Wednesday 1 August 2012

Ao Nang Get A Way - Final Episod

Day 3

Setelah menghabiskan hari kedua dengan aktiviti-aktiviti laut. Hari ketiga kami dibawa menjalani aktiviti darat pula. Tepat jam 8.45pagi travel agent datang mengambil kami di lobi hotel. Kami diambil dengan menggunakan van yang boleh memuatkan seramai 15 orang penmpang. Trip kami kali ini dimeriahkan lagi dengan 3 orang pelancong dari Australia.
First tempat persinggahan kami pada trip ini adalah Monkey Cave. Monkey cave adalah salah satu dari gua yang terkenal di Thailand. Menurut pemandu pelancong kami hari ni, monkey cave adalah salah satu gua yang pernah dilawati oleh raja Thai. Lupa nak perkenalkan pemandu pelancong kami hari tu adalah En. Alif (kalau xsilap la).Alif ni boleh cakap bahasa Malaysia sebab dia cakap Tok wan dia asal dari Pulau Langkawi. So komunikasi agak mudah la.xpayah cakap omputeh lagi.

Pemandangan dalam gua

Bumbung gua yang dikatakan mengandungi ruby.

Monkey Cave ni sebenarnya adalah satu kuil Buddha di Thailand. Di dalamnya terdapat patung-patung dan mempunyai laluan yang agak panjang menaiki bukit.
Selepas sejam di Monkey Cave kami meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya untuk aktiviti white water rafting,  elephant ride dan ATV. Perjalanan seterusnya mengambil masa dalam 40 minit menuju destinasi.

Setelah tiba kami diminta untuk mengisi safety box dengan barang-barang berharga atau yang tidak kalis air. Selepas itu kami diberi training macamana untuk menghadapi situasi yang tidak diduga. Habis je training kami terus mengambil posisi dalam raft. Untuk makluman, disebabkan semua peserta baru first time menjalankan aktiviti ini, kami hanya dibenarkan untuk menjalani level 1 dan 2. Sebenarnya pakej yang kami ambil hanya merangkumi level 1 dan 2 sahaja merangkumi perjalanan sejauh 5 kilometer manakala advance level iaitu 2 dan 3 merangkumi perjalanan sejauh 9 kilometer.

 Jeram ni yang bakal kami hadapi tapi pintu empangan belum dibuka; maka belum tahap seram lagi.

The guilty parties ; team aku yang cool.

Pengalaman aku sebagai firstimer dalam bidang me rafting ni memang sangat-sangat fun. Mula-mula memang rasa agak seram sebab menurut kami punya guide ni maybe raft boleh terbalik dan ada kemungkinan untuk peserta tercampak dari raft. Namun setelah mencuba semuanya hilang macam tuuu je sebab keseronokkannya memang x dapat digambarkan dengan kata-kata. Mesti Cuba!!!
Bilangan team yang join adalah dalam 10-15 team yang kebanyakannya terdiri dari mat dan minah salleh menambahkan ke fun an aktiviti ini.

Abis je aktiviti rafting ni kami bertolak ke Kem bagi menaiki gajah pulak. Aktiviti menaiki gajah ini adalah satu aktiviti dimana korang akan dibawa berjalan-jalan menaiki gajah mengikut trek-trek yang terdapat dikem tersebut. Setiap ekor gajah dibenarkan membawa 1-3 orang bergantung kepada saiz penunggang. Kami dibawa naik bukit,menyusuri lembah dan menuruti sungai, naik batu-batu besar. Wooo...gayat wo...

