Monday 4 April 2016

Ke Korea Ke Kita? Seoul Part 2

Hari pertama aku sampai di Seoul haritu aku dah berjalan-jalan di sekitar tempat penginapan aku. Semalam dah ke Nami, maka hari nih aku wajib berjalan-jalan secara hardcore di Seoul memandangkan dah 2 hari aku menetap di Korea tetapi masih belum meneroka bandar metropulus yang menjadi ibu negara selatan Korea ini.


Sebelum tiba di Seoul, aku dah susun beberapa tempat yang sesuai dan tidak memerlukan belanja yang banyak serta tidak begitu jauh dari tempat aku menginap memandangkan awal pagi lagi aku dah menapak di jalanan dek kerana bertukar tempat penginapan. Bukannya hostel penginapan aku itu tak menarik tetapi telah fully booked. Maka dengan itu terpaksalah aku membawa diri berkelana seorang diri di dalam kesejukkan pagi.


Aku memilih untuk menginap di Seoul Hostel yang terletak berhampiran Gyeongbokgung palace, salah satu dari attraction must go kalau di Seoul. Secara jujur aku katakan yang kebetulan je lokasi hostel aku nih dekat dengan attraction memandangkan aku book bukannya aku search lokasinya tetapi lebih kepada setelah membaca rekomendasi dari pengembara-pengembara Malaysia maka aku pun book hostel ni. Setelah sampai barulah aku tahu yang banyak tempat berhampiran dengan hostel ini maka bolehlah menjimatkan lagi masa dan tenaga dan yang paling penting, kewangan.




Biarlah aku cerita sikit-sikit walaupun korang tak tanye. Bagi aku Seoul Hostel ini bukanlah murah sangat bila aku book melalui booking.com bilik single seperti dalam gambar di atas itu. Harganya dalam RM130 semalam bagi bilik yang mempunyai satu katil single di lantai tanpa ada perabut dan tandas diluar. Yang hajapnya tandas di luar musim-musim salju nih paham-paham je lah, dahlah tuala tak diberi maka cuba bayangkan saat tgh membuat pelaburan. Oh..tolong jgn bayangkan. Aku sebenarnya suka tinggal di hostel sebab kemudahan bersama yang boleh digunakan itu banyak, namun agak susah sket nak solat bila berkongsi bilik nih, jadi aku pun cari lah bilik solo nih. Kena pulak kiblat 45 degree maka berlagalah kepala dengan dinding partition tuh tiap kali sujud. Itu pengalaman berfaedah juga tuh.

Diantara tempat-tempat yang aku lawati di Seoul pada hari ketiga ini adalah :


Namsan Tower

Namsan Tower ini merupakan salah satu attraction yang mesti pergi di Seoul. Namsan Tower ini merupakan nama asal tempat nih dan telah ditukar nama kepada yang lebih hipster lagi iaitu N Seoul Tower dengan hurup N kat depan tuh dituju kepada New berdasarkan kepada pembaharuan rupa bentuk menara ini. Menara ini terletak di atas gunung Namsan, merupakan tempat tertinggi di Seoul dengan ketinggian 236m tak pasti di atas paras laut atau tak.


Seoul Tower atau Namsan Tower ini merupakan pusat broadcasting di Seoul dan Korea dan merupakan menara radio pertama di Korea dan banyak menbroadcast siaran-siaran radio dan televisyen Korea seperti KBS, MBC dan SBS; drama-drama Korea yang korang gemari banyak di broadcast dari sini.


Bagaimana hendak ke Seoul Tower ini. Caranya mudah sahaja. 

(1) By Cable Car

-Subway Line 4, Myeongdong Station, Exit 3. 
-Take road to right of Pacific Hotel and walk 10    minutes.
-Fare: Round-trip: 6,300 won, One-way: 4,800 won
-Hours: 10:00~22:30

At hoehyeon intersectiom between Myeongdong and Hoehyeon stations on subway line 4, walk towards Namsan Tunnel #3 and take the Namsan Oreumi.

(2) By Bus

“Take Subway Line 3 or 4 at Chungmuro Station, and go out of Exit 2 to the right of Daehan Multiplex entrance

-Take the yellow bus 2 at the bus stop in front of the subway station- Get off at the N Seoul Tower bus stop.

Copy dari page lain 


Cara aku? Aku naik tren dari Gwanghwamun station terus tukar ke line 4 menuju ke Myeongdong dan berjalan kaki dari situ. Aku cuba nak menaiki kereta kabel ke atas namun suasana pagi Ahad memang sesak. Ramai yang beratur jesteru itu aku teruskan perjalanan ke puncak dengan berjalan kaki di dalam cuaca sejuk yang gloomy. Perjalanan ke puncak tidak begitu jauh, dalam 1350m memanjat dalam purata anak tangga bersudut kecuraman lebih kurang 30 darjah. Sesiapa yang ada masalah kesihatan amatlah tidak digalakkan melakukan aktivitas ini.


Apa yang menarik sangat yang ada di Namsan Tower ini?
Namsan tower terkenal dengan pemandangan sekitar Seoul dari puncak menaranya. Disamping itu terdapat beberapa attraction di sekeliling menara termasuk Teddy bear museum, beberapa buah restoran, trick museum, lock of love area dan bagi aku yang menarik adalah suasana di menara tersebut. Ada patung kingkong besar sedang memanjat menara juga membuatkan ianya lebih attracting.


