Wednesday, 13 September 2017

Journey To The North : Mui Ne

Bas dari Saigon ke Mui Ne yang aku naiki bertolak dalam jam 9 pagi. Setengah jam sebelum itu aku dah check out dari hotel setelah breakfast dengan aweks omputeh macam semalam. Tak bersembang pun sebab mostly diorang ada geng sendiri so jarang yang aku lihat ada omputeh yang nak sembang terutamanya dengan orang asia mcm aku yg kelihatan agak menyerupai local. Ala...sama je macam kalau kita travel dengan kawan-kawan, mesti kita sembang-sembang sesama kita je..ada x korang sembang dengan orang sebelah meja korang masa makan bila travel ramai-ramai? Jarang kan?..Apa-apa pun..Jangan berak kat bilik mandi sudah la...

Walaupun peta yang diberikan oleh reception dan juga address yang telah aku save dalam google map aku ikut satu persatu namun aku tetap jugak sesat. Samada alamat map salah atau henpon aku bengong. So takde choice lagi aku gunakan method zaman gasar dulu..iaitu bertanya pada orang sekitar. Sampai-sampai aku dah lebih kurang 15 minit lewat tapi bas masih jugak belum sampai..rupanya Vietnam nih sama je macam Malaysia..tak tepati masa.

Bila bas sampai..sekali 2 bas berturut sampai. Aku tunjukkan tiket lalu naik bas yang pertama. Belum sampaipun punggung aku melabuhkan dirinya di atas sleeper seat yang empuk tu..aku dipanggil turun oleh staf kompeni bas. Turun katanya..naik bas belakang..bas ni penuh..OK fine..walaupun nampak banyak lagi bersisa sleeper bed tuh. Keadaan dalam bas kedua nih..sama je macam bas pertama tadi..kejap naik kejap suh turun dan akhirnya aku disuruh tunggu bas yang lain. Sebaik sahaja bas nak jalan..aku disuruh naik semula..dan disuruh duduk disebelah drebar..di lantai..nasib baik di halaman orang..kalau tak mau aku starlite kepala diorang nih sekor-sekor..



Dalam 4 jam perjalanan dari duduk lantai bersebelahan dengan drive aku bertukar tempat duduk di seat kelendan di tangga bas. Dalam 30 minit terakhir barulah aku diberi tempat duduk ( sleeping seat) setelah ramai penumpang turun di Phan Tiet. Aku adalah salah seorang yang hampir-hampir turun di Phan Tiet disebabkan offline GPS aku suruh turun di sana. Kelam kabut aku turun untuk bawa beg aku keluar dari perut bas sehingga last-last aku dimarahi dan ditengking oleh kelendan bas yang memang bersikap tak mesra pelanggan dari awal lagi. Bila aku ingatkan layanan sebahagian dari rakyat kita kepada orang asing..tak jadi aku nak marah..my bad...No heart feeling pun..

Hotel yang aku book terletak kira-kira 600 meter dari opis bas yang aku naiki. Memandangkan aku mengalami pengalaman buruk bas fully booked di Saigon, maka aku terus book bas ke Dalat keesokkan harinya memandangkan tiada bas terus ke Hanoi atau Da Nang. Lagipun alang-alang je baik aku singgah ke Dalat sebab ada benda yang aku teringin nak lawati di sana. Aku mengambil bas yang agak awal iaitu jam 9 pagi maka semua aktiviti lawatan atau jalan-jalan di Mui Ne harus atau wajib diselesaikan hari ini juga.



Aku ke hotel aku untuk check in tapi receptionist menyatakan yang bilik masih belum ready sebab check in time adalah jam 2 petang sebenarnya dan masa itu jam baru menunjukkan pukul 11.30 pagi. Aku meminta kebenaran  untuk meletakkan beg aku di kaunter dan berpeleseran dahulu berjalan kaki melawat kawasan sekitar sedang receptionist menyatakan datang semula jam 1 tengahari sebab bilik yang aku book sedang dikemas.

Kawasan yang paling bagus untuk menetap di Mui Ne adalah di tepi laut dimana merupakan kebanyakkan hotel-hotel terletak dari yang budget hinggalah kepada yang 5 bintang mengikut kesesuaian belanja korang. Keadaan tepi laut Mui Ne ini lebih kurang macam di Ao Nang, Krabi kecuali tidak terdapat pantai cantik yang boleh di mandi. (Nak mandi, mandilah..tapi kalau sakit kulit jgn salahkan aku ye)

Mui Ne ini juga adalah satu kampung nelayan sebenarnya selain terdapat tarikan lain yang menjadikannya salah satu tempat perlancongan yang agak terkenal di Vietnam. Antara yang menjadi tumpuan bagi menarik ramai pelancong di sini dengan terdapatnya sand dunes iaitu kawasan yang berpasir ala-ala di gurun.



