Tuesday 12 June 2018

Myanmar : Bagan Part 1

Jarak dari Mandalay ke Bagan tak jauh dari bandar-bandar lain yang aku kunjungi sebelum ini iaitu kira-kira 200km sahaja. Perjalanan nya pun tak begitu panjang..So overnight bus adalah agak tidak diperlukan atau tidaklah begitu efisyen. Morning bus would be nice (wow cakap omputeh) sebab sampai dalam tengahari atau dekat-dekat petang dan petang tu jugak boleh la jalan-jalan preview tempat-tempat yang boleh dilawati. Jesteru itu aku dah siap-siap book bas melalui hotel semalam. Aku rasa perjalanan aku di Mandalay dah tamat so aku book bus awal ke Bagan.



Dari hotel, tuktuk datang mengambil aku dalam jam 730 pagi menuju ke perhentian bas. Awal-awal aku berseorangan menaiki tuktuk namun begitu  kemudiannya disertai oleh dua orang pelancong laki bini dari Thailand. Dalam 20 minit juga perjalanan ke tempat menunggu bas. Bukan perhentian bas macam stesen bas tapi kat town dimana bas berhenti di tepi jalan bagi mengambil penumpang.

Lepak dalam 15 minit kemudiannya bas pun sampai. Cuak gak aku sebab hotel x bagi apa-apa tiket pun. Rupanya kat sini pun diorang guna teknik kawtim jugak. Entah berapa la harga tiket tu sebenarnya..kan? Perjalanan mengambil masa dalam 4 jam termasuk berhenti sekejap di pertengahan jalan utk kencing break.Semasa berhenti rehat inilah aku book hotel di Bagan. Berhenti sekejap aku cuma minum air mineral yang aku tapau dari bilik hotel pagi tadi. Makan tak kut sebab nampak macam tak berapa nak halal je. Kali ini teman aku bersembang adalah lelaki Thailand yang naik tuktuk bersama-sama aku tadi. Mula-mula dia agak segan nak berbual dengan aku sebab menyangka yang aku adalah penduduk tempatan tapi lepas dia tahu aku pelancong dari Malaysia macam dia jugak (sama-sama pelancong) maka tetiba dia jadi lebih friendly. Biasalah tu...





Bagan merupakan salah satu sebab kenapa aku ke Myanmar. Ia merupakan satu bandar purba yang banyak kesan sejarah bagi tamadun yang berpangkalan di sepanjang Sungai Irrawaddy. Mengungkap apa yang pernah aku belajar dahulu dalam geografi tingkatan 3 dahulu, ianya merupakan satu kerajaan agraria (kerajaan yang menjalani kegiatan ekonomi berasaskan pertanian, perternakan dan hasil hutan) muncul di kebanyakkan lembangan atau delta dan salah satunya adalah kerajaan Burma yang bergantung kepada hasil yang didapati dari Sungai Irrawaddy yang panjangnya lebih 2000km merentas negara Myanmar. Bagan pada asalnya merupakan satu tempat penting dimana menjadi titik bermulanya kerajaan Myanmar yang ada pada masa kini. Pendudukan Burma oleh  bangsa Pyu yang berasal dari Yunan menjadikan utara Burma sebagai penempatan . Sebahagian besar bangsa Pyu ini membina penempatan di tebing-tebing Sungai Irrawaddy.



Kemudiannya datang bangsa lain iaitu Bamar atau Burman dari selatan China hasil dari serangan kerajaan Nanzhao. Bangsa Bamar ini kemudiannya mendominasi tanah Burma dan berjaya mengetepikan kaum-kaum Pyu dan Mon yang terlebih dahulu sampai di tanah Burma. Nak dipendekkan cerita, setelah berlakunya penakhlukkan demi penakhlukkan akhirnya kaum Bamar yang berpusat di Bagan telah berjaya menyatukan hampir keseluruhan Burma di bawah pemerintahan rajanya iaitu Anawrahta. Pada zaman kegemilangan kerajaan Bagan ini, terdapat lebih kurang 10000 temple, pagoda dan monastery telah dibina di sini. Namun begitu, tiada apa yang kekal di dunia ini. Kerajaan yang begitu dahsyat ini akhirnya mencapai zaman kemerosatannya sedikit demi sedikit dan akhirnya jadilah Bagan seperti yang ada sekarang ini. Haa..banyak lagi kalau nak aku cerita tapi nanti ada yang tertidur or post ni akan bersambung 3 atau 4 part lagi. Tu belum cerita lagi pasal komander Muslim dalam kerajaan Bagan lagi..Tamat pelajaran sejarah kali ni..kalau nak tahu lebih lanjut sila cari sendiri cerita-cerita berkaitan ni yer...



