Monday 18 December 2017

Journey To The North : Ha Long Bay

Dari Hoi An bas membawa aku dan penumpang lain ke Da Nang terlebih dahulu bagi mengutip penumpang-penumpang lain. Ada juga penumpang dalam bas yang turun di Da Nang dan bas kemudiannya menuju ke Hue dengan melalui Hai Van pass, sama seperti trip aku terdahulu.


Tiba di Hue, aku merasa pelik sebab Hue kali ini sungguh berbeza dengan Hue yang aku lawati sebab Hue yang aku kunjungi dahulu terdiri dari rumah-rumah kedai 2 tingkat macam di Phnom Penh manakala kali ini bila menaiki bas menyusuri tengah-tengah bandar barulah nampak bandar Hue yang sebenarnya agak maju jugak. Ada juga bangunan tinggi lebih dari 4 tingkat lebih kurang macam Giant atau Tesco dan boleh dikatakan mirip bandar Sandakan. Seketika kami diberhentikan di sebuah stesen minyak dan disuruh turun mengosongkan bas dan menunggu untuk pertukaran bas selanjutnya. Setengah jam menunggu kami disuruh naik balik ke dalam bas sebabnya..driver bas dapat call yang dah takde bas available disebabkan fully book so driver tersebut terpaksa disambung kontrak untuk menghantar kami ke Hanoi. Tapi tengok dari mimik muka driver tu memang bengang ngan company dia...


Perjalanan dari Hoi An ke Hanoi keseluruhannya dalam lebih kurang 800km namun begitu masa yang diambil adalah lebih dari 15 jam. Ini disebabkan banyak pertukaran bas la dan macam-macam lagi. Sleeper bus seperti kebiasaannya terdapat sebuah toilet di hujung bas bagi mengurangkan kekerapan bas berhenti. Kali ini bas dipenuhi oleh pelancong omputeh dengan beg-beg besar diorang.



Antara yang paling aku tak gemar bila ramai sangat omputeh yang bawak beg besar-besar sepanjang perjalanan adalah biasanya diorang ni jenis traveler yang mengembara lama, jadi beg diorang sangat besar. Purata seorang traveler ada 2-3 beg besar dan diorang takut nak letak beg diorang tu bawah bas. Dan ramai juga yang tak mahu letak kat seat masing2...so diorang hamparkan je beg tu kat laluan bas. So cuba imejin bila korang nak ke toilet, duduk katil atas lak tu. So korang kena nyeberang berpuluh2 beg utk ke toilet. Bahkan ada sesetengah buat muka tak puas ati bila korang langkah beg2 diorang yang dihamparkan di jalanan. Satu lagi bila geng 2 ni ramai sangat lumrah manusia biasala..Ada dikalangan diorang cuba nak tunjuk kerek masing2 ditambah pula dengan pengaruh alkohol, misalnya ada satu couple dalam bas cuba nak raging drebar ngan staff 2 bas yang bagi aku sangat2 annoying bagi orang lain tengok. Bagi aku ini adalah salah satu sebab kenapa ada je traveler yang cedera atau mati di negara tempat travel diorang. Adakalanya bukan sebab duit tapi sebab sikap. Bak kata Malique, "Datang tempat orang bawa otak bukan pisau".


Dalam gelap gelita malam diterangi bulan penuh sayup2 pemandangan malam bas menyusuri tebing gunung ganang di kiri jalan dan di kanan terbentang luas lautan dihiasi sinaran bintang dan lampu2 dari sampan memancing berbentuk bulat yg mengujakan.
Bas kemudiannya berhenti di Phong Nha dimana sebahagian besar traveler omputeh turun. Disini terletaknya gua terbesar di dunia yg masih lagi belum tular di kalangan pelancong Malaysia. (Belum ada yg post itinerary lagi setahu aku dalam group fesbuk). Keadaan di Phong Nha nampaknya agak havok meskipun dalam suram2 malam. Ramai yg duduk melepak Di bar2 Dan kaki lima jalan sambil minum minuman keras.


Aku sampai di Hanoi jam 5 pagi ketika keadaan langit masih lagi gelap gulita. Tak tahu dimana lokasi aku berada, berpusing2 aku berkeliaran mencari free WiFi utk update offline maps aku. Tak ada...so back to primitive style..Tanya local..mujur ada makcik 2 yg tengah menyapu sampah di jalanan. Meskipun diorang xtau berbahasa inggelish..tapi syukur diorang tahu tempat yg aku nak tuju. Rupanya aku berada di tempat yang betul cuma hostel aku berada beberapa ratus meter dari tempat bas berhenti. Aku menginap di Old Quarter Hanoi.


