Wednesday, 23 July 2014
Tuesday, 22 July 2014
Marbeles Istanbul - Part akhir
Item seterusnya yang ada dalam
itinerary adalah melawat Spice market.Kalau korang tengok citer Istanbul
aku datang tuh, part Harris bawak Dian pegi shopping souvenir utk
picnic member dia tuh, keadaan di location tuh memang total different.
Kat dalam movie tuh nampak macam tenang je Spice Market nih, padahal
realitinya memang havoc..Nak berjalan pun agak susah sebenarnya.
Turkish Viagra nih xpenah try lak...
Yang bergantungan tuh x tau la apa mendenya...
Bermacam2 spice ada kat sini...kalau tapau bawak balik sure x sempat sampai kut...
Cool jugak kalo cili kering nih gantung camtuh...
Kat
spice market nih korang boleh dapat macam2 barang dari segala rempah
ratus sampai la ke Turkish delight dan serbuk teh epal. Kira macam pasar
kering la. Cuma dalam keadaan sesak macam tuh aku pun x pasti macam
mana nak membeli belah. Tak kira hari kerja...aku tengok spice market nih memang ramai...xpasti pulak kalau tourist yg membanjiri tempat nih...tapi pada wajah diorang aku tengok macam local.
Ramai orang meskipun hari kerja...
Dalam 2 jam setengah si Ensar bagi time untuk kami shopping dan berjalan sekeliling kawasan tuh. Next stop sepatutnya adalah Süleymaniye Mosque namun begitu hampir 80 % ahli bas kami x bersetuju dengan itirenarary tu disebabkan diorang nak spend masa yang lebih kat Grand Bazar. Ikut seorang kakak nih kalau nak shopping kat Grand Bazar 3 jam pun x cukup. Jadi skip lagi la satu trip.
Cuma sempat la Ensar bawak pusing Istanbul Sirkeci Terminal naik bas sebab dia cakap terminal nih (masa tuh tengah renovate) adalah salah satu dari destinasi first Orient Express yang berusia lebih dari 130 tahun.
Perjalanan seterusnya adalah tempat shopping (covered market) yang terbesar dan tertua di dunia iaitu Grand Bazaar. Ada lebih dari 4000 kedai yang korang kena hadap di Grand Bazar nih jadi betul la cakap akak tuh yakni kalau 3 jam memang x cukup. (kalau nak beli dari setiap kedai nih) Grand Bazar nih memang ramai orang dan dianggarkan pengunjung harian diorang lebih kurang 250k-400k sehari. (pakcik wiki yang bagitau)
Lebih kurang macam nih suasana jalan dari parking bas nak ke Grand Bazaar
Sebelah Grand Bazaar nih ada satu masjid kalau nak solat la
Grand Bazaar nih siap dibina sejak tahun 1461 dan sejak tuh di upgade sampai la jadi macam sekarang nih.
Grand Bazaar nih berbentuk labyrinth dengan 60 buah laluan so hati2 takut kalau sesat. Make sure ingat pintu mana yang korang masuk tuh. Kalau nak ditengok barang2 yang dijual di Grand Bazaar nih kebanyakan nya sama je jenisnya. Lebih kurang macam Petaling Street tapi ada jugak kedai2 jual jam2 ori yang kelas tinggi. Selain tuh banyak jual baju2 t shirt dan cenderamata.
