Friday 30 October 2015

Jalan-jalan di Betong

Ramai orang bertanya, 'Kenapa ke Betong? Bukan kah ianya hanya satu tempat maksiat yang terkenal?' Ya. Memang betul tapi sebenarnya ianya x memberi kesan sangat sbb kalau nak buat maksiat di mana2 pun boleh.

Seawal 7 pagi aku dah keluar dari hotel untuk menjejaki tempat2 dan lokasi2 menarik di sekitar Betong. Menurut kawan aku ianya cuma mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja nak ke lokasi berkenaan. Maka dengan itu aku dengan tanpa helmet membawa motor aku tanpa arah tujuan. (tipu je..ekceli aku dah print map Betong sebelum bertolak.)







Ada beberapa tempat menarik di sekitar Betong untuk dilawati. Antaranya adalah: 


Piyamit Tunnel
Piyamit tunnel ini adalah salah satu terowong yang digunakan oleh pihak komunis malaya bagi menyusup masuk ke tanah melayu. Selain dari itu, untuk makluman semua pekan Betong ini merupakan pekan komunis dan salah satu markas besar komunis untuk mengawal pergerakan di Malaysia.


Aku x masuk pun tempat nih disebabkan masa aku nak beli tiket lebih dari 50 pengunjung sedang beratur untuk masuk ke dalam. So boleh bayangkan keadaaan dalam tempat itu.










Winter Flower Garden
Winter flower garden ini adalah salah satu taman bunga atau kebun bunga yang terletak berhampiran dengan  Piyamit tunnel. Bayaran masuk rasanya RM5 kut. Apa yang ada di sini adalah taman bunga, bunga dan bunga...serta lanskap yang bagi aku...agak menarik. Apa yang aku dapati di sini kita bukan saja dapat berjalan2 sambil melihat keadaan sekeliling bahkan terdapat juga chalet2 bagi sapa yang berminat untuk menginap di sini. Mat bunga cam aku suka tempat nih sebab cuacanya agak sejuk. (Dalam hati ada taman)













Betong hotspring.
Betong hotspring adalah salah satu tempat menarik untuk dilawati berhampiran Betong. Lokasinya kira2 20 km saja dari pekan Betong. Apa yang menarik adalah tempat2 ini terletak berdekatan antara satu sama lain. Kat sini dibenarkan untuk mandi tanpa memerlukan sebarang bayaran. (sepanjang aku lepak sini x nampak pun kaunter bayaran.) Selain dari mandi korang juga boleh rebus telur kat kawasan ini. (Rebus telur? xde aktiviti lagi berfaedah ke?)










Pekan Betong dan peti pos paling besar di dunia.

Pekan Betong sebenarnya terdapat beberapa tempat menarik yang setidak2nya agak2 menarik untuk dilawati. Maksudnya tidaklah extra ordinary tapi berguna untuk membuang masa selain dari hanya duduk dalam hotel. Antaranya taman yang terdapat berdekatan dengan stadium, dan sebenarnya terdapat beberapa kuil yang agak besar dan unik senibinanya di sekitar pekan Betong tapi memandangkan masa yang agak terhad, jadi aku skip melawat tempat2 berkenaan. Maklumlah, perlu ride balik ke Kuala Lumpur dan kerja pada keesokan harinya.

Kalau dah sampai di sini jgn lepaskan peluang untuk selfie bersama peti pos yang terbesar di dunia (diorang yang claim, bukan aku saja-saja tulis).






Tips untuk ke Betong

1. Tak perlu tukar matawang dari ringgit kepada thai bath sebab kebanyakan hotel dan adakalanya warung menggunakan RM. Kedai makan yang aku pergi siap dah convertkan ke RM sekiranya x guna thai bath.

2. Yang ini biasa berlaku tapi di sini terlalu obvious.Kalau ada event atau mungkin cuti sekolah, hotel akan menaikan kadar sewa nya. Misalnya, masa aku pergi ke Betong yang mana semasa itu Betong Bike Week, kadar hotel aku lebih kurang RM115 lebih kurang lah. Time aku check out aku tengok balik kadar harga bilik yang aku sewa adalah RM70 sahaja. Maknanya semasa ada keramaian hotel boleh dinaikkan sehingga 35 hingga 40%. Jadi cadangan aku adalah, sila pergi semasa bukan cuti keramaian atau cuti sekolah untuk mendapat harga yang lebih menjimatkan.

3. Makanan halal tiada masalah rasanya. Terdapat banyak kedai makan yang halal di pekan Betong dan kadar harganya lebih kurang dengan harga di Kuala Lumpur. Jadi makanan halal memang tiada masalah.

Perbelanjaan

Tak banyak yang diperlukan sebenarnya bagi trip ini memandangkan aku membawa kenderaan sendiri dan minyak totally isi dari Malaysia eventhough trip asal aku nak ke Yala. Maybe xde rezeki sebabkan kastam bagi pelepasan tanpa declaration hanya di sekitar Betong sahaja.

Belanja adalah terbahagi kepada 3 benda iaitu:

1. Pengangkutan
    Memandangkan aku naik motor maka hanya minyak sahaja yang aku belanjakan.
   
    Minyak : RM 70

2. Penginapan
 
    Hotel : RM 119

3. Makanan / tiket masuk dan item lain

   Makan : RM 30
   Tiket Masuk : RM 10
   Lain2 : RM 30

Jadi belanja keseluruhan adalah : RM 259

Oleh itu molek sangat la belanja bawah RM300 untuk 2 hari 1 malam..
Everyone can travel



Ini ada satu video koleksi peribadi aku kongsikan dengan korang. Maapkan sebab baru belajar so xde la menarik sangat. Just untuk viewing dan dapatkan feel je.

11 comments:

  1. Replies
    1. Bergantung...kereta kalau nak park susah sikit kecuali hotel yang ada private parking sendiri..tapi nak jalan-jalan lagi senang..moto lebih kos efektif utk travel light..maknanya 1-2 orang..kalau ramai baik naik kereta..minyak leh tongtong

      Delete
  2. Owh ok thanks...guna border pass ke or pasport?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasport..border pass untuk sesiapa yang memegang IC 08 saje..atau yang permastautin kat sempadan je..kalau berani angkat tangan je...tapi amatlah tidak digalakkan...

      Delete
  3. Guna thai baht shj or bleh guna duit MYR?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman skarang nih ringgit jatuh teruk..so banyak la yang tak mau amik ringgit...so aku pecahkan kat sini mana nak guna ringgit, mana nak guna thai baht...

      Hotel...boleh guna ringgit
      makan minum...thai baht
      membeli-belah...thai baht
      sewa motor...boleh guna RM..

      Kat sana ada money changer tapi tutup kul 8 malam waktu thai..
      tukaran aku tak sure OK ke tak..so aku sajes tukar kat malaysia

      Delete
  4. Masuk ikut mana bro ? Bini aku ajak masuk sana..dari segi safety ok tak..hatyai aku biasa masuk..betong baru nk try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk ikut Pengkalan Hulu, Perak...safety xde masalah..cuma jgn buat bukan-bukan dah le

      Delete