Monday 19 December 2016

Lombok : Pulau Seribu Masjid Part 2

Disini aku nak ceritakan sikit padal Lombok nih. Di episod pertama aritu aku dah terang sikit pasal tempat-tempat menarik di Lombok. Episod ini aku terangkan sikit pasal hal-hal pasal survival (survival lah sangat) di Lombok.



Pengangkutan

Ada pelbagai jenis pengangkutan yang boleh dicuba dan digunakan di sini bergantung pada kemampuan kewangan dan bilangan ahli rombongan. Sebagai contoh, memandangkan kami ramai maka kami bersetuju untuk mengambil perkhidmatan supir bagi menghantar dan membawa kami berjalan-jalan di lokasi-lokasi yang telah kami rancang.

Selain itu, supir yang ditugaskan untuk membawa kami juga tahu tempat-tempat yang sesuai untuk makan dan membeli belah. Bayaran untuk perkhidmatan supir juga aku boleh katakan sangat berbaloi dan murah kerana ianya merangkumi bayaran untuk pemandu, sewa kenderaan, minyak dan parkir serta bayaran masuk sesuatu tempat yang hendak dilawati. Bayaran supir utk perkhidmatan seperti di atas adalah 500k rupiah seharian bersamaan RM150 (sebelum RM jatuh teruk) dibahagi dengan jumlah penumpang.

Bayaran lain seperti bot dan basikal sewa dikira lain tetapi ianya tidaklah begitu mahal dan masih dalam budget lagi.


Penginapan

Kami berpindah randah hampir setiap hari kerana tinggal di kawasan yang berlainan bagi dapat mengalami suasana hotel dan pengalaman yang berbeza-beza. Namun begitu harga sewa hotel masih juga dalam budget. Purata bayaran sewa hotel lebih kurang rp300k semalam atau RM100 bergantung kepada kemewahan bilik dan fasilitas dan ianya dibahagi kepada 2-3 orang penghuni bagi 1 bilik. Kalau memilih untuk tinggal di hotel yang ada nama, harganya sudah tentu melantun. Bagi pengembara yang berbajet kecil, hostel juga terdapat di sini dengan bayaran 100k - 200k.






Makanan

Jangan risau pasal makanan di kepulauan Lombok ini tidak kira apa pun kepercayaan anda, Lombok menyediakan pelbagai jenis hidangan bukan sahaja makanan laut dan makanan tradisi bahkan makanan barat juga ada disediakan. Siapkan duit sahaja. Minuman keras jangan cerita la..tapi faveret aku semestinya teh botol.



Diantara makanan-makan femes di Lombok yang patut korang cuba adalah :

1) Ayam Taliwang - yang ini aku tak tahu camner nak bgtau rasanya tapi macam nasik ayam penyet pun ada, tapi dengan sambal tomato sket..ntah..kena cuba sendiri lah.

2) Nasi Balap Puyung - Nasik ini macam sangat pedas je menurut member aku. Kedai makan nya terletak betul-betul dekat simpang masuk ke airport / round about...aku dah tak ingat..

3) Seafood - yang ini memang wajib. Harganya agak berpatutan dan semestinya fresh. Kalau di Gili Trawangan korang boleh dapatkan makanan laut macam




Keadaan Sekitar

Untuk sesiapa yang berkunjung ke Lombok, silalah nikmati alam semulajadinya yang sangatlah indah sebelum ianya terjejas dek kerana diterokai oleh pelancongan dengan kadar yang berlebihan. Di Lombok ini boleh dikatakan sebagai tempat perlancongan yang mempunyai pakej lengkap dimana disini terdapat laut, gunung, pantai yang indah, hutan dan juga culture yang menarik untuk dinikmati.




Hiburan

Walaupun majoriti penduduk Lombok beragama Islam namun begitu hiburan tidak lari dari kepulauan ini disebabkan semakin pesatnya perkembangan pelancongan di daerah ini. Macam-macam ada di sini. Kalau yang gemar hiburan malam, terdapat banyak pub-pub dan juga warung-warung yang menyediakan perkhidmatan minuman keras di samping terdapat parti-parti bulan purnama dan lain lagi. Di Lombok juga terdapat beberapa festival yang menarik untuk dikunjungi seperti Pesta Nyale dan lain-lain lagi. Cuma apa yang perlu diingatkan bahawa sebarang peruntukan bajet semasa festival kemungkinan besar akan meningkat dan jumlah pengunjung juga meningkat berkali ganda dan menyebabkan kesesakan.

Perbelanjaan

Perbelanjaan aku pada trip kali ini dah jadi out of control dari yang biasa aku bajet. Namun begitu apa salahnya sekali sekala sebab biasanya trip aku lebih kepada merasai kehidupan local, maka dapatlah aku katakan kali ini aku terasa jadi pelancong secara total.

Dalam trip kali ini aku belanja dalam 3.5 juta untuk perbelanjaan ground sahaja tidak termasuk 50 usd yang aku terpaksa tukar sebab kehabisan wang 2 hari sebelum balik.



Kesimpulan

Kalau zaman dahulu pulau seribu masjid ini merupakan sebuah tempat yang terkenal kerana ilmu hitam dan pengamalan ilmu guna-guna dimana wanita dari Malaysia sering terikut-ikut lelaki Lombok. Kini segalanya telah berubah, Lombok yang dahulunya tak pernah didengari sudah menjadi semakin terkenal dek keindahan alamnya.



Overallnya ia merupakan satu pengalaman yang baik untuk berkunjung ke Lombok ini. Ia merupakan tempat yang penuh dengan pemandangan dan culture yang menarik. Dengan perbelanjaan keseluruhan yang agak murah (cuba avoid hiburan yang terlampau ekstrim kalau nak berjimat)

Secara keseluruhannya, ianya sangat berbaloi untuk dilawati.

Sekian. Adios



No comments:

Post a Comment