Cuba tengok betul2...kat Grand Bazaar nih lokasi filem James Bond terbaru harituh...Skyfall
orang cakap macam-macam ada...
Apa yang paling penting kat sini, macam kat tempat2 lain korang kena bargain dengan sedaya upaya utk dapatkan harga yang paling terbaik. Aku ada bargain dengan sorang pakcik nih nak beli FM dia sampai dia maki aku...dia kata "ko pegi buat FM tuh...nanti aku beli seketul 1 lira amacam?" (macam tuh la lebih kurang dia cakap dalam bahasa omputeh ala2 arab sikit2).
Tapi jgn risau, kalau x berkenan ko pegi je kedai lain...ada lagi 3999 kedai kan? Boleh je nak cari lain. Ada je brader Turki jerit2 kat aku yang FM (fridge magnet) ngan key chain kat kedai dia 1 lira seketul...tapi aku cakap ngan dia aku nak survey kedai lain dulu. Last2 aku pusing balik cari kedai dia langsung x jumpak dah...(menyesal)
So dalam 2 jam semua dah x larat nak jalan kat Grand Bazaar nih...akak yg nak shopping 3 jam tuh pun dah tersandar kat area masjid sebelah Grand Bazaar tuh. Jadi kalau nak shopping kat Grand Bazaar nih silalah bawak duit yang banyak dan jgn lupa minum tongkat ali dulu supaya larat berjalan sekeliling kedai2 tuh.
Adios.
Friday, 18 July 2014
Friday, 11 July 2014
Marbeles Istanbul...Part 2 - leather show & bosphorus cruise
Kami menginap di satu hotel bukan di tengah bandar tp dalam 20 ke 30 minit dari tengah bandar Istanbul. Kalau tidak nak je aku menyusup keluar malam2 hari nak amik gambo kota lama. Hotel tempat kami menginap walaupun x semewah di Bursa tapi kira ok lah..cukup makan boleh tido nyenyak. Makan kira ok la tapi sebab berbeza dari segi makanan rujinya ada jugak ahli2 grup yang x dapat bertahan sampai terpaksa beli maggi kat kedai.
Hari nih hari 2nd last kami kat Turki. Esok last day tapi esok pagi dah naik flight so hari ni last kami jenjalan kat bumi Istanbul nih. Seawal jam 8 pagi lepas brekfes kat hotel kami gerak ke satu tempat membuat dan menjual barang2 kulit. Kedai ni kalau ikut Ensar adalah terbaik dalam kelasnya dalam buat barang2 kulit terutama sekali jaket dan beg serta aksesori pun ada kalau x silap aku. Sampai je diorang x bawak ke kedai tapi masuk kedalam showroom dulu. So pastu ada la model2 bercat walk sambil memperagakan jaket2 dan pakaian kulit diorang nih sambil di jamu dengan teh epal...teh epal diorang nih memang terbaek lah... Kalau ikutkan hati nak je aku amik satu set pakaian termasuk ngan model turki tuh balik ke Malaysia tp apakan daya...nak peluk model poket x sampai...