Sebelum jam 1 tengahari aku dah terpacak di lobi hotel memandangkan cuaca panas ya amat dan tiada sebarang benda menarik di kawasan persekitaran melainkan hotel-hotel dan kedai-kedai makan yang kebanyakkannya masih belum dibuka. Kebetulan bilik aku telah siap maka aku mengambil keputusan untuk berehat sebentar sebelum keluar semula. Bilik yang aku sewa dari Booking.com ini adalah yang paling murah dan paling best (maknanya hotel budget yang dapat rating paling tinggi yang berjaya aku dapatkan dalam malam sebelumnya) yang boleh didapati di lokasi strategik di sana.

Pada asalnya aku bercadang untuk menyewa motorsikal bagi berpeleseran namun begitu aku menukar fikiran disebabkan pakej tour yang boleh di book di hotel yang bagi aku adalah amat berbaloi. So aku lock pakej tersebut dengan receptionist dan ke bilik untuk mandi dan menunaikan apa yang patut terlebih dahulu sebelum jeep datang menjemput di hotel jam 1.30 tengahari.



Ingin aku ulangi semula (berdasarkan trip aku terdahulu di Vietnam) bahawa menunggang motorsikal di Vietnam tanpa lesen Vietnam yang sah adalah salah di sisi undang-undang Vietnam dan boleh didakwa atau dikenakan denda jika ditangkap. So apa-apa pun jangan kena tangkap lah..aku pernah sewa motor dan menunggang di Hoi An dahulu dan boleh aku katakan menunggang di sana agak menarik dan seronok cuma jangan lupa yang Vietnam adalah right hand driving ya...cuma aku tukar fikiran dari nak sewa motor kepada ambil tour pakej adalah kerana...ianya lebih kos efektif..Dari aku nak sewa motor 200k dong untuk sehari dan hanya guna dalam 4 jam sahaja dengan minyak..sesat larat dan lain-lain lagi..why not tidur dalam jeep dan bangun apabila tiba di destinasi. Betul..kurang experience tentang selok belok jalan namun..cost effective...



Lebih kurang 10-20 minit lewat dari jam yang dijanjikan tibalah jeep bersama-sama sebahagian peserta tour yang terdiri dari penginap-penginap hotel-hotel berdekatan yang lain. Setelah mengambil peserta-peserta yang tinggal bagi memenuhi jeep kami bertolak ke destinasi seterusnya. Jeep yang kami naiki adalah dari jenis Toyota Bj40 berenjin 3.0 yang sesuai untuk dibawa meneroka di kawasan hutan dan juga berpasir.

Fairy Stream
Destinasi pertama yang kami lawati adalah Fairy Stream. Kawasan ini adalah terletak berdekatan saja dengan kawasan pantai tempat kami semua menginap. Pemandu Jeep berhenti di tempat parking dan membenarkan kami berpeleseran selama 1 jam di Fairy Stream ini dan perlu ikut masa yang ditetapkan supaya tidak mengganggu perjalanan kami seterusnya. Untuk masuk ke Fairy Stream adalah percuma namun begitu bayaran 5k dong dikenakan untuk menyimpan kasut kita di rak yang disediakan. 5k dong bersamaan dengan Rm1. Walaupun aku kedekut taik idung masin tapi aku bayar juga untuk letakkan kasut Croc kesayangan aku.(itu lah satu-satunya kasut cum selipar yang aku bawak di Vietnam.)





Fairy stream ini adalah sebuah sungai yang melalui sebuah sand dunes yang mana setelah bertahun-tahun ia mencipta sebuah landskap jujuran tebing pasir yang membentuk bentuk-bentuk pelik seakan-akan batu-batu di Cappadocia di Turki. (Sebahagian tempat sahaja dan off coz Cappadocia lebih dahsyat lagi) Aku tak pasti kepanjangan sungai ini sebab aku tak sempat sampai ke hujung sungai, masa dah hampir tamat. Maka dengan itu aku pun balik ke jeep dan dapati driver sedang nyenyak tidur. Hahahampeh..

Mui Ne fishing village.
Tidak jauh dari Fairy Stream merupakan lokasi pengembaraan jeep kami yang kedua. Ianya sebuah kampung nelayan yang paling femes di Mui Ne ini. Bagi aku inilah pertama kali aku lihat kampung nelayan yang berada dilaut lepas. Kalau di Malaysia kebanyakkan kampung nelayan dibina dengan jeti dan muara sungai yang lebih kecil. Ntah..aku sendiri bukan paham sangat dengan apa yang aku terangkan kat korang nih.





Apa-apa pun pemandangan kampung nelayan ni memang berlainan dari apa yang pernah aku saksikan ditambah pula dengan bot bakul yang terkenal di Vietnam menambahkan suasana di situ. Kami tak diberi masa yang panjang memandangkan hari semakin melabuhkan tirainya. Di sini aku sempat bersembang-sembang dengan awek Poland yang travel solo yang naik sama jeep dengan aku. Kalau dapat piknik di tepi laut sambil makan sandwish dengan awek Poland pun ok jugak. Btw ada je cafe kat tepi tebing tu kalau nak minum kopi.





