faktor kewangan) cuma menapak di sekitar bandar Phnom Penh. 

Phnom Penh adalah ibu negara bagi Cambodia namun demikian ianya tidaklah semegah bandaraya-bandaraya lain seperti Kuala Lumpur, Jakarta mahupun Bangkok. Keadaan jalan agak berdebu dan tidak banyak bangunan-bangunan tinggi sebagaimana ibu negara lain. Bagi aku ia mempunyai keunikannya tersendiri dimana korang boleh tengok kedai-kedai francais berada di dalam rumah kedai 2-3 tingkat.

Sedang aku menuju ke pejabat bas Cat Mekong. (salah satu company bas yang agak terkenal di Cambodia) tetiba aku terserempak dengan seorang pakcik tuk tuk ni. Pakcik tuktuk ni amatlah pelik, makin ko cakap tak mau dengan service tuktuknya makin manis ayat-ayatnya. Macam lintah. Akhirnya aku naik juga tuktuk dia dengan tujuan asal mencari tiket bas ekspress ke Vietnam. Ini disebabkan dia promote aku dengan bas yang baek punya dengan tambang yang lagi murah dari Cat Mekong.



Dibawa berjalan-jalan dengan tuktuk

Kesudahannya harga bas yang direkemen terbaek itu adalah lagi mahal dari apa yang di publish oleh bas-bas ternama yang lain. Namun pakcik tersebut mendesak-desak aku untuk segera sambil separuh memaksa aku untuk amik tour yang ditawarkan so takde pilihan lagi (bagi aku) aku amik saja bas dan tour tersebut memandangkan aku ada lagi 3 jam sebelum bas berlepas. (sebenarnya ada je bas yang lagi awal tapi aku cuba untuk sampai di Vietnam lewat sikit supaya dapat elakkan memasuki Saigon dalam waktu puncak iaitu waktu orang balik kerja...sebenarnya waktu puncak di Saigon adalah sebelum 12 tgh malam)



PhnomPenh independent monument

So daripada 3-4 tempat di Phnom Penh seperti yang terdapat dalam pakej pakcik itu, hanya 2 saja yang sempat aku pergi..itupun Royal Palace tu pakcik tuktuk aku tuh keberatan nak pergi sebabnya dia ada customer lain pada sebelah petangnya. So review aku untuk tempat-tempat yang aku sempat lawati adalah seperti di bawah:

1) Royal Palace
Royal Palace merupakan kompleks kediaman raja Kemboja yang terletak berdekatan dengan sungai Tonle Sap. Sebenarnya aku tak masuk pun Rayal Palace ni, cuma berada di bahagian luar istana raja ini dek kerana kesuntukan masa. (Masa diambil banyak di Killing Field) Lagipun masuk kena bayaran kalau taksilap aku. Tapi masa aku pergi, keadaan macam lengang...tak macam Royal Palace kat Bangkok. Aneh tapi benar.



Royal Palace Phnom Penh




2) Killing Field
Perjalanan ke Killing Field atau nama penuhnya adalah Choeung Ek Monument/killing field adalah rasa macam amat jauh sekali. Dari stesen bas yang terletak bersebelahan sungai Tonle Sap, jaraknya adalah kira-kira 15km namun begitu masa yang diambil kalau ke sana dengan menggunakan tuk tuk kiranya lebih kurang 1 jam. So, apa yang aku nak bagitau ni adalah...kalau perjalanan pergi 1 jam..perjalanan balik 1 jam..so berapa lama yang korang harus berada di sana untuk mengejar bas ke Saigon? Suasana di Killing Field ini agak sunyi dan muram meskipun ramai pelancong datang melawat. Ianya kemungkinan sebab aura tempat ni ataupun pelancong-pelancong mendiamkan diri sebab terdapat sign board dilarang bising disini. Untuk pengetahuan semua, Cambodia ataupun nama lamanya Kampuchea ataupun Kemboja pernah diperintah oleh seorang dictator yang bernama PolPot. Apa yang PolPot buat apabila memerintah Kemboja selama 4 tahun adalah mengubah dasar negara dan mengakibatkan terkorbannya sebanyak 25% dari rakyat Kemboja dengan cara membunuh dan menyeksa mereka. Tak kurang ramainya juga yang mati disebabkan kebuluran dan jangkitan penyakit berjangkit. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh cari dan lihat movie yang berjudul "The Killing Field".


Choeng Ek Monument

Sebelum meneruskan perjalanan ke kota Saigon, aku sempat mengisi perut di salah satu restoran berdekatan dengan tempat ejen bas aku memandangkan ada dalam kira-kira 30 minit sebelum tuktuk menghantar aku ke stesen bas.

Makanan yang dihidangkan bagi aku adalah sederhana...Tidaklah terlalu sedap dan tidak boleh juga dikategorikan sebagai tidak sedap..Ianya terpulang kepada selera masing-masing. Apa yang aku tak gemar tentang Cambodia adalah kebanyakkan dari kedai-kedai makan halal bayaran yang dikenakan adalah dengan menggunakan USD. Bukan apa, cuma ia menjadikan harga makanan sangat mahal apabila dibuat tukaran kepada RM. Maknanya makan tengahari korang boleh mencecah RM 40-50 sekali makan dengan hidangan yang ala kadar.



