Thursday 8 February 2018

luang prabang UNESCO site part 2

Hangin betul aku dah 2 kali post aku yang separa siap kemudiannya bila dia save terus kosong balik..terpaksalah aku upload balik gambar (nanti balik Malaysia buat) dan buat semula content ini dalam kesejukkan di Yangon mengisi sementara menunggu hari siang di bas station Aung Mingalar, Myanmar.




Ok...sambung balik. Seawal pagi hari kedua di Luang Prabang (sebenarnya takde la awal sangat kira-kira jam 7 pagi) aku dan member aku (Kami berdua je sebab sorang lagi tak mau bangun Dari tidur) sudah keluar dari hotel untuk tengok upacara alms giving, yakni satu upacara Yang femes di Luang Prabang. Ianya adalah dimana pagi2 lagi sami yang menetap di kuil akan keluar untuk meminta sumbangan dari penduduk persekitaran. Jadi penduduk2 tempatan ni akan sumbangkan sebahagian dari rezeki mereka kepada sami bagi mengharapkan keberkatan dalam kehidupan mereka. Macam kita selalu bagi sedekah kat orang2 yang serba kekurangan seperti contoh di masjid atau pada anak yatim. Lebih kurang macam tu la contohnya.




Puas kami berjalan mengelilingi pekan Luang Prabang tu tapi seorang sami pun tak kelihatan. Last sekali kami berhenti dan duduk di depan sebuah kedai yang masih lagi tutup di hadapan salah sebuah kuil yang terdapat di sana sambil memerhatikan dalam kuil dimana sami 2 ni ni berada sambil2 mengisap rokok barang sebatang dua. Nampaknya diorang sibuk menyapu sampah. Mungkin hari ni diorang puasa kata member aku. 15 minit kemudian datang nyonya tua tauke kedai membuka pintu kedainya. Maka kami pun bertanya pada tauke kedai sama ada hari ini sami 2 tu tak keluar ke? Oh..you already late..bentaknya...they out 6am. Hahaharam tul..itulah..lama sangat berkubang dalam bilik air..almaklumlah air sejuk gile dan take times nak tunggu water heater berfungsi.



Kalau mengikut abg Edi, Luang Prabang ini adalah salah satu tempat besar bagi agama Buddha. Ramai je sami 2 yang besar2 akan datang ke sini untuk sembahyang. So setiap tahun menurutnya ada je upacara besar berlaku di sini. Menurut abg Edi la...




Dengan kechewanya kami balik ke hotel sambil mengejutkan sorang lagi member kami untuk makan pagi. Hotel yang kami book ini memang siap dengan breakfast utk 3 orang tapi breakfast nya biasa2 je..roti dengan pisang ditambah pula dengan air buah blended. Hari ini kami bercadang nak ke Kuang Si waterfall, satu tempat wajib pergi kalau ke Luang Prabang. Kami semak satu persatu pakej untuk ke Kuang Si waterfall dan kebanyakkan pakej bermula dari 50k kip. Jadi kami ke Wat That semula untuk makan tengahari sambil boleh bertanya kat abg Edi brapa pakej yang dia boleh offer. Sambil2 makan abg Edi cakap dia boleh bagi 40k kip, member dia punya company. So kami pun apa lagi, on je la. 10k kip tu bersamaan RM5, kalau kali 3 orang..lepas la air buah segelas.







Kami menaiki mini van ke Kuang Si. Perjalanan tak sekejap juga kira-kira 1 jam perjalanan meskipun jaraknya cuma 30km saja dari pekan Luang Prabang. Ini kerana jalan yang kecik disamping bersimpang siur menyusuri ladang getah dan hutan kecik. Sampai di Kuang Si waterfall kami diberi tiket masuk so aku tak tahu berapa bayaran entrance fee sebenar untuk masuk ke waterfall ini. Orang kata 20,000 kip.





Masuk je kami mengambil jalan sebelah kanan menuju ke bear save sanctuary terlebih dahulu. Di sini merupakan tempat beruang2 liar diselamatkan dan ditempatkan. Kebetulan masa kami berada di sana ada dua ekor sedang bergaduh. Tak pasti sama ada lakonan atau pertunjukkan yang beruang2 tu dah dilatih untuk menarik perhatian pengunjung tapi kalau lakonan, ianya memang sungguh berkesan. Boleh ganti zizan razak dalam citer abg long fadil ke 17 nanti.





Dari bear save sanctuary kami terus menuju naik ke Kuang Si. Pemandangan waterfall ini memang mengujakan. Airnya hijau bercampur biru, tambah menarik lagi diserikan oleh awek2 mat saleh dan Korea yang berpakaian 2 piece sahaja meskipun ramai yang berbadan tak macam dalam citer baywatch. Kuang Si waterfall ini merupakan air terjun yang femes di Luang Prabang. Kalau ke Luang Prabang kena bagi masa untuk lepak di tempat ni. Kalau lepak lama-lama kat pekan heritage pun nak buat apa kecuali kalo korang suka lepak-lepak di cafe santai dan hipster dan ambil gambar untuk mengisi ruangan fesbuk. 



Ada banyak pool sebenarnya air terjun nih maknanya setiap satu pool tu menandakan setiap tingkat air terjun. Level paling tinggi sekali yang dibenarkan untuk masuk adalah lebih kurang 60 meter tingginya dari tempat korang sampai tadi. Jangan risau sangat sebab mendaki pun takde la susah, just macam berjalan-jalan di hutan. Orang cakap dari air terjun paling besar tu ada jalan naik lagi menuju ke secret pool yang banyak omputeh pegi, tapi bagi aku kalau orang tak bagi baik takyah keras kepala nak gi ceroboh lak. Kang kalau ada yang mengikut balik kang satu hal lagi.


Lebih kurang 2-3 jam juga kami di sana sambil2 berborak dengan traveler yang datang dari Malaysia jugak. "Oh...korang la yang jalan kaki dari airport semalam," itu pengenalan yang diorang nampak dulu. Buat keje tak berapa masuk akal memang macam tu la.




Perjalanan balik tak berapa membosankan meskipun penat disebabkan aku duduk asing so ada seorang traveler dari Thailand duduk di sebelah aku. Kami habiskan sejam lebih perjalanan balik ke pekan Luang Prabang dengan bertukar2 cerita pengalaman travel kami. Berbulu je penumpang lain disebabkan kami dua je bersembang dalam mini van tu sedangkan yang lain nak tidur.



Sampai di pekan kami balik hotel untuk solat dan tidur buat seketika. Malam kami ke Wat That semula untuk makan malam tapi kebetulan ianya tutup. Jadi kami terpaksalah mencari tempat lain untuk makan. Tempat makan yang kami tuju adalah yang terletak di tepi sungai Mekong. Harganya boleh tahan tapi makanannya kira sedap la jugak. Bak kata orang win win situation.



Balik member aku nak ke nightmarket semula top-up beli jiwa kekasih hati masing2 namun malangnya nightmarket dah tutup meskipun jam baru menunjukkan jam 9.30. so kami amik keputusan untuk balik sahaja ke hotel dan tidur. Takpe... esok masih ada.


Bersambung

No comments:

Post a Comment