White sun Dunes
Kami bertolak terlebih dahulu ke lokasi yang paling jauh. Melalui perjalanan jeep kami yang agak lama, aku assume white sun dunes ini terletak lebih dari 20km dari lokasi tepi pantai Mui Ne sebab walaupun jeep kami tidaklah laju namun masa yang diambil agak lama jugak. Kami tiba di white sun dunes lebih kurang jam 3.30ptg ke pukul 4 ptg kalau tak silap aku. Cuaca pada masa itu memang panasnya hanya Tuhan saja yang tahu. Kalau tak silap aku tak kurang dari 36 darjah celcius. So driver berhenti di satu hentian yang mana kami diberi masa lebih kurang 1 jam bagi menikmati pemandangan dan suasana di White Sun Dunes.



Lupa nak bagitahu..driver berhenti di satu tempat dimana terdapat perkhidmatan sewa jeep dan juga atv bagi membawa korang ke puncak gurun pasir tersebut. Maknanya korang kena naik pengangkutan lain untuk ke sun dunes. Tak paham? Begini..pakej yang korang beli dari hotel tu..hanya bawa korang ke kaki white sun dunes sahaja. Jadi kalau korang tak bayar tambahan untuk naik jeep seterusnya atau atv maka korang terpaksalah berjalan kaki hiking ke puncak sun dunes pada cuaca yang bagi aku teramat panas.




Red Sand Dunes

Destinasi terakhir bagi tour ini adalah Red Sand Dunes yang terletak dalam perjalanan balik ke hotel dari White Sand Dunes. Ianya merupakan sand dunes yang lain. Pasirnya juga berbeza warnanya iaitu lebih kepada bersifat kemerah-merahan dan mungkin sebab itu ia diberi nama sebegitu. Di sinilah tempat kami akan menghabiskan sisa-sisa petang kami dengan melihat sunset. Ia adalah salah satu port sunset yang terkenal di Mui Ne. 


Kami diberi masa 1 jam di sini dan apa yang bestnya kat red sand dunes ini adalah ianya tak perlukan pendakian seperti white sand dunes tadi. Adalah sikit tapi tak berapa memeritkan tambahan pula bahang matahari yang telah semakin surut. So aktiviti agak free and easy kat sini..terpulang pada setiap orang nak duduk di timbunan pasir yang mana sebabnya banyak timbunan pasir untuk semua orang. Yang mengejar sunset boleh lah ke puncak sand dunes kalau tak nak boleh je sand surf kat sana tapi...kena bayar lah kalau nak sewa surf board atau surf carpet. Bayarannya aku tak pasti sebab aku hanya lepak2 saja disana sambil memerhatikan matahari terbenam yang tak berapa nak cantik.



Abis memerhatikan matahari terbenam di Red Sand Dunes kami dihantar pulang ke hotel masing-masing. Sampai saja di hotel, setelah memberikan lambaian pada awek Poland (minah tu tinggal kat hotel sebelah je) aku terus sahaja ke bilik untuk menunaikan apa yang patut. Ok. Destinasi terakhir aku pada hari itu di Mui Ne adalah mencari makanan halal sebelum aku berehat dan tidur dalam kamar yang aku sewa selama 1 malam tersebut.

Di Mui Ne, setelah aku risik dan semak, hanya ada 1 sahaja restoran halal yang menyajikan hidangan yang hampir semuanya terdiri dari makanan India. Boleh lah...yang penting halal walaupun dalam menu ada juga dijual minuman keras. Well..untuk survival hampir semua kedai makanan yang menyajikan makanan halal terpaksa juga memenuhi selera penduduk tempatan dan juga kebanyakkan pelancong asing. Semasa aku datang makan..dalam jam 8 lebih malam..hanya aku seorang je pelanggan yang duduk makan di sana. Nak buat camner..Mui Ne bukanlah satu tempat pelancongan yang meriah seperti Saigon. Harga makanan? Macam biasa..mahal dari Malaysia tetapi lebih kurang sama dengan kedai-kedai makanan di serata Vietnam.. Yang penting halal, sedap dan mengenyangkan dan menampung perut yang seharian belum lagi menjamah makanan..kecuali roti yang dibawa dari Malaya.



Malam masih muda tapi aku tak berminat sangat untuk melepak di tepi pantai atau ke bar-bar sambil menyaksikan kelibat pelancong-pelancong. Memandangkan bas untuk ke Dalat awal pagi maka lebih baik aku beradu merehatkan badan sebab perjalanan di Dalat belum tahu macamana lagi. Bagi aku Mui Ne ini merupakan satu tempat yang amat menarik untuk dilawati, namun bukan untuk satu jangkamasa yang pendek..kurang-kurang 2-3 hari untuk menikmati kehidupan yang santai di tepi laut, kampung nelayan dan juga melayan sand dunes yang terbentang luas. Percaya lah..tempat ni memang berbaloi untuk dilawati...tapi bagi orang-orang yang menggemari pantai dan alam semulajadi saja..

Mui Ne is sand dunes and surf...Lonely Planet

Bersambung

No comments:

Post a Comment