Memang kedai nih terbaik dan jaket2nya pun sama cuma harganya pon boleh dikategorikan terbaik jugak la...paling murah rasanya 300 Euro bagi jaket paling cikai..tuh pun collection tahun 2011, saiz budak2. So window shopping je lah nampaknya.
Trip kemudiannya adalah Bosphorus cruise. Sapa2 yang ke Istanbul kena cuba cruise nih...recomended...cruise nih lebih kurang sejam ke sejam setengah bawak korang round sampai la ke jambatan Bosphorus dan patah balik. Yang nih adalah short trip. Kalau full trip diorang akan bawak korang sampai la ke Black Sea baru lah patah balik ke jeti tadi.
Dah tersebut nama tuh...So siapakah orangnya Mustapha Kamal Atarturk nih? Nama asalnya adalah Mustapha Kemal Pasha merupakan seorang pegawai tentera Turki, seorang pemimpin revolusi dan juga presiden Turki yang pertama. Dia jugak adalah seorang komander tentera Uthmaniah dalam peperangan Gallipoli (pada masa Perang Dunia No. 1) yang mana tentera Uthmaniyah telah berjaya menghalau keluar tentera bersekutu (british yang disuruh nak takluk Istanbul) dari Constantinople. Dari itu wujudnya satu pakatan rahsia yang dipelopori oleh Gerakan Pemuda Turki (sila rujuk balik buku teks Sasbadi tingkatan 3)
Dengan munculnya Mustapha Kemal Atartuk sebagai presiden pertama Turki dengan ideologi "kemalisme" atau "the kemalis ideology" dengan meningkatkan pemodenan dan menjadikan sains sebagai idea utama pembangunan Turki. Dengan menjadikan sains sebagai medium utama pembangunan Turki maka faktor agama tidak lagi dititikberatkan dalam sahsiah pemerintahan sistem republik di Turki. Wanita Islam dilarang memakai tudung, sekiranya dibenarkan pun hendaklah mengenakan tudung dengan skirt. Al-Quran diterjemahkan ke bahasa Turki dan azan juga ditukar kedalam bahasa Turki. Jadi pemodenan Turki dengan ajaran sekularisme telah mengubah Turki dengan kadar yang begitu berbeza sekali.
Ustaz aku masa sekolah dulu memang bengang betul ngan Mustapha nih..siap cakap 'may he'll burn in hell..' haha..memandangkan bulan Ramadhan yang mulia nih xpayah la aku nak cerita panjang2 sebab dah macam silibus kajian sejarah pendek dah. Kalau ikutkan panjang lagi nih...sampai iftar pun mau.
Dipendekkan cerita, Mutapha Kemal Atarturk akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir di katil istana Dolmabahce di Besiktas akibat dari radang hati atas penggunaan akohol yang berlebihan. (ada juga versi yang lain yang lebih detail...boleh cuba google lah ye). Akhirnya pemimpin besar Turki ini dimakamkan (nak kata makam pun bukan jugak) di Anitkabir, Ankara.
Sekian dulu cerita sejarah pendek kali ini...(xde gambar sebab aku x suka amik gambar org lain)





