Thursday 13 August 2015

Pengembaraan solo bermotorsikal ke Hatyai



Kebetulan ada cuti yang panjang bertembung dengan hari Sabtu Ahad jadi aku mengambil keputusan untu mengembara menaiki motorsikal ke utara.


Ride plan asalnya aku nak ke Phuket, namun begitu 2 hari sebelum memulakan perjalanan, aku diberitakan salah seorang dari kawan masa sekolah aku di diagnosis mengidap brain tumour. Orang cakap hidup perlu diteruskan..betul..aku teruskan juga trip aku namun begitu aku shortened route aku dari 1100km sehala kepada hanya 600km sehala sahaja. Shorten the trip maknanya shorten the budget. Plan aku on the way balik tuh aku nak pegi melawat member aku tuh.



So..cut the intro crap tadi. Dah lebih 10 tahun x menunggang motor secara long haul nih.



Perjalanan


Seawal 5 pagi aku bertolak dari rumah aku area selatan Selangor. Dalam setengah jam selepas aku bertolak hujan mulai menitis. Hampir 60 peratus perjalanan aku ditemani oleh hujan; adakalanya lebat dan ada kalanya hanya renyai-renyai sahaja. Apa yang bagus mengenai hujan ini adalah keseluruhan perjalanan tidak lah panas seperti biasa namun begitu abis basah pakaian meskipun dah dilapis dengan baju hujan. Setelah mengharungi perjalanan lebih kurang 10 jam termasuk singgah berjumpa kawan di Pulau Pinang akhirnya aku sampai di sempadan Malaysia-Thailand.


Highway menuju ke terowong menora adalah antara yang paling indah sepanjang perjalanan.

Prosedur merentas sempadan



Sempadan Malaysia - Thai memang sibuk dengan lori dan kenderaan berat

Insurans


Untuk merentas ke sempadan Thailand melalui sempadan Sadao, mula-mula pembawa kenderaan perlu mempunyai insurans kenderaan. (setiap sempadan lain prosedurnya, sempadan Thailand di Betong tak perlukan insurans) Insurans ini bukannya untuk merangkumi kenderaan kita sekiranya terdapat kemalangan tetapi cover penduduk Thailand sekiranya kita menghadapi masalah (kemalangan kenderaan) yang melibatkan kita.


Apa dokumen yang diperlukan adalah 

1. Pasport 

2. Geran kenderaan (make sure owner adalah kita) - ada orang cakap kena bawak yang original...aku ada bawak yang original tapi aku just hand over yang fotocopy je...so far lepas. 

3. Duit RM15 (untuk motorsikal)


Insurans boleh didapati dijual bermula dari pekan Changlun.

Imigresen
Pertama sekali apa yang perlu dibuat adalah parking kenderaan sebelum meneruskan beratur di kaunter. Seriusly aku tak tahu dan aku terus je park di lorong kenderaan melintasi sempadan dan nasib baik tak diapa-apakan oleh pegawai bertugas. Seperti biasa, beratur di kaunter untuk proses mengecop pasport. Biasanya slip putih (imigration slip) akan diisi oleh kedai tempat kita buat insurans. Kalau menaiki pengangkutan awam, perlu ambil dulu slip putih ini dan isi sebelum beratur di kaunter.



Akak dan abang..sila jangan buat perangai huduh macam aku nih...

Kastam

Kita tidak perlu berurusan dengan kastam Thailand sekiranya melintasi sempadan dengan pengangkutan awam atau berjalan kaki. Sekiranya membawa kenderaan, kita perlu untuk kemukakan dokumen imigresen dan insurans kepada kastam untuk mendapatkan satu permit membawa kenderaan ke Thailand.


Bayaran yang dikenakan kalau tak silap aku dalam Rm4 tapi tak sure yang ini legal atau tak. Diorang mintak so aku hulur je la.



Sempadan Bukit Kayu Hitam - Sadao

Dannok
Pekan ini nama asalnya Ban Dan Nok dan dipanggil Dannok sahaja dan ianya terkenal dengan pekan hiburan rakyat Malaysia. Tapi Dannok bukan setakat itu sahaja. Apa yang aku dapat lihat di sini terdapat beberapa taman tema seperti taman tema dinosaur, taman tema arnab, taman tema babi dan kita boleh menaiki kuda sekitar tempat tersebut.



Tempat ini dekat dengan KPK hotel..

Dinosaur Park; tiket masuknya hanya 100tb. Ada dinosaur bergerak2.

Hotel di Danok..Deluxe (paling mahal..)harga 1100tb..nama hotel..aku lupa



Hatyai


Pekan Hatyai teletak kira-kira 50km dari sempadan Sadao / Bukit Kayu Hitam.Aku tiba di pekan kegemaran ramai iaitu Hatyai yang ketika itu hujan selebat air terjun. Berpusing-pusing aku mencarik hotel yang sesuai al maklumlah bajet tak berapa nak ada. Aku memilih untuk menginap di downtown Hatyai memandangkan tempatnya serba-serba ada termasuk mudah bagi mendapatkan makanan halal.


Aku lupa nama hotel ini tapi menurut pengunjung lain, banyak hotel-hotel budget cam nih seluruh Hatyai.

Aku menginap di sebuah hotel yang budget yang terletak di dalam salah sebuah shopping mall di area downtown. Harga semalam bagi bilik double (queen bed) adalah 400 tb tanpa penghawa dingin; sesuai untuk mengeringkan satu beg pakaian yang habis lenjun dek hujan.

Breakfest, lunch semua aku kat kedai nih sepanjang aku di Hatyai...


Cable car ini menghubungkan diantara 2 puncak bukit yang ada di Municipal park ini.


Erawan..lagenda gajah perang

Kuan Yin dan 2 pembantunya...

Patung dewa kwan 

Patung besar ini terletak di puncak Municipal park, Hatyai.

Pusat sains nih kalau x silap aku...


2 ekor naga di dalam mulut naga


Buddha gembira


Makan simple je hari nih...yang nih pun dekat 100tb kalau x silap aku...


Night market di Hatyai...ada beberapa sebenarnya...tapi yang nih paling happening kalo x silap aku...macam uptown kota damansara...

Makanan halal di Hatyai memang tidak ada masalah. Ramai muslim dan muslimah di sini.


Keadaan trafik di Hatyai pada waktu malam jauh lebih havoc

Ini suasana waktu malam di downtown...sapa nak naik gajah sepanjang jalan pun xde masalah...

Songkhla


Songhkla adalah sebuah pekan yang tidak begitu ramai populasi pada pandangan aku namun ia adalah satu tempat yang menarik disebabkan keadaan mukabuminya. Ia mempunya pantai yang cantik dan tasik yang agak besar dan pemandangan pekan yang agak sederhana dan terletak kira-kira 30km dari pekan Hatyai. Aku tak menjelajah daerah Songkhla secara total dek kesuntukan masa. Jadi aku mengunjungi bahagian yang paling banyak dikunjungi oleh pelancong di tempat ini. Diantara tempat-tempat menarik untuk dilawati adalah pantai Samila. Ianya adalah sebuah pantai yang bersih dan tak ramai orang (semasa aku datang). Di sana terdapat patung mermaid yang femes tuh.


Hatyai jam 8 pagi...sunyi ya amat..mungkin semua orang overtime malam tadi..

Songkhla town..

Sawadeekarp...Welkam to Songkhla...


Patung mermaid Samila beach yang terkenal di seluruh dunia...tapi patung nih rasanya milik hotel persendirian kut..ntah la


Waktu pagi memang sangat tenang di sini...

Patung sapa aku pun x check...





Perbelanjaan Keseluruhan

Misi aku adalah untuk mengembara ke selatan Thai dengan menggunakan peruntukan minima seminima mungkin. Jadi peruntukan aku kami ini adalah hanya Rm500 all in termasuk minyak motor dari Kolumpo.




Budget

Minyak motorsikal
1. Malaysia = RM60
2. Thailand = RM30

Penginapan
1. Hatyai = RM 45
2. Sadao / Dannok = RM115


Makan minum
1. Malaysia = RM 20
   Makan minum dalam perjalanan

2. Thailand = RM 60
    Purata Rm 10 sekali makan selama 3 hari

Perbelanjaan lain = RM 100 (rokok dan lain-lain lagi)

Insuran = RM 15

Angpau imigration Thai = RM 8
(RM 2 setiap hala dan RM 4 bayaran bagi kenderaan)

Total = RM 453

P/S : Sebenarnya ada beberapa cerita menarik di balik perjalanan ini termasuk ada local yang menyamar sebagai night shift manager tempat aku menginap untuk mengepau aku tapi post ini akan jadi berjela2 so aku skip..

sekian

6 comments:

  1. Salam bro..pg pkai motor ape? Tak kematu ke punggung? Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...naik moto cup je..boleh tahan la..ada la dua tiga hari sembelit..haha

      Delete
  2. Replies
    1. Kena pau duit..mamat tu cakap nak bawak aku gi beli rokok malaysia n mintak aku duit...RM20 plak tu..last-last aku bagi je dia RM2 sebab tempat tu dekat je

      Delete
  3. Assalammualaikum, saya nak tanya suasana kt sana masa kita bawak moto ok ke? Sebab ad dgr mcm dorg xbg signal laju dn sbagainya. First time nak msuk ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam...suasana bawak motor kat sana ye..memang banyak perubahan bila bawak motor kat sana..kat malaysia kalau biasa bawak motor laju, aku bila masuk sempadan je bawak leasure-leasure je..sebab lepas je sempadan, kiri kanan dah hutan dan kebun-kebun getah..

      melalui pemerhatian aku la..Biasanya penunggang Malaysia yang bawak motor laju kat sana (sebahagian kecil sahaja)...orang siam area selatan Thai ni bawak motor tak laju pun (lepas beberapa kali keluar masuk sempadan dan lain-lain sempadan) tapi diorang memang jarang bagi signal..so kena hati-hati la sebab kalau eksiden hadapla..

      semoga selamat pergi dan selamat kembali

      Delete