Old Quarter merupakan antara tempat paling femes di Hanoi. Ia merupakan tempat tinggal dan pusat ekonomi Hanoi sejak zaman dahulu lagi...kira2 sejak kurun ke 18 lagi. Ianya masih mengekalkan ciri2 old skool nya dengan kebanyakkan bangunan masih lagi mengekalkan fasad "french architecture" nya. Sumber ekonominya juga ada yang masih kekal tradisional seperti pasar dan kedai2 runcit meskipun byk hostel dan hotel dibina disini.


Aku memilih utk menginap di Hanoi Backpackers dan memilih bilik dorm sahaja. Bilik utk tidur je pun so tak perlu 5*. Harganya cuma Rm32...murah kan? Jangan teruja lagi..Rm32 bukan utk satu malam tp utk 2 malam.Ok. skang silakanlah teruja. Aku tiba didepan hostel, roller shutter nya masih tutup lagi. Tiba selepas aku ada 2-3 org awek mat saleh..Menyangka aku keje kat situ (walaupun ada beg besar bersama-sama aku) diorang pun tanya mengapa pintu masih tak bukak. Sambil acah2 tengok jam di tangan yg takde jam aku jawap..oh...it's still early dgn slang ameracano yg aku tiru dari cerita from dust till dawn.


Beberapa detik kemudian pintu mulai dibuka dan kesemua yg ada diluar masuk utk check in. Setelah semua selesai check in aku pun tanya pada receptionist laki2 Tu samada diorang ada provide package ke Halong bay atau tak. Jantan Vietnam itu kemudiannya mengeluarkan buku katelog yang dibalut dengan kulit. Ah..ini sure pakej kilauan emas ni. USD 45 per trip..included with seafood lunch at the cruise and return transportation katanya...Memang sah aku kena sembelih sebab pakej biasa cuma USD 20 je all in..tapi nak carik pakej time jam 6 pagi tu memang tak dapek la. Sebelum buat keputusan sempat aku mintak gi toilet dulu sambil selak2 wallet berapa yg tinggal. Ditoilet sambil mencongak2 perbelanjaan sehari dua lagi di Hanoi akhirnya aku ke kaunter semula Dan bersetuju ngan pakej kilauan emas mamat tu. Tersenyum girang aku tengok jantan Vietnam tu dek kerana berjaya memperdaya seorang pengembara Malaysia yg sedang dalam keadaan desperado.


Mujur katil dah ready utk aku..sempat mandi Dan tidur dulu..walaupun berjam-jam tidur Dalam bas tapi percayalah..xsama dengan tidur sejam atas katil. Bas ke Ha Long bay akan pikap aku jam 830 pagi so ada 2 jam utk tidur disamping mengecas bateri henpon dan camera. Apa yg penting alarm kena setkan supaya tak terbangun maghrib nanti ke dan burn USD 45 aku tuh.


Jam 9 lebih bas persiaran pun tiba didepan hotel setelah mengambil penumpang dari kawasan yang berdekatan dan meneruskan perjalanan ke Ha Long bay. Dalam bas siap ada sesi perkenalan ringkas oleh tour guide dan aku merupakan satu2 nya Malaysian di situ. Tour guide kemudiannya bercerita sedikit sebanyak tentang sejarah Vietnam (ini yg aku suka amik tour ni) yang sedikit sebanyak boleh menambahkan ilmu pengetahuan. Ceritanya macam ni...lebih kuranglah


Vietnam selepas tamatnya perang dengan Amareka bagi merebut kembali Vietnam selatan yang ingin membebaskan diri Dan menubuhkan negara baru berada dalam keadaan yang sangat2 daif. Pada ketika itu ramai Yang mati kerana kebuluran akibat kekurangan makanan Dan merupakan negara paling miskin di dunia. Jadi kerajaan yg memerintah pada masa itu menguatkuasakan pertanian sebagai ekonomi utama Vietnam. Tak senang tapi Vietnam perlahan2 bangkit dari negara perang kepada negara pertanian. Ekonomi bertambah baik dan kerajaan berjaya utk menjadikan sifar gelandangan. Masa ini Vietnam menjadi negara no 2 pengeksport beras dibelakang Thailand. Kopi Vietnam juga no 2 dibelakang Brazil dan banyak kilang dah dibina di sana dan barang2 iPhone yg kita pakai (aku xpakai iPhone) pun dibuat disana. Kini tiada lagi gelandangan kerana semua keluarga di Vietnam telah kerajaan sediakan rumah so dalam jangkamasa 10-20 tahun akan datang, Vietnam akan muncul sebagai sebuah negara yang kuat ekonomi di Asia tenggara. Yup..memang ada berbaur politik..tapi rasionalnya memang ada.


