Thursday 27 June 2024

Trip solo Batam : Final Part

Pagi2 dah menggelupur..bukan tak bangun awal..aku bangun cam biasa tapi lepak2 kemalasan. Dalam jam 7.45 pagi baru nak mandi manda..siap2 kemas beg, aku terus check out. Sempat gak la sebat roti dua keping ngan teh o panas dalam secawan. Settle breakfast aku bergegas ke Harbor Bay. Brader reception tanya aku sama ada perlukan teksi ke tak tapi aku cakap nak amik ojek je ke terminal. Tak pasti kenapa time emergency nih aku masih lagi jadi si kedekut walhal bayarannya dalam 50k rupiah je..Duitnya ada tapi pada masa tuh aku rasa sempat..lagi-lagi kalo nak ojek.



Plan aku macam semalam, iaitu jalan dulu baru ada mana2 ojek aku tahan je karang.Ada dalam sejam lagi sebelum feri first bergerak..eh..feri no. 2 kut. Ye la..1st feri jam 7.15 pagi waktu Batam. Takkan nak amik 1 st feri..kul berapa nak gerak dari hotel..? 6 pagi?

Sekali time ko perlukan ojek, tu la masanya yang xde ojek muncul dipintu hati kau..tapi hidup perlu diteruskan..kita jalan dulu dan dalam 15 minit gak la aku berjalan, baru lah ada abang ojek datang bertanya..ye la..dah 8.15 dan kena ada 8.30 sekurang2 nya kat terminal baru boleh naik. Kalo aku jalan kaki mau kul 9 baru sampai. Aku memang ngejar feri kul 9 ni sebabnya next feri kul 1.45 ptg..lagipun aku ada lagi perjalanan panjang dari jb ke kl utk diharungi nanti.

Naik ojek dalam 5 minit aku dah sampai di Harbor Bay. Brader ojek tuh berenti kat belah belakang dan bukannya kat pintu masuk. Nak dijadikan cerita lagi..kebetulan aku sampai tu, ada sorang staff ke pekerja construction ke tengah masuk ikut pintu belakang tuh.. tapi dia ada kad access..so nampak pintu magnetik yang masih terbuka luas, aku pun slide masuk sekali. Nak short cut la konon-konon nya, malas nak jalan kaki ke pintu masuk sebelah depan terminal , sekali aku masuk je, mamat tuh dah keluar kat pintu dihujung sana..so terperangkap aku dalam opis tuh tercari-cari jalan keluar. Rupanya opis yang aku masuk tuh area opis kastam, imigresen dan pegawai-pegawai pelabuhan. Jem..

Ada la dalam 5 minit aku terperangkap..kesana salah kesini jugak salah..yang paling merisaukan adalah takut kena charge menceroboh je sebab ni bukan area awam. Last-last terjumpa jugak pegawai imigresen ke kastam yang tengah nak punch in kerja. Dia tanya aku macam mana aku boleh masuk area tuh. Secara ringkas aku pun bagitau la dia yang aku sesat dan mujur dia bagi keluar tanpa banyak soalan lain. Berjaya keluar dari pejabat-pejabat kat area jeti tuh, 1st thing aku buat adalah terus ke pintu masuk ke boarding area. Dah lambat..nak kena cop passport segala lagi. 

Sampai kat depan pintu masuk ke ferry, aku tengok ada la  dalam 10-20 orang tengah duduk kat sana. Aku nih dah lambat tapi xde sorang pun masuk lagi. Yang ada masuk adalah feri nak ke Singapore. Sekali nak masuk nyonya yang dok berdiri depan pintu tu cakap ngak boleh masuk lagi. Aku x puas hati aku g tanya brader yang duduk kat meja info tu. Dia cakap kul 8.20 baru boleh masuk walhal jam aku dah tunjuk 8.50 dah. Aku duduk kat kerusi dekat2 situ dan nampak jam yang ada kat dinding terminal tuh..n #*:';+...rupa2 nya selama aku dok kat Batam ni..aku ikut waktu Malaysia yang awal sejam..Waduuuuhhh..rupanya yang selama ni aku menggelupur tu kira sia-sia lah..


Maka duduk lah aku balik kat kerusi sebelah pintu masuk tuh balik. Down..ada sejam lebih lagi baru lah boleh boarding so aku berpleseran dulu kat jeti tuh. Jeti nih masa aku sampai aritu agak ramai orang jugak sebab hari Ahad. Hari ni kurang sikit orang tambahan maybe masih pagi dan beberapa kedai baru je bukak. Tp still masih lagi meriah dengan kedai yang agak pelbagai dan banyak..kalau nak bandingkan dengan Puteri Harbour kat JB sana tuh.

Sedang berjalan tuh, ada satu brader cleaner tegur aku. Nak naik feri sudah tukar tiket ke belum?..so sebelum naik kena tukar tiket aritu g boarding pass kat opis feri provider dulu.  Rupanya korang kena bayar sea tax kalo x silap aku lagi 97k..kira 100k la tuh sebagai tambahan. Nasib baik la aku still ada wang recehan. Kalo x lagi menggelupur. Hari yang mendung bertukar hujan ribut dan angin kuat maka aku tak boleh nak berpeleseran jauh dari jeti.

Sampai waktunya, akhirnya dah boleh masuk ke feri selepas selesai urusan imigrasi. Macam masa aku datang, masa balik jugak tak ramai penumpang. Ada 2-3 orang yang aku cam..penumpang masa aku datang aritu balik sekali dengan aku. Kali nih aku takde lepak sangat kat luar tengok view memandangkan perjalanan aku baru halfway saja kalau aku sampai JB nanti. Tanpa membuat masa, aku pun tido dengan harapan dapat full rest.



Feri sampai di Puteri Harbour Ferry, Johor Bharu lebih kurang jam 12 tengahari. Urusan imigresen agak mudah sebab boleh kata takde orang sangat yang tiba masa aku sampai tuh. First thing aku buat lepas keluar dari jeti adalah check motor aku yang park kat depan pintu masuk tuh. Alhamdulillah..masih ada..check jugak tengok brek motor ada lagi ke tak..Panaskan enjin dulu..Tengah dok pikir lagi nih..nak stay semalam kat JB dulu ke nak terus gerak KL sebab aku macam mengantuk lagi nih. Ahh..malas lak rasanya..baju spare dah xde..Rasa enjin dah panas, aku pun henjut balik KL..full throttle lah..ngantuk nih beb..jumpa lagi next time..

Adios amigos...

No comments:

Post a Comment