Dalam jam 1 tengahari lebih bas dah sampai di Nyaung U, tempat aku buat tempahan menginap untuk malam ini. Nyaung U ni adalah sebuah pekan kecik yang terletak bersebelahan dengan Old Bagan, iaitu tempat hala tuju utama aku. Ianya merupakan pekan yang paling ramai pelancong tinggal untuk melawat Old Bagan dan pada perkiraan aku, ianya tempat paling murah untuk menginap. So kalau dah murah...ianya semestinya jadi pilihan aku; lagipun bas memang berhenti di sini. Selain dari itu, kalau korang sampai di sini, selain dari Nyaung U, New Bagan juga adalah tempat yang sesuai untuk menginap disamping ianya lebih sunyi dan tak sehavoc macam di Nyaung U. Cuma jauh sikit lah..Ianya terletak nun di seberang sana melepasi Old Bagan.


Aku pilih untuk menginap di Pyinsa Rupa Guest house sepanjang aku di Bagan. Tahu sebab apa aku pilih untuk stay disini? Sebab ianya guest house yang paling murah aku boleh dapat, untuk private room dan ratingnya pun boleh tahan la dan ia ada aircond. Sampai-sampai je aku disambut oleh tuan punya guest house menyambut aku dengan mesra..tak payah sebut nama, sebut je asal dari Malaysia terus dia teka nama aku dengan tepat. (ala..ada dalam booking form kan..) Uncle ni cakap aku lambat sikit je sampai sebab semalam baru je ada 2 orang Malaysia check out dari sana. Oh..takde rezeki nak sembang-sembang tukar pengalaman ngan orang Malaysia.



So aku check in hotel yang telah aku tempah melalui Agoda ketika kencing break tadi dan berehat terlebih dahulu sementara cuaca yang amat berbahang tu reda. Bilik nya alamak..agak koboi lah dengan toilet tak berapa hygienic dengan lantai berdebu bagai (kalau solat tuh kena lapik ngan selimut dulu lah). Takpe la..nak buek camno..Sebenarnya ada beberapa lagi hotel yang harganya lebih kurang, tapi nampak jauh lebih selesa dan menarik..namun begitu malangnya masa aku sampai sana, semuanya dah habis kena book so apa guna keluh kesah..hadam je..lagipun bilik yang lagi horror pun aku pernah duduk. xde hal lah.



Sebelum naik tadi, sempat juga aku sembang dengan pemilik hotel dan tanya pasal sewa e-bike sejenis scooter yg guna kuasa letrik. Dia kata adik dia ada kedai sewa basikal dan e-bike di seberang jalan. Cun..aku sempat naik bilik dan rest dulu. Lebih kurang jam 3 petang aku turun dan cari e-bike ke old Bagan. Mengikut bacaan aku sebelum ini sewa e-bike hanya 1 USD sehari (mungkin blog yang aku baca tu 5 tahun lepas punya kut) tapi bila aku tanya kakak hotel owner tu cas aku 7k kyat sehari dan dia kata sewa e-bike di sini bukannya macam di tempat lain iaitu 24 jam. Di sini sewa ikut hari dan perlu pulangkan balik e-bike tu sebelum malam. So plan asal gagal lagi dimana aku plan untuk amik petang ni dan pulangkan petang esok dikira gagal. So aku kena amik 2 hari dan dia cas aku 12k kyat utk 2 hari tersebut. 



Memandangkan aku rasa tak berbaloi, aku cakap kat dia esoklah aku sewa whole day e-bike tu dan utk petang ni aku amik basikal sahaja. So jimat la dalam 3 USD. Okla tu..boleh buat top-up makan malam nanti. Tapi aku perlu bayar down payment utk esok maka wang yang tinggal dalam dompet aku berjumlah 5k kyat tu aku bagi semua kat owner e-bike. Habis dah bajet aku...perlu tukar USD - kyat malangnya hari itu hari Ahad so bank tutup maka aku perlu carik money changer utk buat pertukaran. Kalau tidak, malam ni tak makan la jawapnya. Sebenarnya korang boleh je guna USD tapi tukarannya agak tak menarik. Lagipun aku nak control pengeluaran wang USD aku supaya boleh disimpan untuk trip akan datang.



Aku mula keluar dalam jam 3.30 petang walaupun cuaca masih lagi panas dan berdebu. Tiada sebarang tempat spesifik yang nak dilawati dan perjalanan aku petang ini lebih kepada free and easy. Cuma antara benda yang perlu dilakukan adalah, mencari money changer supaya aku boleh tukar duit USD aku kepada kyatt. Pemilik kedai e bike cakap tukaran yang paling baik adalah di bank namun hari tu hari Ahad dan bank tutup. Memandangkan esok selepas subuh aku nak amik e bike tuh, nak tak nak kena cari money changer juga walaupun yang aku pasti tukaran nya tidaklah begitu menguntungkan aku.