Bas meluncur dan berhenti di satu perhentian di pertengahan jalan bagi berenti rehat di salah satu RNR. RNR ini agak spesial dari RNR yang lain kerana ianya adalah salah satu dari RNR yang menjual barangan2 dari penduduk tempatan yang kurang upaya hasil dari peperangan yang berlaku terdahulu. Warga Vietnam yang cacat anggota serta warga-warga yang tidak terlibat secara langsung dengan perang namun begitu terlibat secara tidak langsung seperti kekurangan zat makanan mengakibatkan kelahiran kurang upaya dari segi pemikiran dan anggota dikumpulkan oleh kerajaan Vietnam dan golongan ini dari dibiarkan begitu sahaja, diberikan pekerjaan dengan membuat produk-produk yang kemudiannya dijual di RNR seperti yang aku pergi ini dan duitnya sebahagiannya diberi kepada golongan ini untuk meneruskan hidup...atau tak bagi langsung..aku pun tak tahu. Tapi idea ini kalau hasilnya dapat menyumbang kepada golongan yang kekurangan itu aku rasa kita semua patutnya support idea tu. Itu pandangan aku je la..


Setelah dalam sejam di RNR perjalanan diteruskan dan setelah melalui perjalanan sekitar 3jam 30 minit kami semua tiba di Tuan Chau marina yakni jeti besar ke Ha Long bay. Kami diberi tiket masuk dan tour guide ingatkan supaya jgn hilangkan tiket sebab ianya akan digunakan utk naik sampan nanti dan juga sebagai passport sekiranya di tahan oleh tentera negara China...maklumlah depan sana tu dah sempadan negara lain. Kami menaiki bot diperbuat dari papan dan mengambil tempat masing-masing didalamnya. 15 minit perjalanan kami dihidangkan makan tengahari yang bagi aku agak mewah dan terdiri dari makanan laut. Ada ikan, udang goreng butter, sotong goreng tepung, kailan, dan juga tauhu jepun masak kicap ala-ala tauchu. Makanan memang gred A (berbaloi bayar mahal :p) tapi yang tak menariknya air tak disediakan dan kena beli sendiri kat waiter. Memang itu taktik diorang tapi aku lak alpa dengan pengalaman masa lalu. (naik cruise kat Saigon dulu pun macam ni) Korang paham-paham la air kat atas kapal berapa harga..xkan nak tangguk air laut.



Setelah siap makan..dalam 20-30 minit kemudian kami singgah ke first stop iaitu Vung Vieng fishing village. Kat sini korang dibenarkan untuk memilih berkayak atau naik sampan yang dikayuh oleh local. Route dia adalah bersampan dari fishing village (yang kalau kat Malaysia orang panggil kelong atau seakannya) masuk melalui pintu gerbang laut menuju ke sebuah bay yang bagi aku agak menarik jugak dan kemudiannya pulang semula ke fishing village.


Tamat aktiviti bersampan perjalanan bot diteruskan semula ke satu lagi tarikan menarik iaitu Thien Canh Song cave. Untuk sampai ke pintu gua terdapat sedikit aktiviti hiking yang bagi aku yang sangat tak fit ni pun boleh naik. Tak la tinggi pun tapi kalau penat boleh je lepak-lepak sambil minum air kelapa yang ada jual kat sana. Guanya lebih kurang gua tempurung kalau tak silap aku...ada lampu-lampu berwarna warni dengan stalagmite berusia beribu-ribu tahun, udara dingin..kira ok la..macam gua-gua yang biasa kita pergi (kalau biasa masuk gua la) Lama jugak lepak kat area nih. Aku dah turun ke bot dan aku orang pertama sampai. Orang lain lain masih lagi bersantai kat mana-mana pun tak tahu.


Selepas semuanya sampai, kami menuju ke jeti untuk perjalanan pulang. Bas kami ditambah lagi beberapa orang yang mengambil trip overnight semalam dan pulang pada hari ini. Bagi aku trip Ha Long bay nih..untuk view memang sangat menarik (sebab itu la dia jadi no 1 tourist spot di Asia Tenggara) tapi secara personal aku dapati ada kekurangan dalam perjalanan ini. Kadar keterujaannya kurang, mungkin aku dah terbiasa ke tempat-tempat yang kurang femes, bersusah payah berjalan kaki, menaiki publik transport...ntahlah susah nak diterangkan. Ada kemungkinan pelancong yang terlalu overcrowded, pakej mahal dan lain-lain lagi.. Apa yang aku tahu..malam ni ramai yang akan tidur dalam kepenatan...

Bersambung


No comments:

Post a Comment