Friday 18 December 2015

Sri Lanka : Kota purba Anudradhapura & white sandy beach Trincomalee

Aku terperangkap di Dambulla setelah terlepas bas semalam.Hari dah petang tidaklah sempat aku mengunjungi Dambulla Cave Temple, salah satu dari Unesco heritage site yang terletak di daerah tersebut. Memang tiada rancangan aku untuk bermalam di Dambulla jesteru itu tiada rancangan untuk melawat tempat-tempat menarik di sekitarnya malahan hari yang semakin menuju ke penghujungnya membuatkan ianya tidak berbaloi.

Pemandangan keadaan persekitaran rumah penginapan aku di Dambulla.

Keadaan dalam bas menuju ke Anuradhapura

Keluar dari rumah penginapan aku yang dibantu oleh pemandu tuktuk hari sebelumnya seawal 8 pagi kerana  pesan dari pemandu tuktuk yang baik tersebut bahawa bas menuju ke Anudradhapura hanya akan sampai di Dambulla sekitar jam 8.30 pagi. Nasib aku agak baik pada hari ini, sempat aku juga aku membungkus makanan di sebuah kedai berhampiran, bas pun tiba. Bas hari ini bukan seperti bas yang selalu aku naiki, iaitu ianya berpenghawa dingin. Kebetulan hanya ada 1 sahaja tempat duduk yang tinggal untuk membawa aku ke destinasi tujuan aku. Tambangnya sedikit mahal namun begitu ianya lebih selesa tapi walaupun bas ini kecil bak coaster tapi ia tetap penuh dengan penumpang sehingga berdiri di pintu.


Anuradhapura



Bandar / Pekan Anuradhapura / Stesen bas


Kota Anuradhapura dikenali dengan nama sacred city of Anuradhapura adalah salah satu dari pusat pentadbiran zaman silam kerajaan Sri Lanka. Disini adalah salah satu dari warisan purba yang paling dipelihara dari keruntuhan akibat dari arus pemodenan. Sacred city ini luasnya lebih kurang 25 kilometer sekiranya kita merancang untuk mengunjungi kesemua tempat-tempat yang ada disini.



Cara paling mudah dan murah serta tiada pilihan adalah dengan menggunakan tuktuk. Bayaran untuk membawa kita berkunjung mengelilingi sacret city ini adalah bergantung kepada kepakaran kita berkomunikasi dalam tawar menawar. Aku berjaya mendapatkan perkhidmatan tutuk dengan harga 450lkr bagi perjalanan sekitar 3 jam kerana aku perlu mengejar bas ke Tricomalee yang hanya ada lebih kurang waktu tengahari.

Ranmasu Uyana


Pemandu tuktuk yang membawa aku ini (aku sampai balik ke Malaysia baru aku teringat yang aku tak pernah tanya nama beliau) adalah seorang muslim (tidak ada sebarang diskriminasi agama disini) , orangnya agak baik, perkhidmatan tip top dan juga murah. Beliau juga membawa aku ke tempat-tempat yang tidak perlu bayar entrance fee. 



Untuk makluman semua, entrance fee akan dikenakan setiap kali masuk ke tempat yang ingin dimasuki. Kalau tak silap aku ada bayaran secara bundle di mana korang boleh beli tiket untuk masuk 5 site sebagai contoh. Ikut forum yang aku baca (lepas balik Malaysia) dengan 25usd korang boleh masuk ke semua tempat. Bagi aku tak perlu lah sebab ianya terlalu overated.





Pokok bodhi 2500 tahun





Ramai orang menabur duit pada asas binaan asal.


















Istana lama yang aku sendiri tak tahu namanya.





Swimming pool zaman lama; kira-kira 2000 tahun lalu.






Masjid di Anuradhapura; satu-satunya masjid yang ada di pekan ini.


Jemput makan; nasi briyani ayam. Banyak ceritanya disini tapi mungkin post ini boleh jadi cerpen.

Trincomalee


Trincomalee atau jika di Sri Lanka ia dipanggil dengan panggilan Triko sahaja merupakan sebuah pekan pelabuhan yang terletak di timur laut Sri Lanka. Ia juga merupakan pekan yang penduduknya terdiri dari nelayan dan pekan ini terletak di pinggir laut dan pantai. Perjalanan sepatutnya dianggarkan dalam 3 jam ke Anuradhapura mengambil masa lebih lagi sebabnya driver bas berhenti minum kat warung-warung tepi jalan. Ingatkan kejap je so aku takde la turun, last2 dalam 30-45 minit jugak bertapa dalam bas tuh. Bukannya apa, pundi kencing sudah full. Aku sampai lewat. 



Stesen bas Trinko


Sebaik saja aku nampak keadaan laut di trinko terus aku rasa nak balik ke Kandy. Malangnya hari sudah petang dan matahari akan berlabuh tidak lama lagi. Jadi dengan keadaan yang sedih terpaksa aku bermalam di Trinko malam ini. Aku dijanjikan dengan pemandangan white sandy beach dan laut kebiruan umpama Maldives (imiginasi aku saja) tapi apa yang aku dapati adalah laut yang lebih kurang dengan Port Dikson saja. Sungguh mengecewakan.

Bilik hotel aku malam ini.

Bilik hotel aku malam ini.



Namun begitu sebelum rasa kecewa menghantui diri, aku perlu check betul-betul tentang apa yang menarik yang ada di Triko. Jadi aku ambil tuktuk yang kemudiannya membawa aku ke Nilaveli beach terletak kira-kira 5km dari stesen bas Trinko. Selepas check in di bilik yang aku peroleh dengan bayaran lebih kurang RM60 / malam, aku pun menuju ke pantai yang terletak kira-kira 200meter. 




Pantainya biasa-biasa saja, lautnya biasa-biasa saja, apa yang menarik perhatian adalah aktiviti yang berlaku di pantai. Selain dari mat dan minah saleh bermain bola tampar pantai dengan hanya berbikini saja, terdapat aktiviti mengasingkan ikan dan membetulkan pukat di persisir pantai.




Kedua-dua tempat ini biasanya bukanlah destinasi pilihan oleh pengembara-pengembara asia. Kedua-dua destinasi ini dicadangkan oleh tuan punya rumah kediaman yang aku sewa di Kandy tempoh hari. 





Pantai Nilaveli ini terletak agak jauh dari pusat bandar. Jesteru itu, selain dari hotel dan kedai makan serta runcit...tiada apa lagi yang menarik di sini. Suasana malam amat sunyi selain dari bunyi laut dan ceramah dari gereja berdekatan...Sesuai untuk bersantai dengan tenang...

Bersambung...


No comments:

Post a Comment