Ni la gajahnye

Omputeh lagi

Macam hulubalang melaka lak

Selepas aktiviti menaiki gajah, kami dibawa ke tempat aktiviti menunggang ATV. Ini juga adalah kali pertama kami semua mencuba aktiviti ATV ni. Kami juga join satu grup aweks Singapore bagi tujuan ini. Setelah memakai kelengkapan yang sepatutnya iaitu helmet, sarung tangan, shin guard kami terus diberi training macamana hendak mengendalikan ATV tersebut. Pakej kami kali ini merangkumi aktiviti ATV selama 1 jam (pakej beginner). Cara-cara menunggang ATV ni sebenarnya lebih kurang dengan naik motorsikal cuma ATV ada 4 tayar dan accerate bukan pulas macam biasa tapi ada button untuk picit yang mana akan mengakibatkan kelenguhan yang ketara pada ibu jari tangan kanan.
Memandangkan kami agak berpengalaman menunggang motorsikal jadi agak senang nak menyesuaikan diri dengan ATV ni cuma kadang-kadang agak sukar dijangka pergerakannya. Kami diupgrade ke litar yang lebih advance berdasarkan skil kami (muntah) berdasar pemerhatian guide. Aweks Singapore tuh agak kelaut jadi diorang kekal di beginner course. Kami dibawa menyusuri jalan kebun, ladang kelapa sawit, melompat-lompat di batu-batu (tipu...saja je nak tambah), naik bukit, jalan tar dan merentasi sungai.Best tapi kematu bontot sebab keseluruhan pakej mengambil masa dalam 2 jam walaupun kami bayar untuk pakej 1 jam. Orang bagi free apa lagi.

Mamat mana lak tersengih-sengih ni

Habis aktiviti ATV kami bersiap-siap untuk pulang ke Ao Nang. Perjalanan balik mengambil masa dalam 2 jam lebih dan akhirnya kami tiba di hotel lebih kurang jam 5 petang...as on package.

Aktiviti malam seperti biasa la...mencekik dan menshopping. Kami punya aktiviti makan terpaksa dicatu kerana kekurangan $$$ dek ter under estimate budget. Member aku sorang nih siap buat suit sepasang kat sana. Harga dia rasanya lebih murah dari di Malaysia, dalam 2500 bath plus plus dimana korang dapat sehelai blazer, sluar selai ngan shirt sehelai...kalo xsilap aku dapat silk tie sehelai.Kat KL silk tie je dah serat.Abis aktivitas shopping kami pon balik ke hotel dan....zzzzzZZ...

Day 4

Hari ini hari terakhir kami di Ao Nang, Krabi dan Tailen. Hari nih xde apa-apa aktiviti yang berat-berat kecuali makan dan mengemas-ngemas barang-barang utk dibawa pulang. Awal-awal lagi kami dah keluar untuk makan pagi.Tempat sama cuma menu je lain sebab aku memang dah tersangat kering dari segi kewangan...haha...lepas makan terus ke kedai motor untuk pulangkan motor serta mengambil balik paspot aku. Mamat kedai motor tuh antar kami ke hotel menaiki motor gak. First time aku naik motor 3 orang sejak akil baligh ni.Sampai hotel, kemas barang dan jam 11 pagi ada teksi datang amik seperti yang dijanjikan lalu membawa kami ke airport Krabi.
Bai-bai Ao Nang
 
Apa yang menarik di airpot Krabi ni memang x banyak flight yang ada. Xsilap aku pintu kami hanya menempatkan flight kami saja. Tepat jam 1.45 ptg kami pon bertolak balik ke KL dengan pesawat AirAsia. Selamat tinggal Thailand. Aku akan kembali semula...dengan kadar segera..haha

Tips Dan Info.

  1. Untuk aktiviti seperti diatas pakaian yang agak santai adalah diperlukan kerana pakaian mungkin akan basah atau terkena lumpur bagi aktiviti rafting dan ATV. Pakaian lebih juga amatlah digalakkan.
  2. Macam biasa, bawak lah sun block bagi mengelakkan kulit terbakar dek terlampau lama berjemur di tengah panas.
  3. Jangan lupa bawak kamera compact yang kalis air bagi mengambil gambar semasa rafting. Diorang x bagi bawak kemera gedabak dan peralatan yang x kalis air.

No comments:

Post a Comment