Amacam? Bersambung lagi...
Hari nih hari 2nd last kami kat Turki. Esok last day tapi esok pagi dah naik flight so hari ni last kami jenjalan kat bumi Istanbul nih. Seawal jam 8 pagi lepas brekfes kat hotel kami gerak ke satu tempat membuat dan menjual barang2 kulit. Kedai ni kalau ikut Ensar adalah terbaik dalam kelasnya dalam buat barang2 kulit terutama sekali jaket dan beg serta aksesori pun ada kalau x silap aku. Sampai je diorang x bawak ke kedai tapi masuk kedalam showroom dulu. So pastu ada la model2 bercat walk sambil memperagakan jaket2 dan pakaian kulit diorang nih sambil di jamu dengan teh epal...teh epal diorang nih memang terbaek lah... Kalau ikutkan hati nak je aku amik satu set pakaian termasuk ngan model turki tuh balik ke Malaysia tp apakan daya...nak peluk model poket x sampai...

Ini lah kedai leather yang super mahal (bagi insan marhaen seperti aku)
Memang kedai nih terbaik dan jaket2nya pun sama cuma harganya pon boleh dikategorikan terbaik jugak la...paling murah rasanya 300 Euro bagi jaket paling cikai..tuh pun collection tahun 2011, saiz budak2. So window shopping je lah nampaknya.
Ini bukanlah model yang aku cakap tuh...gambar model seksi tak baik dikongsi dibulan puasa nih.
Lokasi kedai nih terletak betul2 tepi laut...terbaikkk
Pemandangan biasa di tepi laut...cuma laut dia super bersih
Banyak bot2 yang boleh dipilih...tapi rasanya tiket kena beli dulu..rasanya lah
Bot dari jenis yang mini sampai ke yang boleh muat 100++ orang pun ada...
Excited nak naik bot last2 terlupa nak amik gambo bot yg aku naik tuh...
Pemandangan bandar Istanbul dari bot...
Ni pemandangan Istanbul jugak dari bot
Ni pun sama...marbeles kan?
El-kapitano...
Apa yang boleh dilihat kat sini? Dari cruise nih korang boleh menikmati pemandangan Istanbul dari sudut yang lain. Nak cerita pun susah...so lu orang layan gambar je la ye...
Bang Dolmat..eh Dolmabahce Palace...Tempat bersemayam Mustapha Kemal Atarturk...
Dah tersebut nama tuh...So siapakah orangnya Mustapha Kamal Atarturk nih? Nama asalnya adalah Mustapha Kemal Pasha merupakan seorang pegawai tentera Turki, seorang pemimpin revolusi dan juga presiden Turki yang pertama. Dia jugak adalah seorang komander tentera Uthmaniah dalam peperangan Gallipoli (pada masa Perang Dunia No. 1) yang mana tentera Uthmaniyah telah berjaya menghalau keluar tentera bersekutu (british yang disuruh nak takluk Istanbul) dari Constantinople. Dari itu wujudnya satu pakatan rahsia yang dipelopori oleh Gerakan Pemuda Turki (sila rujuk balik buku teks Sasbadi tingkatan 3)
Maka dengan itu berlakulah perang bagi menuntut kemerdekaan Turki bagi membebaskan Turki dari pemerintahan Khalifah yang diketuai oleh Mustapha Kemal dan kawan2nya. Dipendekkan cerita setelah berperang beberapa lama Gerakan Pemuda Turki nih berjaya mengalahkan tentera khalifah dan menubuhkan sebuah negara Republik dengan Mustapha Kemal sebagai presiden pertama. Arakiannya (lama x guna ayat nih) berakhirlah sistem khalifah al-rasyidin di mukabumi nih. Sultan yang terakhir iaitu Sultan Abdul Hamid 2 pun dihalau oleh presiden baru ke Switzerland dan seluruh kerabatnya juga menerima akibat yang sama. Mustsapha Kemal pun digelar 'atartuk' yang bererti 'bapa Turki' oleh orang2 Turki yang sangat mengagungkannya.
Dengan munculnya Mustapha Kemal Atartuk sebagai presiden pertama Turki dengan ideologi "kemalisme" atau "the kemalis ideology" dengan meningkatkan pemodenan dan menjadikan sains sebagai idea utama pembangunan Turki. Dengan menjadikan sains sebagai medium utama pembangunan Turki maka faktor agama tidak lagi dititikberatkan dalam sahsiah pemerintahan sistem republik di Turki. Wanita Islam dilarang memakai tudung, sekiranya dibenarkan pun hendaklah mengenakan tudung dengan skirt. Al-Quran diterjemahkan ke bahasa Turki dan azan juga ditukar kedalam bahasa Turki. Jadi pemodenan Turki dengan ajaran sekularisme telah mengubah Turki dengan kadar yang begitu berbeza sekali.
Ustaz aku masa sekolah dulu memang bengang betul ngan Mustapha nih..siap cakap 'may he'll burn in hell..' haha..memandangkan bulan Ramadhan yang mulia nih xpayah la aku nak cerita panjang2 sebab dah macam silibus kajian sejarah pendek dah. Kalau ikutkan panjang lagi nih...sampai iftar pun mau.
Dipendekkan cerita, Mutapha Kemal Atarturk akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir di katil istana Dolmabahce di Besiktas akibat dari radang hati atas penggunaan akohol yang berlebihan. (ada juga versi yang lain yang lebih detail...boleh cuba google lah ye). Akhirnya pemimpin besar Turki ini dimakamkan (nak kata makam pun bukan jugak) di Anitkabir, Ankara.
Sekian dulu cerita sejarah pendek kali ini...(xde gambar sebab aku x suka amik gambar org lain)
Ortakoy camlii...ni pun satu senibina indah Turki..sayang x dapat berenti kat sini
Jambatan Bosphorus yang jadi penyambung antara 2 benua