Chicken Amok dengan teh o ais

Perjalanan dari Phnom Penh menuju ke Saigon mengambil masa kira-kira 6 jam tidak termasuk berhenti di sempadan Vietnam bagi mengecop pasport. Kalau korang pernah menyeberangi sempadan Malaysia - Thailand dengan menggunakan jalan darat, mesti korang biasa dengan keadaan sempadan yang penuh dengan kegiatan atau pusat hiburan seperti disko, karaoke, rumah urut dan pelacuran. Melalui pemerhatian aku sempadan Cambodia-Vietnam bagi aku lebih havoc dari itu. Disempadan ini terutamanya di Cambodia terdapatnya banyak kasino-kasino yang agak high class dan itu belum lagi waktu malamnya. Aku rasa hiburan top notch punya yang dihidangkan disini terutamanya pada malam hari.



Salah sebuah kasino yang terdapat di sempadan

Disempadan bas berhenti di pejabat imigresen Cambodia. Disini penumpang tak perlu turun dari bas, cuma perlu serahkan pasport kepada kelendan bas. Sebelum itu diorang dah amik pasport awal-awal lagi semasa bas berhenti sekejap untuk kencing break. Pada fikiran aku ada form-form yang perlu diisi sebelum melewati negara itu.

Selepas selesai urusan di Cambodia perjalanan diteruskan pula menuju ke sempadan Vietnam. Terdapat salah seorang penumpang dipanggil turun dan tidak dibenarkan melepasi sempadan. Mungkin ada hutang PTPTN Cambodia yang tidak dijelaskan. Disana ada segenggam wang bertukar tangan. So bukan sempadan Malaysia saja yang mempunyai pengeras. Sempadan lain juga budayanya sedemikian.



Bangunan Imigresen Vietnam

Untuk memasuki sempadan Vietnam, kesemua penumpang perlu turun membawa beg masing-masing ke bangunan imigresen usang. Bangunan ini pada aku asalnya merupakan sebuah kompleks bebas cukai (aku rasa) namun begitu telah ditinggalkan. Pejabat imigesen juga seperti bangunan yang biasa terdapat dalam cerita-cerita hantu. Dengan bumbung dan sistem penghawa dingin yang masih lagi belum disiapkan dan keadaan berdebu dan kalau dibandingkan dengan imigresen Malaysia memang macam langit dengan bumi.




View sepanjang perjalanan..masih di Cambodia

Sepanjang perjalanan aku disajikan view-view yang bagi aku menarik seperti kalau korang menyusuri jalan dari Pulau Pinang ke Perlis (jalan dalam). Terdapat sungai-sungai dan hamparan sawah padi hampir sepanjang jalan. Apa yang aku rasa menyampah adalah pemanduan bas yang dibawa laju (laju takpe lagi) dan berbahaya..(potong kenderaan lain sukahati dan membunyikan hon boleh dikatakan sepanjang jalan - macam di Nepal)

Sedar tak sedar hari siang bertukar malam.Secara tiba-tiba bas yang aku naiki berhenti di tepi jalan di somewhere in the middle of nowhere...aku buat releks je sehingga driver bas buat pengumuman dan semua penumpang pun turun. Selepas aku turun dari bas aku nampak pintu bahagian enjin bas telah terbuka dan kelendan bas bagitau aku yang bas rosak dan sila sambung perjalanan ke tempat tujuan aku dengan kenderaan lain seperti teksi. Semak wallet duit telah short disebabkan tour Phnom Penh tadi maka aku bercadang untuk berjalan kaki sahaja menuju ke Ben Thanh market; tempat kegemaran rakyat Malaysia disebabkan banyak terdapat makanan halal dan mudah untuk berkunjung di tempat-tempai menarik di sekitar bandaraya Saigon.


Bas rosak disiring jalan

Apabila aku tanya kepada penumpang-penumpang semuanya tak tahu di mana letaknya Ben Thanh market termasuk pemandu bas dan kelendannya. Terus diorang semua blah termasuk bas yang dikatakan rosak itu.Maka termanggu-manggu lah aku di tepi jalan, tiada internet, kelaparan, keletihan dan tiada hala tujuan perjalanan...

Bersambung...

5 comments:

  1. macam jenuh jugak ye nak cross boarder. Gi sorg2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...travel solo...takde la jenuh sangat tapi ambik masa sikit la..sbb nak beratur kat imigresen

      Delete
  2. bro dari airport phnom penh tu naik public bus tu kat luar airport ke?berapa jam naik bus tu smpi ke city?

    ReplyDelete
  3. yup...betul..lambat jugak lah..dalam sejam ke sejam setengah kalau tak silap aku

    ReplyDelete
  4. Salam pelancongan semuanya,kami Company NURUL INSYIRAH VENTURE menyediakan pakej pelancongan ke Phnom Penh.Driver guide pakej ini prihatin dan fleksible.
    Makanan yang dihidangkan juga enak.
    Sekiranya berminat, mahu ke Phnom Penh Hubungi kami 017-536 7426 atau +6281397288197.Terima kasih kepada tuan blog
    Facebook: melancong murah baloi
    Ig: melancong_murah_baloi

    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi  

    ReplyDelete