Sunday, 16 February 2025

Kesimpulan, Tips and tricks dan Perbelanjaan Trip Pekan Baru

Apa ek yang disimpulkan dalam trip nih? Haa..pergi dua hari dah melawat ke dua tiga tempat dan mostly gagal sebab tutup dan kepenatan. Tapi ada beberapa benda yang aku boleh advise la sebab ada la jugak sikit pengalaman kat sini.

Secara jujurnya kalo korang nak ke PekanBaru, korang kena tentukan matlamat korang, apa yang korang nak buat dan tengok kat PekanBaru. Kalo korang nak ke sini sebab hal peribadi, family atau kerja..memang takde apa yang perlu dikomen lagi. 

Namun begitu, kalo korang jenis macam aku, seorang solo traveler yang dahagakan perjalanan yang bersifat adventure, view2 yang menarik macam hutan gunung dan laut, PekanBaru memang bukan tempatnya. PekanBaru nih secara personal dan jujur pada pandangan aku adalah satu tempat yang mana sebuah bandar..another township yang mana di sana hanya ada tempat untuk tinggal dan menjalani kehidupan harian bagi lokal. Apa yang menarik bagi aku kat sini adalah terdapatnya tempat-tempat shopping atau membeli belah terutamanya pakaian atau kain tapi aku tak dapat nak pastikan yang harganya atau kualitinya setanding or sebaik di Bandung. Yang mana aku rasa tak dapat la menandingi Bandung sebab Bandung memang paling top kat Indonesia.

Selain dari itu? Mostly attraction dia lebih kearah local yang mana korang boleh dapatkan kat mana-mana bandar lain di seluruh dunia. Apa yang aku boleh listkan kat sini korang boleh tengok dalam aku punya post tuh la. Antara tempat-tempat menarik adalah muzium, taman dan perpustakaan selain dari tempat-tempat yang aku tak pergi yang mana lokasinya agak discrete sket. 

Tempat Menarik

Bagi aku tempat menariknya berkisar kepada kedai-kedai menjual kain-kain atau pakaian tak kira kat jalan besar (Jalan Jenderal Sudirman) ataupun pasar Bawah yang mana masa aku pergi tuh masih dalam proses renovation. Masa ko pergi pun memainkan peranan penting jugak. Kalo gi shopping kat Pasar Bawah tuh waktu petang..ada banyak kedai yang dah tutup..so tak dapat la ko nak betul-betul menghayati apa yang ada kat sana untuk di beli.

Selain dari shopping, aku tak nampak tempat-tempat yang aku boleh rekomen pada korang..Taman Alam Mayang? Tak berapa la..baik korang jalan-jalan taman sekitar Kuala Lumpur je. Ni pandangan aku la.. Silap2 taman kat Denai Alam lagi ok.

Pemandangan yang lain sikit pun adalah kat persisir Sungai Siak yang mana korang boleh la nak amik gambar yang aku suggest better masa sunset.  Tapi macam yang aku biasa katakan adalah..kalo korang nak menghargai kehidupan, nak bersantai2 melihat kehidupan orang lain..adalah amat digalakkan..ya..setengah orang perlukan motivasi yang macam nih..Tapi bagi aku kehidupan kat PekanBaru nih agak teratur dan tenang sikit la dari bandar2 besar yang lain kat Indonesia. Pada aku lah..

Penginapan

Kat Pekan Baru nih macam kat tempat-tempat lain jugak, aku dapati ada banyak hotel bergantung pada kemudahan, lokasi dan juga baget korang. Tempat yang paling elok untuk korang adalah di Jalan Jenderal Sudirman kalo korang nak shopping. Kat pesisir jalan nih memang banyak penginapan sebabnya memang banyak kedai yang walking distance. So hotel kat berhampiran ngan jalan nih memang aku recomend untuk korang semua. Kalau nak shopping la...



Bagi aku yang nak gi masjid An Nur (pergi sekali tuh je) dan still walking distance dari tempat nak shopping, dan yang penting sekali berada dalam bajet yang bersesuaian dengan aku, maka dapat la hotel yang aku duduk sekarang nih. Ada buffet breakfast yang best (xde la best sangat tp kena la dengan harga) la jugak. Selain dari itu, aku tak pasti kalo korang nak duduk selain dari tempat yang aku nyatakan tadi..mungkin ada atau dekat dengan tarikan yang korang dambakan...aku tak pasti. 

Pengangkutan

Kalo korang nak jimat masa dan tenaga, better korang amik supir atau teksi. Kos mungkin lebih tapi masa dapat dijimatkan dengan kadar yang tinggi. Selain dari itu korang dapat pergi maybe tempat-tempat rare yang hanya lokal saja yang tau. Tempat-tempat 'menarik' (yang pada aku xde la menarik mana pun) berada dalam jarak yang tak berapa jauh dari satu sama lain..tapi kaedah aku berjalan adalah yang tidak sesuai dan amatlah membazir masa. Tapi apa yang ko nak espek? kalo ko guna supir pun..kemana ja korang nak pergi?

