Monday 8 August 2016

Busan

Orang kata Busan adalah tempat yang bosan. Benarkah begitu? Aku pun tak tahu. Maka aku pun mengambil keputusan untuk ke Busan selepas 2 hari berada di pulau Jeju. Sebenarnya Busan memang ada dalam planning aku cuma Jeju sahaja yang aku slot in dalam jadual kembara singkat aku di Korea Selatan.

Penerbangan dari Jeju merupakan penerbangan pertama pada pagi tersebut. Seawal 5.00 pagi aku sudah menunggu bas untuk ke lapangan terbang yang tidak begitu jauh. Namun begitu disebabkan takut lewat tiba maka aku naik sahaja teksi untuk ke destinasi. Tambang teksi juga tidak begitu mahal kerana penggunaan meter amat meluas dipraktik di Jeju. Penerbangan dari Jeju ke Busan mengambil masa kira-kira 1 jam dengan menggunakan Korean Air. 

Tiba di Busan kira-kira jam 8.30 pagi, aku gunakan perkhidmatan shuttle train menuju ke Seomyeon dimana aku memilih untuk menginap. Hari ini adalah hari yang betul-betul tight bagi aku sebab hanya ada 1 hari sahaja aku di Busan dan keesokkan harinya aku akan kembali ke tanah air. Jesteru itu aku terpaksa all out meskipun hujan renyai-renyai melanda semasa ketibaan aku di Busan.



Tugasan pertama aku di Busan adalah mencari di mana lokasi hotel penginapan yang telah aku tempah dari Agoda semasa di tanahair lagi.Berbekalkan peta yang aku telah print out nampaknya ada masalah disebabkan peta tersebut tidaklah detail. Masalah lain adalah bila aku tanya orang tempatan diorang juga tak dapat membantu langsung. Maka aku terpaksa menghabiskn masa sejam untuk mendapatkan lokasi hotel supaya aku boleh letak beg terlebih dahulu dan meneruskan perjalanan. Rupa-rupanya hotel aku tempah (motel sebenarnya) terletak dicelah lorong-lorong yang bersimpang siur. Memang agak sesat lagi menyesatkan atau aku yang sejak kebelakangan ini tidak dapat fokus dalam perihal membaca peta disebabkan lama tak kena nasik lemak tepi jalan di rumah aku; tetapi tak mengapa disebabkan terjadinya hal berkenaan dapatlah juga aku kenali kawasan persekitaran supaya aku tak sesat lagi bila balik ke hotel dalam jangkaan aku pada malam hari nanti.




Lelaki yang menjaga kaunter sangatlah friendly meskipun sepatah haram english pun dia tak paham. Melalui bahasa isyarat dapatlah aku buat deduksi bahawa bilik hotel masih belum ready untuk check in dan dia akan simpan dahulu beg aku sehinggalah aku balik untuk menginap nanti.




Setelah meletakkan beg, aku teruskan perjalanan. Ada beberapa list yang aku telah pikirkan untuk pergi berdasarkan pamplet yang telah aku ambil di lapangan terbang busan tadi.Lokasi pertama di Busan yang aku jelajah adalah: (List ini adalah berdasarkan aku ada masa yang tak begitu banyak dan kewangan yang dah semakin surut.)


1) Jagalchi market


Apa kejadahnya pergi beribu-ribu kilometer mengembara ke negara orang kemudiannya pergi pasar. Di pasar Jagalchi ini aku ada mission tersendiri di mana aku nak buat perbandingan pasar yang besar di Korea berbanding pasar di Malaysia. Akhirnya ada juga hasilnya dimana aku dapati seafood di sini bukan sahaja dijual dalam bangunan malah juga dijual di tepi-tepi jalan di lorong-lorong pejalan kaki. Selain itu, bau-bauan yang tidak menyenangkan juga kurang. Suasana sedikit suram tapi still menarik meskipun hujan ketika itu renyai-renyai mungkin menjadi penyebab kenapa kurang pengunjung pada tengah hari itu.







2) Gamcheon Cultural Village

Salah satu dari mercu tanda bagi bandar Busan adalah Gamcheon Cultural Village. Setidak-tidaknya aku adalah salah seorang yang pergi ke Busan disebabkan culture village ini. Ia disebut-sebut sebagai Machu Pichu di Korea...kata orang lah... Duduk di hadapan pintu masuk membuatkan aku teruja, namun pengalaman ke tempat ini lebih menarik lagi. Aku menaiki tren dari Jagalchi market ke sini yaitu kira-kira dalam 2-3 stesen sahaja seterusnya menunggu bas di perhentian bas yang berdekatan.




Naik saja bas tu pemandu yang dah biasa dengan selok belok kawasan tersebut memandu bas kecik itu dengan sedaya upaya rempitnya...lebih kurang pengalaman aku menaiki van semasa menuju ke check point menuju ke Jabal Nur tempoh hari. Dalam bersesak-sesak itu kedengaran suara perempuan berbual dalam bahasa yang paling kacak di dunia iaitu bahasa malaysia.

Sempat jugak aku tegur minah-minah tu masa diorang sedang menghirup sup kat kedai makanan di area bas berhenti tuh. Siap mintak tolong diorang amikkan gambar aku kat sana..nak ajak selfie rasanya diorang tak mahu...Diorang merupakan pelajar-pelajar di Jepun yang sedang bercuti di Korea. 





3) Haundae Beach

Ia merupakan pantai yang paling terkenal bukan sahaja di Busan malahan juga di seluruh Korea Selatan. Dalam banyak-banyak lokasi di Busan aku pilih ke tempat ini dan hasilnya memang berbaloi meskipun dari perjalanan menaiki train agaklah jauh dari Gamcheon dan masa untuk ke sini agak terhad. (Musim winter matahari turun lebih awal dari biasa.) Setelah bergegas awal dari Gamcheon dapatlah aku sampai di Huandae dalam jam 4.30 petang.



Salah satu sebab menjadikan Haeundae ini bertambah menarik adalah disebabkan di sini juga terdapat tempat tumpuan pelancong seperti Busan akuarium dan Hard Rock Cafe (aku mengumpul t shirt HRC pada masa ini).




























Demikianlah pengalaman saya di Busan. Keesokkan harinya flight aku balik ke Malaysia, jadi aku lepak sahaja di hotel sampai check out dan malas nak keluar disebabkan ongkos dah semakin tercungap-cungap.


5 comments:

  1. Bagus blog kau ni. Keep writing

    ReplyDelete
  2. best... siap ada kos lagi (RM)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos ni sebagai rujukan saja..selalunya harga akan berubah dari masa ke masa bergantung pada inflasi tempat lawatan dan kadar tukaran matawang asing juga..

      Delete
  3. Terima kasih atas perkongsian tips yang sangat membantu!

    Saya Saiful dari www.Naracards.com travel independently, iaitu sebuah travel guide yang menggalakkan orang ramai bercuti ke Korea secara sendiri/independent.

    Saya tertarik dengan perkongsian menarik di blog ini dan ingin menjemput tuan/puan menyertai program affiliate Naracards di http://www.naracards.com/affiliate.html

    Terima kasih

    ReplyDelete