Thursday 10 December 2015

Sri Lanka : Kandy ke Dambulla




Bangun awal pagi sebelum matahari terbit, beg dah pack, semua dah siap siaga namun begitu tak dapat juga nak keluar. Hujan...Terpaksa la aku melingkar balik dalam selimut. Namun begitu hujan yang turun tidak begitu lama. Dalam sejam aku dah check out dari rumah penginapan menuju ke stesen bas Good Shed. (Hasil dari perbincangan dengan tuan rumah malam tadi.)

Apa yang aku ingin lawati di Sri Lanka adalah kota singa di Sigiriya. Selain dari itu aku x pasti jadi aku tanyakan tuan punya rumah penginapan yang aku tinggal di Kandy tentang apa yang menarik di Sri Lanka. So aku listkan perbincangan itu dalam sekeping kertas tapi tak semua tempat yang dinyatakan itu dapat aku jelajah kerana masa yang aku ada sangatlah suntuk disamping masa dalam pengangkutan awam yang terlalu lama dan budget amatlah kritikal.



Seawal 7.30 pagi aku sudah berada dijalanan. Cuaca pagi itu agak pelik setelah tamatnya hujan, matahari muncul dengan terik sekali tetapi sekali sekala disulami dengan hujan panas yang renyai-renyai. Stesen bas Goodshed merupakan stesen bas terbesar di Kandy. Ada beberapa lagi stesen bas di Kandy tapi kalau nak ke Sigiriya, Goodshed la tempatnya. Stesen bas ini terletak kira-kira 4km dari tempat penginapan aku malam sebelumnya.



Untuk ke Sigiriya terdapat dua cara, iaitu pertama ambil bas ke Dambulla dan tukar bas di stesen bas Dambulla dan menuju terus ke Sigiriya. Cara kedua amik bas direct ke Sigiriya dan basnya boleh di dapati di Goodshed. Kebetulan ada bas yang sedang bersedia untuk bertolak ke arah tujuan aku maka tidaklah perlu aku menunggu lebih lanjut bagi meneruskan perjalanan.



Kandy ke Sigiriya jaraknya dalam 95km dan perjalanannya seharusnya tidak lebih dari 3 jam. Mujur aku sempat menperoleh tempat duduk kerana dipertengahan perjalanan bas yang kami naiki itu penuh sarat dengan penumpang seperti selalu.





Menjelang matahari rembang terpacak di atas kepala, aku tiba di simpang menuju ke kota purba. Konduktor bas itu orangnya baik, dia tidak izinkan aku turun sebelum sampai ke destinasi tempat yang aku tuju. Tambang perjalanan adalah sebanyak 130lkr bersamaan dengan RM 3.90. Ianya bukanlah bas berpenghawa dingin jesteru itu tambangnya boleh dikatakan sangat berpatutan sekali.







Dari jalan besar menuju ke simpang pertemuan antara jalan masuk dan keluar adalah kira2 300m. Sementara menyusuri jalan tanah merah yang panjang, terdapat beberapa buah tuktuk menghampiri aku menawarkan perkhidmatan membawa aku ke kaunter tiket. Diorang menyatakan jauh lagi perjalanan di samping cuaca panas menggelegak. Memandangkan hobi aku berjalan sambil dapat menjimatkan kos, aku menolak dengan baik pelawaan mereka.

Dalam 300m akan ada 1 pondok pengawal di tepi jalan. Pondok pengawal itu berfungsi untuk mengawal perjalanan kenderaan keluar masuk dan juga mencegah dari pengunjung memasuki kawasan kota Sigiriya.



Kaunter tiketnya agak jauh kira-kira 500-700m dari pondok pengawal tersebut. Atas sebab aku tak mengambil khidmat tuktuk jadi menapaklah aku dalam keadaan panas terik berbahang itu, tapi pemandangan sekitar boleh tahan juga jadi kurang sikit panas hati sebab panas matahari tuh.

Harga tiket untuk mengunjungi tapak warisan dunia Unesco ini adalah USD30 bagi setiap pengunjung dari negara asing. Ia adalah digunakan untuk tujuan konservasi dan maintainance tempat ini. Selepas urusan membeli tiket adalah dicadangkan kepada pengunjung untuk melawat muzium Sigiriya yang terletak berdekatan kerana jalan keluar nanti adalah jauh dari pintu masuk dimana muzium ini terletak.



Muzium Sigiriya.
Muzium Sigiriya ini terletak berhampiran dengan ticket booth dalam 200 meter sahaja jaraknya. Dengan berkonsepkan green building yang menggunakan air hujan bagi menyirami tumbuhan di dalam dan sekitarnya, muzium ini menempatkan pelbagai barangan purba zaman kegemilangan kota Sigiriya ini. Terdapat juga sejarah bagaimana kota Sigiriya ini terhasil yang sangat bermanafaat utk kita semua membacanya. Bayaran masuk ke muzium ini telah diambilkira dalam bayaran masuk ke Kota Sigiriya tadi.





Citadel Of Sigiriya.
Nama lain bagi kota ini adalah Lion Rock kerana di aras 2 kota ini terdapatnya kuku singa sebagai gerbang menuju ke puncak batu besar ini. Bagi yang berkemampuan dari segi kederat atau boleh la memanjat ke puncak yang tingginya kira-kira 400 meter dari aras laut. Trail atau laluan ke puncak tidaklah sukar tetapi pada masa aku naik ke aras terakhir (aras 3) angin bertiup begitu kuat sampai tangga besi yang membolehkan kita sampai ke puncak terasa bergoyang-goyang. Apa yang ada di atas puncak tersebut? Tak menarik seperti yang dijangka...Perjalanan ke atas tu yang mengujakan...


















Dalam perjalanan keluar dari kota Sigiriya menuju ke jalan besar bagi ke Dambulla dengan menaiki bas, aku berhenti dan sempat bersembang dengan Ganesh, guard yang bertugas menjaga pintu keluar kawasan tersebut. Dia memberi aku contact number untuk guesthouse dan tuktuk untuk tujuan aku di tempat tujuan aku seterusnya.







Aku sampai di Dambulla agak lewat dengan menaiki bas dari Sigiriya. Tujuan aku seterusnya adalah untuk ke Anudradhapura. Jesteru itu aku menunggu bas ke sana di tepi jalan besar berhadapan dengan stesen bas Dambulla. Setelah 1 jam menunggu akhirnya bas menuju ke Dambulla tiba. Dipendekkan cerita, aku terlepas bas tersebut dek kerana tidak dapat melompat dalam bas seperti yang aku lakukan di airport tempoh hari. Maka dengan kecewanya aku terpaksalah menghabiskan 1 malam di Dambulla.





 Bersambung

No comments:

Post a Comment