Teksi, aku cam jarang nampak kat tepi-tepi jalan kecuali teksi ada kat bas stop PekanBaru Mall. Tuh pon bila aku nak je..diorang xde..ojek mmg xnampak langsung la..grab atau gojek memang ada tapi aku lak xde apps. Ada member aku suggest aku apps apa tah yang digunakan secara meluas kat PekanBaru..ohh..Maxim..kalo korang nak order teksi..tapi aku tak pakai pun..malas..sebabnya aku malas nak activate online payment kat obersi. Tapi percayalah yang aku tipu je sebenarnya..Sebenarnya aku tak download langsung pun apps tuh.

Apa yang korang perlu tahu adalah perjalanan aku mostly berjalan kaki dan sekali sekala menaiki bas supaya korang tak terkejut tengok bajet pengangkutan aku.

Makanan

Kat Sumatera nih bagi aku kebanyakkan tempat menyajikan makanan halal cuma apa makanan khas di PekanBaru? Ada recommendation dari bacaan aku yang kena cuba mie sagu..tapi mie sagu yang aku nak cuba (mie sagu Bu Tuti) nih lokasinya agak jauh dari jalan besar dan laluan bas dan bukak agak petang (lepas kul 4). So aku tak pergi la sebab aku rasa dia mostly bukak untuk makan malam. Kebanyakkan masanya aku makan kat hotel dan juga Alphamart disamping beli bungkus dari kedai-kedai atau warung di tepi jalan. Cuma sekali ja aku makan kat restoran, tu pun bukan makanan tempatan Indonesia..Aku makan murtabak dan murtabaknya ala-ala yang kita boleh dapat di Malaysia dan lebih kurang di Sabah khasnya, sebab intinya banyak kubis.

Komen dari segi makanan aku boleh kata yang harganya agak murah dan berpatutan tak kira dimana. Cuma aku x berkesempatan nak merasa dengan harga sedemikian disebabkan layanan kedai makan..(korang boleh baca pos aku sebelum ini). Korang bayangkan kat tepi jalan dapat makan ayam geprek dengan harga rp 10000 (RM3) je..mana korang nak cari..walaupon aku tak pasti portion dia tapi aku rasa xde la teruk sangat..kan...

Sosio Ekonomi

Secara keseluruhannya tempat nih aku tengok lebih teratur dari sebahagian daerah lain di Indonesia. Ini berdasarkan pemandangan aku sepanjang berjalan dari airport ke bandar. Bandarnya aku cakap boleh dikatakan besar la jugak. Tak putus dari airport sampai la ke persisir Sungai Siak. Kehidupan macam biasa-biasa dan takde terlalu mewah. Nampaknya sebahagian besarnya macam berniaga dan kerja makan gaji macam kerja gomen dan sebagainya.

Dari segi apa yang aku bangkitkan perkara ini adalah pada pandangan aku kadar jenayah adalah kurang..yang nih pada pandangan aku sepanjang 2 malam aku kat sini. Waktu malam kalo tengok ramai je kat masjid dan ada aktiviti lain macam kenduri arwah dan lain-lain. Tempat-tempat hiburan macam kat Batam atau wilayah selatan Jakarta macam tak kelihatan sepanjang aku kat sini. Maybe sebab aku tak mencari dan bukannya seorang yang suka berhibur macam orang lain kut.

Secara personalnya, aku rasa kalo takde apa2 atau bukan trip paksaan dari family..memang aku takkan ke PekanBaru lagi. Been there and done that..Sekali cukuplah. Bukan aku punya forte. Kalo korang jenis kaki shopping dari jenis pakaian atau kain baju..PekanBaru boleh korang try tapi kalo tidak..Better korang pergi tempat lain.  Kalo nak tengok2 tempat orang kira boleh la..Aku cakap nih sebabnya tiket flightnya murah dan perjalanannya tak lama dan bandara dan bandarnya tak sibuk sangat dengan manusia.

Ok..macam biasa aku kongsikan dengan korang perihal bajet aku sepanjang aku kat PekanBaru untuk rujukan pada korang kalau nak ke sini ya.


Day 1

Hotel Pre Book through Agoda utk 2 malam 

rm 177.15 

Breakfast at airport rm12.60

Teh botol 2 pax. Rp 10k

Lunch plus tea. Rp 25k

Sedekah rp 5k (scam)

Kudapan  rp 18.3k


Day 2

Tiket bas ke muzium. Rp 4k

Ole2 pekanbaru. Rp35k

Tiket bas ke pekanbaru mall. Rp 4k

Shopping baju. Rp 250k

Tiket bas ke alam mayang. Rp 4

Tiket alam mayang park. Rp 20k

Beli air. Rp 11k

Jajan air. Rp 14.6k

Roti bakar bandung   rp20k


Day 3

Beli air. Rp 10k

Tiket bas ke bandara. Rp 4

A&W. Rp 98k


Perbelanjaan keseluruhan : RM 349.62 (lepas convert dari rupiah dengan kadar tukaran RM1 = rp 3000)


Watammat..