Sunday 28 May 2017

Kesimpulan trip Jepun

Untuk mengembara ke Jepun ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Basically ianya topic-topic yang sama diulang-ulang dari post-post lama, kecuali informasinya diambil dari pengalaman sebenar di tempat yang dilawati. Korang tak paham? Aku pun xpaham sangat apa yang aku tulis.

Makanan
Makanan adalah antara yang kritikal dalam trip ini. Bukan sahaja trip ini malah trip sebelumnya pun sama. Kali ini aku bawa sendiri makanan dari Malaysia cuma kurang kadar kebergantungan pada maggi tetapi aku pelbagaikan seperti biskut, cokelat, maggi pun ada juga tapi sikit lah, dan nasik goreng segera jenama Brahim. Biasanya kalau dulu-dulu memang aku x beli nasik brahim nih sebab mahal dalam Rm10 ke Rm15 sepeket tetapi kalau di Jepun terpaksalah bawak juga. Adakalanya aku merasa jemu untuk makan roti massimo atau gardenia yang dibawa dari Malaysia. Ada orang cakap kalau melancong ke negara orang tapi tak merasa makanan tempat tu baik xyah pergi melancong. Betul juga, maka dengan bajet ciput aku berjaya dapatkan sushi di Family Mart untuk makan tengahari setiap hari. 



Semasa aku ke Himeji dan Kobe aku ada bawak sekali seorang ex cikgu Jepun sekolah aku dan kami lunch berhampiran masjid di Kobe. So kami makan di salah satu restoran halal pemiliknya orang Pakistan. Makanan yang kami ambil adalah nasi briyani seorang satu dan air dan harga keseluruhannya mencecah Rm150. So, paham-paham lah kenapa aku makan sushi. Kedai makanan halal memang ada di Jepun, tak sebanyak di Korea tapi ada lah jugak. Kalau ada duit lebih boleh makan di Kansai airport ada 2-3 restoran halal yang menghidangkan makanan Jepun. Bab air minuman, Jepun memang terbaik. Boleh kata setiap 50 meter ada saja mesin air tin diletakkan di tepi jalan. Macam-macam menu ada dan kalau tak puas hati dengan mesin ini pergi je mesin sebelah sebab airnya memang berbeza.









Penginapan
Selain dari makanan, penginapan juga adalah suatu yang kritikal dalam pengembaraan aku kali ini. Yup..makanan memang kritikal, tapi penginapan juga suatu yang perlu dititik beratkan. Perlu diingatkan bahawa aku mengembara berseorangan maka kesemua kos atau perbelanjaan ini ditanggung oleh aku seorang dan tidak dikongsi. Aku juga tidak couch surfing dan bajet aku amat terhad. Rata-rata kadar bayaran hotel bagi satu malam di Osaka mencecah ratusan ringgit di mana bilik 1 orang dan bukan dormitori bermula dengan RM150 ke atas. Syukur aku katakan bila aku booking dari Agoda aku berjaya dapatkan bilik dengan harga kurang Rm45 semalam. Kalau korang nak dapatkan bilik hotel yang murah cariklah di Nishinari-ward atau Tennoji di mana terdapat banyak hotel-hotel murah dengan bayaran starting dari 100 yen permalam..dalam Rm40. Tapi janganlah expect lebih keadaan hotel macam Swiss garden malah ianya 10 kali lebih cikai dari Ibis. Cuma apa yang aku nak ingatkan macam hotel Diamond yang aku duduk sepanjang aku berada di Osaka ni..kelemahan paling ketara adalah biliknya yang super kecik macam aku di Seoul dulu dan yang paling x best sekali dia tak ada bilik mandi personal bagi male guest. Cuba bayangkan korang mandi bersama-sama orang Jepun yang bertelanjang bogel dalam satu bilik mandi besar..Baik jangan imajin lebih-lebih..




Transportation
Di sini aku cuma nak cadangkan beberapa tips bagi pengangkutan. Kalau di Osaka sebenarnya bergantung kepada kedudukan hotel korang sebenarnya. Kalau setakat nak ke Shinsaibashi setiap hari untuk shopping tak perlu beli pass pun. Just jalan kaki je sebab Osaka bukan sahaja boleh di akses dengan berjalan dan kalau nak mudah sewa basikal. Cuma kalau hardcore berjalan macam aku nih kenalah beli pass yang tiap hari jumlah perjalanan melebihi 50 km. Macam kalau korang ada target sendiri, contohnya just nak pergi satu tempat saja baik beli tiket. Aku beli pass bukan sahaja unlimited public transportation bas dan train, dapat lagi free admission ke tempat-tempat tertentu bahkan ada lagi diskaun shopping bagi barangan-barangan kedai tertentu.