Untuk makluman semua tahun nih Fenerbache FC juara liga Turki ya...
Sambung balik citer trip lepas abis tour cruise Bosphorus, Ensar bawak makan ke tempat spesel katanya. Menu hari nih...ikan mackerel. Ikan mackerel nih adalah spesis tuna kalau x pun sardin.Nasik, sayur2an berwarna warni dan ikan mackerel plus roti...kalau tengok papan tanda harga kat luar, menu nih harganya dalam 30 TL...yup..dalam RM60 sepinggan. Rasanya? Aku prefer ikan jaket or ikan temenung goreng letak kicap. Bukan x sedap tapi x kena pada selera.

Ni harga makanan yang ada kat kedai nih (tapi kami x makan la kat kedai nih)

Macam jualan murah kat area jeti (kalau kat Malaysia la)

Lokasi restoran yang kami nak makan nih di bawah jambatan...

Ha..amik kau menu makanan dengan harga sekali
Inilah hidangan tengahari kami...amacam? Berselera x...
Amacam? Bersambung lagi...
Thursday, 10 July 2014
Marbeles Istanbul...part 1 - hagia sophia & topkapi palace

Nampak tak bangunan pinkish tuh...tu la Hagia Sophia view dari Blue Mosque
Selepas melawat ke Blue Mosque,
kami meneruskan perjalanan kaki kami ke Hagia Sophia. Ekceli Hagia
Sophia nih merupakan sebuah muzium setelah di convert2 sekian lama.
Hagia Sophia bermaksud 'holy wisdom' dalam bahasa Greek. Ia
dibina dari tahun sebelum 600 masihi lagi sehingga lah tahun 1400 ++
yang pada masa tu digunakan sebagai sebuah gereja orthodoks sehinggalah
dipendekkan cerita ia dijadikan masjid dari 1453 hinggalah 1931 apabila Istanbul berjaya ditakluki oleh orang Islam.
Yang nih pulak view Hagia Sophia dari depan...otw ke Topkapi Palace
Setelah pusat pentadbiran kerajaan ditukar ke istana di Bosphorus, pada
1931 tu Hagia Sophia dengan rasminya ditukar menjadi muzium oleh
Mustapha Kamal Attartuk dan kekal sehinggalah ke hari ini. Bayaran masuk
yang dikenakan untuk masuk ke dalam muzium nih adalah TL 30 setiap
orang dewasa.
Sembang punya kencang, ekceli
aku x masuk pun Hagia Sophia nih. Dari skolah lagi aku bercita2 nak
pegi tempat nih..Last2 dah sampai depan mata x masuk lak.. Dari 80 org
yang join group aku tuh, aku sorang je yang nak masuk tempat nih. Try
not to be selfish (bukan selfie) aku pun burn la cita2 murni aku tuh. (sebab tu la aku x gemar travel ikut trip nih...dey..berapa kali nak ulang daa...ekceli aku xde bajet kewangan nak masuk pun...) So x masuk aku x mau cerita panjang2 lagi.(dengan nada kechewa)
choi...pakcik ni time aku datang la nak cuci air pancut nih...belakang tuh Blue Mosque
Sambung balik...lepas lepak2 depan Hagia Sophia sementara tunggu ahli2 grup yang lain menukar duit kami terus ke Topkapi Palace yang terletak betul2 sebelah Hagia Sophia.

kat area nih port yg menarik kalau nak berselfish...

Pintu Gerbang Courtyard pertama (the Imperial Gate)

Hagia Irene...adik beradik Hagia Sophia...serius?eh..gurau je
Topkapi Palace nih terletak di satu tempat yang strategik. Sultan pada masa itu memerintahkan membuat satu istana dimana dia boleh mengawasi laut dan juga tanah di Istanbul ini. Maka lokasi ini dipilih memandangkan ia tempat paling strategik, terletak di atas bukit yang paling tinggi dan berhampiran laut dan pemandangan mengkagumkan Golden Horn, Bosphorus dan laut Marmara.

Pintu masuk courtyard yang ke dua

Tahukah anda bahawa jalan belah tengah ni hanya maharaja je yg boleh lalu zaman dulu?
mesti x tau kan?

The tower of justice...aka..menara kebenaran...

Dah sampai courtyard yang ke 4...kat sini boleh nampak pemandangan Golden Horn
See...I've told you...seberang laut sana tuh benua asia..kat bawah ni ada restoran tp aku rasa duit dalam poket aku x cukup nak beli segelas jus oren pun...
jalan keluar dari courtyard 4 ke no 3...
Nampak x kubah kecik kat hujung tuh...tu la tempat Sultan berbuka puasa masa bulan Ramadhon...
Di sini juga terdapat bermacam2 koleksi sultan2 zaman dahulu kala dari pakaian sampailah perhiasan dan ada juga senjata2 yang digunakan pada masa tuh. Ada juga artifak yang dinyatakan merupakan senjata perang dan janggut Rasulullah...wallahualam...
Abis je lawatan ke Topkapi Palace nih, Ensar bawak kami ke satu kedai menjual Turkish Carpet. Aku rasa ini trip personal si Ensar nih sebab satu bas lagi x join. Kat sini kami ditunjukkan mcamana nak buat dan perbezaan antara original turkish carpet dengan yang bukan dari turki. Btw turkish carpet adalah salah satu dari karpet yang paling elok pembuatannya dan harganya...sangat lah mahal bergantung pada kualiti dan material yang digunakan. Kat tempat kami melawat nih kesemua carpet adalah home made. Satu carpet kira2 besar ruang tamu rumah aku (maknanya kecik la tuh) dapat disiapkan kira2 2 tahun..dahsyat kan...yg lagi dahsyat harganya..sekeping carpet lebih kurang sejadah harganya dalam 5 ribu euro...(boleh la dapat keter myvi sekenhen seketul)...x percaya?serius beb...ini bukan cobaan...
masing2 tekun mendengar setelah dijamu dengan air teh epal yg marbeles...yg pony tail tuh la bro Ensar...
Habis lawatan tuh...(masing2 buat2 muka org miskin sebab x mau beli) kami pun balik la ke hotel...
bersambung...
Subscribe to:
Posts (Atom)