Seperti yang aku jelaskan, memang tiada sebarang itinerary hari ini. Mana yang sempat aku cover, aku akan cover dan dalam lepas sunset aku perlu pulangkan balik basikal seperti yang aku janjikan pada owner. Aku kemudiannya mula mengayuh dalam cuaca yang masih panas dan juga di kawasan tandus serta berdebu. Bagi yang nak datang ke Bagan atau Myanmar, pada musim-musim tertentu, adalah digalakkan untuk membawa mask atau topeng muka kerana sepanjang korang menaiki basikal or e bike, debu yang terhasil dari permukaan tanah yang tandus akan menyebabkan muka korang berhabuk. Kalau ada kacamata hitam yang polarise lagi bagus.



Antara tempat-tempat yang sempat aku jelajahi waktu petang ni adalah Shwezigon Pagoda yang terletak berhampiran dengan Nyaung U. Ianya salah satu pagoda yang agak besar dan terdiri dari 30,000 buah cooper plates yang dicat seakan-akan emas. Selain dari Shwezigon pagoda, ada beberapa lagi pagoda-pagoda yang sempat aku singgah semasa menjelajah di persekitaran Old Bagan ini. Kebanyakkannya tak aku ketahui namanya sebab terlalu banyak pagoda yang berada di Old Bagan ini. Ada juga pagoda atau temple-temple besar yang aku singgah tapi bila nampak saja ada penjaga atau penyemak tiket, terus aku batalkan hasrat untuk aku masuk kedalam nya.



Untuk makluman korang semua, untuk masuk ke daerah Bagan ini korang kena membayar ufti atau tiket masuk sama macam di Inle tempoh hari. Bayaran masuk ke kawasan ini adalah 25,000 kyatt atau bersamaan dengan USD 18 atau bersamaan dengan RM80 yang mana perlu dibuat pembayaran semasa memasuki daerah ini. Aku ada terperasan dalam bas tadi, terdapat pondok untuk beli tiket or pass tu di tepi jalan tadi tapi bas tak berhenti dan teruskan perjalanan, so aku rasa macam tak payah beli la pass tu kot. Tapi korang jangan buat perangai cam aku,...aku ni agak outlaw sikit dan nampak cam local. Lagi satu sebab aku tak berapa berkemampuan, so kalau boleh avoid aku avoid la.



Menjelang sunset aku stop berlegar-legar disebabkan penat dan haus. Lapar tu lapar la jugak tapi belum lagi masanya untuk makan walaupun terdapat jugak beberapa kedai makanan vege ditepi jalan. Aku ternampak satu signboard ada satu sunset cafe yang berada kat tepi sungai. So aku kesana untuk lepak-lepak sambil-sambil rehat-rehat kejap keringkan peluh di baju. Sampai saja kat sana, tempat ni mostly dipenuhi oleh orang puteh yang sedang bersembang sosial sesama sendiri. Aku beli air coke setin dan lepak-lepak dikerusi malas yang terletak di sana. Tak lama pun sebab matahari dah nak terbenam, sempat juga aku turun ke tebing sungai Irrawaddy untuk mengambil beberapa keping gambar sunset yang bagi aku kira ok gak lah. Usai mengambil gambar, aku kembali semula ke Nyaung U.





Puas aku check, ada satu kedai makan india yang di kategorikan sebagai halal di Nyaung U tapi boleh tahan la nak menapak sebabnya aku dah hantar basikal tadi. Malam nih rasa malas lak nak berjalan kaki sebab sejuk so aku carik alternatif yang kedua iaitu...vegetarian style...dekat ngan hostel aku dalam kira-kira 2 blok bangunan yakni kira-kira 200 meter. Kedainya agak koboi jugak, bukan fine dining or restoran mewah..just kedai local biasa-biasa je. Aku tengok menu..harganya kira OK lah..tak mahal dan takde la murah sangat. Aku pilih makan simple-simple je..Nasik putih, telur dadar ngan special vege taufu...dengan air oren mirinda. Rasanya memang marbeles...cuaca sejuk kena pulak makanan panas2..


Bersambung

3 comments:

  1. tolong perbanyakkan info kt myanmar sbb kami nk pegi thn dpn n boleh jd kn blog encik sebagai panduan

    ReplyDelete
  2. tlg install button follow boleh? terima kasih

    ReplyDelete