Tuesday, 26 April 2016

Ke Korea Ke Kita? Seoul Part 3

Hari ini boleh dikatakan hari terakhir aku berada di Seoul memandangkan keesokkan hari nya seawal pagi lagi aku dah menaiki kapal terbang ke Pulau Jeju. Maka hari ini akan dipenuhi dengan pelbagai aktivitas membeli barang-barang yang dipesan oleh kawan-kawan dari tanahair. Well...some friends are really troublesome. Antara barang yang dipesan hari ini adalah 2 helai t shirt hardrock cafe, baju i love korea yang perlu dibeli dari kedai di Insadong (spesific location), fridge magnet dan sudu Korea dan semuanya dibiayai dengan air liur.



Jadi sambil mencari barang-barang itu aku meneroka bahagian-bahagian Seoul yang masih lagi belum aku jejak. Kalau korang search apa yang perlu dilawati di Seoul, pasti korang akan dapati bahawa list no 1 adalah Gyeongbokgung palace. Tempat ni hanyalah dalam 10 minit je berjalan kaki dari hostel aku maka kalau tak pergi singgah memang nak kena luku kepala sendirilah.




Gyeongbokgung Palace

Gyeongbokgung ini merupakan sebuah istana di bahagian utara Korea yang dibina pada tahun 1395 dan merupakan salah satu dari 5 buah istana utama raja dari dinasti Joseon. Menjadi pusat pemerintahan dinasti dan tempat tinggal raja, permaisuri serta raja muda sebelum menjadi abu semasa peperangan dengan empayar Jepun. (Korea berperang dengan Jepun lebih awal dari tanah melayu iaitu sekitar tahun 1590 an.) Bayaran masuk ke kompleks ini adalah 3000 won sahaja mengikut status. Aku malas nak tulis panjang-panjang pasal sejarah so kita terus melayan gambar-gambar yang aku ambil di sini.
















Bukchon Hanok Village

Hanok village ini dipanggil Bukchon bermaksud utara dan Bukchon Hanok Village pula bermaksud kampung tradisi Korea di utara.(ini aku punya translasi sendiri) Kampung tradisi ini mempunyai sejarah panjang dengan zaman kerajaan Joseon. Ia terletak berhampiran dengan Gyeongbokgung Palace dan Insadong. Kebanyakan rumah-rumah tradisi ini telah diubahsuai menjadi kedai-kedai dan ada juga yang dijadikan muzium kecil dimana kita boleh bergambar dengan mengenakan pakaian tradisi Korea dengan bayaran tertentu.










Lotte World Mall


Lotte World Mall ini terletak di Jamsil kira-kira beberapa station dari Gangnam station. Ia merupakan shopping complex yang agak besar (tak pasti sama ada terbesar atau tak tapi boleh sesat jugak la). Tujuan aku kat sini adalah untuk melawat Hard Rock Cafe cawangan Seoul bagi membeli beberap helai baju sebagai souvenir kepada kengkawan. (secara paksa) Hampir-hampir jugak aku tengok movie di panggung wayang di sini namun setelah membuat beberapa perkiraan, tiket wayang harganya lebih dari RM40 maka aku tamatkan sahaja impian murni tersebut.









Itaewon


Kalau nak makan makanan halal yang mempunyai pelbagai variasi, silalah datang ke Itaewon. Tempat ini dikenali dengan nama "western town" atau bandar pelancong /pendatang. Di sini banyak restoran yang menyajikan pelbagai jenis makanan dari pelbagai jenis negara sesuai dengan nama gelarannya diantaranya adalah makanan dari Korea, Pakistan, Bangladesh, Nepal, India, Thailand, Indonesia dan Malaysia pun ada kalau tak silap aku...











Harga makanan macam biasalah...main course bermula dari 10k won. Kalau tengok menu yang Aku order Seperti di atas kalau Tak silap Aku dalam 15k won harganya...dalam RM 60 untuk makan tengahari. Macam makan buffet kat hotel di Malaysia.


Insadong

Insadong ni macam yang aku cerita pada post lepas namun terpaksa kembali semula sebab dapat pesan tanpa bayaran..Kali aku ke Insadong pada hari yang masih cerah jadi nampak sikit suasana siang macam mana tempatnya ini. Awal pagi tadi pun aku dah ke sini sebab untuk ke Buchon Hanok Village terpaksa aku menapak ke stesen Anguk yang berada agak kebelakang dari Insadong-gil ini. Awal pagi (dalam jam 9 pagi) banyak kedai masih belum buka so aku repeat balik petang setelah pulang dari Gangnam.









Gangnam


Oppa Gangnam style...Aku ke Gangnam nih sebenarnya kebetulan Lotte World tempat aku nak dapatkan Hard Rock Cafe t shirt tuh hanya lah beberapa stesen sahaja jaraknya. Meskipun terpaksa tukar tren dah berpatah balik untuk ke Lotte World tetapi aku hadapkan juga untuk ke Gangnam. Bukannya apa, bukannya hari-hari aku ke Seoul, mungkin once in a life time. So pergi jugak le ke tempat Psy ni.








Bersambung...

No comments:

Post a Comment