Bayaran masuk? 
Kalau dari bawah berjalan kaki ke puncak dan hanya berpeleseran sahaja di lobby menara maka bayaran yang terpaksa dibayar adalah percuma. Namun begitu, bayaran dikenakan pada setiap kemudahan lain bermula dari 10000 won.










Namsangol Hanok Village

Dari Namsan Tower aku menapak turun berjalan kaki dan menuju ke attraction kedua yang terletak berhampiran iaitu Namsangol Hanok Village. Jarak ke Namsangol Hanok village dari Namsan Tower kalau tak silap aku dalam 4 km lebih. Ada je bas ke sana tetapi aku lebih selesa berjalan kaki sambil menikmati pemandangan sekeliling. Sepanjang perjalanan aku berjalan di laluan pejalan kaki yang terletak dalam non-vehicle area, maka perjalanan berjalan lebih lancar lagi.









Setelah berjalan kira-kira lebih 3km sebelum tiba di Hanok Village aku tiba di Time Capsule Seoul. Time Capsule ini terletak di pinggir Hanok village dan merupakan salah satu dari sambutan ke 600 tahun bandaraya Seoul yang ditanam pada 1994 dan akan dibuka semula 400 tahun kemudian dalam sambutan ke 1000 tahun. (Itu pun kalau bumi belum kiamat lagi)



Namsangol Hanok village merupakan sebuah perkampungan tradisi Korea yang terletak di tengah-tengah bandar yang dikepung oleh bangunan pencakar langit moden. Selain dari rumah-rumah yang dibina berkonsepkan senibina asal Korea, terdapat juga taman dan kolam-kolam air disekitar kawasan ini. Kawasan ini agak besar jadi menjadikan ia salah satu tempat melepak yang bagi aku kira ok lah. Kalau bernasib baik ada juga pertunjukkan pakaian pengantin oleh model-model berdasarkan perkahwinan orang Korea lama.









Myeongdong

Bagi kaki shopping atau kaki window shopping (macam aku) Myeongdong merupakan salah satu tempat di Seoul yang wajib untuk dilawati. Di sini adalah top spot bagi shopping street dan terfemes di Seoul dan Korea Selatan. Jangan kompius sebab walaupun nama dia shopping street namun outlet-outlet yang terdapat di sini kebanyakkan nya dari jenis yang terkenal dan mahal-mahal lebih kurang macam champ de elysees lah. Dengar kabarnya pengunjung yang datang ke tempat nih boleh mencecah 150k orang sehari. Jadi bayangkanlah berapa punya femesnya Myeongdong nih.


Ia juga salah satu sebab aku tak stay lama di Myeongdong ni sebab orangnya terlalu ramai. Tambahan pula harga barang-barangnya tidak lah murah. Memang murah kalau dibeli dengan matawang won, tapi kalau di convert ke ringgit Malaysia memang baik beli di Jusco Balakong.











Insadong

Insa-dong juga adalah shopping street namun begitu ia bukanlah seperti Myeongdong di mana Insadong ini lebih kepada barang-barang yang tak berapa ada brand dan boleh la aku kategorikan seperti Petaling Street atau Chow Kit atau downtown cuma takde samseng je cam kat Petaling Street.




Orang kata kalau nak carik souvenir dari Korea silalah datang ke sini. Ada macam-macam yang boleh dibeli tetapi harga macam dah fix sebab aku try juga tawar menawar ngan tauke kedai tapi semua macam tak dilayan, so aku carik je mana yang menawarkan harga paling berbaloi.



Kat sini juga aku temui kedai makanan halal (tak tahu berapa halal sebab ada menjual minuman keras) jadi aku yang masih belum menikmati sebarang makanan kecuali roti krim Gardenia sepanjang hari. 





Cheonggyecheon

Aku biasanya malas keluar malam kalau travel. Satu bahaya dan keduanya sejuk bangat dan ketiga tidur awal dan simpan tenaga untuk full swing berjalan kaki keesokkan harinya. Memandangkan aku tak dapat tidur setelah berpindah ke hostel baru ini maka aku kuatkan juga kederat yang ada dan keluar malam meskipun waktu dah agak lewat. Nak keluar lewat pastikan ia berbaloi.


Cheonggyecheon ini adalah sebuah sungai kecil di tengah bandar Seoul. Pada asalnya ia merupakan sebuah sungai yang kotor dan selepas proses menaik taraf dan menghias dengan belanja yang super mahal, ia asalnya menjadi bahan kritikan penduduk tempatan. Namun begitu, setelah projek pembersihan sungai ini siap ia menjadi tarikan dan juga mercu tanda pemodenan bandar Seoul.


Sungai Cheonggyecheon ini dihiasi oleh lampu-lampu beserta dekorasi disepanjang laluan sepanjang sungai. Selain itu terdapat juga pelbagai gerai-gerai menarik di tebing sungai ini. Gerai-gerai ini banyak yang berkonsepkan ol skool yang masih terdapat di funfair di Malaysia misalnya gula kapas, permainan judi dart belon, dan lain-lain lagi. Memang berbaloi datang ke sini.











Bersambung



1 comment: