Friday 11 July 2014

Marbeles Istanbul...Part 2 - leather show & bosphorus cruise

Kami menginap di satu hotel bukan di tengah bandar tp dalam 20 ke 30 minit dari tengah bandar Istanbul. Kalau tidak nak je aku menyusup keluar malam2 hari nak amik gambo kota lama. Hotel tempat kami menginap walaupun x semewah di Bursa tapi kira ok lah..cukup makan boleh tido nyenyak. Makan kira ok la tapi sebab berbeza dari segi makanan rujinya ada jugak ahli2 grup yang x dapat bertahan sampai terpaksa beli maggi kat kedai.

Hari nih hari 2nd last kami kat Turki. Esok last day tapi esok pagi dah naik flight so hari ni last kami jenjalan kat bumi Istanbul nih. Seawal jam 8 pagi lepas brekfes kat hotel kami gerak ke satu tempat membuat dan menjual barang2 kulit. Kedai ni kalau ikut Ensar adalah terbaik dalam kelasnya dalam buat barang2 kulit terutama sekali jaket dan beg serta aksesori pun ada kalau x silap aku. Sampai je diorang x bawak ke kedai tapi masuk kedalam showroom dulu. So pastu ada la model2 bercat walk sambil memperagakan jaket2 dan pakaian kulit diorang nih sambil di jamu dengan teh epal...teh epal diorang nih memang terbaek lah... Kalau ikutkan hati nak je aku amik satu set pakaian termasuk ngan model turki tuh balik ke Malaysia tp apakan daya...nak peluk model poket x sampai...






 
 Ini lah kedai leather yang super mahal (bagi insan marhaen seperti aku)

Memang kedai nih terbaik dan jaket2nya pun sama cuma harganya pon boleh dikategorikan terbaik jugak la...paling murah rasanya 300 Euro bagi jaket paling cikai..tuh pun collection tahun 2011, saiz budak2. So window shopping je lah nampaknya.


Ini bukanlah model yang aku cakap tuh...gambar model seksi tak baik dikongsi dibulan puasa nih.



Lokasi kedai nih terletak betul2 tepi laut...terbaikkk

Trip kemudiannya adalah Bosphorus cruise. Sapa2 yang ke Istanbul kena cuba cruise nih...recomended...cruise nih lebih kurang sejam ke sejam setengah bawak korang round sampai la ke jambatan Bosphorus dan patah balik. Yang nih adalah short trip. Kalau full trip diorang akan bawak korang sampai la ke Black Sea baru lah patah balik ke jeti tadi.


Pemandangan biasa di tepi laut...cuma laut dia super bersih


Banyak bot2 yang boleh dipilih...tapi rasanya tiket kena beli dulu..rasanya lah


Bot dari jenis yang mini sampai ke yang boleh muat 100++ orang pun ada...


Excited nak naik bot last2 terlupa nak amik gambo bot yg aku naik tuh...


Pemandangan bandar Istanbul dari bot...
  
Ni pemandangan Istanbul jugak dari bot

 Ni pun sama...marbeles kan?
 
El-kapitano...

Apa yang boleh dilihat kat sini? Dari cruise nih korang boleh menikmati pemandangan Istanbul dari sudut yang lain. Nak cerita pun susah...so lu orang layan gambar je la ye...


Bang Dolmat..eh Dolmabahce Palace...Tempat bersemayam Mustapha Kemal Atarturk...

Dah tersebut nama tuh...So siapakah orangnya Mustapha Kamal Atarturk nih? Nama asalnya adalah Mustapha Kemal Pasha merupakan seorang pegawai tentera Turki, seorang pemimpin revolusi dan juga presiden Turki yang pertama. Dia jugak adalah seorang komander tentera Uthmaniah dalam peperangan Gallipoli (pada masa Perang Dunia No. 1) yang mana tentera Uthmaniyah telah berjaya menghalau keluar tentera bersekutu (british yang disuruh nak takluk Istanbul) dari Constantinople. Dari itu wujudnya satu pakatan rahsia yang dipelopori oleh Gerakan Pemuda Turki (sila rujuk balik buku teks Sasbadi tingkatan 3)

Maka dengan itu berlakulah perang bagi menuntut kemerdekaan Turki bagi membebaskan Turki dari pemerintahan Khalifah yang diketuai oleh Mustapha Kemal dan kawan2nya. Dipendekkan cerita setelah berperang beberapa lama Gerakan Pemuda Turki nih berjaya mengalahkan tentera khalifah dan menubuhkan sebuah negara Republik dengan Mustapha Kemal sebagai presiden pertama. Arakiannya (lama x guna ayat nih) berakhirlah sistem khalifah al-rasyidin di mukabumi nih. Sultan yang terakhir iaitu Sultan Abdul Hamid 2 pun dihalau oleh presiden baru ke Switzerland dan seluruh kerabatnya juga menerima akibat yang sama. Mustsapha Kemal pun digelar 'atartuk' yang bererti 'bapa Turki' oleh orang2 Turki yang sangat mengagungkannya.

Dengan munculnya Mustapha Kemal Atartuk sebagai presiden pertama Turki dengan ideologi "kemalisme" atau "the kemalis ideology" dengan meningkatkan pemodenan dan menjadikan sains sebagai idea utama pembangunan Turki. Dengan menjadikan sains sebagai medium utama pembangunan Turki maka faktor agama tidak lagi dititikberatkan dalam sahsiah pemerintahan sistem republik di Turki. Wanita Islam dilarang memakai tudung, sekiranya dibenarkan pun hendaklah mengenakan tudung dengan skirt. Al-Quran diterjemahkan ke bahasa Turki dan azan juga ditukar kedalam bahasa Turki. Jadi pemodenan Turki dengan ajaran sekularisme telah mengubah Turki dengan kadar yang begitu berbeza sekali.


Ustaz aku masa sekolah dulu memang bengang betul ngan Mustapha nih..siap cakap 'may he'll burn in hell..' haha..memandangkan bulan Ramadhan yang mulia nih xpayah la aku nak cerita panjang2 sebab dah macam silibus kajian sejarah pendek dah. Kalau ikutkan panjang lagi nih...sampai iftar pun mau. 

Dipendekkan cerita, Mutapha Kemal Atarturk akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir di katil istana Dolmabahce di Besiktas akibat dari radang hati atas penggunaan akohol yang berlebihan. (ada juga versi yang lain yang lebih detail...boleh cuba google lah ye). Akhirnya pemimpin besar Turki ini dimakamkan (nak kata makam pun bukan jugak) di Anitkabir, Ankara.

Sekian dulu cerita sejarah pendek kali ini...(xde gambar sebab aku x suka amik gambar org lain)


Ortakoy camlii...ni pun satu senibina indah Turki..sayang x dapat berenti kat sini

Jambatan Bosphorus yang jadi penyambung antara 2 benua


Untuk makluman semua tahun nih Fenerbache FC juara liga Turki ya...

Sambung balik citer trip lepas abis tour cruise Bosphorus, Ensar bawak makan ke tempat spesel katanya. Menu hari nih...ikan mackerel. Ikan mackerel nih adalah spesis tuna kalau x pun sardin.Nasik, sayur2an berwarna warni dan ikan mackerel plus roti...kalau tengok papan tanda harga kat luar, menu nih harganya dalam 30 TL...yup..dalam RM60 sepinggan. Rasanya? Aku prefer ikan jaket or ikan temenung goreng letak kicap. Bukan x sedap tapi x kena pada selera.

 
Ni harga makanan yang ada kat kedai nih (tapi kami x makan la kat kedai nih)




Macam jualan murah kat area jeti (kalau kat Malaysia la)
 
Lokasi restoran yang kami nak makan nih di bawah jambatan...



Ha..amik kau menu makanan dengan harga sekali


Inilah hidangan tengahari kami...amacam? Berselera x...

Amacam? Bersambung lagi...

No comments:

Post a Comment