Pengangkutan awam yang paling biasa digunakan di Jepun adalah tren dan bas manakala teksi juga terdapat dalam option yang berkenaan sekiranya mempunyai bajet yang lebih. Tambang asas tren adalah 20 sen bagi setiap kilometer dan puratanya adalah 240 yen bagi setiap perjalanan. Maknanya kalau hendak berhenti ke stesen terdekat adalah 240 yen manakala semakin jauh tempat yang hendak kita pergi semakin meningkatlah kadar tambang.



Jadi kalau diconvert 240yen adalah dalam RM9 pertrip so bagi aku agak mahal kiranya perjalanan melibatkan 10-20 trip sehari. Jadi bagi menjimatkan perbelanjaan, aku dapatkan tourist pass yang ada dijual di Kansai Airport. Terdapat banyak jenis pass yang boleh korang pilih bergantung kepada destinasi dan jenis kenderaan yang nak korang amik.

Apa lagi ye..haa

Shopping
Shinsaibashi menjadi pujaan hampir semua pengunjung yang bertandang ke Osaka. Macam-macam ada disini dan kebanyakkannya dicanangkan dengan kabar-kabar angin yang hampir mengarut. Berbondong-bondong kengkawan mengwatsep aku masa di sana seperti biasa memesan pelbagai jenis barangan. Dari jam tangan Gshock, kasut, baju dan ada yang tak segan silu memesan helmet fullface dari aku. Ko bayar dulu nanti sampai Malaysia aku bayar balik. Memang tak lah jawapnya. Merata-rata dan hampir semua kedai aku masuk nampaknya macam tiada jam tangan Gshock yang beharga Rm30 seperti yang dikhabarkan. Harga Gshock kat downtown pun tak kurang Rm50 inikan pulak Gshock original made in Japan lagi tuh. 



Kat sini ada seasonal sale macam kat tempat lain. Sebagai contohnya aku berjaya dapatkan t shirt, jogging track h&m dalam Rm8 dan paling mahal pun xsampai Rm32, so apa lagi..timbul rasa nyesal bawak pakaian dari Malaysia..Kesimpulannya kita nak kena carik sampai ke lubang cacing bagi dapatkan harga murah dan macam aku cakap diorang ada season sale maka nasib la barang mana yang boleh dapat murah.

Tradisi dan Keselamatan
Sepanjang aku di Jepun, aku dapati orang di negara matahari terbit ini sangatlah berdisiplin.Memanglah sangat-sangat berbeza dengan negara kita. Kalau dilihat dari segi beratur di tempat-tempat awam, tak kira di mana sahaja mereka hampir tiada yang potong barisan sama ada naik bas, tren atau lain-lain lagi. Mengikut apa yang cikgu aku ceritakan, orang Jepun ini sangat workaholik (kerja sampai lewat malam) tapi melepak di bar selepas kerja bagi menghilangkan tekanan kerja.




Dari segi keselamatan juga aku tak nampak ada masalah sangat walaupun saban hari aku melepak di luar hotel atau berjalan pulang agak lewat malam cuma ada je gelandangan yang tidur di tepi jalan dek kerana mabuk terlebih ataupun memang tak punya rumah. Tapi sepanjang perjalanan aku memang tak pernah ada sebarang kejadian yang tak diingini berlaku.

Sebenarnya ada je tempat yang agak black area yang mana orang Jepun sendiri pun tak berani untuk lepak di sana.. Misalnya, kawasan tempat aku tinggal juga dikategorikan sebagai black area so sebab tu harga penginapannya agak murah yakni bagi aku murah melampau-lampau. Aku disini cuba untuk promosikan tempat-tempat yang aku dah kunjungi so aku bagi homework kat korang supaya check dulu area-area yang boleh pergi or yang perlu berhati-hati. Memandangkan aku dari dulu dah biasa dengan tempat-tempat yang agak dark meskipun di negara sendiri so aku rasa keadaan itu biasa saja.


Internet / Wifi
Internet aku ambil di Malaysia saja sebab harga sim card di Jepun agak melantun jadi melalui pembacaan aku, antara option yang bersesuaian dengan budget aku adalah dengan menyewa portable wifi. Ada 2 option iaitu sewa portable wifi di Jepun atau dari Malaysia. 

Aku ambil sewa pakej dari internet provider Wiyo MY sebagai keperluan aku di Jepun nanti. Dengan pakej RM14 sehari termasuk RM200 sebagai deposit, aku rasa ianya agak berbaloi. (takde sebarang bayaran untuk aku rekemen produk ini)

Caranya jugak simple..just buat bayaran online dan pick up portable wifi di KLIA 2 dan boleh teruskan perjalanan dengan tenang. Pakej juga adalah unlimited wifi bukan macam di negara kira ni...unlimited tapi 10 gig...dan tak boleh tethering...

Kesimpulan
Walaupun mengembara di Jepun memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi namun begitu bagi aku ianya adalah sangat berbaloi. Ini adalah kerana terdapat banyak tempat yang menarik untuk dilawati, budaya yang berbeza dan yang penting sekali enjoy Japan.

No comments:

Post a Comment